Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu Pemahaman SK UPSR 2017 - Sumber Pendidikan

  011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SK MAKLUMAT KERTAS PEPERIKSAAN

  Kod Mata Pelajaran : 011 Markah : 30 markah (Bahagian B) Masa : 1 jam 15 minit (termasuk Bahagian A) FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN Kertas Bahasa Melayu Pemahaman mengandungi 5 soalan. Semua soalan mesti dijawab. Soalan 21(a) : Tulis perkataan yang betul (3 markah).

  Soalan 21(b) : Tandakan jawapan yang betul (2 markah). Soalan 21(c) : Menulis jawapan yang sesuai (2 markah). Soalan 21(d) : Melengkapkan frasa (2 markah). Soalan 22 : Menanda jawapan pada ayat yang betul dan ayat yang salah (5 markah) Soalan 23 : Memilih perkataan yang sesuai (4 markah).

  Soalan 24 : Menjawab soalan pemahaman (7 markah). Soalan 25 : Menjawab soalan pemahaman (5 markah).

  PRESTASI TERPERINCI Soalan 21(a) Contoh Jawapan Cemerlang: Jawapan ini menunjukkan calon menguasai penggunaan kata sendi. Calon juga dapat memberikan jawapan yang tepat tanpa sebarang kesalahan bahasa.

  Soalan 21(b) Contoh Jawapan Cemerlang: Berdasarkan contoh di atas, calon dapat menanda jawapan yang tepat. Calon juga memahami kehendak soalan dengan mengemukakan jawapan penjodoh bilangan dengan tepat.

  Soalan 21(c) Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon dapat menjawab soalan dialog dengan menggunakan idea yang sesuai dan ayat yang gramatis. Calon juga dapat menggunakan dan menguasai kata ganti nama diri dengan tepat, iaitu hamba.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2: Respons yang mantap diberikan oleh calon untuk menjawab soalan yang dikemukakan, iaitu: Ya, sudah tentu, Panglima. Idea yang diberikan juga menepati kehendak soalan.

  Contoh Jawapan Sederhana 1: Contoh Jawapan Sederhana 2: Jawapan di atas menunjukkan calon tidak dapat membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata ganti nama diri hamba dan tuan hamba dengan tepat.

  Soalan 21(d) Contoh Jawapan Cemerlang: Soalan peribahasa ini dapat dijawab oleh calon seperti yang dikehendaki dalam bahan grafik. Calon dapat menjawab soalan peribahasa dengan tepat dan menggunakah kosa kata yang betul. Contoh Jawapan Sederhana 1: Contoh Jawapan Sederhana 2: Penguasaan calon dalam peribahasa masih terhad.

  Soalan 22 Contoh Jawapan Cemerlang: Soalan ini mengkehendaki calon mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam setiap ayat yang dikemukakan seperti dalam bahan grafik. Contoh, soalan ( i ) Ramli sekeluarga bekerja keras untuk kesenangan hidup. Calon berjaya mengesan kesalahan frasa; demi untuk. Calon juga memahami simbol penandaan betul ( / ) dan salah ( X ) serta dapat menggunakan simbol tersebut dengan tepat untuk menjawab soalan.

  Soalan 23 Contoh Jawapan Cemerlang: Dalam memilih empat jawapan yang tepat daripada lapan pilihan jawapan yang diberikan, calon dapat menulis jawapan dengan ejaan dan tanda baca yang betul.

  Soalan 24 Soalan 24(a) Contoh Jawapan Cemerlang: Calon dapat menjawab soalan dengan menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.

  Calon juga berjaya memahami soalan dan dapat menganalisis maklumat cara penghasilan kerepek ubi kayu. Contohnya, proses menggoreng dan membungkus dilakukan sebelum pemasaran.

  Contoh Jawapan Sederhana: Kegagalan calon memahami carta alir yang diberi dengan betul telah menyebabkan calon terkeliru semasa menulis jawapan mengikut tertib yang betul. Contoh jawapan yang betul: (i) goreng

  (ii) bungkus Jawapan yang diberi oleh calon: (i) goreng

  (ii) hiris Soalan 24(b) Contoh Jawapan Cemerlang 1: Jawapan yang diberi oleh calon menepati kehendak soalan dan calon berjaya mentafsir bahan grafik yang dikemukakan. Calon berjaya menggunakan frasa yang tepat.

  Contoh; menghilangkan segala kotoran. Sebahagian besar daripada calon mempunyai pengalaman dan pengetahuan sedia ada tentang ubi kayu.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2: Walaupun jawapan yang calon kemukakan adalah ringkas tetapi menepati kehendak soalan. Contoh; supaya tidak kotor.

  Contoh Jawapan Sederhana 1: Jawapan calon tidak menggunakan ayat yang lengkap tetapi idea calon diterima sebagai jawapan, iaitu menghilangkan kotoran. Kesalahan imbuhan dalam jawapan calon tidak menjejaskan idea calon, iaitu ‘menghilangkan.

  Contoh Jawapan Sederhana 2: Jawapan contoh tidak menggunakan ayat yang lengkap dan tidak gramatis: Kerana bagi menghilangkan kotoran yang ada.

  Soalan 24 (c) Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon berjaya menguasai kemahiran untuk menulis jawapan yang tepat dengan memberikan pendapat sendiri dan alasan atau keterangan yang sesuai. Calon dapat menyelesaikan masalah dengan memberikan pendapat yang relevan, iaitu mempromosikan krepek, memberikan potongan harga dan memajukan perusahaan mereka. Calon juga menggunakan ayat yang lengkap tanpa melakukan sebarang kesalahan bahasa.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan yang dikemukakan oleh calon berada dalam kategori cemerlang walaupun dinyatakan secara ringkas. Idea yang dikemukakan oleh calon menepati tema, iaitu membuka pasar di merata tempat.

  Contoh Jawapan Sederhana 1: Idea jawapan yang diberikan kurang kreatif dan kritis serta terdapat beberapa kesalahan dari segi penggunaan sistem bahasa dan tanda bacaan yang betul dalam ayat jawapan yang diberikan. Contoh; perkataan krep sepatutnya dieja kerepek dan TV sepatutnya dieja televisyen.

  Contoh Jawapan Sederhana 2: Kesalahan penggunaan tanda baca ( . ) dan ejaan serta tidak kreatif dan kritis menyebabkan jawapan calon tidak mencapai aras cemerlang.

  Soalan 25 Soalan 25(a) Contoh Jawapan Cemerlang: Jawapan di atas menunjukkan calon memahami kehendak soalan dan menjawab dengan tepat tanpa kesalahan tanda baca dan ejaan.

  Soalan 25(b) Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan tema. Calon dapat menyatakan idea lain, iaitu sotong atau udang. Calon menggunakan ayat yang gramatis dan kosa kata yang meluas. Aspek tatabahasa juga dapat dikuasai oleh calon. Terdapat kesalahan tatabahasa & ejaan yang minimum tetapi tidak menjejaskan ayat jawapan.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2: Jawapan yang mantap dikemukakan oleh calon dari segi idea dan penggunaan ayat yang gramatis. Contoh; menggantikan isi ayam kepada isi daging lembu.

  Contoh Jawapan Sederhana 1:

  Contoh Jawapan Sederhana 2: Jawapan yang diberikan, iaitu ikan menunjukkan calon masih mempunyai idea untuk menjawab soalan. Namun begitu, calon menulis jawapan dengan menggunakan ayat yang tidak lengkap serta terdapat beberapa kesalahan tanda baca.

  Soalan 25(c) Contoh Jawapan Cemerlang 1: Calon dapat menjawab dengan memberikan idea dengan tepat, iaitu kiub ayam. Tiada kesalahan tatabahasa seperti tanda baca, ejaan dan kosa kata. Ayat jawapan mudah difahami tanpa menjejaskan maksud jawapan.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2: Kemantapan jawapan calon terserlah. Idea dengan menyatakan telur masin, ikan bilis, kekacang dan bahasa yang dikemukakan oleh calon menepati kehendak soalan peringkat cemerlang.

  Contoh Jawapan Sederhana 1: Contoh Jawapan Sederhana 2: Jawapan calon tidak menggunakan ayat yang lengkap. Namun calon masih berjaya memberikan idea dan pendapat yang boleh diterima.

  SARANAN KEPADA CALON 1. Calon perlu menjawab semua soalan.

  2. Calon perlu memahami dan mematuhi kehendak soalan.

  3. Calon perlu menulis jawapan yang tepat.

  4. Calon perlu memberi keterangan dengan menggunakan kosa kata yang meluas.

  5. Calon perlu menulis ayat jawapan dengan struktur ayat yang betul dan menarik.

  6. Calon perlu menulis ayat-ayat yang gramatis.

  7. Calon perlu menguasai penggunaan kosa kata, struktur ayat, imbuhan, tanda baca dan ejaan.

  8. Calon perlu menguasai tulisan yang kemas, menarik dan mudah dibaca.

  SARANAN KEPADA GURU 1. Perkenalkan format dan bentuk soalan kepada calon.

  2. Memberikan latihan kepada calon secara sumatif dan formatif.

  3. Berbincang setiap latihan yang dibuat.

  4. Pelbagaikan bentuk latihan yang berkaitan dengan soalan KBAT.

  5. Pelbagaikan aktiviti yang menggalakkan murid menjana idea.