Amalan Pengajaran Tilawah al Quran Satu (1)

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72

Am alan Pe n gajaran Tilaw ah al-Quran : Satu Tin jauan Te rh ad ap
Pe rs e p s i Gu ru d i Se ko lah Me n e n gah H arian Malays ia
MOHD ADERI CHE NOH
ABSTRAK
Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk m em aparkan kajian berkaitan persepsi
guru pendidikan Islam tentang amalan pengajaran Tilawah al-Quran di sekolah menengah
harian. Seram ai 257 responden guru pendidikan Islam yang m engajar tingkatan dua
yang terlibat dalam kajian ini dipilh secara rawak berstrata dan berkelompok dari seluruh
Malaysia. Responden dikehendaki memberi respon terhadap 69 indikator yang berkaitan
den gan am alan pen gajaran Tilawah al-Quran ber dasarkan em pat kom ponen , iaitu
permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran, penutup pengajaran dan alat bantu
mengajar. Skala Likert lima mata digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif, iaitu
kekerapan, peratusan dan m in digunakan dalam m elaporkan dapatan kajian. Hasil
kajian m enunjukkan bahawa secara keseluruhan am alan pengajaran Tilawah al-Quran
berada pada tahap sederhana (min = 0.338). Tahap min amalan pengajaran berdasarkan
kom ponen m end ap ati kom ponen perm ulaan pengajar an (m in = 3.46 1), penu tu p
pengajaran (m in = 3.271) dan alat bantu m engajar (m in = 2.70 9) berada pada tahap
sederhana. Manakala kom ponen perkem bangan pengajaran pada tahap tinggi (m in
= 3.670). Kesim pulannya guru Pendidikan Islam sepatutnya sentiasa berusaha untuk

m enam bahbaik pengajaran Tilawah al-Quran dengan cara lebih berkualiti agar para
pelajar lebih m ahir dalam Tilawah al-Quran.
Kata kunci : am alan pengajaran, Tilawah al-Quran
ABSTRACT
The purpose of this study w as to identify teacher perceptions tow ards the teaching
instructions of the reading section of Tilaw ah al-Quran w hich is one of the com ponents
in the Islam ic Education Integration Curriculum for Malay sia Secondary school. A
total of 257 teachers from all over Malay sia w ere selected through stratified and cluster
sam plings. The teachers w ere asked to give their responds tow ards 69 indicators
related to teaching instructions of Tilaw ah al-Quran based on the four com ponents,
nam ely ‘lesson induction’, ‘expansion of lesson’, ‘lesson closure’ and ‘teaching aids’.
Responses in the questionnaire used 5 units of the likert scale. Descriptive statistics is
used to present the data. Results of this study have show n that the practice of these
teaching m ethods are at average level (m in=3.338). The findings show that m ean for
teaching instructions according to the com ponents, nam ely ‘lesson induction’ (m ean
=3.461), ‘lesson closure’ (m ean=3.271) and ‘teaching aids’ (m ean=2.709) are also at
average level. The m ean for ‘expansion of lesson’ com ponent is the highest (m ean
=3.670 ). In conclusion, teachers should alw ay s try to im prove the effectiveness in
the teaching of Tilaw ah al-Quran in order to enhance the m astering of students’
w ith regard to Tilaw ah al-Quran.

Key w ords: teaching instructions, Tilaw ah al-Quran

58

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72

PEN D AH U LU AN
Am alan pengajaran Tilawah al-Quran telah m enjadi suatu yang sebati dalam sistem
pendidikan di Malaysia sejak Islam mula tersebar di Malaysia (Ahm ad 1997). Kaedah
halaqah di hadapan guru m erupakan kaedah pem belajaran al-Quran terawal yang
d ijalan kan d i Malaysia (Abdu llah 1995). Pr oses p en d idikan yan g m en ekan kan
pem belajaran al-Quran diteruskan walaupun pada zam an penjajah. Ini m enunjukkan
keprihatinan m asyarakat Islam kepada ajaran agam a (Mohd Salleh 992). Berdasarkan
kepada Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961, mata
p elajar an Agam a Islam d iajar d i sem u a sekolah yan g d idaft ar kan d an t er d ap at
sekurang-kurangnya 15 orang murid beragama Islam (Abdullah 1995). Maka, pengajaran
Tilawah al-Quran tidak terkecuali daripada diajar kepada pelajar sekolah yang termasuk
dalam peruntukan 120 m init sem inggu.
Sejak dahulu, am alan pengajaran al-Quran m erupakan suatu yang sebati dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Guru berperanan m embentuk pelajar agar m enjiwai al-Quran

yang bermula dengan mengajar kemahiran membaca al-Quran. J usteru, guru Pendidikan
Islam m estilah m enim ba ilm u yang berkaitan dalam bidang kem ahiran al-Quran agar
dapat melahirkan pelajar yang dapat m enguasai Tilawah al-Quran dengan berkesan.
PERN YATAAN MASALAH
Kajian lepas m em bukt ikan kelem ah an yang ket ar a dalam dir i pelaja r ber kait an
p en gu asaan kem ahiran m em baca al-Quran (Raihan 20 0 0 ; Ram lan 20 0 0 ; J abatan
Pendidikan Negeri Sarawak 20 00; Farehan 20 00 ; Ramli 20 0 0; Mohamad Sabri 2001;
Moham m ad Naim 20 0 3; Zulfah 20 0 3 dan Mohd Aderi 20 0 4). J usteru, pengajaran
Tilawah al-Quran dalam pendidikan Islam KBSM perlu lebih berkesan bagi melahirkan
pelajar yang m ahir dalam Tilawah al-Quran setelah m ereka m engikuti m ata pelajaran
Pendidikan Islam selama enam tahun pada peringkat sekolah rendah dan lim a tahun
pada peringkat sekolah m enengah.
Amalan pengajaran Tilawah al-Quran adalah berbentuk m engajar kemahiran. Rohizani
et al. (20 0 5) m en jelaskan m en gajar kem ahiran per lu m en ekan kan kepada arahan ,
dem onstrasi dan pem baikan kesilap an pelajar . Gu ru perlu lebih banyak m em ber
penekan an kep ad a m em ben tuk kem ah ir an pelajar dengan m elakukan talaqi dan
m usy afahah. Nam un begitu, dalam kajian Ab. Halim et al. (20 0 4) didapati guru
pendidikan Islam kurang melakukan aktiviti talaqi dan m usy afahah semasa pengajaran
Tilawah al-Quran.
Guru seringkali terhambat dengan kandungan kurikulum pendidikan Islam yang banyak

dan masa pengajaran yang terhad. Permasalahan yang timbul adalah sam a ada tem poh
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan ini digunakan sebaik mungkin
untuk m engajar Tilawah al-Quran. Untuk tujuan tersebut, guru pendidikan Islam perlu
m ahir m elaksanakan am alan pengajaran Tilawah al-Quran agar dapat m eningkatkan
penguasaan Tilawah al-Quran pelajar m ereka.
Kajian Mohd Alwi et al. (20 0 3), Ab. Halim (20 0 5) dan Ab. Halim et al. (20 0 6)
m enunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran pendidikan Islam m enyebabkan
tim bulnya m asalah penguasaan kem ahiran m embaca al-Quran dalam kalangan pelajar.
Hal ini juga bertepatan dengan kajian Mohd Aderi (20 0 4) tentang celik al-Quran
dalam kalangan pelajar tingkatan satu di Kuala Lumpur yang m enunjukkan walaupun

Amalan Pengajaran Tilawah al-Quran: Satu Tinjauan

59

63 peratus daripada responden kajian ialah m ereka yang telah khatam al-Quran,
tetapi tahap m embaca keseluruhan responden adalah pada tahap sederhana dan lemah.
J usteru, m emandangkan setakat ini kurang kajian terperinci yang m engkaji pem boleh
ubah am alan pengajaran guru, m aka pengkaji m erasakan kajian ini wajar dijalankan
dan m erupakan satu keperluan dalam bidang Pendidikan Islam .

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan perbincangan latar belakang kajian dan pernyataan m asalah, m aka kajian
ini dijalankan untuk m encapai objektif berikut:
1. Mengenal pasti profil guru pendidikan Islam
2. Mengenal pasti tahap am alan pengajaran guru dalam Tilawah al-Quran.
3. Men gen a l p a s t i t a h a p a m a la n p en ga ja r a n gu r u d a la m Tila wa h a l-Qu r a n
berdasarkan komponen permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran, penutup
pengajaran dan alat bantu m engajar.
SOROTAN LITERATU R
Perbincangan dalam bahagian ini adalah berfokuskan kepada Tilawah al-Quran dalam
pend id ikan Islam Ku riku lu m Bersep adu Sekolah Men en gah (KBSM) dan am alan
pengajar an Tilawah al-Quran.
1. Tilaw ah al-Qu ran d alam Pe n d id ikan Is lam KBSM
Objektif pengajaran Tilawah al-Quran KBSM m erupakan kesinam bungan daripada
pengajaran Tilawah al-Quran KBSR yang berm atlam at untuk (i) Mem bantu pelajar
m em perkukuhkan kem ahiran m embaca, m em ahami, m enghafaz dan m enghayati alQuran yang diajar pada peringkat sekolah rendah; (ii) Agar para pelajar dapat membaca,
m em aham i dan m enghayati kandungan al-Quran serta menghafaz ayat-ayat yang ada
kaitan dengan am alan dalam kehidupan harian (Kem enterian Pelajaran Malaysia 2005).
Pada masa ini, penekanan kepada Tilawah al-Quran dalam kurikulum pendidikan Islam
semakin ketara berikutan daripada keprihatinan Perdana Menteri Malaysia terhadap

penguasaan al-Quran yang m embawa kepada wujudnya program j-QAF. Antara objektif
program j-QAF ialah sem ua pelajar Islam diharapkan dapat khatam al-Quran sem asa
belajar di peringkat sekolah rendah lagi. Sebelum ini, bidang Tilawah al-Quran hanya
menjurus kepada kebolehan m embaca sahaja, manakala aspek khatam tidak ditekankan
di sekolah, tetapi m enyerahkan kepada m asyarakat (Halim Na’am 20 0 5).
Kesim pulannya, dalam pendidikan Islam KBSM, Tilawah al-Quran m erupakan antara
bidang yang diajar. Bidang Tilawah al-Quran mempunyai ciri yang berbeza dengan mata
pelajaran lain kerana ia memberi penekanan kepada kemahiran lisan, aspek kelancaran
bacaan, penguasaan kem ahiran fasahah, penguasaan kem ahiran tilawah bertajwid dan
kemahiran bacaan seperti tadw ir dan tartil.
2 . Am alan Pe n gajaran Tilaw ah al-Qu ran
Amalan pengajaran yang berkesan berfungsi untuk m enghasilkan pem belajaran yang
efektif di dalam bilik darjah (Al-Syaibani, 1991; Atan, 1993; Ahm ad, 1997; Mohd Yusuf,

60

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72

2000; Mok Soon Sang, 2000). Pelajar hendaklah dilibatkan secara aktif dalam proses
pengajaran (al-Hashimi, 1994; Burden et al., 2003; Rohizani et al., 2005) dan pengajaran

guru juga hendaklah dirancang di sam ping memberi pertim bangan kepada kepelbagaian
pelajar (Ahm ad, 1997; Mohd Yusuf, 200 0; Mok Soon Sang, 20 00). Dalam pengajaran
Tilawah al-Quran, ia m empunyai ciri tersendiri berbanding dengan setiap kom ponen
mata pelajaran Pendidikan Islam . Pengajaran Tilawah al-Quran melibatkan kem ahiran
lisan, kelancaran bacaan, kem ahiran fasahah, tilaw ah bertajwid dan bacaan secara
tadw ir dan tartil (Kem enterian Pelajaran Malaysia, 20 0 4).
Memandangkan pengajaran Tilawah al-Quran m elibatkan pengajaran kemahiran, maka
m enu ru t Roh izan i et al. (20 0 5), pengajar an per lu m en ekankan kepa da ar ah an ,
d em on st ra si d an p em baikan kesila p a n p elajar . Oleh it u , keber kesa n an d ala m
menyampaikan sesuatu isi pelajaran banyak bergantung kepada Pengetahuan Pedagogi
Kandungan (PPK) yang dim iliki guru (Tickle, 20 0 0 ). Di sam ping itu, dalam usaha
untuk m ewujudkan pengajaran berkesan, guru perlu m enguasai isi kandungan m ata
pelajaran dan peka terhadap gaya pem belajaran pelajar serta strategi pengajaran dan
pembelajaran (Shulman, 1987). Manakala am alan pengajaran berkesan menurut Brophy
d a n Good (19 8 6 ) ia la h a m a la n p en ga ja r a n ya n g m em b oleh ka n r a m a i p ela ja r
meningkatkan pencapaiannya secara berterusan, tahap pencapaian yang tinggi, sedikit
kekeliruan dan tanpa kehilangan m om entum daripada satu langkah ke satu langkah.
Mer uju k kep ad a am alan pengajar an Tilawah al-Quran yang berkesan , m aka gu ru
pendidikan Islam juga perlu jelas dari segi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
yang digunakan sem asa m engajar Tilawah al-Quran. Menurut Abdul Raof (1993),

gabungan pelbagai aktiviti pengajaran yang m elibatkan strategi, pendekatan, kaedah
dan teknik akan m em bawa kepada pengajaran yang berkesan.
Berkaitan dengan strategi pengajaran, m enurut Ibnu Khaldun (2000), guru hendaklah
memastikan setiap isi pengajaran dan m asalah yang timbul sem asa proses pengajaran
dan pem belajaran diselesaikan dahulu sebelum berpindah kepada tajuk lain. Strategi
pengajaran yang dicadangkan oleh Ibnu Khaldun ini dapat m em bantu pelajar dalam
pem belajar an yang berkesan . Oleh itu, dalam pengajar an Tilawah al-Qur an , gu ru
h en daklah m em ast ikan pelaja r ben ar -b ena r dapat m en gu asa i isi pelajar an yang
diterangkan oleh guru, agar mereka tidak berterusan gagal menguasai kemahiran bacaan
al-Quran. Setelah guru yakin pelajar telah berjaya m enguasai kem ahiran bacaan alQuran yang diajar, barulah guru berpindah kepada tajuk pengajaran yang seterusnya.
Ter dapat pen dekatan yan g pelbagai boleh digu nakan dalam pen gajar an, m isaln ya
d ar ip ad a kon kr it kep ad a abst r ak, d ar ipad a m u d ah kep ad a kom pleks, d ar ip ad a
keseluruhan kepada bahagian, daripada um um kepada khusus, daripada spesifik
kepada um um , daripada dekat kepada jauh dan daripada diketahui kepada belum
diketahui (Ab. Halim 2006). Kesesuaian pendekatan pengajaran berkait rapat dengan
jenis pelajar dan jenis pengajaran guru (Ahm ad, 1997; Sulaim an, 1997). Untuk am alan
pengajaran Tilawah al-Quran yang berkesan, guru pendidikan Islam hendaklah m emilih
pendekatan yang sesuai. Hal ini kerana tidak ada satu pendekatan yang dianggap
terbaik untuk satu-satu m ata pelajaran bagi sem ua pelajar dalam sem ua keadaan.
Ant ara pen dekatan dalam pen gajaran Tilawah al-Quran ialah pen dekatan indukt if

(Ahmad, 1997), di m ana para guru mengem ukakan contoh bacaan al-Quran mengikut
sesuatu hukum tajwid dan seterusnya para pelajar m engaplikasikan contoh bacaan
guru dalam bacaan al-Quran yang dibaca.

Amalan Pengajaran Tilawah al-Quran: Satu Tinjauan

61

Kaedah pengajaran menurut Mohd Yusuf (20 00 ), Ahm ad (1997), Mok Soon Sang dan
Lee (1991), Sharifah Alwiah Alsagof (1984) serta Hasan (1981) ialah satu siri tindakan
yang sistem atik yang bertujuan untuk m encapai objektif pelajaran dengan langkah
dan penyampaian yang tersusun. Antara kaedah yang digunakan sem asa pengajaran
Tilawah al-Quran ialah talaqi dan m usy afahah (Mohd Yusuf, 2000). Apa sahaja cara
yang guru pendidikan Islam lakukan untuk m em beri kefaham an kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran Tilawah al-Quran, m aka itu dinakam an sebagai kaedah.
Al-Kailany (1986) m emberikan tujuh panduan kepada guru sebelum m engaplikasi
sesuatu kaedah pengajaran, iaitu (i) Kaedah m estilah sesuai dengan tujuan dan m atlamat
mata pelajaran yang diajar, (ii) Kaedah hendaklah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran
yang diajar, (iii) Kaedah mestilah sepadan dan setara dengan umur pelajar, (iv) Kaedah
m est ila h m a m p u d ila ks a n a ka n oleh gu r u , (vi) M a s a ya n g m en cu ku p i u n t u k

m en gaplikasikan kaedah ber ken aan , dan (vii) Kaedah yang dipilih m estilah sesuai
dengan kemudahan yang ada. An-Nashmy (1980) m encadangkan agar guru m emilih
kaedah yang boleh m emberi kesan yang m endalam bukan sahaja kepada kefaham an
pelajar yang diajar, malah memberi kesan kepada jiwa dan m enyentuh perasaan pelajar.
Dengan cara ini, pelajar akan memberi tum puan dan dapat mengingat pelajaran dengan
cepat dan bertahan lebih lam a.
Ishak (1985) dan Abdul Qadir (1998) mengemukakan empat kaedah pengajaran bacaan
al-Quran yang berkesan, iaitu berdasarkan em pat kaedah, iaitu (i) Kaedah bacaan
at-Tahqiq, iaitu bacaan yang tenang dan tidak tergopoh gapah yang bertujuan untuk
mengajar dan menghayati kandungan dan hukum -hukum bacaan al-Quran, (ii) Kaedah
bacaan at-Tartil, iaitu bacaan yang tenang dan tidak tergopoh-gapah dan bukan untuk
tujuan m engajar. Kaedah ini dilakukan untuk m enghayati kandungan al-Quran, (iii)
Kaedah bacaan at-Tadw ir, iaitu bacaan yang sederhana dan tidak terlalu cepat serta
m engawasi hukum tajwid, dan (iv) Kaedah bacaan al-Hadar, iaitu bacaan cepat serta
m en gawasi segala h ukum tajwid. Walau bagaim anapun kaedah pen gajaran bacaan
Tilawah al-Quran hendaklah memberi penekanan kepada kesalahan bacaan al-Quran
(Abdul Qadir Leoong 1998) yang terdiri daripada kesalahan lahnu jali dan lahnu khafi.
Teknik m enurut Ahm ad (1997) ialah kem ahiran dan pelakuan guru dalam pengelolaan
dan pelaksanaan kaedah m engajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Teknik ialah unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah. Contoh teknik

dalam pengajaran guru ialah teknik tunjuk cara, teknik m enghafal dan latih tubi, teknik
bersoal jawab dan teknik bersyarah. Kepelbagaian teknik pengajaran m em bolehkan guru
menggunakannya dalam pengajaran Tilawah al-Quran. Oleh itu, guru pendidikan Islam
hendaklah m engambil kira teknik pengajaran yang sesuai agar wujudnya pengajaran
berkesan dan pem belajaran berkualiti. Manakala Azm an (1987) m engatakan teknik
ialah apa yang dilihat di dalam bilik darjah. Sekiranya guru m engajar bahasa dengan
menggunakan alat-alat komunikasi yang canggih dalam m akmal bahasa, m aka ia satu
teknik. Begitu juga sekiranya seorang guru pendidikan Islam mengajar Tilawah al-Quran
dengan m enggunakan perisian kom puter u ntuk m em perdengarkan bacaan, m aka ia
dikatakan teknik.
Kesepaduan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik akan m eningkatkan lagi kualiti
proses pen gajaran dan pem belajar an Tilawah al-Qur an. Strategi bererti keperluan
perancangan sebelum memulakan pengajaran Tilawah al-Quran. guru pendidikan Islam
perlu m elakukan perancangan yang terbaik dalam usaha untuk menjayakan proses
pengajaran dan pem belajaran Tilawah al-Quran dengan mengam bil kir a kepelbagaian

62

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72

pelajar, kekangan m asa dan pelbagai lagi faktor penghalang pembelajaran. Strategi
yang digunakan oleh guru pendidikan Islam adalah berlandaskan kepada pendekatan
yang digunakan sebagai asas dalam pengajaran dan pem belajaran Tilawah al-Quran.
Kubiszyn dan Borich (1996) menegaskan bahawa guru boleh memastikan pengajaran yang
dilakukan berkesan dengan cara mem buat penilaian terhadap am alan pengajaran yang
mereka praktikkan. Secara terperinci, penilaian pengajaran m elibatkan tiga peringkat,
iaitu (i) Peringkat sebelum pengajaran di m ana ini dilakukan dengan m engenal pasti
tahap pelajar dari segi kognitif, sikap, m inat dan perancangan amalan pengajaran yang
sesuai, (ii) Peringkat semasa pengajaran di mana guru bersedia dengan soalan yang sesuai
kepada pelajar, fokus pelajar yang tepat dan kesesuaian m asa untuk m engakhirkan
pengajaran, dan (iii) Peringkat selepas pengajaran, iaitu dengan mengenal pasti sejauh
m ana tahap penguasaan ilmu pelajar dan kesesuaian strategi pengajaran selanjutnya.
Amalan pengajaran Tilawah al-Quran yang berkesan juga dikaitkan dengan sikap kreatif
guru yang mana bukan hanya merancang pengajaran, bahkan juga meliputi aspek kreativiti
semasa proses pengajaran. Amalan ini penting kerana ia akan m enentukan daya tarikan
m in at pelajar untuk m en um pukan per hatian dalam pem belajar an. Ngalim (1990 )
berpendapat bahawa punca pelajar hilang tum puan semasa belajar adalah disebabkan
oleh cara guru m enerangkan dan m enggunakan bahan pengajaran yang m embosankan.
Oleh itu, usaha harus dilakukan agar suasana am alan pengajaran yang kreatif dapat
diwujudkan sem asa proses pengajaran dan pem belajaran berlaku di dalam bilik darjah.
Gorman (2000) menyatakan bahawa media yang menarik dan sesuai dengan pembelajaran
dapat menarik perhatian dan tumpuan belajar di dalam bilik darjah. Amalan pengajaran
yang sehala akan menimbulkan suasana kelas yang membosankan. Begitu juga penggunaan
media yang tidak tepat menjadikan am alan kreatif guru menim bulkan kebosanan pelajar
untuk mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini bertepatan dengan pandangan
Burden dan Byrd (2003) yang mencadangkan agar para guru m ewujudkan kepelbagaian
aktiviti ketika m engajar bagi m enjam in keberkesanan pengajaran dengan m emberi
tum puan kepada pengajaran berasaskan pelajar.
Am alan pengajaran Tilawah al-Quran yang berkesan juga berkait rapat dengan sifat
dan ciri-ciri yang dim iliki oleh seorang guru. Al-Nahlawi (1988) m enyenaraikan 10
sifat dan ciri guru berteraskan ajaran Islam , iaitu seperti berikut:
1. Guru hendaklah segala tujuan, tingkah laku dan pem ikirannya bersifat Rabbani,
iaitu sentiasa didasari dengan tuntutan Islam .
2. Guru itu seorang yang ikhlas, iaitu segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan
untuk m endapat keredhaan Allah.
3. Guru sentiasa bersabar dalam m elaksanakan tanggungjawab jawatan dan tugasnya.
4. Guru hendaklah jujur dengan apa yang disam paikan. Antara tanda sifat kejujuran
itu ialah guru m elaksanakan apa yang diajar.
5. Guru hendaklah sentiasa berusaha m enam bah ilmu pengetahuan yang berkaitan
serta berbincang m engenainya.
6. Guru hendaklah berusaha m empelbagaikan kaedah pengajaran dan teliti dalam
pelaksanaan.
7. Guru m am pu m engawal dan m enguasai pelajar dengan cara yang baik serta
tegas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
8. Guru m engam bil tahu tahap kebolehan pelajar yang diajar bagi memastikan kaedah
yang betul dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Amalan Pengajaran Tilawah al-Quran: Satu Tinjauan

63

9. Guru peka dengan perkembangan semasa dan pengaruhnya terhadap perkem bangan
pelajar, agar pendekatan terbaik dapat digunakan dalam m enangani m asalah
pengajaran dan pembelajaran.
10 . Guru hendaklah bersifat adil terhadap pelajar dengan tidak m enunjukkan kecenderungan ketara terhadap golongan pelajar tertentu.
Seterusnya al-Kailany (1986) m enegaskan guru harus pandai m enyesuaikan diri, gaya
bercakap, bercerita, m enegur, m em baca dan sebagainya m engikut tahap umur pelajar.
Hal ini bertepatan dengan sabda Nabi Muham m ad S.A.W ”Kam i disuruh bercakap
dengan orang ram ai m engikut perkem bangan akal fikiran m ereka” (Moham m ad
Nasir, 1978). Selanjutnya, Im am al-Ghazali (t.th.) dalam kitabnya Ihya Ulum uddin,
berpendapat guru harus m em punyai tujuh sikap yang baik supaya pengajarannya
m end at an gkan kesan yang baik kep ad a pelajar sepert i (i) Sayang kep ad a pelajar
sepertim ana m ereka sayangkan anak sendiri, (ii) Ikhlas m enyampaikan ilmu kepada
pelajarnya kerana pengajaran adalah tuntutan dalam agam a (iii) Selalu m enasihati
pelajar agar m engamalkan akhlak yang baik dan menjauhi larangan Allah, (iv) Menjauhi
perbuatan yang buruk atau akhlak yang jahat, (v) J anganlah m enghina guru lain,
lebih-lebih lagi di hadapan para pelajar, (vi) Pandai m enyesuaikan diri dengan
tahap um ur pelajarnya, dan (vii) Beram al dengan ilm u tersebut.
Manakala Dill (1990) berpendapat bahawa untuk m enjadi seorang guru yang terbaik dari
segi sikap, guru haruslah mem punyai lima ciri berikut, iaitu (i) Mem punyai kem ahiran
asas yang tinggi sebagai keperluan semasa pengajaran, (ii) Menguasai kepakaran dalam
disiplin ilmu, (iii) Pandai mengaitkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki untuk digunakan
semasa proses pengajaran, (iv) Sentiasa peka dalam m enilai pencapaian pelajar untuk
tujuan pem baikan pengajaran, dan (v) Mempunyai sifat ikhlas dan berautoriti dalam
ilmu yang disampaikan.
Kesim pulannya, bagi pengajaran Tilawah al-Quran yang berkesan m elibatkan peranan
guru pendidikan Islam sebagai m urabbi, m uallim , m uaddib, m urshid dan m udarris.
Berdasarkan peranan ini, guru pendidikan Islam bukan sahaja bertanggungjawab untuk
m en yam paikan ilm u Tilawah al-Qu r an sem at a-m at a, m alah u n t u k m em ben t u k
keperibadian pelajar sebagai persediaan kepada kehidupan seterusnya. Berdasarkan
perbincangan ini juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya gabungan ciri pengajaran
yang efektif dan sifat-sifat guru Pendidikan Islam yang efektif dalam proses pengajaran
dan pem belajaran.
METOD OLOGI
Kajian ini m erupakan satu kajian lapangan yang m engkaji tentang persepsi guru di
sekolah m enengah harian Malaysia berkaitan am alan pengajaran Tilawah al-Quran.
Kajian ini m elibatkan sebanyak 257 orang responden guru. Sam pel kajian adalah
dipilih secara rawak berstrata dan berkelom pok dari seluruh Malaysia. Zon yang
terlibat ialah Zon Utara yang diwakili negeri Perak, Zon Selatan yang diwakili negeri
Melaka, Zon Tim ur diwakili negeri Kelantan, Zon Barat diwakili Kuala Lum pur dan
Zon Malaysia Tim ur diwakili negeri Sarawak.
Kajian ini dijalankan dengan m enggunakan soal selidik yang dibina oleh pengkaji.
Keseluruhan item ialah 69 item yang mempunyai kesahan konstruk, kesahan kandungan
dan kebolehpercayaan yang tinggi. Item -item ini digunakan untuk m engenap pasti
am alan pengajaran guru dalam Tilawah al-Quran bahagian bacaan. Perincian bagi nilai

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72

64

Alpha Cronbach yang digunakan untuk m engukur nilai kebolehpercayaan instrum en
soal selidik seperti dalam J adual 1. Nilai kebolehpercayaan bagi kom ponen permulaan
pengajaran ialah 0.7727, komponen perkembangan pengajaran ialah 0.8905, komponen
penutup pengajaran ialah 0 .840 8 dan kom ponen alat bantu m engajar ialah 0 .80 20 .
Analisis keseluruhan instrum en soal selidik am alan pengajaran guru m enunjukkan
nilai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu 0 .9246.
J adual 1 : Nilai Pekali Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik

Skala Likert lim a m ata digunakan dalam kajian ini. Kaedah skor yang digunakan ialah
Sangat Tidak Setuju (STS) dengan skor 1 m ata, Tidak Setuju (TS) dengan skor 2 m ata,
Kurang Pasti (KP) dengan skor 3 mata, Setuju (S) dengan skor 4 mata dan Sangat Setuju
(SS) dengan skor 5 m ata digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh dianalisis
dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan dan min.
D APATAN KAJIAN
Responden kajian terdiri daripada 257 orang guru, iaitu 61 orang (23.7%) guru lelaki
dan 196 orang (76.3%) guru perem puan yang m engajar pelajar tingkatan dua di 10 0
buah sekolah m enengah kebangsaan harian ditunjukkan dalam J adual 2.
J adual 2 : Taburan Responden Guru berdasarkan J antina

Dap at an kajian dalam J ad ual 3 m en unjukkan bah awa seram ai 129 orang (50 .2%)
mempunyai kelulusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan seram ai 99 orang (38.5%)
berkelulusan Diploma Pendidikan. Manakala seramai 29 orang (11.3%) tidak mempunyai
kelulusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Diplom a Pendidikan.
J adual 3 : Taburan Responden Guru berdasarkan Kelulusan Ikhtisas

J adual 4 m enunjukkan statistik kelulusan akadem ik yang tertinggi bagi responden guru.
Majoriti daripada m ereka m em punyai kelulusan peringkat Ijazah Sarjana Muda, iaitu
242 orang (94.2%), manakala seram ai 15 orang (5.8%) berkelulusan Sarjana.

Amalan Pengajaran Tilawah al-Quran: Satu Tinjauan

65

J adual 4 : Taburan Responden Guru berdasarkan Kelulusan Akadem ik

J adual 5 menunjukkan taburan responden berdasarkan bilangan waktu mengajar secara
terperinci. Majoriti responden guru m empunyai jumlah waktu m engajar pendidikan
Islam sebanyak 24 waktu sem inggu seram ai 93 orang (36.2%) dan diikuti 26 waktu
seminggu seram ai 40 orang (15.6%). Manakala dapatan kajian berkaitan jumlah waktu
mengajar berdasarkan kategori didapati kategori 12-16 waktu adalah seramai 23 orang
(8.95%), 18-22 waktu seramai 52 orang (20 .23%), 23-26 waktu seram ai 144 orang
(56.0 3%) dan 27-34 waktu seram ai 38 orang (14.79%).
J adual 5 : Taburan Responden Guru berdasarkan Bilangan Waktu Mengajar

J adual 6 m em aparkan dapatan kajian tentang kursus berkaitan Tilawah al-Quran yang
dihadiri oleh responden guru sepanjang perkhidm atan m ereka sebagai guru. Seram ai
163 orang (63.4%) guru pendidilkan Islam tidak pernah mengikuti apa-apa kursus yang
berkaitan Tilawah al-Quran. Manakala yang pernah menghadiri kursus berkaitan Tilawah
al-Quran adalah seram ai 94 orang (36.6%) daripada keseluruhan responden kajian.
Berdasarkan perbincangan dapatan kajian berkaitan profil responden guru didapati
bahawa majoriti responden guru ialah perem puan, iaitu 76.3 peratus. Dari segi kelulusan
ikhtisas m ajoritinya (50 .2%) berkelulusan Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Manakala
dari segi kelulusan akademik tertinggi, peratusan yang besar ialah berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda (94.2%). Seterusnya dari segi jumlah waktu m engajar, m ajoriti (36.8%)
daripada guru pendidikan Islam m engajar 24 waktu seminggu. Dari segi m enghadiri
kursus yang berkaitan dengan Tilawah al-Qurah, lebih daripada separuh guru pendidikan
Islam (63.4%) tidak pernah m enghadiri kursus berkaitan Tilawah al-Quran.

66

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72

J adual 6 : Taburan Responden Guru berdasarkan Kursus Tilawah al-Quran

Seterusnya J adual 7 menunjukkan taburan dapatan kajian berkaitan persepsi responden
guru iaitu sebanyak 162 orang (63%) m em punyai skor m in di antara 2.34 hingga 3.66
iaitu pada tahap sederhana bagi am alan pengajaran guru. Manakala hanya 95 (37%)
mendapat skor min pada tahap tinggi, iaitu di antara 3.67 hingga 5.00. Keseluruhannya,
tahap skor m in amalan pengajaran guru ialah 3.534. Ini m enunjukkan bahawa tahap
am alan pengajaran guru pendidikan Islam berada pada tahap sederhana.
J adual 7 : Taburan Skor Am alan Pengajaran Guru

Selanjutnya taburan dapatan kajian am alan pengajaran guru secara terperinci bagi
komponen permulaan pengajaran ditunjukkan dalam J adual 8. Tahap min keseluruhan
bagi am alan pengajaran guru berdasarkan kom ponen perm ulaan pengajaran berada
pada tahap sederhana, iaitu 3.638.
Jadual 8 : Taburan Data Pemboleh Ubah Amalan Pengajaran Guru
Komponen Permulaan Pengajaran

J adual 9 : Taburan Data Pem boleh Ubah Am alan Pengajaran Guru Komponen Perkem bangan Pengajaran

68

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72

Manakala bagi komponen perkembangan pengajaran ditunjukkan dalam Jadual 9. Secara
keseluruhan, komponen perkembangan pengajaran berada pada tahap tinggi, iaitu 3.748.
Walau bagaimanapun, nilai ini adalah nilai pada aras yang terendah untuk nilai tahap
min tinggi.
Seterusnya bagi kom ponen penutup pengajaran, dapatan kajian m enunjukkan bahawa
tahap m in keseluruhan item berada pada tahap m in sederhana (3.495). Manakala
analisis terperinci dalam bentuk peratusan ditunjukkan dalam J adual 10 .
J adual 10 : Taburan Data Pem boleh Ubah Am alan Pengajaran Guru
Kom ponen Penutup Pengajaran

Objektif terakhir kajian amalan pengajaran guru berkaitan komponen alat bantu mengajar
m enunjukkan tahap m in keseluruhan berada pada tahap yang rendah, iaitu 2.831.
Analisis terperinci berdasarkan peratusan ditunjukkan dalam J adual 11.
J adual 11 : Taburan Data Pem boleh Ubah Am alan Pengajaran Guru
Kom ponen Alat Bantu Mengajar

Amalan Pengajaran Tilawah al-Quran: Satu Tinjauan

69

Berdasarkan J adual 12, dapatan kajian m enunjukkan bahawa komponen perkem bangan
pengajaran mem punyai skor m in tertinggi (skor min = 3.748, sisihan piawai = 0 .474)
di m ana skor m inimum ialah 2.37 dan skor m aksim um ialah 4.94. Kom ponen kedua
tertinggi ialah perm ulaan pengajaran (skor m in = 3.638, sisihan piawai = 0 .436) di
mana skor minimum ialah 2.46 dan skor m aksimum ialah 4.62. Seterusnya komponen
penutup pengajaran m enunjukkan skor ketiga tertinggi (skor m in = 3.495, sisihan
piawai = 0 .629) di m ana skor m inim um ialah 1.63 dan skor m aksim um ialah 5.0 0 .
Kom ponen terakhir iaitu alat bantu m engajar m em punyai skor m in terendah dalam
am alan pengajaran guru (skor m in = 2.831, sisihan piawai = 0 .465) di m ana skor
m inim um ialah 1.62 dan skor m aksim um 4.15.
J adual 12 : Taburan Skor Min Kom ponen Am alan Pengajaran Guru

PERBIN CAN GAN
Kebolehan pelajar untuk m enguasai kemahiran Tilawah al-Quran m erupakan m atlamat
penting yang hendak dicapai m enerusi proses pengajaran dan pem belajaran Tilawah
al-Quran di dalam bilik darjah apatah lagi daripada aspek kefahaman, am alan dan
penghayatan. Berdasarkan dapatan kajian m em perlihatkan jika sekiranya penguasaan
Tilawah al-Quran ingin dipertingkatkan, m aka amalan pengajaran Tilawah al-Quran
hendaklah diberi penekanan daripada pelbagai aspek pedagogi dan ciri seorang guru
al-Quran. Abdul Raof (1993) m enjelaskan bahawa gabungan pelbagai aktiviti pengajaran
yang m elibatkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik akan m em bawa kepada
pengajaran yang berkesan. Oleh itu, guru pendidikan Islam perlu m enguasai segala
aspek strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang berkaitan dengan Tilawah al-Quran.
Seterusnya, bagi m eningkatkan amalan pengajaran Tilawah al-Quran, guru hendaklah
peka kepada penguasaan Tilawah al-Quran setiap individu pelajar. An-Nashm y (1980)
mencadangkan agar guru m emilih kaedah yang boleh m emberi kesan yang m endalam
bukan sahaja kepada kefaham an setiap individu pelajar yang diajar, m alah m em beri
kesan kepada jiwa dan m enyentuh perasaan setiap individu pelajar. Dengan cara ini,
pelajar akan m em ber i tum puan dan dapat m en gin gat pelajar an den gan cepat dan
bertahan lebih lam a.
Am alan p engaja r an Tilawah al-Qu r an yan g berkesan akan m en in gkat kan ku alit i
pengajaran guru pendidikan Islam . Ini dikaitkan dengan sifat kreatif guru yang m ana
bukan sahaja setakat merancang pengajaran, bahkan juga m eliputi kreatif sem asa proses
pengajaran. Amalan ini penting kerana ini akan m enentukan daya tarikan m inat pelajar
untuk m enumpukan perhatian dalam pembelajaran. Ngalim (1990) berpendapat bahawa
punca para pelajar hilang tumpuan semasa belajar di dalam bilik darjah adalah disebabkan
oleh cara guru m enerangkan dan m enggunakan bahan pengajaran yang m embosankan.
Oleh itu, usaha harus dilakukan agar suasana am alan pengajaran yang kreatif dapat
diwujudkan semasa proses pengajaran dan pem belajaran berlaku di dalam bilik darjah.

70

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72

Kesim pulannya, bagi m enjamin kualiti penguasaan Tilawah al-Quran dalam kalangan
pelajar, guru pendidikan Islam perlu menggiatkan lagi usaha semasa proses pengajaran
Tilwah al-Quran. Ini boleh dilakukan dengan menam bahkan lagi maklum at berkaitan
keadah pengajaran Tilawah al-Quran dengan menghadiri kursus perkaedahan pengajaran
Tilawah al-Quran dan juga perbincangan dengan rakan guru pendidikan Islam .
IMPLIKASI KAJIAN
Dalam kajian ini pem boleh ubah am alan pengajaran guru menunjukkan skor m in yang
sederhana. Sehubungan itu jika guru pendidikan Islam ingin m eningkatkan penguasaan
m urid dalam Tilawah al-Quran, m aka guru pendidikan Islam hendaklah m em astikan
amalan pengajaran Tilawah al-Quran di dalam bilik darjah benar-benar memberi kesan
kepada pelajar. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru pendidikan Islam agar pelajar
tidak berterusan lem ah dalam penguasaan Tilawah al-Quran. Oleh itu, dapatan kajian
ini m enunjukkan betapa pentingnya komponen-komponen dalam am alan pengajaran
guru ini diberi penekanan dalam proses m eningkatkan pencapaian Tilawah al-Quran
pelajar.
KESIMPU LAN
Kajian ini ber m an faat secara um um nya kep ada gu ru-guru yan g m en gajar Tilawah
al-Qu r an , m an akala secar a kh u su sn ya bagi gu r u pen did ikan Islam yan g in gin
m eningkatkan penguasaan pelajar dalam Tilawah al-Quran. J usteru, guru hendaklah
m em astikan am alan pengajaran Tilawah al-Quran dalam bilik darjah benar-benar
m em b er i kesan kep ada p ar a p elajar . Pelbagai u sah a p er lu d ilaku kan oleh gu r u
pendidikan Islam agar para pelajar tidak berterusan lemah dalam penguasaan Tilawah
al-Quran. Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas m enunjukkan bahawa pentingnya
kom pon en -kom pon en dalam am alan pengajar an guru in i d iber i p en ekan an b agi
meningkatkan pencapaian Tilawah al-Quran dalam kalangan pelajar. Kesim pulannya,
am alan pengajar an gu ru dalam Tilawah al-Qu ran m em ain kan peranan pent in g
dem i m enjamin penguasaan pelajar dalam kem ahiran bacaan al-Quran dan lahirnya
generasi celik al-Quran.
RU JU KAN
Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Abdul Qadir Leong. (1998). Tajw id al-Quran rasm ’uthm ani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam .
Ab. Halim Tamuri. (2005). Isu-isu dalam amalan pengajaran guru-guru pendidikan Islam
di sekolah rendah dan menengah. Prosiding W acana Pendidikan Islam Peringkat
Kebangsaan Siri Ke-4. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tam uri. (20 0 6). Modul pengajaran dan pem belajaran tahfiz al-Quran:
pendekatan m asa kini. Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tam uri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zam ri Abdul
Rahim & Khadijah Abdul Razak. (200 4). Keberkesanan kaedah pengajaran dan
pem belajar an Pen didikan Islam ke atas pem bangun an diri pelajar . Laporan
Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, J abatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kem enterian Pelajaran Malaysia.
Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kam arulzam an Abdul
Ghani & Mohd Aderi Che Noh. (2006). Kajian amalan pengajaran Pendidikan Islam

Amalan Pengajaran Tilawah al-Quran: Satu Tinjauan

71

di sekolah rendah dan m enengah. Prosiding Sem inar IRPA RMK-8, Kategori
ERK 20 0 6, J ilid 11. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Raof Dalip. (1998). Teknik pengajaran dan pem belajaran agam a Islam di sekolah
menengah. Dlm. Pendidikan di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahm ad Mohd Salleh. (1997). Pendidikan Islam : Falsafah, pedagogi dan m etodologi.
Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Al-Kailani, Taisir & Iyad, Mulhim . (1986). At-taujih al-fanny fi usul at-tarbiyah w a
tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.
Al-Nahlawi, Abdul Rahm an. (1988). Usul al-tarbiy ah al-Islam iy ah w a asalibuha.
Dam syik: Dar al-Fikr.
An-Nashm y, Ajil J asim (1980 ). Ma’alim fi tarbiy ah. Kuweit: Maktabah al-Manar.
Al-Syaibani, Om ar Muham m ad al-Toum y. (1991). Falsafah Pendidikan Islam .
Hassan Langgulung. (Terj.). Shah Alam : Hizbi.
Atan Long. (1993). Pedagogi kaedah am m engajar. Petaling J aya: Am iza Publishing
Sdn. Bhd.
Azman Wan Chik. (1986). Kaedah hayati am ali: satu pendekatan m engajar Pendidikan
Islam . Kuala Lum pur: Karya Bistari.
Brophy, J . E. & Good, T. L. (1986). Teacher Behavior and student Achievem ent. Dlm .
M.C Wittrock. (Eds.). Handbook of research on teaching. Ney York:
McMillan.
Burden, P. R. & Byrd, D. M. (2003). Methods for effective teaching. Boston: Allyn & Bacon.
Cohen, P. A. (1981). Student ratings of instruction and student achievement: A meta-analysis
of m ulti section validity studies. Review of Educational Research, 51: 281-30 9.
Dill, D. D. (1990). W hat teachers need to know : The know ledge, skills and values essential
to good teaching. San Francisco: J ossey-Bass.
Farehan Mohd Hani. (20 0 0 ). Kem ahiran m em baca nun sakinah di kalangan pelajar
tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di daerah Petaling. Kertas Projek
Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lum pur.
Feldman, K. A. (1989). Instructional effectiveness of college teachers as judged by teachers
themselves, current and form er students, colleagues, adm inistrators and external
observers. Research in Higher Education, 30 (2): 137-194.
Ghazali Basri. (1991). Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan: satu analisis.
Jurnal Pendidikan Islam . J ilid 4: Disem ber.
Gorm an, J . M. (20 0 0 ). Theory of personality and learning process. New York:
J ohn Wiley dan Sons.
Halim Na’am. (2005). Pelaksanaan j-Qaf. Prosiding W acana Pendidikan Islam Siri ke-4.
Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hassan Langgulung. (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam . Kuala Lumpur:
Pustaka Am an.
Ibn Khaldun. (2000). Muqadim ah Ibn Khaldun. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Ishak Abbas. (1985). Mem aham i tajw id dan tartil al-Quran. Kuala Lumpur: Sri Kota.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. (2000). Laporan status kadar celik al-Quran sekolahsekolah kebangsaan Negeri Saraw ak.
Kamarulzam an Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak & Mohamed Am in Embi. (2003).
Tahap am alan pengajaran guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab: Satu
kajian di sekolah-sekolah m enengah agam a di Kelantan. Prosiding W acana
Pendidikan Islam Siri 2. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kem enterian Pelajaran Malaysia. (20 0 4b). Huraian sukatan pelajaran pendidikan
Islam . Kuala Lum pur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kem enterian Pelajaran Malaysia. (20 0 5). Modul pengajaran pendidikan Islam .
Kuala Lum pur: Dewan Bahasa & Pustaka.

72

Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 57-72

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational testing and m easurem ent. New York:
Harper Collins College Publishers.
Mohamad Sabri Satar. (2001). Keberkesanan kaedah Hattawiyyah dalam pembelajaran
tilawah al-Quran. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamm ad Naim Mat Salleh. (20 03). Pencapaian tilaw ah al-Quran m elalui Kaedah
Iqra’ di sekolah-sekolah rendah kebangasaan daerah Setiu, Terengganu. Projek
Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Aderi Che Noh. (200 4). Celik al-Quran di kalangan pelajar tingkatan satu Zon
Pudu Kuala Lumpur. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed. (2003). Keberkesanan
Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran. Dlm. Isu sem asa Pengajian
Quran dan Sunnah, 101-114. Bangi: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Kolej Universiti
Islam Malayisa
Mohd Majid Konting & Zakaria Kasa. (2002). Pengetahuan dan kemahiran pengajaran:
Satu kajian kes di kalangan guru pelatih Universiti Putra Malaysia. Sem inar
Kebangsaan Pendidikan Guru. Alor Star.
Mohd Salleh Lebar. (1992). Perubahan dan kem ajuan pendidikan di Malay sia. Kuala
Lum pur: Nurin Enterprise.
Mohd Yusuf Ahmad. (2000). Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya.
Mok Soon Sang. (200 0). Pendidikan di Malay sia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd
Mok Soon Sang & Lee Shok Mee. (1991). Pedagogi 3: Bahagian A pengajaran dan
persediaan m engajar. Kuala Lum pur: Kum pulan Budim an Sdn. Bhd.
Ngalim Purwanto. (1990 ). Psikologi pendidikan. Bandung: Rosdakarya.
Raihan Mohd Nordin. (20 00). Penguasaan kem ahiran m embaca al-Quran di kalangan
pelajar sekolah menengah kebangsaan Gurun Kedah Darul Aman. Latihan Ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ramlan Ahm ad. (2000). Kemahiran mem baca al-Quran dan jawi pelajar-pelajar sekolah
berasrama penuh: satu kajian kes. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ram li Ahm ad. (20 0 0 ). Kelem ahan m em baca al-Quran di kalangan pelajar Sekolah
Berasram a Penuh. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahm ad. (20 0 5). Pedagogi:
Strategi dan teknik m engajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagof. (1984). Ilm u pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur: Heinem ann
Asia.
Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review , 50 , 21818-A.
Sulaiman Ngah Razali. (1997). Pedagogi teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.
Tickle, L. (20 0 0). Teacher induction: The w ay ahead. Buckingham: Open University
Press.
Bio d ata:
Dr. Mohd Aderi Che Noh ialah pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM.