Teks Ucapan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan | Jabatan Perdana Menteri 25052017.

TEKS UCAPAN
YBHG. TAN SRI OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN
JABATAN PERDANA MENTERI
BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN
BULAN MEI 2017
Tarikh :

25 MEI 2017 (KHAMIS)

Masa

8.30 PAGI

:

Tempat :

AUDITORIUM JPM
BLOK B1, KOMPLEKS JPM


1

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,
Salam sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.
Terima kasih kepada saudara-saudari Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin bin Abu Hassan,
Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM,
Yang Berusaha Puan Normi binti Nordin, Timbalan Ketua Setiausaha
Pengurusan JPM,
Yang Berbahagia Datuk Almalena Sharmila Binti Dato Dr. Johan,
Penasihat Undang-undang JPM
Yang Berusaha Tuan Haji Othman bin Jantan, Ketua Akauntan,
Bahagian Akaun, selaku penganjur majlis pada kali ini.
Yang Berusaha Puan Monarita Binti Junaidi,
Pegawai Bertauliah (Pendidikan & Kewangan) daripada Agensi
Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) selaku Penceramah
Jemputan
Yang


Berbahagia

Datuk-Datuk,

Setiausaha-Setiausaha

Bahagian,

Ketua-Ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian.

2

PENDAHULUAN
Alhamdulilah bersyukur kita kepada Yang Maha Esa kerana berkat
limpah rahmatNya dapat kita bersua sekali lagi di dalam Perhimpunan
Bulanan JPM bagi bulan Mei 2017.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada para penerima
Anugerah Penjawat Cemerlang Bagi bulan April 2017. Semoga
pengiktirafan ini akan dijadikan motivasi kepada tuan-tuan dan puanpuan untuk terus komited melaksanakan tugasan harian.
Tahniah juga diucapkan kepada Peminjam Paling Aktif Perpustakaan

JPM bagi bulan April. Saya berharap budaya membaca dapat disemai
dalam kalangan penjawat awam agar dapat mempertingkatkan daya
kepimpinan, kreativiti, inovasi dan produktiviti.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat datang kepada warga
baru JPM yang telah melaporkan diri sama ada lantikan baru dalam
perkhidmatan awam mahupun yang bertukar daripada Kementerian atau
Jabatan lain. Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan warga baru JPM
dapat mencurahkan khidmat bakti cemerlang tuan puan dengan penuh
iltizam dan dedikasi bagi merealisasikan semua inisiatif yang terkandung
dalam agenda transformasi Perkhidmatan Awam. Budaya dan disiplin
kerja di tempat yang lama boleh diaplikasikan di JPM sekiranya ia boleh
memberi nilai tambah.
Pada masa yang sama, saya berterima kasih dan mengucapkan
selamat maju jaya kepada warga kerja JPM yang telah bertukar
mahupun yang telah bersara. Tahniah kepada yang telah bertukar atas
3

sebab kenaikan pangkat dan semoga dapat menimba pengalaman di
tempat yang baru. Manakala kepada yang telah bersara, didoakan
supaya sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat oleh-Nya dalam apa jua

bidang yang bakal diceburi. Segala sumbangan dan khidmat bakti yang
telah dicurahkan tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai jua.
Yang Berbahagia Datuk-Datuk, tuan-tuan dan puan-puan sekalian
TAHUN 2017 : YEAR OF DELIVERY

Seiring dengan pengisytiharan tahun 2017 sebagai Tahun Penyampaian
Perkhidmatan (Year of Delivery) oleh YAB Perdana Menteri dan tema
Majlis Persada Gemilang Tahun 2017 iaitu “Perkhidmatan Cemerlang,
Penyampaian Gemilang”, kita perlu sentiasa komited untuk memberikan
perkhidmatan yang lebih jitu kepada para stakeholders dan pelanggan.
Kesungguhan dan iltizam dalam menyumbang khidmat bakti akan
meningkatkan momentum produktiviti ke arah mencapai visi negara
maju berpendapatan tinggi dan agenda transformasi nasional yang
holistik.
YAB Perdana Menteri telah berulang kali mengingatkan penjawat awam
supaya mengikis pemikiran atau mindset bekerja secara berasingan
atau silo mentality. Dalam setiap tugasan, program dan aktiviti yang kita
laksanakan,

tanamkanlah


sifat

muafakat

dan

semangat

kerja

berpasukan. Semangat ini juga perlu demi merealisasikan penyampaian
perkhidmatan yang mensejahterakan rakyat.

4

Selain itu, penjawat awam juga perlu melaksanakan core business atau
amanah yang diberikan iaitu menyampaikan perkhidmatan terbaik
kepada rakyat sejajar dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan
Awam. Fokus kepada penyampaian ini bukan sahaja daripada aspek

fizikal, tetapi ia juga meliputi cara dan nilai penyampaian kepada rakyat.
Kita juga perlu melihat semula sasaran kerja tahunan masing-masing
bagi memastikan apa yang dirancang boleh dicapai menjelang hujung
tahun ini.
Setiap jabatan dan agensi perlu memainkan peranan masing-masing
bagi memastikan tidak wujud sebarang ketirisan bagi projek-projek yang
telah dirancang yang memberi impak tinggi kepada rakyat. Bagi projekprojek yang sedang berjalan, kita perlu memastikan ianya

mengikut

jadual perancangan yang telah dibuat dan dipantau dengan rapi supaya
tidak berlaku kelewatan. Sekiranya terdapat sebarang halangan dan
masalah, ia perlulah diatasi dengan segera.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

AGENDA TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)
Dalam mendepani cabaran masa hadapan, YAB Perdana Menteri telah
menginspirasikan gagasan Transformasi Nasional 2050 atau TN50 pada
bulan Oktober tahun lalu. TN50 merupakan dasar futuristik yang bersifat
holistik dan inklusif untuk memeta perancangan dan visi strategik negara

bagi tempoh tiga dekad yang akan datang. Kerajaan kini sedang giat
mengadakan program-program dialog dan roadshow TN50 di serata

5

negara bagi mendapat dan mengumpul aspirasi dan harapan rakyat
jelata melalui pendekatan bottom-up.
Inisiatif-inisiatif TN50 yang diperkenalkan kelak akan mengubah lanskap
pemikiran politik, ekonomi dan sosial Malaysia ke arah membentuk
negara bangsa berwibawa serta berminda „par excellence’. Anjakan
paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi minda yang
membolehkan warga Malaysia berdaya saing dan mampu berdikari
untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.
Pada 30 Mei nanti, YAB Perdana Menteri akan mengadakan sesi
pertama TN50 Bersama Penjawat Awam di Kementerian Kewangan
untuk mendapatkan pandangan dan berinteraksi dengan para penjawat
awam dalam membentuk sektor perkhidmatan awam negara kita
menjelang tahun 2050. Sebagai penjawat awam perlu bersama-sama
berpandangan jauh, tidak leka atau khusyuk dengan pencapaian masa
kini. Adalah diharapkan kita bersama-sama berpadu tenaga dan buah

fikiran dalam mengemukakan inisiatif-inisiatif TN50 demi kelestarian
generasi akan datang.
Hadirin hadirat sekalian,
LAPORAN TAHUNAN 2016 : PROGRAM TRANSORMASI NEGARA
(NTP)
Pada 23 Mei 2017, YAB Perdana Menteri telah menyempurnakan dan
membentangkan Laporan Tahunan Program Tranformasi Negara (NTP)
2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi
Mara (UiTM) yang disaksikan lebih 5,000 hadirin dan turut dihadiri oleh
6

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta
menteri-menteri Kabinet serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
Saya lihat, langkah berani yang diambil Kerajaan, terutama melalui
Program Transformasi Negara (NTP) yang dilaksanakan sejak lapan
tahun lalu berjaya mencetuskan momentum yang akhirnya meletakkan
Malaysia pada landasan ekonomi sihat serta betul.
Langkah tersebut seperti pemansuhan subsidi minyak, pengurangan
kebergantungan kepada hasil minyak, rasionalisasi subsidi dan juga
memperkenalkan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah memberi

banyak pulangan kepada rakyat dan negara.
Antara manfaat yang dikecapi oleh negara dan rakyat pada hari ini
adalah:
1.

Jumlah pelaburan asing meningkat kepada RM41 bilion pada

tahun lalu, selain potensi sehingga RM144 bilion yang bakal dibawa
masuk China.
2.

Pelaburan daripada Saudi Aramco sebanyak RM31 bilion dalam

projek Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor, iaitu pelaburan asing
tunggal terbesar pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
3.

NTP berjaya merapatkan jurang menuju sasaran pendapatan

tinggi daripada 33 peratus kepada 18 peratus antara tahun 2010 hingga

2016.

7

4.

Pada akhir tahun 2016, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per

kapita telah meningkat kepada US$10,010 berbanding sasaran
pendapatan tinggi yang dianggarkan pada US$12,272 tahun lepas.
5.

Lebih

2.26

juta

pekerjaan


dalam

tempoh

enam

tahun

kebelakangan ini.
6.

Tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA telah

merekodkan pencapaian purata KPI

sebanyak

101 peratus.

Manakala Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA, kita telah berjaya
mencatatkan pencapaian purata KPI sebanyak 110 peratus.
Jadinya, untuk menempa sesebuah kejayaan, ia menuntut kepada
usaha dan sokongan padu daripada segenap rakyat untuk sama-sama,
bahu-membahu, ganding-berganding, seiring dan sejalan, senada dan
seirama, rakyat dan Kerajaan, dengan memberi sumbangan terhadap
tindakan demi mensejahterakan Malaysia.
Hadirin hadirat sekalian,
TAAT SETIA KEPADA RAJA, NEGARA DAN KERAJAAN YANG
MEMERINTAH
Sebagai penjawat awam, kita perlu menetapkan kesetiaaan kita kepada
Raja, Negara dan Kerajaan yang memerintah sepertimana yang
termaktub dalam Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan & Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993]..

8

Pada zaman media sosial ini, terdapat pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab menyebarkan maklumat atau melemparkan tuduhan
dan kritikan terhadap Kerajaan. Yang mengecewakan, terdapat
segelintir penjawat awam turut tergolong dalam kumpulan ini. Golongan
ini percaya kepada ‘fake news’. Mereka kurang ‘social media literacy’,
yang dapat menilai kesahihan sesuatu yang dimuatkan dalam media
sosial.
INSENTIF KERAJAAN UNTUK PERKHIDMATAN AWAM NEGARA

Dalam konteks perkhidmatan awam kita pula, pada setiap tahun, pihak
Kerajaan berusaha menambahbaik skim perkhidmatan awam daripada
segi emolumen dan insentif perkhidmatanseperti Cuti Belajar untuk
Kumpulan Pelaksana, peluang kenaikan pangkat secara ‘fast-track’ dan
‘time-based’, kesetaraan gaji, pelantikan tetap pekerja kontrak, dan
perumahan mampu milik khusus untuk penjawat awam.
Oleh itu, seharusnya kita sebagai penjawat awam, mestilah sentiasa
bersyukur dengan apa yang kita nikmati dan perlu sentiasa ingat
bahawa kita semua tertakluk kepada prinsip setia kepada Kerajaan yang
memerintah.

Sekiranya

terdapat

perkara

yang

dirasakan

perlu

ditambahbaik, kita boleh mengutarakan pandangan kita kepada pihak
yang berkenaan melalui saluran yang betul dan tidak menghentam
Kerajaan secara membuta tuli terutamanya di media sosial.

9

Hadirin hadirat sekalian yang dihormati,
Justeru, saya mengingatkan semua supaya sentiasa peka dan berhatihati terutamanya apabila menggunakan e-mel dan melayari manamana laman sesawang di internet supaya ancaman ini tidak
menyerang sistem yang ada di JPM.
KEJAYAAN JPM: MAJLIS HARI KECEMERLANGAN PENDIDIK
PERMATA NEGARA TAHUN 2017
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Dalam Majlis Hari Kecemerlangan Pendidik PERMATA Negara Tahun
2017 yang disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah
Mansor bertempat di PICC Putrajaya pada 18 Mei 2017 yang lalu,
Taska PERMATA Puspanita JPM telah berjaya merangkul dua (2)
anugerah dan satu (1) sijil pengiktirafan iaitu:
a) Anugerah Dokumentasi Taska PERMATA Cemerlang;
b) Anugerah Pengurusan Taska PERMATA Cemerlang; dan
c) Sijil Perakuan PERMATA Q.
Justeru, dikesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada YBhg Puan Sri Datuk Rohani Binti Abdullah,
Penasihat Taska PERMATA Puspanita JPM atas segala panduan dan
nasihat yang diberikan sehingga Taska PERMATA Puspanita JPM
berjaya merangkul anugerah-anugerah tersebut.

10

Tahniah, syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada Barisan
Pengurusan Tertinggi JPM, PUSPANITA Cawangan Kecil JPM, Badan
Kebajikan dan Sukan JPM, Warga Pendidik Taska PERMATA Puspanita
JPM dan semua yang terlibat di atas kejayaan ini. Semoga ianya
menjadi pembakar semangat dan pemangkin kepada semua untuk
mengekalkan Taska PERMATA Puspanita JPM sebagai antara Taska
yang terbaik di kalangan yang terbaik, insyaAllah.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
ISU: KEBERHUTANGAN YANG SERIUS DI KALANGAN PENJAWAT
AWAM
Mengikut rekod Jabatan Akauntan Negara sebanyak 61,726 daripada
1.59 juta penjawat awam menerima pendapatan bersih kurang 40%
daripada emolumen bulanan mereka.
Mengikut rekod JPM pula (setakat Bulan Mac 2017), seramai 1,543
penjawat awam mempunyai potongan melebihi 60% daripada gaji yang
diterima melibatkan 222 orang di kalangan Kumpulan P&P dan 1,321 di
kalangan Kumpulan Sokongan. Pinjaman peribadi yang dipotong melalui
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) didapati
penyumbang terbesar keberhutangan yang serius dalam kalangan
penjawat awam.
Keberhutangan serius ini diklasifikasikan sebagai jumlah pendapatan
bersih bulanan penjawat awam yang kurang 60% daripada emolumen

11

bulanan, setelah mengambil kira potongan yang dibenarkan Ketua
Jabatan.
Untuk makluman hadirin juga, bermula bulan April 2017, Jabatan
Akauntan Negara telah melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji
penjawat awam sehingga maksimum 60% daripada jumlah gaji kasar
melalui sistem gaji berkomputer bagi menangani masalah hutang dalam
kalangan penjawat awam.
Justeru, saya menasihatkan kepada semua warga JPM supaya
menguruskan kewangan tuan/puan dengan sebaiknya kerana impak
keberhutangan yang serius ini bukan hanya mampu mengganggu fokus
seseorang penjawat awam itu, tetapi secara tidak langsung ianya akan
memberikan impak negatif kepada imej Perkhidmatan Awam dan
produktiviti Negara.
Bagi penjelasan lanjut mengenai cara-cara terbaik dalam pengurusan
hutang atau kredit ini, ianya akan disampaikan oleh YBrs. Puan
Monarita Binti Junaidi, Pegawai Bertauliah (Pendidikan & Kewangan)
daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) selepas ini,
insyaAllah.
Yang Berbahagia Datuk-Datuk, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian,
TAZKIRAH DAN KHUTBAH JUMAAT SEMPENA SOLAT JUMAAT
KALI

PERTAMA

DI

SURAU

MAHMOODIAH,

PUTRAJAYA

12

PRESINT

18,

Pada 17 Mei 2017 yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyerahan Kunci
Surau Terbaru di Putrajaya iaitu Surau Mahmoodiah, Presint 18 ,
Putrajaya .
Surau ini merupakan usaha dan inisiatif bersama penduduk Presint 18,
termasuk saya sendiri dengan kerjasama banyak pihak termasuk YBhg
Tan Sri Dr. Khair Bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia dan YBhg Dato‟ Muhammad Ammir Bin Haron, Pengarah
Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Pejabat Perdana Menteri.
InsyaAllah, solat Jumaat pertama ini akan diadakan pada 26 Mei 2017
yang mana tazkirah dan khutbah akan disampaikan oleh Sahibus
Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato‟ Dr Dzulkifli Al-Bakri
dan kemudian akan diikuti dengann solat tarawih pertama pada sebelah
malamnya.
Justeru, dikesempatan ini saya mengajak semua warga JPM yang
beragama Islam bersama-sama untuk hadir solat Jumaat pada 26 Mei
ini, dan bersama-sama mengimarahkan surau ini pada bila-bila masa
kelapangan terutamanya pada yang menetap di Presint 18 mahupun
sekitarnya.
PENUTUP
Buat warga JPM yang beragama Islam, selamat menjalani ibadah
Puasa yang bakal tiba tak lama lagi. Semoga Ramadan kali ini memberi
seribu satu rahmat buat kita semua.

13

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan
pada 30-31 Mei kepada warga JPM daripada Kaum Kadazan-Dusun
dan Selamat Hari Gawai pada 1-2 Jun 2017 kepada warga JPM
daripada Kaum Iban dan Bidayuh. Seiring dengan konsep merakyatkan
perkhidmatan awam dan 1Malaysia, Kerajaan bersetuju memberi cuti
tanpa rekod kepada pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan
Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia untuk
meraikan sambutan dua perayaan ini bersama keluarga tersayang.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan terima kasih kepada Bahagian
Akaun selaku penganjur Perhimpunan Bulanan JPM pada kali ini.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

14