Teks Ucapan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan | Jabatan Perdana Menteri 27092017.

TEKS UCAPAN
YBHG. DATUK MOHD ZUKI BIN ALI
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN
JABATAN PERDANA MENTERI
BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BULAN SEPTEMBER 2017

Tarikh

:

27 OGOS 2017 (RABU)

Masa

:

8.30 PAGI

Tempat

:


AUDITORIUM JPM
BLOK B1, KOMPLEKS JPM

1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,
Salam Sejahtera, Salam Negaraku Malaysia Sehati Sejiwa,
Saudara dan saudari Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin bin Abu Hassan,
Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM,
Yang Berusaha Encik Zakaria Bin Shaaban
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM,
Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman,
Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku penganjur
perhimpunan kita pada hari ini; dan
Ketua-Ketua Jabatan/Agensi/Setiausaha-Setiausaha Bahagian
Datuk-Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.
PENDAHULUAN
1.


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT
kerana dengan rahmat dan inayah-Nya jua kita dapat berjumpa lagi dalam
Program Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2017 ini dan setinggitinggi kesyukuran kerana kita diberikan kekuatan untuk terus melaksanakan
tugas.

2.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YBrs.
Puan Normi Binti Nordin yang telah bertukar ke Unit Perancang Ekonomi dan
merakamkan ucapan tahniah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
yang baru iaitu Encik Zakaria Bin Shaaban yang sebelum ini merupakan
2

Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan. Semoga dengan jawatan baru
yang diamanahkan ini dapat dilaksanakan oleh beliau dengan lebih baik dan
cemerlang lagi. Insya Allah.
3.

Sebagaimana yang telah diumumkan tadi, beberapa orang pegawai telah

bertukar keluar dari Jabatan/Agensi JPM sepanjang bulan Ogos dan September
2017 ini. Pada kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah
dicurahkan selama berkhidmat di JPM. Saya mendoakan yang terbaik buat tuantuan dan puan-puan sekalian.

4.

Kepada kakitangan baru, saya ucapkan “Selamat Datang” ke JPM. Semoga
tuan-tuan dan puan-puan dapat menyesuaikan diri, mencurah khidmat bakti dan
menyumbang idea yang bernas bagi membantu JPM dalam memberikan
perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada ‘stake holder’ dan masyarakat
seluruhnya. Untuk makluman, JPM ini mempunyai pelbagai stake holder kerana
kita mempunyai Jabatan dan Agensi yang paling banyak jumlahnya. Ini
merupakan gambaran bahawa tanggungjawab yang diberikan kepada kita
sangat besar.

5.

Jika kita lihat sebentar tadi di paparan video montaj, pda bulan Ogos dan
September ini kita mempunyai banyak acara dan aktiviti yang melibatkan

Jabatan Perdana Menteri seperti Sambutan Hari Kebangsaan, Sukan SEA, Hari
Malaysia dan Hari Keputeraan Rasmi KrBawah Duli Yang Maha MuLIA Seri
Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong. Di kesempatan ini, saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung seperti BIUPA, UKK dan semua yang terlibat serta juga
kepada anggota sukarelawan Sukan SEA KL2017 yang telah sama terlibat
dalam memberikan khidmat selaku pasukan sukarelawan. Bagi saya ini
merupakan pengalaman yang baik kepada kita semua kerana selain kita berjaya
menjuarai Sukan SEA dengan pungutan pingat yang terbesar dalam sejarah kita,
3

tetapi penganjuran Sukan SEA ini sebagai tuan rumah hanya akan berulang
setiap 16 tahun sekali dapat kita ambil pengalaman dan iktibar yang sungguh
bermakna bagi kita.

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati,

7.

Di kesempatan ini juga, saya turut ingin mengucapkan selamat pulang kepada

Haji dan Hajjah dari kalangan warga JPM yang menunaikan fardu haji baru-baru
ini. Semoga Allah menerima ibadah haji yang dilaksanakan dan memperoleh haji
yang mabrur, InsyaAllah.

8.

Musim haji tahun 2017 telah melakar sejarah dan kegembiraan berganda kepada
rakyat Malaysia khususnya kepada para jemaah haji kerana hasil kerjasama erat
dan hubungan baik antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi,
Malaysia telah diberi penambahan kuota iaitu seramai 30,200 orang berbanding
hanya 22,000 jemaah tahun sebelumnya.

9.

Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia, wajar bersyukur kerana kerajaan
telah membelanjakan subsidi sebanyak RM240 juta untuk diberikan kepada
30,200 jemaah haji pada tahun ini. Kerajaan sejak 10 tahun lalu telah membiayai
sekurang-kurangnya 50 peratus kos sebenar menunaikan haji. Kini, kos sebenar
ialah RM19,550 namun rakyat Malaysia hanya mengeluarkan RM9,980. Usaha
untuk mendapatkan penambahan kuota sebanyak 26 peratus pada musim haji

tahun ini, bukan sesuatu yang mudah dan merupakan perkara luar biasa yang
diusahakan oleh YAB Perdana Menteri dalam perbincangan empat mata
bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud.

10.

Justeru, syabas saya ucapkan kepada kerajaan Malaysia dan Lembaga Tabung
Haji di atas pengurusan jemaah haji dan umrah yang cemerlang sehingga
diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia malah turut menjadi rujukan kepada
negara-negara lain.
4

Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan,
11.

Sekarang telah masuk bulan September, bermakna kita hanya ada 3 bulan
sahaja lagi untuk tahun 2017 menuju ke penghujungnya. Tetapi bagi JPM,
cabaran yang tuan-tuan dan puan-puan hadapi amat besar sekali kerana di
samping Jabatan/Agensi yang kita kawal selia, sejumlah peruntukan yang
diberikan untuk kita melaksanakan sama ada perbelanjaan mengurus ataupun

perbelanjaan pembangunan lebih daripada RM16b. Walaupun pada ketika ini,
berdasarkan kepada laporan ataupun kedudukan terakhir performance kita
masih di atas national average tetapi kita jangan lupa percentage kita walaupun
nampak kecil tetapi bilangan ataupun peruntukan yang diberikan kepada kita
amat besar sekali. Jadi kita berharap dalam tempoh dua tiga bulan yang akan
datang ini, berikanlah perhatian untuk kita melaksanakan tanggungjawab dan
tugasan yang diberikan kepada kita kerana pada akhirnya jika kita gagal untuk
melaksanakannya ataupun gagal berbelanja dalam tempoh yang diberikan, KPI
kita tidak akan tercapai. Kita kena ingat bahawa JPM ini merupakan antara
Jabatan yang mendapat taraf penandaaras.

12.

Tetapi saya percaya dan yakin bahawa tuan-tuan dan puan-puan mampu untuk
melaksanakan tugasan dan amanah yang diberikan cuma kita perlu berikan
pemantauan berterusan terutama sekali Bahagian Kewangan dan Bahagian
Pembangunan

untuk


memastikan

peruntukan

yang

disalurkan

kepada

Jabatan/Agensi ini dapat disalurkan dan dilaksanakan dengan lebih baik. Jadi
saya berharap Ketua Jabatan/Agensi agar memantau secara berterusan untuk
memastikan agar performance yang ada ini dapat mencapai tahap sebelum ini.
13.

Pada bulan Oktober ini juga merupakan bulan yang mana YAB Perdana Menteri
akan membentangkan Bajet Tahunan. Sebagai penjawat awam, kita sentiasa
menunggu pengumuman terhadap skim-skim dan penambahbaikan yang
diberikan oleh Kerajaan. Sehubungan itu, kita sebagai penjawat awam perlu
memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kerajaan dan penyampaian yang

terbaik kepada rakyat sebagai balasan kita terhadap sumbangan dan inisiatif
yang kerajaan telah berikan.
5

14.

Hari ini kita tengok kemajuan teknologi banyak membantu kita melaksanakan
tugasan menerusi internet. Tetapi dalam kita aktif menggunakan media sosial,
kita perlulah dapat membezakan mana yang positif dan negatif. Kerana sejak
akhir-akhir ini, dalam keadaan tidak menentu kita lihat terlalu banyak media
sosial ini digunakan untuk menaburkan fitnah, menyebarkan berita yang belum
ada kesahihan dan sebagainya. Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan
sentiasa berhati-hati serta sentiasa mengambil pertimbangan yang wajar dalam
menyebarkan sesuatu maklumat kerana kita sebagai penjawat awam tertakluk
kepada Akta Rahsia Rasmi. Ini juga bagi mengelakkan daripada kita dikenakan
tindakan tatatertib.

Hadirin sekalian,

15.


Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada JAWHAR selaku penganjur (host) kepada Perhimpunan Bulanan kali ini.
Berdasarkan tayangan video korporat di peringkat permulaan tadi, saya
mengharapkan agar warga JPM dari seluruh agensi dapat lebih mengetahui dan
memahami peranan JAWHAR yang berperanan sebagai agensi di peringkat
Persekutuan yang menyelaras, memantau dan menyelia pengurusan hal ehwal
Islam yang berkaitan wakaf, zakat dan haji serta umrah.

16.

Sebentar lagi, saya difahamkan akan ada ceramah yang akan disampaikan oleh
penceramah jemputan kita iaitu Yang Berusaha Encik Mohd Faizal Bin Ab
Hamid, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Antarabangsa, Jabatan Wakaf,
Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan tajuk ceramahnya,”Fahami Muamalat Atau
Jadi Mangsa Terjerat” yang akan mengupas sedikit sebanyak berkaitan
penerangan isu-isu penipuan umrah yang berleluasa di Negara kita mutakhir ini.
Semoga apa yang akan disampaikan oleh beliau nanti akan jadi bekalan ilmu
buat kita untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang, InsyaAllah.


6

PENUTUP
Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
17.

Bagi mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program perhimpunan
pagi ini dan juga kepada semua yang telah hadir ke perhimpunan pagi ini. Saya
juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru dan mengingatkan warga kerja
JPM agar memperkasakan diri dan terus komited bersama-sama kerajaan untuk
menjadikan sistem penyampaian perkhidmatan awam di negara kita ini lebih
berkualiti dan berintegriti, lebih efektif dan efisien. Marilah kita bersama-sama
berdoa agar apa yang kita lakukan ini mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.
InsyaAllah.

Wabillahittaufikwalhidayah,
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Salam Sehati Sejiwa. Sekian, terima kasih.

27 September 2017

7