BM 011 Pemahaman Bahagian B AR 3 2017

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS

UJIAN AR 3 (JULAI)
TAHUN 6
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011
Bahagian B
NAMA
CALON :

Untuk Kegunaan Pemeriksa

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU

Kod Pemeriksa:
Nombor Soalan
a (i)
(ii)
(b)
(c)
(a)

(a)
(b)
(c)
(a)
(b)
(c)
(a)
(b)
(c)
(d)

1. Tulis nama calon pada petak yang disediakan.
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan
yang disediakan dalam kertas soalan ini.
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan
pada akhir peperiksaan.

Markah


21

22
23

24

25

Jumlah

30

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah]

BAHAGIAN B
( 30 markah )
SOALAN 21
(a) Tandakan ( √ ) bagi kata ganda yang betul berdasarkan ayat di bawah ini.

(i) Anis ________ malu apabila Pak Cik Razak memuji kerajinannya membantu ibunya
menguruskan perniagaan kedai runcit.
tersedu-sedu (

)

tersipu-sipu (

)

terpinga-pinga (

)

(ii) Murid-murid itu ditegur oleh Cikgu Suraya kerana mereka menyiapkan kerja sekolah
dalam keadaan ________.
keluh-kesah (

)


dolak-dalik (

)

gopoh-gapah (

)

[ 2 markah ]
(b) Bina ayat majmuk berdasarkan ayat yang diberi.

Ibu berpesan supaya memakai kasut ketika bermain di padang.
Ibu berpesan supaya memakai selipar ketika bermain di padang.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
(c). Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang sesuai.

cangkul angin


keturunan

jantung hati

orang yang amat disayangi

anak cucu

perbuatan yang sia-sia

[2 markah]

Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah ini.
remaja
menjadikan
tanggungjawab

wang
gejala

memberikan

hubungan
menimbulkan
pembelajaran

masa
peluang

Remaja yang nakal sering ____________ masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul
oleh ibu bapa, keluarga, dan masyarakat. Kenakalan ____________ berpunca daripada pelbagai
perkara. Antaranya termasuklah ibu bapa yang tidak ______________ pendidikan yang
sempurna kepada anak-anak mereka. Selain itu, rumah tangga yang tidak aman turut
memberikan kesan negatif kepada anak-anak. Ibu bapa sepatutnya lebih bertanggungjawab. Ibu
bapa perlu meluangkan ______________ yang secukupnya untuk bersama anak-anak agar
mereka tidak terjebak dalam ______________ sosial.
[ 5 markah ]
Soalan 23
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.


Pada setiap pagi, Munif akan berbasikal di sekitar taman perumahan berdekatan dengan
kampungnya untuk menjual kuih-muih dan nasi lemak. Munif juga tidak keberatan untuk
membantu ibunya menjual kuih-muih dan nasi lemak pada hari minggu dan semasa cuti sekolah.
Munif tidak sampai hati apabila melihat ibunya bekerja siang dan malam untuk mencari wang
bagi menyara hidup mereka sekeluarga. Sejak ayahnya meninggal dunia beberapa tahun yang
lalu, ibunya yang mengambil alih peranan untuk mencari rezeki dengan berniaga secara kecilkecilan.
Munif bukan sahaja tidak berasa malu akan pekerjaan yang dilakukanya, malahan dia
sentiasa bersemangat untuk membantu ibunya mencari rezeki. Kuih-muih dan nasi lemak yang
dijual oleh Munif digemari oleh penduduk di taman perumahan itu. Dalam masa yang singkat,
kuih-muih dan nasi lemaknya habis dijual. Sikapnya yang peramah dan mudah mesra
menyebabkan Munif sentiasa disenangi oleh para pelanggan yang membeli hasil jualannya.
Munif pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Dia menyerahkan wang hasil jualan
kuih-muih dan nasi lemak pada hari itu kepada ibunya. Munif akan diberi upah sebanyak RM1
oleh ibunya pada setiap hari. Munif tidak membelanjakan wang itu. Sebaliknya, dia
menyimpan wang tersebut di dalam tabung. Munif masih ingat akan pesanan arwah ayahnya
supaya dia sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja serta menyimpan wang pada setiap masa,
bak kata pepatah “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Kini wang simpanan Munif
bertambah banyak. Wang itu akan digunakan oleh Munif untuk menampung perbelanjaan
persekolahannya.

(a) Tujuan Munif berbasikal di sekitar taman perumahan berdekatan dengan kampungnya
adalah untuk ___________________________________________________________ .
[ 1 markah]

(b) Nyatakan cabaran yang perlu dipikul oleh ibu Munif setelah ayahnya meninggal dunia.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[ 2 markah ]
(c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.
Munif terpaksa membantu ibunya menjual nasi
lemak dan kuih-muih.
Ibu Munif telah meninggal dunia.

Munif seorang murid yang tabah, rajin, dan
berjimat cermat.
Munif berjimat cermat untuk memenuhi
pesanan
[ 2 markah

]
arwah ayahnya.
Soalan 24
Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Burung kelicap hinggap di pangkin,
Jangan bezakan orang kaya dan miskin.
Pokok hati-hati di pinggir kota,
Berhati-hati apabila berkata-kata.
Pergi ke kebun memetik meranti,
Sentiasa tersenyum suka hati.
Murai berkicau di atas dahan,
Semangat setia kawan jadikan amalan.
Bulan purnama dipagari bintang,
Barang lama jangan dibuang.
Pohon rimbun di tepi kali,
Hutang bertimbun susah hati.

Betul


Salah

(a) Apakah maksud rangkap pertama pantun dua kerat di atas?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[ 2 markah ]
(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
bagi pantun dua kerat tersebut.
Seseorang yang berhutang dengan banyak akan berasa senang hati.

Kita perlu mengamalkan sikap bertimbang rasa dan setia kawan

[2 markah ]
(c) Pada pendapat kamu, apakah keistimewaan menjadi seorang yang mempunyai kawan
yang banyak?

_______________________________________________________________________
[ 3 markah ]
Soalan 25

Baca petikan berita di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat lengkap.

AMPANG, 27 Mei – Dua orang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran
telah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati sekolah
bersempena dengan Kejohanan Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat.
Anugerah ini diberikan kepada kedua-dua orang murid ini semasa Kejohanan Sukan Sekolah
Peringkat Daerah Hulu Langat di Stadium Mini Cheras yang diadakan pada 20 Mei 2017 yang
lalu. Acara sukan yang berlangsung selama lima hari itu disertai oleh 16 buah sekolah di daerah
Hulu Langat.
Mohammad Fikri bin Mohammad Khairi dan Nur Asyikin binti Saifuddin terpilih sebagai
penerima anugerah tersebut kerana kejayaan mereka mendapat tiga pingat emas bagi kategori
individu dan dua pingat emas bagi acara berpasukan. Mereka menyertai acara lompat jauh,
lumba lari 100 meter, 200 meter, dan acara lari berganti-ganti, iaitu acara lumba lari 4 X 100
meter dan 4 X 200 meter kategori bawah 12 tahun. Mereka menyatakan perasaan gembira
kerana dapat mengharumkan nama sekolah. Guru-guru dan ibu bapa mereka turut memberikan
sokongan dan sangat gembira dengan kejayaan mereka.

Mereka telah menjalani latihan intensif selama tiga bulan untuk memastikan kejayaan
tersebut menjadikan milik mereka. Jurulatih sukan sekolah, iaitu Encik Zulkifli Noor
menyatakan perasaan puas hatinya dengan kejayaan kedua-dua orang anak didiknya. Setiausaha
sukan, Encik Amran Bakar pula berasa bangga kerana prestasi sukan di sekolah tersebut
semakin meningkat.
Pada majlis penutup kejohanan itu, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat telah
menyampaikan anugerah kepada para pemenang, sekali gus menutup Kejohanan sukan Sekolah
Daerah Hulu Langat. Mereka juga akan mewakili daerah untuk bertanding di peringkat negeri
pula.
(a) Anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati Sekolah Kebangsaan Ampang
Campuran diberika kepada dua orang murid tahun enam bersempena dengan
_______________________________________________________________________
[ 1 markah ]
(b) Faktor yang mendorong pemilihan kedua-dua orang murid tersebut sebagai penerima
anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati ialah
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[2 markah ]

(c) Cikgu Amirah ialah guru sukan di sebuah sekolah. Apakah peranan yang dimainkan oleh
beliau?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[ 2 markah ]
(d) Pada pendapat kamu, perlukah anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati
diberikan kepada para atlet di sekolah? Mengapa?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 3 markah ]
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT