BM 011 Pemahaman Bahagian A AR 3 2017

SULIT

011

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS

UJIAN PRA UPSR (AR 3)
PERINGKAT DAERAH SUBIS
TAHUN 2017
BAHASA MELAYU — PEMAHAMAN
JULAI
1¼ jam

011
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D.
bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan

objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat kemudian hitamkan jawapan yang baru.
4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 08 halaman bercetak

011

SULIT

SULIT

011
Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 9
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.


1

Wanita itu jatuh ______________ sebaik-baik sahaja pihak polis menyampaikan berita
buruk itu.
A terlena
B tersembam
C terlentok
D terjelepok

2

Dalam mesyuarat pada petang itu, hanya ___________ dibincangkan manakala hal-hal
yang kurang penting akan dibincangkan kemudian.
A soal jawab
B soal siasat
C soal selidik
D soal pokok

3


“ ______________ harus membersihkan semua kawasan yang menjadi tempat
pembiakan nyamuk aedes,” kata ketua kampung kepada semua anak buahnya.
A Kalian
B Mereka
C Kita
D Kamu

011

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
4

011

Ramai _____________ Program Latihan Khidmat Negara yang sedang

menjalani latihan di Kem Terendak itu.

A pelatih
B latihan
C melatih
D jurulatih

5

Udara di kaki Gunung Kinabalu itu _____________ terutama pada waktu pagi.

A indah nian
B dingin sekali
C amat tenang
D sungguh damai

6

Tanah _________ di belakang pondok Pak Mail amat sesuai untuk ditanam sayur-sayuran
dan buah-buahan.


A gebu
B lembut
C lembik
D gambut

7

Pertahanan pasukan Perak __________ akibat daripada asakan bertubi - tubi pasukan
lawan.

A kucar-kacir
B hiruk-pikuk
C kacau-bilau
D haru-biru

[Lihat halaman sebelah

011


SULIT

SULIT

011

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8

Tabiat Mona yang _____________ selalu ditegur oleh ibunya.

A makan hati
B buruk makan
C manis mulut
D makan suap

9

Sultan Alauddin


___________ di dalam biliknya kerana sedang ____________ dan ramai

sanak-saudara menziarahi baginda.
A beradu …. gering
B bersiram…… mangkat
C berangkat ……. bersalin
D berputera….. bersantap
10

Pasangan pengantin itu memang secocok kerana kedua-duanya kelihatan berseri-seri dengan
pakaian yang serba hijau.
Perkataan sinonim bagi secocok ialah

A sesuai
B setaraf
C serupa
D sepadan

[Lihat halaman sebelah

011

SULIT

SULIT

11

011

Sebagai ketua pasukan, Hafiz masih yakin bahawa pasukannya akan menang
dalam perlawanan itu.
Perkataan antonim bagi yakin ialah

A tulus
B setuju
C sangsi
D berharap

12


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Baju kurung yang dibeli oleh Linda labuh dan tinggi.
II Sifat tinggi diri sangat dibenci oleh masyarakat.
III Tinggi pemuda itu mencecah 200 sentimeter.
IV Dilla mendapat markah yang paling tinggi dalam Matematik Kertas 2.

A I dan II sahaja.
B II dan III sahaja.
C III dan IV sahaja.
D I dan IV sahaja.

13

Encik Kamarul pergi ke ___________ untuk mendapatkan maklumat mengenai kemudahan di
chalet itu.

A


kaunter pertanyaan

B

kaunter jawapan

C

kaunter urusan

D

kaunter pembayaran

[Lihat halaman sebelah
011

SULIT

SULIT


14

011

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

Cikgu Harris tidak membenarkan murid-muridnya ke perpustakaan selagi kerja rumah mereka
belum siap lagi.

A Murid-murid itu tidak mendapat kebenaran Cikgu Harris sekiranya kerja rumah belum
siap lagi.
B Murid-murid Cikgu Harris tidak diberi keizinan ke perpustakaan sehingga mereka
menyiapkan kerja rumah.
C

Cikgu Harris dan murid-muridnya tidak dibenarkan ke perpustakaan selagi kerja rumah
belum siap lagi.

D Cikgu Harris tidak dibenarkan oleh murid-muridnya ke perpustakaan kerana dia belum
menyiapkan kerja rumah.

Soalan 15 - 16

Pilih ayat yang betul

15

A Nama murid baru itu adalah Abdul Manaf.
B Masyarakat pendalaman kini semakin maju.
C Kebanyakan pelajar lelaki lebih meminati sukan bola sepak.
D Perjalanan daripada utara ke Ipoh mengambil masa empat jam sahaja.

16

A “Janganlah bercakap bila sedang makan,” nasihat ibu kepada Amran.
B Masalah kesesakan lalu lintas mesti diselesaikan dengan segera.
C Karangan itu perlu disiapkan oleh Amira sebelum menghadiri latihan sukan.
D Farid menjadi juara di dalam pertandingan pidato peringkat bahagian.

[Lihat halaman sebelah
011

SULIT

SULIT

011

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pencemaran ialah proses pengotoran dan penurunan kualiti tahap kebersihan alam sekitar.
Kawasan yang tercemar tidak sesuai didiami oleh hidupan. Pencemaran yang berlaku menjejaskan
hidupan di darat mahupun di air serta tumbuhan. Antara pencemaran yang dilakukan oleh individu
yang tidak bertanggungjawab ialah pencemaran air, udara dan tanah.

Pada masa ini, bumi tercemar akibat daripada aktiviti manusia. Pencemaran air berlaku akibat
daripada pembuangan sampah, sisa kumbahan, sisa-sisa toksik dari kilang dan sebagainya. Air yang
tercemar itu mengganggu hidupan air. Bukan itu sahaja, keadaan sungai atau laut
yang tercemar akan menjijikkan pemandangan sekeliling.
Pencemaran udara pula berlaku apabila bahan tercemar seperti gas beracun, asap kenderaan
atau radioaktif berada di dalam atmosfera. Selain itu, pembakaran terbuka juga mencemarkan udara.
Kita dapat perhatikan bahawa pelepasan asap kotor seperti gas monoksida oleh industri yang terus ke
udara melalui corong asap menyebabkan kualiti udara tercemar.
Pencemaran tanah pula merupakan hasil pembuangan sampah sarap secara sembarangan.
Sampah sarap, serpihan, batu-bata dan kayu-kayan daripada industri pembinaan akan memburukkan
pemandangan di sesebuah kawasan. Di samping itu, kawasan tercemar itu juga akan dikunjungi
haiwan-haiwan perosak yang membawa penyakit seperti tikus, lalat dan sebagainya.
Oleh itu, langkah pencegahan amat perlu dilakukan dengan mengetatkan kawalan dari segi
undang-undang. Melalui undang-undang, diharapkan dapat menyedarkan dan menyekat mereka yang
tidak bertanggungjawab daripada terus mencemarkan alam sekitar dengan sewenang-wenangnya.
Semoga keindahan alam akan dapat dikekalkan demi generasi akan datang.

17

18

011

Bilakah pencemaran alam sekitar berlaku?
A

Apabila berlakunya proses pengotoran dan penurunan kualiti tahap kebersihan.

B

Apabila berlakunya proses penyusunan dan penurunan kualiti tahap kebersihan.

C

Apabila berlakunya proses pengurangan dan penurunan kualiti tahap kebersihan.

D

Apabila berlakunya proses pengotoran dan peningkatan kualiti tahap kebersihan.

Yang berikut ialah punca pencemaran air kecuali…
A

pelepasan asap kenderaan.

B

pembuangan sampah-sarap

C

pembuangan sisa kumbahan.

D

pembuangan sisa-sisa toksik dari kilang.

[Lihat halaman sebelah
SULIT

SULIT
19

20

011

Bagaimanakah langkah pencegahan pencemaran dapat dilakukan?

A

dengan mengekalkan keindahan alam sekitar.

B

dengan mengetatkan kawalan dari segi undang-undang.

C

dengan menyekat mereka daripada meneroka alam sekitar.

D

dengan mengadakan kempen pentingnya menjaga alam sekitar.

Frasa individu yang tidak bertanggungjawab dalam petikan bermaksud

A

orang yang sanggup menceriakan alam sekitar.

B

orang yang sanggup membaik pulih alam sekitar.

C

orang yang sanggup mencemarkan alam sekitar.

D

orang yang sanggup mempelbagaikan keadaan alam sekitar.

BAHAGIAN A TAMAT

011

SULIT