Analisis Kuantitatif Terhadap Pencapaian visi

Analisis Kuantitatif Terhadap Pencapaian Pelajar Tahun Akhir Bagi Kursus
Matematik Kejuruteraan Di Politeknik Kota Kinabalu
Norazlina Binti Ahmad
Jabatan Metamatik, Sains & Komputer
Politeknik Kota Kinabalu
[email protected]
Siti Nazura Binti Senan
Jabatan Metamatik, Sains & Komputer
Politeknik Kota Kinabalu
[email protected]

Abstrak
Matematik Kejuruteraan merupakan kursus wajib
yang perlu diambil bagi melengkapkan syarat
penganugerahan diploma kepada pelajar kejuruteraan
politeknik. Namun kegagalan pelajar dalam kursus ini
sering menjadi topik utama di Jabatan Matematik,
Sains dan Komputer (JMSK). Kajian ini dijalankan
untuk melihat sejauh mana markah penilaian kerja
kursus (PKK) memberi kesan kepada pencapaian
peperiksaan akhir bagi kursus BA601 dan BA501.

Sebanyak 200 sampel telah diambil dan dianalisa
menggunakan perisian SPSS versi 19.0 melalui analisa
Korelasi Pearson dan kaedah Regresi Linear Mudah.
Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang
signifikan bagi kedua-dua kursus antara peperiksaan
akhir dengan penilaian kerja kursus iaitu dengan nilai
p = 0.00 dan menunjukkan hubungan yang positif
antara pembolehubah. Hasil kajian ini dapat
membantu pensyarah politeknik supaya menekankan
kepada pelajar kepentingan menghantar penilaian
kerja kursus serta menjadi bukti bagi menjawab
persoalan yang ditimbulkan oleh pihak pengurusan
berkaitan perbezaan markah yang ketara antara PA
dan PKK semasa mesyuarat peperiksaan.

1. Pengenalan
Kursus Matematik Kejuruteraan merupakan subjek
wajib yang perlu diambil bagi melengkapkan syarat
penganugerahan diploma kepada pelajar politeknik.
Kursus ini ditawarkan kepada pelajar peringkat

diploma kejuruteraan bermula semester pertama

Sumber : SPIZS_2014

hinggalah ke semester akhir iaitu semester keenam.
Namun demikian, saban hari kegagalan pelajar dalam
kursus-kursus yang memerlukan kemahiran matematik
sering menjadi topik hangat perbincangan di peringkat
politeknik. Kajian yang telah dilaksanakan oleh Pn
Nurfadzlina Mohd Rodzi (Politeknik Kuching),
merumuskan pencapaian akademik pelajar dalam
subjek yang mempunyai konsep pengiraan adalah di
dorong oleh faktor pencapaian dalam subjek matematik
dan seterusnya ini akan mempengaruhi keputusan
CGPA mereka. Oleh yang demikian, kegagalan pelajar
dalam subjek matematik akan memberi kesan kepada
pengajian mereka sama ada gagal ataupun berjaya
menamatkan pengajian. Pencapaian akademik amnya
didefinasikan sebagai suatu ujian yang berasaskan
penilaian guru atau pendidik dalam sesuatu ujian yang

dilakukan bagi mengukur tahap pencapaian seseorang
pelajar (Karlinger,1973).
Penilaian
merupakan
satu
proses
untuk
menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian
dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan
sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi
membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil
pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat
tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap
seseorang pelajar. Manakala pencapaian merupakan
penanda aras kepada kejayaan atau kegagalan
seseorang pelajar dalam sesuatu ujian yang diberi
dalam bentuk peperiksaan di sekolah mahupun institusi
pengajian yang ditadbir. Pencapaian ini pada

kebiasaannya direkodkan dalam beberapa bentuk

seperti gred mahupun pangkat bagi sesuatu subjek
dalam kursus yang diambil oleh pelajar (Raha,1991).
Dalam menentu ukur pencapaian akademik pelajar,
salah satu tugas utama pensyarah ialah melaksanakan
penilaian kerja kursus yang telah ditetapkan oleh
silibus Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). Di samping
penilaian kerja kursus, pelajar juga diuji dalam
peperiksaan akhir semester. Dengan adanya penilaian
kerja kursus ini, tenaga pengajar dapat mengenalpasti
masalah atau kekangan yang dihadapi oleh para
pelajar. Secara tidak langsung, tenaga pengajar dapat
mencari alternatif atau kaedah lain dalam
mengubahsuai aktiviti pengajaran mengikut kesesuaian
pelajar. Apabila pelajar dapat memahami pembelajaran
dengan baik, secara tidak langsung mereka dapat
menjawab dengan baik dalam peperiksaan akhir.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh
mana penilaian kerja kursus memberi impak kepada

pencapaian peperiksaan akhir pelajar serta membina
model hubungkait antara PKK dan PA yang akan
membantu dalam pencapaian pelajar di tahun akhir
pengajian. Kajian ini memberi penekanan yang sangat
khusus kepada pelajar tahun akhir kerana masa ini
dianggap sebagai keadaan yang paling kritikal bagi
pelajar berkenaan untuk menamatkan pengajian.

2. Perlaksanaan Kursus
Secara norma, pelajar diploma politeknik
memerlukan minima 90 jam kredit yang perlu
dilaksanakan dalam tempoh minima 6 semester yang
bersamaan dengan 3 tahun pengajian. Bagi pelajar
yang mengikuti bidang kejuruteraan, kursus Matematik
wajib diambil semasa semester 1, 2 dan 3 untuk pelajar
Kejuruteraan Awam dan tambahan lagi 2 semester
untuk pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan
Mekanikal. Ini menjadikan kursus Metematik
Kejuruteraan adalah subjek yang perlu dipelajari di
setiap semester dan menjadi kursus pra-syarat di

semester 2 dan semester 4. Pencapaian yang baik
dalam kursus Matematik biasanya akan membuka jalan
mudah untuk pelajar menamatkan pengajian mereka di
politeknik.
Untuk memperolehi pencapaian yang cemerlang
dalam kursus Matematik, pelajar dan pensyarah kursus
masing-masing memainkan peranan penting. Untuk
lulus, pelajar perlu membuat semua penilaian kerja
kursus yang telah ditetapkan oleh JPP berdasarkan
sukatan kursus serta mengambil peperiksaan akhir. Di
politeknik, pencapaian pelajar diukur berdasarkan
penilaian kerja kursus (PKK) dan juga peperiksaan
akhir (PA) dalam satu semester. Pelajar perlu diuji
untuk melihat pencapaian mereka sepanjang satu
semester. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan

Sumber : SPIZS_2014

pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Dengan adanya pengujian, pensyarah dapat melihat,

mengesan dan menganalisis tahap pemahaman serta
prestasi pelajar mereka dalam sesuatu topik.
Penilaian merupakan perihal atau perbuatan,
menilai dan menaksir (Kamus Dewan,1994:930).
Justeru penilaian ialah suatu proses yang berterusan
bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan
supaya penggubahan kepada pelajar dalam aspek
pemikiran, perasaan dan tingkahlaku dapat dilakukan
dengan sempurna (Abu Bakar Nordin,1990:4). Proses
ini amat penting bagi mengetahui kekuatan dan
kelemahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran
selain memastikan para pelajar tidak tergelincir
daripada mengikuti sukatan mata pelajaran yang telah
ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk pelajar
mencakupi segala aspek ini sentiasa dikaji bagi
memastikan keberkesanan sukatan dan aktiviti yang
dijalankan dapat memenuhi kehendak dan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Oleh itu penilaian
merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan
bermanfaat yang perlu dilakukan seiring dengan proses

Pengajaran & Pembelajaran (P&P).
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh
pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan
kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu.
Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini
akan memberi maklum balas kepada pensyarah tentang
masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar
menghadapi masalah dalam pembelajaran, pensyarah
akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat
berkenaan akan digunakan oleh pensyarah untuk
mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan
latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi
pelajar dapat diatasi. Dalam pendidikan Matematik,
semakin banyak topik yang dipelajari, semakin banyak
aktiviti pengiraan yang perlu dilakukan oleh pelajar.
Bagi pelajar yang agak lemah dari segi pengiraan,
mereka merasakan subjek yang melibatkan pengiraan
semakin sukar dan kadangkala timbul rasa putus asa
untuk menyelesaikan masalah dengan pengiraan.
Pelajar mempelajari kemahiran mengira bukan sahaja

untuk membuat pengiraan tetapi menggunakan
kemahiran itu untuk menyelesaikan masalah dan
meneroka idea baru dalam pengiraan (Noraini,2002).
Mengikut silibus yang dikeluarkan oleh Bahagian
Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Jabatan
Pengajian Politeknik, kursus Matematik Kejuruteraan 4
(BA501) dan Matematik Kejuruteraan 5 (BA601)
adalah kursus yang wajib diambil oleh pelajar tahun
akhir iaitu pelajar semester 5 dan 6. Memandangkan
pemberatan untuk penilaian kerja kursus sebanyak
50% dan peperiksaan akhir adalah 50% juga, maka
para pelajar perlu menumpukan lebih kepada kerja
kursus sepanjang P&P berlangsung. Ini kerana kerja

kursus yang melibatkan kerja berkumpulan seperti
Tutorial Exercise, Group Discussion dan End of
Chapter menyumbang peratusan yang tinggi sebanyak
60% berbanding kerja individu seperti Quiz dan
Theory Test yang hanya 40%.
Bentuk-bentuk

penilaian ini diharap dapat memberi impak yang positif
kepada proses penilaian pendidikan dan pencapaian
akademik pelajar politeknik.

3. Metodologi kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk
kumulatif dan data yang diperolehi diambil daripada
pensyarah yang mengajar kursus ini Sesi Disember
2013 dan Unit Peperiksaan Politeknik Kota Kinabalu.
Data yang digunakan ini dikenali sebagai data
sekunder yang telah diperolehi dari dua sumber yang
telah dinyatakan. Instrumen data sekunder ini
merangkumi keseluruhan markah daripada penilaian
kerja kursus dan juga peperiksaan akhir bagi Sesi
Disember 2013. Dalam kajian ini, responden adalah
terdiri daripada pelajar-pelajar semester 5 (DET5B,
DET5C, DTK5B) dan semester 6 (DET 6B, DET 6A,
DTK6B) Kejuruteraan Elektrik yang mengambil
kursus BA501 dan BA601 bagi Sesi Disember 2013
dan telah menduduki peperiksaan akhir bagi kursus

tersebut. Jumlah sampel yang diambil setiap kursus
ialah 100 orang pelajar.
Data ini dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 19.0 dengan
menggunakan kaedah Kolerasi Pearson dan kaedah
regresi linear untuk mengetahui hubungan antara
pencapaian peperiksaan akhir dan penilaian kerja
kursus berdasarkan andaian berikut:
H 0 : Tidak wujud hubungan antara pencapaian
penilaian kerja kursus dengan peperiksaan akhir.
H 1 : Wujud hubungan antara pencapaian penilaian
kerja kursusdengan peperiksaan akhir.

Dalam kajian ini juga, satu bentuk piawaian telah
ditetapkan yang merujuk kepada peratusan markah
yang diperolehi oleh pelajar dan digunapakai dalam
semua sistem pelaksanaan penilaian Politeknik di
Malaysia seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1.

4. Dapatan kajian
4.1. Analisis Kursus BA601
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji
hubungan antara pencapaian kerja kursus dengan
peperiksaan akhir bagi pelajar yang mengambil kursus
Matematik Kejuruteraan BA601 Sesi Dis 2013. Data

Sumber : SPIZS_2014

Jadual 1 : Piawaian pelaksanaan penilaian pelajar
politeknik.
Kursus BA601

Pencapaian

Markah
Yang
Diperolehi
(%)

Bilangan
Pelajar
(PKK)

Bilangan
Pelajar(PA)

LULUS

50 – 100

99

77

GAGAL

0 - 49

1

23

100

100

JUMLAH

Kursus BA501

Pencapaian

Markah
Yang
Diperolehi
(%)

Bilangan
Pelajar(PKK)

Bilangan
Pelajar(PA)

LULUS

50 – 100

93

33

GAGAL

0 - 49

7

67

100

100

JUMLAH

yang diambil merupakan sumber data yang kedua yang
terdiri daripda markah PKK dan markah PA.
Daripada analisis deskriptif seramai 100 pelajar
telah dikaji. Jadual 2 menunjukkan nilai purata
peperiksaan akhir adalah lulus iaitu sebanyak 63.04
manakala penilaian kerja kursus juga lulus dengan
purata 78.84. Sisihan piawai PKK juga agak rendah
berbanding sisihan piawai bagi PA. Jurang perbezaan
markah maksimum bagi kedua jenis penilaian ini tidak
begitu ketara berbanding markah minimum yang
mencatat beza sebanyak 13 markah. Data ini
seterusnya diuji menggunakan kaedah Kolerasi
Pearson dan Regresi Linear.
Jadual 2. Analisis deskriptif bagi kursus BA601.

Jadual 3. Hasil analisa data BA601 menggunakan
kolerasi Pearson.

Merujuk kepada Jadual 3, hasil analisa data adalah
menggunakan kolerasi Pearson. Dapatan ini
menghasilkan nilai kolerasi Pearson adalah R = .718
dan ini menunjukkan hubungan positif yang berkadar
secara langsung. Hubungan kolerasi antara PA dan
PKK menunjukkan perkadaran linear secara langsung
kerana PA dan PKK ini berhubungan secara positif.
Melalui analisis ini dapat disimpulkan bahawa wujud
hubungan signifikan antara kedua-dua pembolehubah
iaitu Sig.= .000 (ρ < .01). Dapatan ini menggambarkan
penilaian Kerja Kursus sangat membantu dalam
meningkatkan pencapaian peperiksaan akhir pelajar.
Analisis regresi linear telah dilaksanakan untuk
menentukan samada nilai PKK dapat meramalkan skor
PA secara signifikan. Jadual 4 menunjukkan hasil
dapatan analisis Regresi antara PKK yang bertindak
sebagai pembolehubah tetap dan pencapaian PA
pelajar bertindak sebagai pembolehubah bersandar
(tidak tetap). Hasil analisis menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara PKK dan PA pelajar.
Selain itu, model Regresi mempunyai koefisien
penentu, R2 bernilai .515 dengan ubahsuai R2 sebanyak
.510.
Dalam analisis ANOVA, PKK merupakan
penyumbang yang signifikan terhadap PA di mana
F(1,98) = 104.101, ρ = 0.000 (ρ < 0.01) menunjukkan
model regresi adalah linear). Merujuk kepada data
koefisien di atas, nilai Beta yang diperolehi ialah 26.07 menerangkan bahawa sebanyak 1 unit PKK akan
menyebabkan peningkatan sebanyak 0.718 unit dalam
pencapaian pelajar. Analisa ini menunjukkan bahawa β
= 1.13 dan C = -26.07. Berdasarkan analisis ini,
persamaan regresi dapat dibentuk seperti berikut:

Jadual 4. Hasil Regresi Linear bagi hubungan PKK
terhadap PA bagi Kursus BA601.

4.2. Analisa Kursus BA501
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji
hubungan antara pencapaian kerja kursus dengan
peperiksaan akhir bagi pelajar yang mengambil kursus
Matematik Kejuruteraan BA501 Sesi Dis 2013. Data
yang diambil merupakan sumber data yang kedua yang
terdiri daripada markah penilaian kerja kursus dan
markah peperiksaan akhir.
Jadual 5. Analisa deskriptif bagi Kursus BA501.

Y = -26.07 + 1.13 (X)

iaitu Y = Markah Peperiksaan Akhir manakala X =
Markah Penilaian Kerja Kursus.
Nilai pemalar -26.07 ialah nilai pencapaian pelajar
apabila PKK adalah sifar. Ini menunjukkan bahawa
PKK memberikan hubungan yang positif terhadap
pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir.

Sumber : SPIZS_2014

Daripada analisa deskriptif seramai 100 pelajar
telah dikaji. Jadual 5 menunjukkan nilai purata
peperiksaan akhir adalah gagal dengan markah 41.18
manakala penilaian kerja kursus adalah lulus sebanyak
73.38. Data ini seterusnya diuji menggunakan kaedah
Kolerasi Pearson dan Regresi Linear seperti yang
dipaparkan dalam Jadual 6 dan Jadual 7.

Jadual 6. Hasil analisa data BA501 menggunakan
kolerasi Pearson.

Merujuk kepada Jadual 6, hasil analisa data adalah
menggunakan kolerasi Pearson. Dapatan ini
menghasilkan nilai kolerasi Pearson adalah R = .716
dan ini menunjukkan hubungan positif yang berkadar
secara langsung. Hubungan kolerasi antara PA dan
PKK menunjukkan perkadaran linear secara langsung
kerana PA dan PKK ini berhubungan secara positif.
Melalui analisis ini dapat disimpulkan bahawa wujud
hubungan signifikan antara kedua-dua pembolehubah
iaitu 0.000 (ρ < 0.01). Dapatan ini menggambarkan
penilaian Kerja Kursus sangat membantu dalam
meningkatkan pencapaian peperiksaan akhir pelajar.
Analisis regresi linear telah dilaksanakan untuk
meramalkan skor PA berdasarkan PKK bagi kursus
BA501. Jadual 7 menunjukkan hasil dapatan analisis
Regresi antara PKK yang bertindak sebagai
pembolehubah tetap dan pencapaian PA pelajar
bertindak sebagai pembolehubah bersandar (tidak
tetap). Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan antara PKK dan PA pelajar. Selain itu,
model Regresi mempunyai koefisien penentu R2 yang
nilainya .512 dengan ubahsuai R2 sebanyak .507.
Dalam analisis ANOVA, PKK merupakan
penyumbang yang signifikan terhadap PA di mana
F(1,98) = 102.921, ρ = 0.000. Merujuk kepada data
koefisien di atas, nilai Beta yang diperolehi ialah 30.66 menerangkan bahawa sebanyak 1 unit PKK akan
menyebabkan peningkatan sebanyak 0.716 unit dalam
pencapaian pelajar. Analisa ini menunjukkan bahawa
β = -30.66 dan C = 0.979 . Berdasarkan analisis ini,
persamaan regresi dapat dibentuk seperti berikut:

Jadual 7. Analisa hubungan PKK dengan PA bagi
Kursus BA501.

Graf regresi linear bagi kedua-dua kursus boleh
dirujuk dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

Y = -30.66 + 0.979 (X)

Rajah 1: Graf regresi linear bagi kursus BA601.
Y = Markah Peperiksaan Akhir (PA)
X = Markah Penilaian Kerja Kursus (PKK)

Nilai pemalar -30.66 ialah nilai pencapaian pelajar
apabila PKK adalah sifar. Ini menunjukkan bahawa
PKK memberikan hubungan yang positif terhadap
pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir.

Sumber : SPIZS_2014

6. Kesimpulan

Rajah 2: Graf regresi linear bagi kursus BA501.

5. Perbincangan
Dapatan menunjukkan bahawa markah pencapaian
peperiksaan akhir bagi kedua-dua kursus bergantung
kepada markah penilaian kerja kursus. Ini
menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara
PKK dan PA. Hubungan yang positif bermaksud
peningkatan markah PKK akan memberi kesan kepada
pencapaian PA. Nilai kolerasi bagi Kursus BA601
ialah 0.718 dan nilai kolerasi bagi Kursus BA501 ialah
0.716 dan dapat ditunjukkan melalui hubungan seperti
Rajah 3.

Rajah 2 : Model hubungan antara PA dan PKK bagi
Kursus BA601 dan BA501 yang diperolehi dari
persamaan regresi.
Secara keseluruhannya, hubungan yang positif ini
terhasil daripada beberapa aktiviti yang telah
dilaksanakan seperti pemurnian soalan PKK, Math
Drill sebelum ujian 1 dan ujian 2, serta mengadakan
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir.
Selain itu, pelaksanaan penilaian seperti Tutorial
Exercise, Group Discussion dan End of Chapter yang
dilaksanakan secara berkumpulan seperti yang
terkandung di dalam silibus bagi kedua-dua kursus
menyumbang pemberatan sebanyak 60% manakala
baki 40% terhasil daripada markah individu iaitu Quiz
dan Theory Test.

Sumber : SPIZS_2014

Kajian yang dilakukan ini menunjukkan hubungan
yang signifikan antara Penilaian Kerja Kursus dan
pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Akhir
berdasarkan nilai hubungan yang positif terhadap dua
pembolehubah yang dikaji. Dapatan kajian mengatakan
hipotesis nol ditolak dan hipotesis alternatif diterima.
Melalui analisis regresi linear pula, model persamaan
regresi yang dibentuk menunjukkan penilaian kerja
kursus sangat menyumbang kepada pencapaian para
pelajar dalam peperiksaan akhir iaitu sebanyak R BA601
= 0.718 dan RBA501 = 0.716. Hubungan yang sangat
positif
ini
terhasil
daripada
pelaksanaan
program/aktiviti bagi tujuan penambahbaikan kursuskursus yang terlibat. Oleh itu, pensyarah kursus perlu
memastikan bahawa semua penilaian kerja kursus
dilaksanakan oleh pelajar di samping meneruskan
aktiviti penambahbaikan yang sedia ada.

Rujukan
Abu Bakar Nordin (1987): Siri Maktab Perguruan.
Asas Penilaian Pendidikan
Asri Khalid (2012). Penilaian Dalam Pendidikan.
Retrieved
4
Jun
2014,
from
http://serimajugroup4.wordpress.com/2012/06/03/
penilaian-dalam-pendidikan/
Cronbach, L.J. (1970). Essential of Psycological
Testing (3rd ed) New York: Harper & Row
Hasanah Safein@Shafie, Rozaimah Mustapa & Ira
Fazlin Mohd Fauzi (2013). Hubungkait Padan PB
Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Matematik
Kejuruteraan 1 di Politeknik Kota Bharu . Seminar
Penyelidikan Matematik, Sains dan Komputer.
Maridah Alias (2013). Definisi Pentaksiran, Pengujian
dan Penilaian . Retrieved on 22 May 2014 from
http://drmaridah.blogspot.com/2013/06/definisipentaksiran-pengujian-dan.html
Nurfadzlina Binti Mohd Rozi. Pencapaian Akademik
Pelajar Dalam Subjek Yang Mempunyai Konsep
Pengiraan Adalah Didorong Oleh Faktor
Pencapaian Dalam Subjek Matematik Bagi
Pelajar DKA3-S2. Retrieved 20 May 2014, from
http://dspace.poliku.edu.my/xmlui/bitstream/handl
e/123456789/821/PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR JKA.pdf?sequence=11
Silibus BA501(2010). Engineering Mathematic 4,
Ministry of Higher Education Malaysia Polythechnic, Version: 080510_1.1
Silibus BA601 (2010). Engineering Mathematic 5,
Ministry of Higher Education Malaysia Polythechnic, Version: 080510_1.1

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

Analisis komparatif rasio finansial ditinjau dari aturan depkop dengan standar akuntansi Indonesia pada laporan keuanagn tahun 1999 pusat koperasi pegawai

15 355 84

Analisis Komposisi Struktur Modal Pada PT Bank Syariah Mandiri (The Analysis of Capital Structure Composition at PT Bank Syariah Mandiri)

23 288 6

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65

Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005

3 59 17

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

Analisis terhadap hapusnya hak usaha akibat terlantarnya lahan untuk ditetapkan menjadi obyek landreform (studi kasus di desa Mojomulyo kecamatan Puger Kabupaten Jember

1 88 63

Efek Pemberian Ekstrak Daun Pepaya Muda (Carica papaya) Terhadap Jumlah Sel Makrofag Pada Gingiva Tikus Wistar Yang Diinduksi Porphyromonas gingivalis

10 64 5