Jelaskan Kenapa Negara negara Berdagang negara-negara budaya

AYEA 3342
Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa China

Tajuk:
Jelaskan Kenapa Negara-negara
Berdagang dan Belabur

Pengenalan
 Perdagangan antarabangsa memainkan peranan yang penting dalam ekonomi
kita.
 Sesebuah negara akan menjalankan perdagangan dengan negara-negara lain
jika kerajaannya mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Terdapat juga negara
yang mengamalkan dasar ekonomi tertutup seperti negara Myanmar dan
Korea Utara.

 Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara memperoleh
barang yang mereka sendiri tidak dapat mengeluarkannya sebab perbezaan
dari segi anugerah faktor antara negara-negara.
 Misalnya, dengan wujudnya perdagangan antarabangsa, negara-negara yang
tidak mempunyai sumber asli seperti petroleum masih dapat memperolehnya
melalui hubungan perdagangan mereka dengan negara-negara pengeluar

petroleum. Sebaliknya, sesetengah negara pengeluar minyak yang tidak dapat
mengeluarkan barang makanan seperti gandum, boleh juga memperolehnya
melalui perdagangan antarabangsa.

Maksud dan Konsep
“Perdaganagn Antarabangsa”

 Ia juga dikenali sebagai “perdagangan asing”
 Perdagangan Antarabangsa ialah perdagangan yang melibatkan pertukaran
barangan atau perkhidmatan di antara satu negara dengan satu negara yang
lain.
 Ia juga boleh dikenali sebagai kegiatan mengeksport dan mengimport
barangan antara sebuah negara dengan negara lain.

Kenapa Negara-Negara Berdagang dan Belabur?

Sebab 1:
Kerana Hendak Mendapatkan Barang Atau
Perkhidmatan yang Tidak Mampu Dikeluarkan di
dalam Negara Sendiri


 Perdagangan antarabangsa wujud kerana tiada sebuah negara pun di dunia
ini yang dapat mengeluarkan semua barangan dan perkhidmatan yang
diperlukan oleh penduduk tempatan.
 Urusan perdagangan antarabangsa berlaku apabila sesebuah negara
memerlukan barangan atau perkhidmatan yang ia tidak mampu
mengeluarkan.
 Dengan menukarkan lebihan barangan atau perkhidmatan ini, negara
berkenaan akan menikmati pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan.
 Keadaan ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan dalam faktor
pengeluaran yang dinikmati oleh setiap negara. Antara perbezaannya ialah
perbezaan dari segi sumber asli, keadaan iklim , tanah dan kedudukan
Geografi, struktur ekonomi dan sosial, tenaga kerja serta kemajuan teknologi
masing-masing.

A. Untuk Mendapatkan Hasil Tanaman dan Bahan
Mentah
 Perbezaan iklim dan jenis tanih antara negara akan menyebabkan
pengeluaran bahan mentah, hasil pertanian dan ternakan yang berbeza.
 Misalnya:

Filipina

Asia Tenggara

Australia

Negara Beriklim
Mediterranean

Manila Hemp

Getah, Minyak
Kelapa Sawit

Lembu,
Kambing Biri-biri

Buah-buahan:
Epal, Oren, Anggur


 Keadaan iklim dan tanih di Filipina adalah sesuai untuk menggeluarkan
manila hemp, iklim di Asia Tenggara sesuai untuk mengeluarkan getah dan
minyak kelapa sawit, dan Australia pula sesuai untuk penternakan lembu
dan kambing biri-biri. Manakala negara dan kawasan yang mengalami iklim
Mediterranean pula lebih sesuai untuk mengeluarkan buah-buahan seperti
epal, oren dan anggur.
 Oleh sebab iklim dan jenis tanah yang berbeza di antara negara antarabangsa
mempengaruhi pengeluaran tersebut, maka perdagangan antarabangsa telah
wujud supaya negara-negara mendapat hasil tanaman serta bahan mentah
yang didak dapat dikeluarkan di dalam negara sendiri.

Contoh 2 :
 Memperoleh bahan mentah yang tidak dapat dikeluarkan di dalam negeri:
 Keadaan ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan dalam faktor pengeluaran
yang dinikmati oleh setiap negara.

Malaysia
negara beriklim panas
khatulistiwa
Sesuai untuk pengeluaran

getah asli

Negara Barat dan Negara Eropah
pengeluaran getah asli ini tidak
boleh dikeluarkan
 terpaksa membeli getah asli
dari negara pengeluar seperti
Malaysia

 Contoh 3:
Iklim Australia
Kambing Biri-Biri

Kain Bulu

Iklim Malaysia
Lembu

Daging


 Iklim di Australia didapati berbeza dengan iklim di Malaysia menyebabkan
jenis ternakan di Australia juga berbeza dengan jenis ternakan di Malaysia.
 Iklim Australia lebih sesuai untuk menternak kambing biri-biri yang
menyebabkan Australia terkenal dengan pengeluaran kain bulu.
 Manakala Malaysia lebih sesuai dengan ternakan lembu untuk daging.
 Jadi, Perdagangan Antarabangsa akan berlaku apabila kedua-dua negara ini
ingin mendapat hasilan ternakan yang tidak dapat dikeluarkan di dalam
negara sendiri.

 Walaupun negara-negara berlainan mempunyai tanah yang subur, mungkin
pula negara-negara tersebut mempunyai jenis tanah tanih yang berbeza.
 Contohnya :
California

Malaysia

Tanaman Buah-buahan

Tanaman Kelapa Sawit, Padi, Getah


 California: mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman buah-buahan.
 Malaysia :sesuai untuk tanaman kelapa sawit, padi dan getah.
 Walaupun masing-masing mempunyai tanah yang subur, tetapi disebabkan
jenis tanah tanihnya berbeza maka jenis tanaman yang ditanam juga berbeza,
maka kedua-dua negara ini akan mengadakan perdagangan antarabangsa
supaya mendapatkan hasil tanaman yang tidak dapat dihasilkan oleh negara
sendiri.

B. Untuk Mendapatkan Bahan Buatan /
Produk Tempatan
 Terdapat perbezaan budaya masyarakat di negara masing-masing.
 Perbezaan sesebuah budaya di antara negara ini akan mempengaruhi
kecenderungan masyarakat negara dalam pengeluaran sesuatu barangan
serta akan mempengaruhi jenis eksport negara berkenaan.
 Misalnya:
Swizerland

Perancis

Jepun


Jerman

Jam Tangan

Minyak Wangi

Kereta

Kereta

 Rakyat Swizerland terkenal dengan pengeluaran jam tangan yang bermutu,
rakyat Perancis terkenal dengan pengeluaran minyak wangi sementara rakyat
Jepun dan rakyat Jerman pula terkenal dengan pengeluaran kereta.
 Untuk memperoleh barang-barang yang bermutu ini, negara lain terpaksa
berdagang dengan negara tersebut supaya mendapatkan barangan buatan
yang tidak dapat dikeluarkan dalam negara sendiri.

C. Untuk Mendapatkan Sumber Asli / Bahan Galian
 Bahan-bahan anugerah di dunia adalah diagihkan dengan tidak sama rata.

Jadi, setiap negara mempunyai sumber semula jadi (sumber anugerah / bahan
galian) yang berbeza. Disebabkan ketidaksamarataan agihan bahan-bahan
anugerah di antara negara-negara di dunia ini, maka adalah penting bagi
tiap-tiap negara tersebut melibatkan diri di dalam perdagangan antarabangsa
supaya mendapatkan sumber asli dan bahan galian yang tidak terdapat di
dalam negara sendiri.
 Contoh 1:
Malaysia

Arab Saudi

Kaya dengan bijih timah

Kaya dengan petroleum

Perdagangan antarabangsa berlaku:
Malaysia mengeksport bijih timah ke Arab Saudi dan mengimport petroleum dari
Arab Saudi , sebaliknya, Arab Saudi mengeksport petroleum ke Malaysia dan
mengimport bijih timah dari Malaysia.


 Pada umunya semakin tidak seimbang agihan sumber galian ini semakin
penting perdagangan antarabangsa.

 Contoh 2:
Arab

Chile

Petroleum

Garam Nitral

Afrika Selatan
Emas dan Intan

Rusia
Emas

 Negara-negara Arab kaya dengan sember petroleum, Chile kaya dengan
garam nitral. Afrika Selatan kaya dengan emas dan intan, manakala Rusia

kaya dengan emas.
 Negara-negara yang kaya dengan sumber semula jadi akan mengeksport
sumber alam ini ke negara lain dan mengimport barang-barang lain.
 Misalnya, Chile perlu menjalankan perdagangan antarabangsa untuk
mengeksport garam nitrat ke negara lain dan mengimport hasil keluaran
negara lain misalnya, emas dari Afrika Selatan.

Sebab 2:
Kerana Hendak Meluaskan
Pasaran / Industri Tempatan

 Pasaran antarabangsa adalah lebih besar daripada pasaran di dalam negara.
 Sekiranya keluaran di sesebuah negara hanya untuk pasaran dalam negara,
perusahaan mungkin tidak akan menambah keupayaannya setakat cukup
untuk menikmati ekonomi bidangan. Kos-kos seunit pengeluaran mungkin
tinggi.
 Tetapi apabila wujud perdagangan antarabangsa, perusahaan akan
mengeluarkan untuk kedua-dua pasaran di dalam negara dan pasaran di
antarabangsa. Ini menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran yang
menyebabkan kos-kos seunit berkurangan, dan dengan ini mengurangkan
harga-harga.
 Jadi, biasanya sesebuah negara akan menjalankan perdagangan antarabangsa
kerana ingin meluaskan pasaran / industri tempatan ke luar negara.

Sebab 3:
Kerana Hendak Memenuhi
Cita Rasa / Keperluan Pengguna

 Masyarakat sesebuah negara mempunyai cita rasa yang berbeza untuk setiap
barangan.
 Untuk memenuhi cita rasa masyarakat yang tiada had, negara-negara di
dunia menjalankan perdagangan anatarabangsa bagi mendapatkan barangbarang tersebut supaya dapat memenuhi kehendakan serta keperluan
masyarakat yang berbagai-bagai.

Sebab 4:
Kerana Hendak
Meningkatkan Peluang Pekerjaan,
Mengurangkan Kadar Penganguran,
Mencapai Pertumbuhan Ekonomi

 Apabila sesebuah negara giat dalam perdagangan antarabangsa, maka
pengeluaran di dalam sesebuah negara tersebut akan mengeluarkan barangan
serta perkhidmatan kepada negara sendiri serta negara luar.
Jika sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa
Pengeluaran akan dilakukan secara besar-besaran
Wujudlah peluang pekerjaan kerana semakin banyak tenaga buruh diperlukan
Apabila banyak tenaga buruh diperlukan, sebagai kesannya, kadar penganguran di
dalam sesebuah negara itu akan berkurangan
Akhirnya, sesebuah negara juga akan mencapai pertumbuhan ekonomi

 Kesimpulannya, biasanya sesebuah negara akan berdagang dengan negara
antarabangsa sebab ingin meningkatkan peluang pekerjaan supaya
mengurangkan kadar penganguran dan mencapai pertumbuhan ekonomi di
dalam negara tersebut.

Sebab 5:
Khusus, Mahir dan Cekap Dalam Pengeluaran

 Sesebuah negara yang cekap / mahir / khusus dalam pengeluaran akan
mengeluarkan sesuatu barangan secara besar-besaran dengan kos yang rendah
berbanding dengan negara lain akan mendorong wujudnya perdagangan
antarabangsa.
 Hal ini kerana negara-negara berkenaan akan mengkhusus dalam pengeluaran
barang yang mereka cekap mengeluarkannya dan mengeksport barang tersebut
ke luar negara dan mengimport barang lain yang tidak dikeluarkan sendiri.
 Sebagai contoh, rakyat-rakyat Jepun lebih cekap dalam mengeluarkan kereta
manakala Amerika Syarikat lebih cekap dalam mengeluarkan kapal terbang.
Oleh itu, Jepun akan mengeksport kererta dan mengimport kapal terbang dari
Amerika Syarikat. Sebaliknya, Amerika Syarikat akan mengeksport kapal
terbang dan mengimport kereta dari Jepun.
 Dengan adanya pengkhususan ini setiap negara akan dapat mengeluarkan lebih
banyak barang dengan harga yang lebih murah. Pengeluaran yang berlebih itu
akan dieksport ke negara lain.

Sebab 6:
Kerana Ingin Mewujudkan Hubungan Baik dengan
Rakan Dagang

 Perdagangan antarabangsa boleh mewujudkan keharmonian dan kerjasama
antara negara. Hubungan yang baik antara rakan dagang dapat mewujudkan
suasana perdagangan yang sihat antara rakan dagang.
 Cth : Malaysia & Jepun – hubungan baik membolehkan pertukaran pelajar
untuk melanjutkan pengajian tinggi di Jepun
 Banyak firma Jepun yg melabur dalam Negara
 Kepakaran teknologi Jepun boleh dibawa masuk.

Sebab 7:
Kerana Hendak Mendapatkan Keuntungan

 Salah satu objektif perdagangan antarabangsa ialah untuk mendapatkan
keuntungan.
 Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa, para
pengeksport dan pengimport akan berusaha untuk mendapatkan keuntungan
daripada barangan yang dieksport dan diimport masing-masing.
 Jadi, kebanyakkan negara menjalankan perdagangan antarabangsa kerana
ingin mendapatkan keuntungan masing-masing.

Sebab 8:
Untuk Memperolehi
Kebaikan-Kebaikan / Kelebihan-kelebihan Tertentu

A. Menggalakkan Pelaburan
 Perdagangan anarabangsa dapat menggalakkan pelabur dari luar negara
mendirikan kilang di Malaysia.
 Misalnya, Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka dengan memberi peluang
kepada pelabur-pelabur asing dari Amerika Syarikat, Brtitian, Jepun, Taiwan
dan Jerman untuk menjalankan perusahaan mereka di sini.

B. Menggalakkan Penggunaan Teknologi
yang Baru
 Perdagangan antarabangsa akan membawa masuk kemahiran, pengalaman
dan pengetahuan teknologi ke dalam negara.
 Kemahiran dan pengetahuan pakar-pakar perdagangan, ahli kewangan dan
para akademik dari luar negara dapat membantu perkembangan sektor
perdagangan.
 Kemasukan teknologi moden yang canggih dapat membantu memesatkan
perkembangan industri tempatan.

C. Meningkatkan Kecekapan Dalam
Pengeluaran Melalui Persaingan
 Perdagangan antarabangsa mewujudkan persaingan kepada pengeluar
tempatan. Barang-barang keluaran dalam negeri akan menghadapi
persaingan daripada barang-barang import.
 Ini adalah satu cabaran kepada pengeluar tempatan yang harus berusaha
mempertingkatkan mutu pengeluaran barang-barang import.
 Persaingan yang sedemikian akan menjadikan para pengeluar tempatan lebih
kreatif dan inovatif. Mereka juga akan sentiasa lebih peka kepada
perkembangan terbaru dalam dunia perdagangan agar dapat merebut
peluang yang ada.

Kesimpulan

 Soalan: Kenapa Negara-negara Berlabur dan Berdagang?
 Jawapan:
 Sebab 1: Kerana hendak memperoleh barangan atau perkhidmatan yang tidak mampu
dikeluarkan di dalam negara sendiri
a) Hasil Tanaman, Bahan Mentah
b) Bahan Buatan / Produk Tempatan
c) Sumber Asli, Bahan Galian
 Sebab 2: Kerana hendak meluaskan pasaran / industri tempatan
 Sebab 3: Kerana hendak memenuhi keperluan / cita rasa / kehendak pengguna
 Sebab 4: Kerana hendak meningkatkan peluang pekerjaan, mengurangkan kadar
penganguran, mencapai pertumbuhan ekonomi.
 Sebab 5: Khusus, Mahir dan Cekap Dalam Pengeluaran
 Sebab 6: Kerana ingin mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang.
 Sebab 7: Kerana hendak mendapatkan keuntungan
 Sebab 8: Untuk memperolehi kebaikan-kebaikan / kelebihan-kelebihan tertentu.
a) Menggalakkan pelaburan
b) Menggalakkan penggunaan teknologi yang baru
c) Meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran melalui persaingan

Kesimpulan
 Sebuah negara dapat meningkatkan taraf hidup dan kekayaannya dengan
cara menjual barangan dan perkhidmatan mereka kepdada penduduk di
negara lain
 Dengan adanya perdagangan antarabangsa, setiap negara akan dapat
meninggikan taraf hidup masyarakat mereka, kerana kini lebih banyak
barangan dan perkhidmatan yang boleh mereka gunakan, walaupun mereka
tidak mampu mengeluarkan sendiri.