5.1 Melalui Amalan Profesional, diharapkan pelajar akan dapat: - Garis Panduan Amalan Profesional PISMP latest version

  

PENGENALAN

Garis Panduan Amalan Profesional Latihan Perguruan Praperkhidmatan digubal sebagai

panduan dalam melaksanakan Amalan Profesional bagi pelajar yang mengikuti Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Garis Panduan Amalan Profesional ini mengandungi

maklumat berkaitan dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan

Internship. Maklumat tentang struktur program, prosedur pelaksanaan, peranan dan

tanggungjawab semua pihak yang terlibat, panduan penggunaan borang dan kaedah penilaian

dinyatakan secara jelas . Dalam bahagian lampiran dimuatkan pelbagai borang bimbingan dan

penilaian serta dokumen lain yang berkaitan bagi membantu melaksanakan program ini dengan

berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar, pensyarah pembimbing, guru

pembimbing dan pengurus sekolah, bagi memahami dan menghayati peranan serta

tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan Amalan Profesional. Di samping itu, garis

panduan ini juga dapat membantu pembimbing dalam melaksanakan tugas bimbingan,

penyeliaan dan penilaian pelajar.

Selain itu, pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPGM) khasnya Pasukan Pengurusan

Praktikum, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri boleh menggunakan garis

panduan ini untuk membantu mereka melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran

yang berkaitan dengan Amalan Profesional. Tugas-tugas yang dimaksudkan ini meliputi urusan

pelantikan, penempatan (praktikum dan PBS), pemantauan dan kerja-kerja penyelarasan

Amalan Profesional.

  

Garis panduan ini perlu dijadikan sebagai rujukan untuk membantu usaha menjayakan Amalan

Profesional ke arah memberi sumbangan bermakna dalam menyempurnakan sistem latihan

perguruan kendalian Bahagian Pendidikan Guru. Usaha ini adalah selaras dengan hasrat dan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi

Pendidikan Guru serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

  

1

DEFINISI ISTILAH

  

Pensyarah : Merujuk kepada pensyarah IPGM yang dilantik oleh

Pembimbing Pengarah untuk membimbing, menyelia dan menilai

prestasi pelajar semasa praktikum.

  

Guru Pembimbing : Merujuk kepada guru sekolah yang berpengalaman

dalam mata pelajaran major/elektif dan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sebagai pembimbing kepada pelajar.

  

Pengurus Sekolah : Merujuk kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan

Penyelia Petang.

Pelajar : Merujuk kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda

  Perguruan sepenuh masa yang sedang mengikuti latihan praperkhidmatan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

  

Murid : Merujuk kepada murid sekolah rendah tempat Amalan

Profesional dilaksanakan.

Institut Pendidikan : Merujuk kepada institut perguruan di bawah

Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan

program latihan perguruan.

  

Bilik Darjah : Merujuk kepada tempat sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

  

Sekolah : Merujuk kepada sekolah-sekolah rendah yang ditadbir

di bawah KPM.

Pemantauan : Merujuk kepada proses mengesan pelaksanaan

Amalan Profesional oleh ahli JKIPIPGM.

Rentasan : Merujuk kepada proses pengesahan kes gagal/

cemerlang dalam Amalan Profesional.

Cemerlang : Merujuk kepada markah 90 peratus dan ke atas dalam

penilaian akhir praktikum.

Gagal : Merujuk kepada markah kurang 40 peratus atau gagal

mematuhi prosedur-prosedur Amalan Profesional atau melanggar Akta 174 / Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

  

JKIPIPGM : Merujuk kepada Jawatankuasa Induk Praktikum Institut

Pendidikan Guru Malaysia.

JKPPIPGM : Merujuk kepada Jawatankuasa Peperiksaan dan

Penilaian Institut Pendidikan Guru Malaysia.

  2

  

BAHAGIAN 1

AMALAN PROFESIONAL

AMALAN PROFESIONAL

  1. PENDAHULUAN

Amalan Profesional adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan

praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru serta Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan. Program ini sebagai landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu

dan kemahiran yang diterima semasa pengajian di IPGM dalam pengajaran dan pembelajaran

sebenar di bilik darjah.

  2. KONSEP

Amalan Profesional perlu dilihat sebagal satu kontinum dalam program latihan perguruan

praperkhidmatan di IPGM. Program ini terbahagi kepada tiga bahagian:

  (i) Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

  (ii) Praktikum (Pengajaran makro dan mikro dijalankan sebelum praktikum oleh

  

3

  

Jabatan Ilmu Pendidikan/Jabatan Pengkhususan/Jabatan Major)

(iii) Internship Pembahagian ini dapat digambarkan seperti rajah berikut:

  Amalan Profesional PBS Praktikum Internship Rajah 1.1 : Konsep Amalan Profesional

3. RASIONAL

  

Amalan Profesional menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan

teori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran

pembelajaran yang tersendiri. Hasil daripada pengalaman, proses refleksi dan penambahbaikan

secara berterusan, pelajar akan menggunakan kreativiti bagi menghasilkan iImu binaan

(situational knowledge) dan inovasi yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional

perguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2. Melalui program latihan praktik

yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina,

menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang

berkesan.

Semasa pelaksanaan amalan profesional, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada

penilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar antara IPGM dan

sekolah. Permuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan

sistem latihan terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme keguruan.

  INSAN GURU

  ILMU PROFESIONAL PERGURUAN R R PENAMBAHBAIKAN

  ILMU BINAAN (SITUATIONAL KNOWLEDGE) PENAMBAHBAIKAN R R TEORI TERSENDIRI

  (PERSONAL THEORIES) PENAMBAHBAIKAN

  

4 R R R PELAJAR TEORI PRAKTIS R = Refleksi

  Rajah 1.2 : Proses Pembinaan Insan Guru dalam Amalan Profesional

  4. MATLAMAT

Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep,

prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional.

Amalan Profesional juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya

mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

  

Program ini juga adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional, dan memiliki sahsiah

guru yang unggul dan bukan sebagai guru di bilik darjah semata-mata. Oleh yang demikian,

Amalan Profesional perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu serta melibatkan

usaha sama antara IPGM, JPN dan sekolah.

  5. OBJEKTIF

  5.1 Melalui Amalan Profesional, diharapkan pelajar akan dapat: (i) memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai profesional perguruan; (ii) membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta dan kreativiti;

  (iii) meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid; (iv) menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; (v) menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran pembelajaran; (vi) menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran; (vii) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru; (viii) membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek tugas guru; dan (ix) membina teori tersendiri (peribadi), ilmu binaan, dan seterusnya ilmu profesional perguruan.

  5.2 Melalui Amalan Profesional ini juga, pihak IPGM dan sekolah dapat:

(i) memberi bimbingan secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek

  

5 pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah; (ii) mengeratkan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks pengajaran pembelajaran dan;

  (iii) menilai prestasi pelajar semasa Amalan Profesional.

  8 Kredit -

  

6

  

Jadual 1.2 : Wajaran Untuk Penilaian Amalan Profesional

  Wajaran Wajaran untuk PBS dimasukkan dalam tugasan mata pelajaran major/elektif 100 % 100 % 100 % 100 %

  12 minggu 4 minggu

  4 minggu 8 minggu

  1 minggu 1 minggu

  1 minggu 1 minggu

  Program Wajaran Markah Amalan Profesional Pengalaman Berasaskan Sekolah Praktikum Internship PBS 1 PBS 2 PBS 3 PBS 4 Prak 1 Prak 2 Prak 3 Internship PISMP

  7. PENILAIAN AMALAN PROFESIONAL

Wajaran bagi penilaian amalan profesional pelajar adalah seperti dalam Jadual 1.2. Perincian

bagi setiap aktiviti PBS, praktikum dan internship dihuraikan dalam bahagian yang berkaitan.

  2 Jadual 1.1: Pelaksanaan Amalan Profesional

  6

  4

  2

  7

  6. PELAKSANAAN PROGRAM AMALAN PROFESIONAL

Program amalan profesional bagi latihan perguruan praperkhidmatan dilaksanakan seperti

dalam Jadual 1.1.

  6

  5

  4

  3

  2

  1

  Semester

  12 minggu 4 minggu

  4 minggu 8 minggu

  1 minggu 1 minggu

  1 minggu 1 minggu

  Tempoh

  Program Tempoh Pelaksanaan Program Amalan Profesional Pengalaman Berasaskan Sekolah Praktikum Internship PBS 1 PBS 2 PBS 3 PBS 4 Prak 1 Prak 2 Prak 3 Internship

7.1 Syarat Penentuan Keputusan

  (i) Penentuan lulus adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

  Prestasi pelajar dalam amalan profesional diputuskan mengikut gred yang ditetapkan dalam Syarat dan Peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru (LPPG).

  • Kehadiran 100% dalam amalan profesional
  • Mencapai tahap minimum dalam penilaian akhir setiap praktikum dan internship
  • Menunjukkan sikap positif terhadap profesion perguruan

    (ii) Penentuan gagal adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

  • Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan dalam kategori lulus.
  • Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan yang diberikan.
  • Pelajar masih tidak menghiraukan amaran secara bertulis sebanyak tiga kali.
  • Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebanyak tiga kali sepanjang tempoh praktikum.
  • Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan.

  

BAHAGIAN 2

  

7

  

PENGALAMAN BERASASKAN

SEKOLAH (PBS)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

  1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

  2. OBJEKTIF Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat

  

8

  (i) memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; (ii) menghayati kerjaya seorang guru; (iii) memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah; (iv) mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid; (v) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran; (vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah; (vii) mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah; (viii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal; (ix) membina sikap positif terhadap profesion keguruan; (x) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan (xi) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

3. STRATEGI PELAKSANAAN (i) Tempoh Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.

  

Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Program Semester Tempoh Penempatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

  1

  1 Minggu Sekolah Rendah

  2

  1 Minggu Sekolah Rendah

  3

  1 Minggu Sekolah Rendah

  4

  1 Minggu Sekolah Rendah

  

9

  (ii) Penempatan Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum IPGM dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing. Penempatan hendaklah mengambil kira lokasi, saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza mengikut semester. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pendedahan

yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.

(iii) Prosedur Pelaksanaan

  e) Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/elektif memberikan panduan pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

  10

  4 Elektif 2

  3 Elektif 1

  2 Major

  1 Pengajian Profesional

  Jadual 2.2: Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester Semester Mata Pelajaran

  IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.

  a)

  d)

  IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar.

  c)

  IPGM akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar dan pelaksanaan PBS.

  b)

  IPGM akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tentang Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

f) Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama pensyarah yang berkenaan semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi. (rujuk Jadual 2.2).

  (iv) Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah

a) Pelajar dikehendaki memperoleh maklumat umum tentang sekolah di mana mereka menjalani setiap PBS berdasarkan Lampiran 1-7A.

4. KEHADIRAN a) Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib.

5. STATUS PELAKSANAAN PBS

  d) Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-8 dan dan 1-9)

  

11

  b) Memahami objektif PBS;

  a) Menghadiri taklimat PBS;

  c) Melengkapkan Portfolio individu (Lampiran 1-2 dan 1-3)

  b) Pelajar juga dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan semua aspek yang dtetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan..

  b) Menyempurnakan aktiviti PBS (Lampiran 1-7)

  a) Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-8)

  Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:

  

d) Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang

ditetapkan.

  

c) Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat

kebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPGM.

  b) Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor/pegawai perubatan.

  c) Jabatan Ilmu Pendidikan, jabatan mata pelajaran major dan jabatan mata pelajaran elektif hendaklah merancang aktiviti PBS berdasarkan format dan tema aktiviti yang dicadangkan di dalam Lampiran 1-7B

d) Tiada tugasan lain diberikan kepada pelajar selain aktiviti yang telah ditetapkan.

6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB (i) Pelajar:

  c) Melaksanakan aktiviti PBS;

  d) Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS;

  

e) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan peraturan

sekolah;

f) Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran

dan kelengkapan sekolah;

g) Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan di sekolah;

  

h) Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan

kelas sebagai bahan refleksi;

i) Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan

dalam portfolio individu;

j) Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang

pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS;

k) Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu

Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan bersesuaian dengan objektif PBS;

  (ii) Sekolah

  

a) Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi,

pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah b) Bekerjasama dengan pihak IPGM dalam menjayakan PBS

  

c) Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran

sekolah/pengajaran/aktiviti guru

d) Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi

melaksanakan aktiviti PBS e) Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah

  

f) Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan

mengesahkan Borang Kehadiran PBS

g) Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan

Perkembangan Pelajar (rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9)

  12 h) Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar

i) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS

dilaksanakan dengan sempurna

j) Membantu pelajar meningkatkan perasaan cinta terhadap alam persekolahan

dan profesion keguruan.

  (iii)

  IPGM (Unit Praktikum, Penyelaras PISMP dan Jabatan Ilmu Pendidikan/Major/Elektif)

  

a) Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan

Pelaksanaan PBS

b) Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar

untuk PBS

c) Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang

terlibat.

  

d) Memastikan aktiviti PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang

mencukupi diberikan kepada pelajar

e) Memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan

aktiviti dalam pelaksanaan PBS

f) Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan

  g) Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan

  

h) Memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PBS dan menyerahkan hasil aktiviti

kepada pensyarah mata pelajaran yang berkenaan i) Mengadakan sesi refleksi selepas PBS tamat (Jabatan yang terlibat)

j) Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah

k) Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPGM

dengan segera

  13

  14 LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 1-1

  1. Pengenalan Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

  2. Tujuan Pernyataan Profesional

2.1 Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas

  15

  2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik

  2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan

  2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/ penambahbaikan

3. Pernyataan Profesional

  3.1 Sebelum PBS Kenal pasti fokus utama aktiviti  Tujuan aktiviti  Merancang strategi pelaksanaan  Instrumen penilaian kendiri 

  3.2 Semasa PBS Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang  Mengumpul data  Merekod 

3.3 Selepas PBS (refleksi)

   Menganalisis data Menilai  Melapor 

4. Penilaian Kendiri Terhadap Pernyataan Profesional

  Pencapaian objektif  Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan 

LAMPIRAN 1-2

  

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO

1. Pengertian Portfolio

  1.1 Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi:

  1.1.1 Pengetahuan

  1.1.2 Kemahiran

  1.1.3 Pengalaman

  1.1.4 Kelayakan

  1.1.5 Matlamat dan pencapaian

  1.2 Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkan

dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif. (Shulman,

1992).

  

16

2. Tujuan Portfolio

  2.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS

  2.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai 2.3 Perkembangan profesionalisme pelajar.

  2.4 Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan pengalaman baru.

  2.5 Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan profesional.

3. Ciri-Ciri Portfolio 3.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri.

  3.2 Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar – menghargai usaha dan diri sendiri.

  3.3 Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa.

  

3.4 Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan

penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.

4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio 4.1 Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak.

4.2 Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas PBS.

LAMPIRAN 1-3

  Tandakan Bil Tajuk Item

   1.1) Nama 1.2) No. Kad Pengenalan Biodata (ditulis dalam 1 1.3) Major dan Ambilan helaian berasingan) 1.4) Tarikh PBS 1.5) Gambar Pernyataan Profesional /

2.1) Penyataan sebelum PBS

  2 Kontrak Aktiviti 2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus (Lampiran 1-1)

  

17

  3.1) Pemerhatian Instrumen Pengumpulan Data Berhubung 3.2) Senarai semak

  3 Tugasan (yang mana 3.3) Temu bual sesuai mengikut keperluan)

  3.4) Soal selidik 4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah 4.2) Perbincangan dengan mentor Kolaborasi (Lampiran 1-

  4 4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain 4) 4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah

4.5) Interaksi dengan murid

5.1) Pemerhatian Ilmu/Pengetahuan Baru

  5 5.2) Senarai Semak Melalui 5.3) Temu bual

  6 Refleksi (Lampiran 1-6) 6.1) Aktiviti

6.2) Perbincangan/Interaksi

  7 Laporan Akhir

Ulasan Pensyarah: ____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Tandatangan _________________ Nama ___________________________Tarikh _________

  

18

  LAMPIRAN 1-4

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

  

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________________

Nama Guru Yang Ditemui: ______________________________________________________

Tajuk/Perkara : ______________________________________________________________

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

Tandatangan : ____________________________________ Nama : ____________________________________ Jawatan : ____________________________________

  

19

LAMPIRAN 1-5

  

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENULISAN REFLEKSI

  1. Definisi Refleksi  Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)  Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

   Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

  2. Tujuan Refleksi  Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

   Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.  Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.  Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan

  3. Ciri-ciri Refleksi  Bermula dengan mengingat kembali  Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu  Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)  Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

  4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:

  4.1 Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:  Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?  Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?

   Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ?

   Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

4.2 Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 6

  

20

LAMPIRAN 1-6

  

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

  1. Isu/Perkara yang difokuskan:

  2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

  2.1 Kekuatan:

  2.2 Kelemahan:

3. Cadangan Penambahbaikan:

  

21

  (Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda) LAMPIRAN 1-7A

MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

  1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan/data

  1 Nama dan Alamat Sekolah

  2 No. Telefon Sekolah

  3 Alamat e-mail/Web Sekolah

  4 Lokasi (Bandar/Luar Bandar)

  5 Nama Guru Besar

  6 Nama GPK 1

  7 Nama GPK HEM

  8 Nama GPK Kokurikulum

  9 Nama Penyelia Petang

  10 Gred Sekolah

  11 Bilangan Guru Lelaki: Perempuan:

  12 Kelayakan Profesional Guru Siswazah:

Bukan Siswazah:

  13 Bilangan Kelas

  14 Purata Saiz Kelas Lain-

  15 Jumlah Murid Melayu Cina India lain Lelaki Perempuan

  16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini

  

22

2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu)

  

2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan

pengajaran pembelajaran.

  

2.2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di

bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

  

2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh

murid?

  

2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan

  ICT ?

  

2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti

pembelajaran?

  2.6 Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu

  23

  Lampiran 1-7B

FORMAT AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

  1 Tajuk aktiviti – berdasarkan topik di dalam kurikulum kursus yang ditawarkan pada setiap semester

  2 Menyatakan objektif aktiviti yang hendak dicapai dengan jelas

  3 Kandungan aktiviti yang dicadangkan

  

3.1 Aktiviti yang diberikan mestilah melibatkan tugasan harian yang perlu

dijalankan semasa PBS

3.2 Fokus aktiviti ialah :

   berkaitan sukatan pelajaran  ada unsur pemerhatian terhadap P & P

 melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah

 mengenai persekitaran sekolah (termasuk iklim dan budaya sekolah)

 meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran

 meliputi strategi pengajaran dan pembelajaran/kemahiran mengajar

4. Format Penulisan Laporan Aktiviti PBS

  4.1 Format penulisan aktiviti PBS adalah seperti berikut : (cth)

  • Font Arial - Saiz huruf ialah 12
  • Langkau satu setengah baris - Rujukan mengikut format A.P.A.
  • Lampiran

  4.2 Panjang penulisan aktiviti antara 500 hingga 1000 patah perkataan (3 hingga 5 muka surat)

  4.3 Tarikh penyerahan penulisan aktiviti (2 minggu selepas tamat tempoh PBS)

5. Refleksi selepas PBS dikendalikan oleh Jabatan yang terlibat

  Nota: Tiada tugasan lain diberikan kepada pelajar selain aktiviti yang telah ditetapkan.

  24

  LAMPIRAN1-8

  INSTITUT PERGURUAN _________________________

BORANG KEHADIRAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

  

Sekolah : _________________________________________________________

Alamat Sekolah : _________________________________________________________

Tarikh PBS : ______________________ hingga ____________________________

Bil Nama Pelajar No. KP Major

  Tarikh

  1

  2

  3

  4

  5

  6 Catatan:

  • * Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada Ketua Unit Praktikum IPGM selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah * Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit atau surat kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah IPGM

  Tandatangan Ketua Kumpulan : _____________________ Nama : _____________________________________________ Tarikh : __________________________ Pengesahan Guru Besar:

  

25

  

Tandatangan _________________________ Tarikh : ____________________

Cop Sekolah

  26

  LAMPIRAN1-9

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR

  

(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar : _______________________________ No. K.P. : _________________ Major : _____________________________________Ambilan : _________________

  Tandakan () Aspek

  

Le

m

ah

S ed er ha na

  B aik Ulasan Sahsiah dan

  Perwatakan

  a) Penampilan diri

  b) Pekerti

  c) Keprihatinan

  d) Sifat/Peribadi sebagai pendidik Komunikasi Berkesan: a) Berinteraksi secara beretika b) Keupayaan memerhati, berbincang dan membuat refleksi

  c) Berupaya menyampaikan idea secara berkesan Budaya

  Profesional Guru: a) Berupaya membina hubungan positif dengan warga sekolah

  b) Sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu, bimbingan dari mentor dan guru-guru lain c) Komited terhadap tugasan yang diberikan oleh IPGM

Tandatangan Guru Besar ________________________ Tarikh ____________________

  

BAHAGIAN 3

PRAKTIKUM

PRAKTIKUM

  1. KONSEP

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program

pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik

darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses

pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru

pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM.

  2. OBJEKTIF Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:

  a) menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran

  b) mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran

  c) mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai

  d) merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan dan individu

e) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran

  f) memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai profesionalisme kerguruan; g) memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri h) mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses pengajaran pembelajaran i) menguasai kemahiran fasilitator dan j) menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

  3. PROSEDUR PELAKSANAAN (i) Syarat Pelajar dikehendaki menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan bagi setiap semester. (Rujuk Jadual 3.1)

  (ii) Penempatan

  a) Penempatan pelajar dibuat secara permuafakatan antara IPGM dan sekolah dengan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

  b) Pelajar ditempatkan di sekolah rendah.

   (iii) Tempoh

  Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur kursus. (Rujuk Jadual 3.1) (iv) Bilangan Waktu Mengajar

  a) Minimum 8 waktu mengajar seminggu

  b) Maksimum 12 waktu mengajar seminggu

  c) Pelajar major prasekolah dikehendaki mengajar 2 hari pengajaran sepenuhnya dalam seminggu.

  d) Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major dan satu daripada mata pelajaran elektif.

  e) Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali semasa Praktikum 1.

  f) Pelajar major prasekolah perlu mengajar secara berpasangan bagi satu hari pengajaran penuh sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempoh praktikum.

  (v) Bilangan Penyeliaan a) Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal.

  

b) Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum.

  c) Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.

  d) Penyeliaan bersama antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing perlu dijalankan dua minggu sebelum tamat praktikum.

  e) Jadual 3.1 ialah panduan agihan penyeliaan praktikum untuk pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Penyeliaan perlulah melibatkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

  Mata Pra Penyeliaan Praktikum

  IPGM Sekolah Jumlah Pelajaran penyeliaan Bersama Praktikum 1 Major

  1

  1

  2

  1

  5 (4 minggu) Major

  1

  3

  4

  1

  9 Praktikum 2 (8 minggu) Elektif 1

  2

  2

  1

  5 Major

  1

  3

  4

  1

  9 Praktikum 3 (12 minggu) Elektif 2

  2

  2

  1

  5 Jadual 3.1 : Agihan Penyeliaan

4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

  (i) Pelajar

  a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum

  b) Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum

  

c) Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk

mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing- masing semasa praktikum

  

d) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan

staf sokongan di sekolah

e) Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–

maklumat lain kepada pensyarah major dan elektif sebelum prapenyeliaan

f) Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPGM dan

peraturan sekolah

g) Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjang

tempoh praktikum h) Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan

i) Melengkapkan dan menghantarkan borang kehadiran praktikum ke Unit

  Praktikum pada minggu pertama setiap bulan j) Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

k) Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan

mengajar

l) Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap mengikut

format sebelum melaksanakan pengajaran

m) Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang

pengajaran

n) Melaksanakan pengajaran secara berpasangan pada setiap minggu dengan

mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran (Rujuk Lampiran 2-

  2)

o) Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu atau masalah yang kritikal semasa praktikum. Penulisan jurnal dibuat berdasarkan tempoh masa yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang difokuskan (Rujuk Lampiran 2-3 dan 2-3A)

p) Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum (Rujuk Lampiran 2-4)

q) Melengkapkan, mengemaskinikan dan menyerahkan portfolio amalan profesional kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing pada setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan r) Mengisi Borang Refleksi Praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali ke IPGM selepas tamat praktikum .

  (ii) Pensyarah Pembimbing (a) Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada Pengarah IPGM

(b) Menghadiri taklimat praktikum yang dikendalikan oleh Unit Praktikum

(c) Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan penyeliaan praktikum (d) Merancang jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum