Analisis Pemetaan Metafora Unsur Flora d

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

Analisis Pemetaan Metafora Unsur Flora dan Fauna Dalam Pantun Melayu : Satu
Tinjauan Awal
MUHAMAD FADZLLAH BIN HJ ZAINI
Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam
amatfaz@gmail.com

ABSTRAK
Pantun merupakan bicara kesantunan yang mempunyai pelbagai rahsia. Apabila diungkapkan
tidak tergambar oleh pemikiran manusia, jika dianalisis daripada sudut pandangan yang
berbeza ternyata pantun ini ibarat satu kod yang boleh dipecahkan untuk mencari sesuatu
jawapan kepada maksud yang ingin dinyatakan oleh penciptanya. Kertas ini, melihat kepada
unsur flora dan fauna serta kaitan dengan manusia. Bagaimana masyarakat Melayu dahulu
menyatakan unsur alam dan manusia ini rapat? Persoalan ini timbul tatkala kajian ke atas
pantun ini dijalankan. Pertama, kertas ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti unsur
flora dan fauna yang terdapat dalam pantun Melayu ini. Keduanya, menganalisis unsur flora
dan fauna dalam pantun Melayu melalui pemetaan semantik, dalam pada masa yang sama
melihat perubahan tatatingkat Metafora Rantaian Utama Mahkluk (RUM). Dalam kertas ini
lebih menumpukan nilai kasih sayang yang ada dalam pantun Melayu dan kaitan hubungan
yang ada di antara manusia dan unsur flora dan fauna. Analisis mendapati dalam pantun

Melayu, mencerminkan nilai kasih sayang itu pelbagai bukan sahaja melahirkan rasa cinta,
tetapi terdapat juga dalam konteks negatif. Jika kita sedar pantun Melayu ini merupakan
cerita pendek yang dihasilkan bagi menyampaikan satu pengajaran kepada manusia.
Pemetaan yang dibuat menghasilkan tatatingkat hubungan manusia dan unsur alam.
Kata Kunci : Metafora Konsepsi, Metafora RUM, Pemetaan.

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

PENGENALAN
Pantun dan masyarakat mempunyai hubungan yang begitu akrab. Masyarakat Melayu
menyatakan pantun ialah penyataan orang Melayu. Pantun Melayu menyerlahkan pemikiran,
emosi, pengalaman, harapan dan sentimen manusia Melayu, baik melalui satu kuplet, satu
rangkap, mahupun keseluruhan pengisian pantun berkenaan, misalnya dalam himpunan,
koleksi atau antologi (Harun, 2001: i).
Menurut Francois-Rene Daillie (1988: 6, dlm Harun, 2001) “This brief poem is an
epitome of life and a universe in a grain of sand”. Secara ringkasnya, puisi atau pantun ini
melambangkan kehidupan dan meliputi seisi alam. Sebagai contoh, dalam kehidupan
masyarakat melayu terdapat, tanah, kebun, sawah, sungai, lautan atau hutan, pokok, buahbuahan, haiwan, burung, ikan, pekerjaan harian, adat, tradisi, cinta antara manusia dan juga
nilai kecintaan terhadap tuhan.
Sesungguhnya gambaran dan penyataan yang diserlahkan melalui sesebuah pantun

itu amat banyak dan pelbagai. Secara keseluruhan dapat dikatakan pantun adalah Melayu dari
segi manusia dan hidupnya. Ini menepati pendapat para sarjana terdahulu bahawa tidak
lengkap pengetahuan seseorang pengkaji tamadun Melayu jika tidak meneliti dan memahami
pantun-pantunnya (Winstedt,1969:202-203; Daillie,1988:2-3; dlm Harun,2001:ii).
Pengkajian pantun Melayu yang dilakukan oleh para sarjana dari dahulu hingga kini,
pelbagai aspek telah diterokai; misalnya teori tentang asal usulnya, aspek estetika dan etika
serta analisis tentang pemikiran, fungsi dan penyebarannya. Suatu aspek yang cukup
mengkagumkan, terutama kepada para pengkaji Barat, ialah tentang proses penciptaan
pantun; bagaimana pantun dicipta dengan begitu indah, secara spontan oleh anggota
masyarakat yang umumnya tidak terpelajar, malah sebagai masyarakat illterate atau tidak
meengenal aksara (Harun, 2001:v).
Aspek yang menarik di sini bukan sahaja bentuk dan keindahan pantun tersebut, tetapi
juga ciri-ciri dalamannya yang tepat, mengandungi pengertian, pemikiran dan falsafah yang
keseluruhannya terkandung dalam sebuah ungkapan, serangkap pantun, baik yang serdahana,
pendek dan spontan, mahupun yang lebih panjang lebih kompleks sebagai karya ciptaan yang
dihasilkan secara serius (Harun, 2001:v).
Sebagai bentuk puisi yang halus dan signifikan, yang bertujuan untuk menambat dan
memujuk khalayak, mengesani jiwanya, pantun amat mementingkan keindahan. Dalam teori
2


SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

keindahan orang Melayu (Braginsky,1993 dlm Siti Hajar Che Man, 2013:79), yang indah itu
kerana sifat-sifat indahnya, mempunyai kesan yang kuat ke atas struktur jiwa, menjadikannya
terpesona, berahi, dan mudah tertawan (melembut dan mengalah).
Ilmu dan pengetahuan yang luas merupakan pelengkap kepada penciptaan pantun
Melayu. Menurut Siti Hajar (2013:79), menyatakan pembayang maksud membawa masuk
bukan sahaja pengetahuan tentang unsur dan fenomena alam. Namun terdapat unsur geografi,
sejarah dan budaya. Perkembangan penciptaan pantun Melayu ini merupakan penyampaian
cerita yang berlapik dan menjaga air muka.
Kajian ini meneliti aspek ialah flora dan fauna. Dalam pantun Melayu tidak lari
daripada unsur flora dan fauna yang sentiasa menjadi bahan rujukan penting. Masyarakat
Melayu dahulu mencipta pantun berdasarkan pemerhatian yang terdapat disekeliling mereka.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mengikut laras biologi; fauna bermaksud seluruh
binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Manakala, keseluruhan tumbuh-tumbuhan
yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Secara konseptualnya, unsur flora
dan fauna ini saling melengkapi dan saling bergantungan. Kajian ini akan meliputi kajian
berkenaan dengan semantik dan akal budi Melayu yang memperlihatkan penggunaan flora
dan fauna dalam pantun Melayu. Penggunaan pemetaan semantik sebagai salah satu teori
yang bakal memperlihatkan pecahan semantik bagi unsur flora dan fauna.


PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian mengenai pantun telah banyak dijalankan, apatah lagi pantun dihubungkaitkan dengan
pelbagai situasi. Namun Siti Hajar (2013), menyatakan terdapat keraguan terhadap kehadiran
pantun pada era teknologi kini dan keyakinan yang wujud sejak 800 tahun yang dahulu tidak
lestari sifatnya. Walhal pantun menunjukkan kebijaksanaan, keadilan dan kreativiti orang
Melayu pada zaman dahulu. Oleh yang demikian, perkara ini membuktikan bahawa
keupayaan orang Melayu dahulu lebih baik daripada sekarang yang sudah kurang meminati
dengan bahasa Melayu. Pembuktian dapat dilihat menerusi kajian Nor Hashimah (2010) Nor
Hashimah dan Julaina (2011) dalam Nor Hashimah (2014) bahawa bahasa Melayu semakin
kurang dapat menawan hati remaja Malaysia.

3

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

Keduanya, masyarakat Melayu tidak berbangga dengan berbahasa Melayu. Jika
dilihat Siti Hajar (2013) juga menyatakan mereka yang pergi belajar atau berkerja ke luar
negara khususnya kalau balik ke tanah air sudah tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik,
bahkan soal sastera, persuratan dan sebagainya berkenaan dengan puisi mereka tidak mahu

menunjukkan minat. Hal ini dikuatkan lagi dengan penyataan Ungku Aziz (2011:7 dlm Siti
Hajar (2013 :76), Kalau ada yang berminat mereka “terpaksa” atau sememangnya suka
belajar jurusan atau kajian sastera dan budaya Melayu. Hal ini dikukuhkan lagi menerusi Rais
Yatim (2013), yang telah mendapat maklum balas berkenaan dengan pantun dari satu
penyampaian ringkas (SMS) iaitu yang menyuruh beliau berhenti untuk berpantun kerana
zaman berpantun sudah berlalu dan pengirim tersebut menyatakan mereka tidak
menggunakan bahasa tersebut.
Di samping itu, terdapat juga permasalah yang timbul apabila daripada sudut nilai
terhadap hubungan diantara alam dengan manusia. Bagaimanakah hubungan di antara
manusia dan alam sekitar terjalin? Nor Hashimah (2014) Nurul Aminah dan Hasnah (2014)
menyatakan masyarakat melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar,
namun kurang pembuktian yang kukuh dan releven. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat
bagi melihat hubungan yang ada di antara alam dan manusia.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kajian ini, terdapat dua objektif utama yang menjadi tunjang kepada kajian ini,
iaitu; Mengenal pasti unsur flora dan fauna dalam pantun Melayu, dan; Menganalisis unsur
flora dan fauna dalam pantun Melayu berdasarkan pemetaan semantik

KAJIAN LITERATUR

Terdapat beberapa kajian yang dirujuk bagi menjalankan kajian ini iaitu, kajian Mohd Rashid
Md Idris (2012), Siti Hajar Che Man (2013), Nurul Aminah Basharuddin & Hasnah
Mohamad (2014), Tran Thuy Anh (2013) dan Nor Hashimah Jalaluddin (2014) secara khusus
menunjukan akal budi Melayu yang terdapat dalam pantun Melayu. Akal budi ini yang
4

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

membentuk pemikiran yang mencipta kepelbagai pantun berdasarkan alam sekeliling
masyarakat Melayu. Namun, pengkaji terdahulu tidak menunjukkan hubungan antara
masyarakat Melayu dengan alam. Bagaimanakah hubungan itu wujud? Mengapa ada
kewujudan tapi kurang pembuktian? Walaupun pengkaji dahulu mengaitkan pantun dengan
akal budi Melayu. Apabila mengkaji akal budi Melayu segala berkenaan pemikiran, sifat,
nilai dan cara hidup masyarakat Melayu dahulu boleh dirungkai. Kesinambungan akal budi
Melayu ini akan berhubung dari satu generasi ke generasi seterusnya. Setiap kali bahan atau
data kajian dikupas, pelbagai jawapan dapat dilihat. Umum mengetahui sebenarnya pantun
ini bukan sahaja menyampaikan maksud yang ada sahaja, tetapi merupakan penceritaan, kod
akal budi Melayu dan rahsia sesuatu perkara secara langsung serta tidak langsung. Perkara ini
penting dan perlu dipandang serius. Bukan sekadar hubungan alam tetapi penglahiran
pelbagai cerita dahulu dipendekan berbentuk pantun.

Dari unsur flora dan fauna pula, pengkaji Nurul Aminah Basharuddin & Hasnah
Mohamad (2014) tidak menunjukkan hubungan diantara unsur flora dan fauna dalam pantun
Melayu. Sebaliknya, melihat unsur pelambangan flora dan fauna iaitu semiotik. Kejelasan
unsur flora dan fauna yang dibawa menunjukkan bahawa masyarakat Melayu hidup bersama
unsur alam. Sifat dan nilai unsur alam ini yang mempengaruhi cara hidup mereka. Namun
apabila melihat hubungan, masyarakat perlu sedar bahawa unsur alam seperti flora dan fauna
ini tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Pengukuran dibuat bagi menyedarkan bahawa
manusia dan unsur alam ini saling melengkapi diantara satu sama lain. Hal ini perlu
ditekankan supaya kesedaran yang maksimum akan wujud untuk manusia dalam menjaga
alam sekitar. Jika dahulu masyarakat amat menghormati unsur alam dengan pelbagai pantang
larang diolah bagi menjaga hubungan alam dan manusia. Sekarang, perkara ini telah berubah
hanya masyarakat Melayu yang mendiami kampung sahaja yang mengekalkan perkara

5

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

demikian. Dalam kajian ini juga akan menunjukan interpretasi serta penggunaan sebenar
unsur flora dan fauna yang akan dianalisis.
Manakala bagi pemetaan sematik pula, pengkaji terdahulu iaitu Imran Ho-Abdullah

(2011) dan Hishamudin Isam & Nor Diyana Saupi (2012), hanya melihat pemetaan Metafora
Rantaian Utama Mahkluk dan Metonimi Speksifik Melambangkan Yang Generik dalam
semantik dikaji menerusi peribahasa Melayu bersumberkan anjing. Metafora RUM
berasaskan satu pandangan budaya rakyat (flok culture) tentang hieraki mahkluk dalam dunia
hakiki. Teori ini digunapakai semula dalam kajian ini tetapi penambahbaikan dibuat bagi
melengkapi teori ini. Metafora konsepsi juga digunakan bagi melihat nilai makna yang
terdapat dalam pantun selari dengan nilai manusia. Penggunaan Metafora RUM ini akan
membantu dalam melihat hubungan manusia dengan alam serta perkaitan hubungan yang lain
berpandukan hieraki mahkluk. Kedua kajian ini juga melihat penggunaan Metonimi
SPESIFIK MEWAKILI YANG GENERIK, yang melihat proses interpretasi semantik yang
digunakan berdasarkan peribahasa dan lagu dikir serta digunakan pakai bagai perkaitan
hubungan melalui RUM. Kajian menggunakan data pantun ini sama dengan peribahasa dan
lagu dikir tetapi berlainan interpretasinya. Susunan pelan kajian akan berlainan kerana lihat
penggunaa>interpretasi>metaforikal>metafora RUM.
METODOLOGI
Kertas kerja ini menggunakan data daripada buku “Kurik Kundi Merah Saga : Kumpulan
Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua” merupakan buku Dewan Bahasa dan Pustaka (2009).
Terdapat empat (4) rangkap pantun yang dipilih bertemakan kasih sayang. Kasih sayang ini
merujuk kepada emosi atau perasaan yang ada dalam diri manusia. Pemilihan ini kerana bagi
memperlihatkan tema dan kesan terhadap penggunaan unsur alam yang terdapat dalam

Pantun Melayu.
6

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

Selain itu, kertas kerja ini menggunakan metafora umum yang dijuga dikenali sebagai
Metafora Rantaian Utama Makhluk merupakan kunci kepada makna dan interprestasi pantun
Melayu berkaitan dengan unsur flora dan fauna. Mengenai Rantaian Utama Makhluk (RUM)
ini dibincangkan oleh Lovejoy (1936, dalam Imran Ho-Abdullah, 2011:128) dalam konteks
sejarah falsafah barat. Menurut beliau, RUM ini satu model rakyat (folk model) atau model
budaya (cultural model) yang menguasai dan menentukan pandangan hidup atau
weltanschauung manusia sejak baharian klasik (Yunani dan Rom), Zaman Pertengahan dan
Zaman Pembaharuan Renaissance di Eropah.
Menurut model ini, segala objek dan entiti RUM membentuk satu sistem berhieraki
dengan setiap makhluk dan benda pada satu kedudukan sewajarnya yang tidak berubah pada
rantaian itu. Tuhan berada pada tahap yang paling tinggi dalam rantaian itu, diikuti oleh
Malaikat, Manusia, Haiwan, Tumbuhan dan objek kompleks serta objek alam fizikal dan
sebagainya (Krikmann, 2007 dalam Imran Ho-Abdullah, 2011:128).

Rajah 1.0 : Metafora Rantaian Utama Mahkluk

Metafora RUM serta ektensinya memungkinkan kita memetakan emosi, ciri-ciri
psikologikal dan sosial serta perwatakan dan perlakuan manusia kepada alam fizikal dan
objek lain dalam rantaian itu, termasuklah haiwan (Lakoff & Turner, 1989:166-170 dalam
Imran Ho-Abdullah, 2012: 128). Berdasarkan pendekatan dan data yang digunakan dapat
7

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

dinyatakan bahawa penggunaan data yang dianalisis dipengaruhi teori atau pendekatan yang
digunakan seterusnya memberi dapatan yang diperlukan.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kertas kerja ini akan membincangkan unsur flora dan fauna yang terdapat dalam pantun
Melayu melalui pendekatan Metaforan Rantaian Utama Mahkluk (RUM), daripada sudut
pandang terhadap masyarakat Melayu terkenal dengan kepelbagaian unsur flora dan fauna
yang terdapat dalam pantun Melayu. Menurut Nurul Aminah & Hasnah (2014), Mereka
menggunakan unsur alam yang dekat dengan kehidupan mereka. Tempat kediaman dan
alatan kelengkapan bersumberkan flora. Sumber makanan utama juga bergantung kepada
flora dan fauna. Oleh hal demikian, akal budi Melayu mempunyai hubungan yang erat
dengan alam sekeliling (flora dan fauna).
Penggunaan unsur flora dan fauna yang terdapat dalam pantun Melayu ini memberi

gambaran sifat kasih sayang dan sebab wujudnya sifat tersebut. Interprestasi pantun ini
memerlukan ekstensi

penggunaan metafora Rantaian Utama yang berasaskan metafora

konsepsi. Menurut Hassan Ahmad (2003), yang menyatakan kajian hubungan antara B
(pemaksud) dan A (pembayang) dalam pantun dapat dianggap sebagai skema kognitif yang
sangat kompleks bentuk/strukturnya. Gambaran B membantu penceritaan A. Hal ini dapat
dilihat menerusi analisis kajian pantun ini. Berikut merupakan contoh yang dianalisis;
Data 1 (2077: 261)
Rumah bertiang dinding papan,
Tanam selasih di tengah laman,
Biar hilang segala harapan,
Namun kasih hamba turutkan.

8

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

Menerusi Data 1, unsur flora yang diketengahkan ialah “papan” dan “selasih”.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1138) papan bermaksud kepingan kayu yang
nipis atau lebar. Penggunaan papan penting dalam seni bina rumah Melayu. Menurut Ima
Idris (1991), kayu adalah bahan yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan pembinaan
rumah-rumah tradisional Melayu. Hal ini kerana, kayu merupakan bahan binaan yang paling
utama yang digunakan sejak dahulu lagi sebagai bahan binaan. Bagi, selasih pula merupakan
sejenis pokok ulaman yang boleh ditanam menggunakan biji benihnya. Selasih boleh ditanam
diatas batas. Selasih memberi banyak kebaikkan untuk kesihatan manusia disebabkan itu
ianya penting dan antara pokok yang selalu berada disekitar rumah masyarakat Melayu.
Interprestasi daripada unsur objek (asal flora) yang digunakan ialah melihat kepada
kepentingan “papan” yang berperanan sebagai dinding. Dalam masyarakat Melayu dinding
penting bagi menghalang daripada orang melihat isi rumah atau menghadkan pembahagian
rumah. Bagi menjaga sesuatu perkara yang penting ianya perlu dilindungi. Papan ini ibarat
harapan yang menjaga rumah yang tegak berdiri dengan adanya tiang yang menjadi asas
dalam memperkukuhkan nilai tersebut. Manakala, penggunaan unsur flora selasih menjadi
aspek penting kerana selasih yang menjadi penawar kepada sesuatu perkara yang buruk
seperti penyakit. Oleh yang demikian, menjadikan perkara utama sebagai keperluan. Dalam
hidup manusia terdapat keperluan dan kehendak, dua perkara ini berlainan dan mempunyai
ciri tersendiri. Keperluan ialah perkara yang perlu ada dan kehendak pula ialah perkara yang
tidak perlu (jika ada).
Berikut merupakan Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang menerusi Data 1:
SUMBER

SASARAN

Rumah bertiang dinding papan

Harapan diantara Manusia

Tanam

Mengekal sesuatu perkara
9

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

Selasih

Keperluan Sebagai Penawar
Rajah 1: Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang (Data 2)

Metafora konsepsi kasih sayang yang ditunjukan dalam pantun Melayu (Data 1) ialah
KASIH SAYANG ADALAH MELENGKAPI. Dalam Data 1, menunjukan Metafora
Rantaian Utama Mahkluk menerusi unsur flora yang mengambil peranan utama dalam
mewujudkan hubungan diantara manusia dan flora. Setelah dianalisis, hubungan flora dengan
manusia dilihat rapat kerana perubahan tatatingkat RUM dimana flora berada dibawah
manusia. Data ini tidak melibatkan unsur fauna kerana tiada kewujudan unsur fauna dalam
pantun tersebut.
Data 2 (2023:254)
Putik pauh tangkainya mangga,
Disambar buaya sambil berenang,
Sudah jauh dipandang mata,
Hati mana dapat tak senang.
Berdasarkan Data 2, unsur flora yang terlibat ialah “putik pauh” dan “tangkainya
mangga”. Manakala unsur fauna pula ialah “buaya”. Secara umumnya, buah pauh merupakan
spesis mangga. Masyarakat Melayu menganggap buah puah sama seperti buah mangga.
Namun, tangkai dan keserupaan dengan pokok mangga mempunyai persamaan. Dalam
masyarakat Melayu dahulu menamam pokok buah pauh ini selalunya ditepi sungai atau
tepian kuala. Secara signifikan, apabila buah ini gugur di tepi kuala sungai, maka tidak boleh
diambil kerana jarak di antara tebing dan permukaan air sungai selalunya jauh dan dalam.
Seterusnya, unsur fauna iaitu buaya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2013:210), buaya ialah sejenis reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di
10

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

air. Kebanyakan buaya hidup di sungai terutamanya di Malaysia. Buaya ini mempunyai ciri
yang ganas dan berdarah panas. Dalam konteks masyarakat Melayu, haiwan jenis ini sentiasa
menjadi bualan dan menjadi ancaman kepada penduduk yang menetap di tepian kuala,
tanjung yang berhampiran dengan sungai.
Dalam analisis ini, unsur flora yang dinyatakan membawa nilai positif iaitu “putik
pauh tangkainya mangga” yang memberi penilaian terhadap hubungan yang rapat walaupun
berlainan jenis. Kalau diperhatikan tangkai mangga sama seperti tangkai buah pauh.
Walaupun dipandang sama, namun ianya berlainan. Manakala, unsur fauna iaitu buaya
bersifat negatif “disambar buaya sambil berenang”, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2013:1378), disambar merupakan perbuatan menangkap( merempas, menyamun, menyerang
dll). Dalam konteks ini, kesan emosi digunakan kerana masyarakat Melayu akan berasa
ketakutan apabila berserempak dengan buaya dan perasaan hati tidak akan tenteram.
Berikut merupakan skema metaforikal pantun Kasih Sayang ;
SUMBER

SASARAN

Putik pauh tangkainya mangga

Hubungan

Disambar

Gangguan Hubungan

Buaya

Emosi Ketakutan/Terganggu
Rajah 2: Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang (Data 2)

Dalam Data 2, perasaan kasih sayang yang terdapat dalam pantun Melayu (Data 2)
dipetakan daripada unsur flora dan fauna kepada sifat tersebut. “Putik pauh tangkainya
mangga” dipetakan kepada hubungan di antara manusia seperti oran sedang bercinta.
Manakala, disambar dipetakan sebagai gangguan terhadap hubungan yang terjalin seperti
orang ketiga atau halangan yang dihadapi semasa bercinta. Akhir sekali, buaya dipetakan
11

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

sebagai emosi ketakutan atau menganggu perasaan yang ada seperti perasaan was-was. Jelas,
kasih sayang yang digambarkan dalam pantun Melayu daripada Data 2 ini menunjukan
walaupun sedang bercinta dan mempunyai hubungan yang rapat, namun perasaan masih
terganggu. Metafora konsepsi yang boleh disimpulkan ialah KASIH SAYANG ADALAH
KEGUSARAN. Interprestasi unsur flora dan fauna ini mempunyai hubungan yang rapat
kerana berdasarkan Metafora Rantaian Utama Mahkluk, manusia berada diatas haiwan,
manakala tumbuhan berada dibawah haiwan. Sifat yang ditonjolkan dalam pantun ini
menunjukan gambaran sifat atasan iaitu manusia.
Seterusnya analisis Data 3;

Data 3 (1959:246)
Pucuk pauh delima batu,
Ikan Sembilang (Air sembilan) di tapak tangan,
Tuan jauh negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan.

Apabila analisis dibuat terhadap penggunaan flora yang ada dalam data 3 ini, untuk
pengetahuan semua terdapat pelbagai versi pantun ini. Hal ini kerana, proses pengalihan
tulisan dari tulisan jawi kepada tulisan rumi telah menyebabkan bunyi yang berbeza. Seperti
Anak Sembilang perkataan sebenar ialah air sembilan. Jadi analisis fauna gugur dalam data 3
yang digantikan dengan elemen air. Bagi analisis pertama dalam data 3 bagi baris Pucuk
Pauh Delima Batu, Pucuk pauh dan delima batu merupakan bahan yang digunakan orang
zaman dahulu, untuk memandikan jenazah bagi menghilangkan bau hanyir. Manakala,
analisis kedua dalam data bagi baris Pucuk Pauh Delima Batu ialah cincin yang dipakai oleh
wanita yang telah berkahwin (isteri). Dalam pantun Melayu data (3) ikan sembilang
digugurkan kerana tidak selari dengan penyampaian makna (pantun ini disalah ertikan kerana
12

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

terdapat kesalahan iaitu penyalinan semula dari tulisan jawi ke tulisan rumi dalam perkataan
asal ialah Air Sembilan digunakan). Penggunaan elemen air dalam data 3 ini menunjukkan
Air Sembilan yang digunakan dalam memandikan jenazah. Perkataan mandian “Air
Sembilan” yang dikata melepaskan yang wajib bagi mayat, ada tersebut di dalam kitab yang
bernama “Baghiyatutollab” oleh Sheik Daud Bin Abdullah Al Fatani dari Petani, Thailand
yang ditulis kira-kira pada pertengahan abad yang ke-18. Perkataan “Air Sembilan” ini tidak
asing lagi bagi pemandi-pemandi mayat yang mengikut kitab ini, bahkan telah menjadi
“Mandian Al-Fatani” ini sebagai mandian mayat yang lazim bagi masyarakat Melayu
Nusantara yang berlandaskan kepada hukum Syarak (Mohd Ismail Mohd Hashim, 2014).
Jadi, interprestasi yang dibuat berdasarkan data yang dianalisis, pucuk pauh dan
delima batu ini merupakan bahan yang digunakan dalam menghilangkan bau hanyir jenazah
atau makna yang ingin disampaikan ialah peranan isteri yang menunjukkan ketaatkan dan
kasih sayang buat suami hingga ke akhir hayat. Dalam Islam, Jika jenazah itu lelaki,
hendaklah orang lelaki yang memandikannya. Tidak boleh jenazah lelaki dimandikan oleh
orang perempuan kecuali isteri dan mahram (Said Ibrahim, 2012: 15-16). Kemudian air
sembilan merujuk kepada 9 kali air digunakan dalam memandikan jenazah. Unsur flora dan
elemen air ini melambangkan kematian. Dalam menganalisis unsur yang terdapat dalam data
pantun ini, pemaksud yang berada dibawah juga membantu dalam melengkapkan jalan cerita
pantun ini.
Berikut merupakan Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang Data 3;
SUMBER

SASARAN

Putik pauh delima batu

Penawar/Isteri

Air Sembilan

Kematian Manusia

13

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

Negeri Satu

Akhirat

Hilang Dimata Dihati Jangan

Pengekalan

Rajah 3: Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang (Data 3)
Pemetaan yang dibuat menunjukan kepentingan nilai kasih sayang dalam diri
seseorang. Dalam pemetaan metafora konsepsi ialah KASIH SAYANG ADALAH KEKAL
ABADI. Berdasarkan pemetaan dibuat, putik pauh delima batu menunjukan bahan yang
menghilangkan sesuatu perkara buruk supaya berbau wangi, ditambah pula dengan Air
Sembilan yang digunakan untuk membersihkan jenazah. Negeri yang satu membantu dalam
melengkapkan nilai kasih sayang ini iaitu akhirat yang menjadi tempat yang bakal dituju oleh
semua manusia. Hilang dimata dihati jangan menunjukan pengekalan nilai kasih sayang itu.
Walaupun pasangan manusia itu mati tapi kasih sayang sentiasa berkekalan. Menerusi
Metafora RUM, jelas menunjukan bahawa rantaian diantara flora-manusia-Tuhan amat rapat,
kepentingan flora meningkatkan peringkat tatatingkat dalam Rantaian Utama Mahkluk. Flora
berada dekat dengan Manusia seterusnya mempunyai kaitan dengan Malaikat dan Tuhan.
Akhir sekali, analisis Data 4;
Data 4 (621:79)
Burung merbuk burung merpati,
Terbang berpusing hal bendang,
Wajah elok menawan hati,
Siang malam hamba terkenang,

Unsur fauna yang terdapat dalam Data 4, ialah Burung Merbuk dan Burung Merpati.
Burung Merbuk yang dikenali sebagai Zebra Dove, manakala Burung Merpati dikenali
sebagai Columbidae. Burung merbuk ialah burung merpati yang tirus dengan ekor yang
panjang. Burung jenis ini makan biji-biji rumput, bijian, dan tumbuhan yang lain. Ianya
14

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

burung daratan dan mencari makanannya di padang rumput dan ladang. Unsur flora yang
terdapat dalam data 4 ialah Bendang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013: 160)
bendang ialah sawah sama dengan tanah (tanah sawah). Sawah merupakan tempat tanam
padi.
Interprestasi unsur fauna dibuat berdasarkan ciri burung merbuk yang merupakan
golongan burung merpati. Menurut Kevin P. Johnson et. al (2001), burung ini tidak begitu
suka berkelompok dan biasanya hidup bersendirian atau dalam pasangan. Burung ini jinak
dan jika ada bunyi-bunyi yang mengejutkan boleh menyebabkan burung ini terbang.
Berikut merupakan Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang Data 4;
SUMBER

SASARAN

Burung Merbuk Burung Merpati

Pasangan Kekasih

Terbang

Perasaan yang tidak terhingga

Berpusing

Masa (perlambangan jam)

Bendang

Tempat Bermain/Makan

Rajah 4: Skema Metaforikal Pantun Kasih Sayang (Data 4)
Pemetaan dibuat berdasarkan penggabungan unsur flora dan fauna yang terdapat
dalam data 4. Pemetaan Metafora Konsepsi ialah KASIH SAYANG ADALAH
KERINDUAN. Hal ini kerana berdasarkan unsur flora dan fauna yang dikaji dalam data 4.
Burung merbuk dan burung merpati disamakan dengan pasangan kekasih (iaitu hidup
berteman). Terbang dipetakan sebagai perasaan yang tidak terhingga kerana menimbulkan
rasa di awangan. Berpusing pula dipetakan melihat kepada masa (kerana masa sentiasa
bergerak). Manakala bendang merupakan tempat bermain dan tempat makan bagi burung dan
15

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

sentiasa menjadi kunjungan burung ini, hal ini boleh dikuatkan lagi dengan adanya
peribahasa “tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat bermain” sekali gus menunjukan
sifat kerinduan dalam pada masa yang sama. Metafora Rantaian Utama Mahkluk yang
terdapat dalam data 4 ini menunjukan hubungan yang berkaitan diantara Flora-FaunaManusia. Penggabungan ini memperlihatkan susunan RUM terbukti menyatakan tatatingkat
yang seragam dalam membezakan peranan tapi ianya berkaitan dengan sifat manusia.

IMPLIKASI
Konsep pemetaan semantik yang dijalankan terhadap pantun Melayu membincangkan
mekanisme kognitif yang membolehkan manusia mencipta pantun atau membentuk dengan
melibatkan unsur flora dan fauna dari sudut linguistik kognitif. Khususnya, peranan metafora
Rantaian Mahkluk Utama (RUM) dalam semantik pantun Melayu berkaitan dengan unsur
flora dan fauna. Oleh yang demikian, kajian ini penting dilakukan bagi memperlihatkan
semantik yang pelbagai dalam Pantun Melayu.
Adalah diharapkan dengan mengenal pasti dan menganalisis kajian berkenaan dengan
pemetaan metafora unsur flora dan fauna dalam pantun Melayu dapat menonjolkan
kemahiran akal budi Melayu dalam mencipta pantun Melayu. Kajian ini memberikan
beberapa implikasi;
1. Kajian ini menyumbang kepada bidang ilmu terutama linguistik dan budaya. Kajian
yang telah dibuat akan memperkembangkan bidang yang dikaji berdasarkan data iaitu
pantun Melayu. Penggunaan Metafora (RUM) dan Metafora Konsepsi telah
memperkembangkan lagi kajian mengenai data pantun Melayu. Apabila kajian ini
dibuat pelbagai pernemuan baru dalam dapatan kajian iaitu hubungan unsur flora dan

16

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

fauna dengan kehidupan masyarakat Melayu. Hubungan yang ditunjukkan ialah
Manusia-Flora, Manusia-Fauna, dan Manusia-Flora-Tuhan.
2. Inovasi dalam kajian pantun juga berlaku apabila analisis dibuat iaitu pantun dicipta
berdasarkan unsur flora dan fauna yang mempunyai sebab dan akibat. Di samping itu,
pantun boleh dizahir mengikut persekitaran masyarakat dan tidak perlu melihat
metafora dahulu tetapi gaya penyampaian pantun masih kekal seperti dahulu. Akal
budi Melayu yang mencorak pembentukkan pantun Melayu. Oleh hal demikian,
generasi sekarang boleh mengaplikasikan kosa kata yang sentiasa digunakan dalam
membentuk metafora bagi pantun Melayu. Metafora yang digunakan dalam pantun
Melayu perlu mempunyai nilai yang tersendiri dan memberi kesan kepada
penyampaian maksud sesebuah pantun.
3. Penambahan makna kasih sayang dalam pantun mengikut konsepsi yang telah
dianalisis. Kajian makna ini telah menghasilkan pelbagai makna kasih sayang yang
terperinci yang ditunjukkan secara berlainan mengikut penceritaan pembayang dan
pemaksud. Maka, masyarakat menyedari bahawa pelbagai makna kasih sayang yang
ingin disampaikan dalam pantun Melayu.
4. Strategi pembayang dan pemaksud adalah penceritaan yang lengkap. Setelah
dianalisis kepentingan pembayang penting dalam menentukan maksud sebenar pantun
Melayu. Kajian ini telah membuktikan bahawa pembayang dan pemaksud saling
berkait dan memberi gambaran yang nyata bagi memperkuatkan bukti linguistik.
Unsur flora dan fauna yang digunakan mempunyai nilai yang tersendiri dan nilai
tersebut disasarkan kepada makna yang ingin dicari dan difahami. Strategi ini
merungkaikan makna pantun perlu melihat kepada pembayang dan permaksud.
Hasilnya, masyarakat Melayu akan mengeneralisasikan pengetahuan mereka
mengikut apa yang lazim dipratikkan dan pengalaman terdahulu.
17

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

Oleh hal demikian, kajian seterusnya boleh mengaplikasikan Teori Metafora RUM dan
Metafora Konsepsi bagi unsur yang lain dan digabungkan dengan unsur flora dan fauna bagi
melihat dan mengenal pasti keserasian dan menjaga kelestarian pantun Melayu.

KESIMPULAN
Berdasarkan kesemua analisis yang telah dibuat menunjukan sifat kasih sayang yang
ditonjolkan dalam pantun Melayu ini membawa definisi yang pelbagai berpandukan unsur
flora dan fauna. Dalam mencipta pantun, masyarakat Melayu dahulu mengambil penting
mengenai unsur flora, fauna, tanah, angin, air dan pelbagai lagi. Hal ini kerana, masyarakat
Melayu hidup berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh mereka serta ikhtibar alam yang
mengajar mereka erti kehidupan. Kepentingan setiap unsur ini sebenarnya mencerminkan
keperibadian sesuatu sifat manusia. Perkaitan sifat manusia dengan unsur alam ditunjukan
melalui Metafora Rantaian Utama Mahkluk dan diikuti dengan pembuktian unsur alam dan
sifat manusia. Hubungan unsur alam ini berbeza, jika unsur alam seperti flora dan fauna
digabungkan dalam pantun, maka hubungan diantara flora berada dibawah fauna dan manusia
berada diatas. Jika fauna bersifat negatif, flora mendahului tatatingkat fauna (flora akan
berada dibawah manusia). Jika flora dan terdapat ciri keagamaan ianya melibatkan Tuhan
menunjukan bahawa flora berada dibawah manusia dan Tuhan sentiasa diatas. Hubungan
unsur alam- manusia-malaikat-Tuhan, penting bagi melihat batas yang ada dalam sesebuah
kehidupan. Pantun ialah cerminan peribadai masyarakat Melayu.
BIBLIOGRAFI
Braginsky (1993, dlm Siti Hajar Che Man.(2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan
Leluhur Bangsa Dulu,Kini dan Selamanya dlm. International Journal of the Malay
World and Civilisation (Iman) 1(1),2013:75-8
Francois-Rene Daillie (1988: 6, dlm Harun Mat Piah (2001). Pantun Melayu Bingkisan
Permata. (siri Penerbitan Karya Agung) Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan
18

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

Harun Mat Piah (2001). Pantun Melayu Bingkisan Permata. (siri Penerbitan Karya
Agung) Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan
Hassan Ahmad.(2003).Metafora Melayu : Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan
Membentuk Epistemologinya. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia
Hishamudin Isam & Nor Diyana Saupi (2012). Kekayaan Unsur Anthropomorphisme
Dalam Lagu Dikir : Analisis Berasaskan Linguistik Kognitif dlm Jurnal Rampak
Serantau.
Ima Idris .(1991). Penggunaan Kayu Sebagai Bahan Binaan Utama Di Dalam Rumah
Tradisional Melayu. Shah Alam : Universiti Teknologi MARA
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013: 160) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1378) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:210) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1138) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kevin P. Johnson, Selvino De Kort, Karen Dinwoodey, A.C. Mateman, Carel Ten Cate,
C.M.Lessells, & Dale H.Clayton. (2001). A Melecular Phylogeny Of The Dove
Genera Streptopelia and Columba dlm. The Auk 118(4):874-887,2001
Krikmann, 2007 dalam Imran Ho-Abdullah, 2011:128).Analisis Konitif Semantik Peribahasa
Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris) dlm. Gema OnlineTM Journal of
Language Studies Vol 11(1) 2011: 125-140. (Atas Talian) Telah dimuat turun 26 Mac
2015 dari http://ejournals.ukm.my
Kurik Kundi Merah Saga : Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua.(2009). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Lakoff & Turner, (1989:166-170) dlm Imran Ho-Abdullah, (2012: 128).Analisis Konitif
Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris) dlm. Gema
OnlineTM Journal of Language Studies Vol 11(1) 2011: 125-140. (Atas Talian) Telah
dimuat turun 26 Mac 2015 dari http://ejournals.ukm.my
Lovejoy (1936, dalam Imran Ho-Abdullah, 2011:128).Analisis Konitif Semantik Peribahasa
Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris) dlm. Gema OnlineTM Journal of
Language Studies Vol 11(1) 2011: 125-140. (Atas Talian) Telah dimuat turun 26 Mac
2015 dari http://ejournals.ukm.my
Mohd Ismail Mohd Hashim .(2014). Air Sembilan Yang Disebut Dalam Kitab Al Banjari dan
Al Fatani. Capaian : http://islamicundertaker.blogspot.com/2014/07/air-sembilanyang-disebut-dalam-kitab.html (25 Mei 2015)
Mohd Rashid Md Idris.(2012).Nilai Kebijaksanaan Melayu Dalam Pantun dlm.‘Ulum
Islamiyyah Journal Vol.9 (pp 1-16) ,December 2012.
Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia
Nurul Aminah & Hasnah.(2014).Interpretasi Pantun daripada Perspektif Semiotik dlm. Jurnal
Linguistik Vol.18(1) Jun.2014: 001-009
Siti Hajar Che Man.(2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu,Kini dan
Selamanya dlm. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman)
1(1),2013:75-81
Said Ibrahim.(2012). Panduan Menyelenggarakan Jenazah dan Persoalanya. Putrajaya :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
19

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN MELAYU KALI KE 9 2015

Tran Thuy Anh (2013). The Association between “pembayang” and “pemaksud” of
Malay Pantun dlm International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman)
1(3) 2013:69-75. (Atas Talian) Telah dimuat turun 23 Mac 2015 dari
http://ukm.my/iman
Windstedt (dlm Norehan Aziz, 1994:17 dlm Nurul Aminah Basharuddin & Hasnah
Mohamad, 2014). Interpretasi Pantun daripada Perspektif Semiotik dlm. Jurnal
Linguistik Vol.18(1) Jun.2014: 001-009
Windstedt (1969:202-203; Daillie,1988:2-3; dlm Harun Mat Piah (2001). Pantun
Melayu Bingkisan Permata. (siri Penerbitan Karya Agung) Kuala Lumpur : Yayasan
Karyawan
BIODATA
Muhamad Fadzllah Bin Hj Zaini seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa
Melayu Komunikasi Profesional di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA
Kampus Shah Alam, Selangor. Merupakan pelajar semester lima (5). Berasal dari Segamat,
Johor.

20

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

Analisis komparatif rasio finansial ditinjau dari aturan depkop dengan standar akuntansi Indonesia pada laporan keuanagn tahun 1999 pusat koperasi pegawai

15 355 84

Analisis Komposisi Struktur Modal Pada PT Bank Syariah Mandiri (The Analysis of Capital Structure Composition at PT Bank Syariah Mandiri)

23 288 6

Analisis Konsep Peningkatan Standar Mutu Technovation Terhadap Kemampuan Bersaing UD. Kayfa Interior Funiture Jember.

2 215 9

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65

Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005

3 59 17

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

Analisis terhadap hapusnya hak usaha akibat terlantarnya lahan untuk ditetapkan menjadi obyek landreform (studi kasus di desa Mojomulyo kecamatan Puger Kabupaten Jember

1 88 63