Tugasan Analisis jurnal.pdf

  

FAKULTI PENDIDIKAN

FACULTY OF EDUCATION

GGGB6012

PENULISAN AKADEMIK 1

Prof. Datin Dr. Jauriah @ Juriah Long

Prof. Madya Dr. Zamri Mahamod

  

Dr. Jamaludin Hj Badusah

Dr. Yahya Othman

SEMESTER II

  • – SESI 2012/2013

  

Analisis Jurnal Berdasarkan

Kriteria Penulisan Akademik

NAMA PELAJAR :

MIOR SYAZRIL BIN MOHAMED SAPAWI

  

(P69060)

Jurusan : Sarjana Pendidikan Bahasa Arab

TARIKH : 6 JUN 2013

  KANDUNGAN

  m/s 1. Pendahuluan

  2 2.

  Tajuk Jurnal Pilihan 2 3.

  Analisis Jurnal 1 3 4.

  Analisis Jurnal 2 7 5.

  Kesimpulan 10 6.

  Rujukan

  11

  

PENDAHULUAN

  Menurut Nor Raudah Hj. Siren (2009), penulisan akademik merupakan satu teknik penulisan ilmiah yang formal dan berfokus. Bentuk dan gaya bahasa penulisan akademik juga haruslah menepati garis panduan yang telah ditetapkan samada oleh sesebuah organisasi mahupun garis panduan penulisan am. Ini menyamai dengan apa yang telah disampaikan oleh Prof. Datin Jauriah @ Juriah Long (2013) dalam penyampaian tutornya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga turut menggariskan bahawa penulisan am mestilah bersifat objektif, jujur dan tepat. Selain itu, setiap ayatnya mestilah menggunakan laras bahasa ilmiah dan dibuat berlandaskan metodologi saintifik. Contoh penulisan akademik atau ilmiah boleh dikategorikan sebagai memenuhi tugas-tugas akademik seperti laporan penelitian atau analisis, penulisan makalah untuk diskusi, seminar mahupun simposium, justeru tugasan-tugasan kuliah juga tergolong dalam penulisan akademik berfokus dan bersistematik.

  Penulisan ini bertajuk “Analisis Jurnal Berdasarkan Kriteria Penulisan Akademik” merupakan tugasan yang telah diberikan kepada pelajar sarjana Fakulti Pendidikan

  UKM yang mengambil Kursus Penulisan Akademik bagi semester kedua sesi 2012/2013. Tugasan ini bertujuan untuk pelajar/pengkaji melihat dan menganalisis 2 jurnal pilihan yang diterbitkan dalam tahun 2013. Pengkaji diminta untuk melihat, meneliti dan menganalisis aspek-aspek penulisan akademik yang dipersembahkan dalam 2 jurnal pilihan tersebut. Pandangan, kritikan dan rumusan perlu dinyatakan dengan jelas agar tugasan ini menjadi lengkap dan mencerminkan tahap pemahaman pengkaji terhadap penulisan akademik. Dengan terhasilnya tugasan ini, sudah pasti ia memberi satu pengalaman dan pengetahuan untuk amalan yang berterusan kepada pengkaji. Hasilnya diterjemah dalam fasa tindakan yang dilakukan untuk diaplikasi dalam penulisan akademik yang betul pada masa akan datang.

TAJUK JURNAL PILIHAN

  Berdasarkan tugasan untuk memilih 2 jurnal terkini yang diterbitkan dalam tahun 2013 untuk diteliti dan dianalisis, pengkaji telah memilih 2 jurnal yang bersesuaian dengan pengkhususan dan jurusan pengkaji iaitu Sarjana Pendidikan Bahasa Arab di Fakulti Pendidikan. 2 Jurnal tersebut adalah: 1.

  “Sikap dan Realiti Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Program j-QAF” yang dihasilkan oleh Ismail Muhammad, Wan Maizatul Akmar Wan Ahmad dan Azman Che Mat (2013). Jurnal 16 halaman ini diterbitkan pada bulan Mei 2013 dalam Gema Online, Journal of Language Studies, edisi ke-13.

  2.

  “Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam Kalangan Jurulatih Debat” hasil penulisan Rosni Samah, Mohd Fauzi Abdul Hamid, Shaferul Hafes Sha’ari dan Amizan Helmi Mohamad (2013). Penulisan 17 halaman ini juga diterbitkan pada bulan Mei 2013 dalam Gema Online, Journal of Language

  Studies , edisi ke-13.

  

ANALISIS JURNAL 1

1. Tajuk Kajian/Jurnal

  Penulis telah memilih untuk menulis tajuk yang ringkas tetapi tidak begitu jelas menerangkan maksudnya. “Sikap dan Realiti Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Program j-

  QAF” menunjukkan bahawa kajian ini merupakan satu laporan (realiti) dan kajian perbandingan di antara sikap dan realiti. Namun penulis tidak menyatakan secara terus tujuan kajian dijalankan dalam tajuk penulisannya. Pembaca perlu membaca tajuk beberapa kali sebelum dapat memahaminya secara umum dan mengandaikan maksud yang tersirat di dalamnya.

  Tajuk kajian ini berkisar tentang mata pelajaran bahasa Arab Program j-QAF yang dilaksanakan di sekolah kebangsaan. Fokusnya adalah murid-murid yang mengambil mata pelajaran tersebut di sekolah. Pengkaji mengandaikan bahawa tajuk ini boleh dikatakan antara tajuk baru yang masih belum banyak kajian dijalankan terhadapnya.

  Maka sudah tentu kajian ini akan menarik lebih ramai pembaca dari kalangan guru- guru bahasa Arab j-QAF sebagai pelaksananya di sekolah mahupun penggubal program dan kurikulum mata pelajaran tersebut di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau sesiapa sahaja yang berkepentingan terhadapnya.

2. Abstrak

  Secara umum abstrak yang ditulis oleh penulis adalah jelas menerangkan latar belakang kajian, objektif, dapatan dan kesimpulan kajian yang telah dijalankan oleh penulis. Namun begitu, dalam ayat pertama abstrak yang ditulis oleh penulis, pengkaji telah mendapati bahawa abstrak dan mungkin beberapa bahagian dalam kajian ini tidak merujuk kepada sumber yang tepat. Ayat pertama abstrak yang ditulis, “Pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah telah diwajibkan melalui program j-

  QAF” adalah bercanggah dengan pengetahuan yang ada pada pengkaji sebagai penggubal kurikulum bahasa Arab di Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. Perkataan “diwajibkan” tidak pernah disebut atau dinyatakan dalam mana- mana surat pekeliling ikhtisas dan surat siaran KPM sejak mula-mula pelaksanaan mata pelajaran bahasa Arab tersebut di sekolah kebangsaan pada tahun 1998. Status pelaksanaan bagi mata pelajaran ini sejak sebelum pelaksanaan j-QAF pada tahun 1998, diikuti dengan pelaksanaan program tersebut yang melibatkan mata pelajaran ini pada tahun 2004 sehinggalah pelaksanaannya sebagai Modul Elektif dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011, statusnya tidak pernah berubah iaitu sebagai mata pelajaran pilihan atau tambahan. Ini dapat dibuktikan melalui 3 surat pekeliling ikhtisas (SPI) dan 1 surat siaran KPM yang telah dikeluarkan sepertimana berikut; 1.

  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1998: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan bertarikh 2 Mei 1998 (Kementerian Pelajaran Malaysia 1998).

  2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2002: Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK) bertarikh 1 Oktober 2002 (Kementerian Pelajaran Malaysia 2002).

  3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah bertarikh 30 Disember 2004 (Kementerian Pelajaran Malaysia 2004).

4. Surat siaran Panduan Melaksanakan Modul Elektif di Semua Sekolah

  Kebangsaan (SK) bertarikh 3 Januari 2011 (Kementerian Pelajaran Malaysia 2011).

  3. Pengenalan

  Penulisan berkaitan pengenalan atau pendahuluan kajian ini dihuraikan dalam 6 perenggan dengan 5 isi utama. Satu isi dihuraikan dengan baik bersama rujukan yang mantap dan jelas dalam setiap perenggan. Perenggan yang ke-6 pula penulis telah membuat kesimpulan dari kelima-lima isi sebelumnya sebagai menyatakan objektif kajian tersebut dijalankan.

  4. Persoalan Kajian

  Persoalan kajian ini berkisar tentang motivasi yang ditakrifkan sebagai keinginan murid untuk mempelajari bahasa Arab. Ianya ditulis dalam sorotan kajian literatur yang telah dijalankan oleh penulis. Pembaca harus meneliti perenggan demi perenggan untuk mendapatkan persoalan kajian sebenar yang ingin dinyatakan oleh penulis.

  5. Pernyataan Masalah Penulis juga tidak menyatakan masalah kajian secara jelas dalam penulisannya.

  Namun apabila pengkaji menyudahi pembacaan sorotan literatur penulis, di situ terdapat masalah-masalah yang cuba ditimbulkan oleh penulis dalam kajiannya ini. Penyataan masalah kajian ini ditulis bagi menjawab dan menghuraikan bagaimana objektif pembelajaran bahasa Arab dapat dicapai melalui teknik-teknik yang dinyatakan dalam kajian lepas.

  6. Metodologi Kajian

  Metodologi kajian ini ditulis secara jelas dalam tajuk yang nyata beserta beberapa tajuk komponen metodologi yang berkaitan seperti responden kajian, instrumen yang digunakan dan cara penulis menganalisis dapatan kajian atau kerangka konseptual kajian. Penulisan begini memudahkan pembaca untuk terus mengenalpasti reka bentuk kajian yang digunakan oleh penulis dalam kajiannya.

  7. Dapatan Kajian

  Oleh kerana kajian ini merupakan kajian kuantitatif, maka dapatan kajian ini ditulis dalam bentuk nombor, perpuluhan dan peratus. Ianya dijelaskan dalam beberapa jadual skor berdasarkan instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini. Setiap jadual tersebut dihurai dengan ringkas tetapi jelas menerangkan maksudnya. Namun penulis tidak membuat kesimpulan secara umum terhadap dapatan kajiannya. Pengkaji berpendapat kemungkin ianya akan dihurai secara jelas dalam tajuk perbincangan dan kesimpulan.

  8. Perbincangan dan Kesimpulan

  Seperti yang dijangka oleh pengkaji, penulis telah membuat kesimpulan dapatan kajiannya dalam tajuk perbincangan yang menyusuli dapatan kajian sebelumnya. Pengkaji mendapati penulis telah berjaya merumus dapatan kajiannya dengan mengaitkan data dapatan kajiannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhi dapatan kajian tersebut. Penulis telah menulis tajuk kesimpulan dengan 2 perenggan yang sederhana. Namun begitu rumusan keseluruhan kajian hanya ditulis dalam 1 perenggan sahaja. Manakala perenggan terakhir menceritakan andaian implikasi kajiannya kepada pendidikan bahasa Arab.

  9. Cadangan

  Penulis telah menulis cadangan beliau terhadap kajian akan datang dalam penulisannya di bawah tajuk kesimpulan. Namun penulisannya agak ringkas dan tidak jelas cadangan yang dikemukakan. Sepatutnya penulis menulis cadangannya dengan baik dalam satu perenggan lain agar ianya dapat difahami dan dilaksanakan dalam kajian yang akan datang.

  10. Rujukan

  Hampir kesemua rujukan yang digunakan oleh penulis dalam kajian ini merupakan rujukan baru yang dihasilkan sekitar tahun 2000 hingga tahun 2012. Hanya terdapat beberapa rujukan sahaja yang menggunakan rujukan lama atau rujukan asal iaitu yang dihasilkan antara tahun 1959 hingga tahun 1990. Jumlah kesemua rujukan yang digunakan oleh penulis adalah 37 buah rujukan yang berupa buku-buku dan jurnal- jurnal yang berkaitan. Ianya ditulis dengan format penulisan yang konsisten dalam semua aspek seperti nama pengarang, tahun penulisan, tajuk, tempat dan syarikat penerbitan. Rujukan-rujukannya disusun secara abjad dengan format yang betul dan kemas.

  Rumusan Analisis Jurnal 1

  Secara keseluruhan penulisan dalam jurnal ini adalah baik dan meliputi aspek dan ciri-ciri penulisan akademik yang sempurna. Penyusunan ayat dan perenggan yang teratur dan betul menjadikan pembaca mudah memahami maksud yang ingin disampaikan. Kekuatan jurnal ini adalah pemilihan tajuk yang segar dan menepati kehendak semasa kerana kekurangan kajian sedia ada berkenaannya. Huraian dapatan kajian dikupas satu persatu dalam perenggan yang tersusun dan kemas dengan gaya bahasa yang mudah untuk difahami agar pembaca dapat menentukan jawapan bagi setiap persoalan kajian dan objektif yang telah ditentukan. Manakala kelemahan kajian ini pula adalah terdapat maklumat yang tidak tepat telah dinyatakan dalam penulisan abstrak. Ini mungkin disebabkan penulis tidak mendapat rujukan yang sahih ketika penulisan ini dibuat. Pengkaji berpendapat keadaan ini akan memberi implikasi negatif kepada pembaca apabila menjadikan penulisan jurnal ini sebagai rujukan mereka dalam kajian-kajian yang akan datang dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada penulisan ini.

  

ANALISIS JURNAL 2

1. Tajuk Kajian/Jurnal

  Tajuk kajian ditulis dalam bentuk yang sederhana panjang namun jelas dan mungkin boleh difahami dalam sekali pembacaan sahaja. Fokus kajian ini boleh diketahui dengan memahami tajuk yang dipilih iaitu guru bahasa Arab atau lebih tepat jurulatih debat bahasa Arab. Walau bagaimanapun terdapat sedikit kesalahan di mana penulis menggunakan huruf besar pada awal kata hubung ‘Dalam’ yang sepatutnya ditulis dengan huruf kecil. Cara penulisan tajuk yang betul bagi tajuk kajian ini adalah “Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab dalam Kalangan Jurulatih Debat”.

  2. Abstrak

  Penulisan abstrak oleh penulis dalam kajian ini agak panjang yang merangkumi aspek pendahuluan, tujuan dan objektif, reka bentuk kajian dan cadangan kepada pembaca. Pengkaji berpendapat seharusnya dapatan kajian tidak perlu di tulis terlalu detil dan panjang di dalam penulisan abstrak bagi memberi peluang pembaca meneliti dapatan tersebut di dalam tajuk Dapatan Kajian di dalamnya.

  3. Pengenalan

  Pengkaji berpendapat bahawa penulisan di bawah tajuk pendahuluan bagi jurnal ini tidak menjelaskan pengenalan tajuk kajian yang telah dijalankan oleh penulis. Latar belakang yang dijelaskan tidak membawa pembaca kepada memahami situasi sebenar melainkan permasalahan yang timbul sehingga membawa kepada tujuan objektif dan tujuan kajian ini dijalankan. Seharusnya kenyataan ini dijelaskan secara terperinci dalam tajuk atau perenggan persoalan kajian yang boleh memahamkan pembaca secara teratur dan tersusun, bukannya diceritakan dari awal perenggan di bawah tajuk ini.

  4. Persoalan Kajian

  Selain kenyataan berkenaan persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam tajuk Pengenalan kajian ini, penulis juga ada menulis persoalan kajian secara khusus dibawah tajuknya sendiri. Persoalan kajian ini telah ditulis secara mudah dan jelas berdasarkan objektif yang telah dinyatakan sebelum darinya. Pengkaji berpendapat bahawa penulisan dengan cara ini tidak membawa penjelajahan pembaca secara kreatif untuk pergi lebih jauh dari objektif dan persoalan yang dinyatakan.

  5. Pernyataan Masalah

  Pengkaji berpendapat bahawa penulisan yang buat oleh penulis dalam menyatakan pernyataan masalah tidak membawa kepada objektif dan tujuan kajian ini dijalankan. Ianya lebih bersifat sorotan kajian lepas oleh penyelidik-penyelidik terdahulu dan penulis hanya memetik masalah-masalah yang difokuskan dalam kajian-kajian tersebut dan cuba untuk mengaitkannya dengan pernyataan masalah kajian ini.

  Pengkaji juga melihat penulis ada mewujudkan tajuk Kajian Lepas dalam penulisannya yang boleh digabungkan dengan penulisan pernyataan masalah ini.

  6. Metodologi Kajian

  Sebelum penulis menghurai reka bentuk dan konseptual kajian yang telah dijalankan, penulis secara ringkas telah memberi keterangan terhadap maksud konsep kajian yang telah dijalankan secara umum. Ini memudahkan pembaca untuk lebih memahami pelaksanaan kajian yang dijalankan bermula dari pemilihan kaedah kajian, merintis, mengesahkan dan melaksanakan sehingga selesai. Namun penulis tidak menyatakan bagaimana proses pengumpulan dan pemprosesan data dibuat untuk mendapatkan dapatan kajian secara total.

  7. Dapatan Kajian

  Secara jelas penulis telah menyatakan dapatan kajian dengan tersusun mengikut fokus kajiannya. 3 tajuk kecil berdasarkan fokus telah dinyatakan bagi memberi kefahaman yang mudah kepada pembaca. Selain penggunaan reka bentuk jadual bagi menyatakan dapatan kajian, keterangan yang ringkas tetapi jelas sangat membantu pembaca memahaminya dengan baik.

  8. Perbincangan dan Kesimpulan

  Tajuk Perbincangan telah ditulis dalam perenggan yang banyak mengikut aspek yang telah dinyatakan dalam dapatan kajian. Setiap aspek dikupas dengan begitu terperinci. Namun bagi pengkaji, perbincangan yang cuba diketengahkan oleh penulis tidak membawa kepada persoalan baru yang boleh ditimbulkan selain ianya lebih mirip kepada rumusan atau kesimpulan dari dapatan kajian. Kesimpulan kajian pula dirumus dengan begitu panjang lebar seolah mengulang semula apa yang telah dinyatakan dalam perenggan dan tajuk sebelumnya. Banyak rujukan yang masih digunakan dalam penulisan rumusan ini yang sepatutnya lebih cenderung kepada pendapat penulis sebagai pengkaji.

  9. Cadangan Penulis tidak menyatakan cadangan yang ingin diketengahkan hasil dari kajiannya ini.

  Hasil dapatan kajian ini lebih kepada laporan bagi menyatakan beberapa cara yang kerap digunakan oleh guru atau jurulatih debat dalam melatih anak-anak murid mereka sebagai pendebat yang hebat.

  10. Rujukan

  Penulis telah berjaya menggunakan sebanyak 63 buah buku, jurnal dan pelbagai bentuk penulisan lagi dalam kajiannya ini. Rujukan penulis terdiri dari rujukan- rujukan berbahasa Melayu dan Inggeris. Namun pengkaji mendapati terdapat banyak rujukan yang digunakan diambil dari penulis yang sama seperti Ghazali Yusri, Dr. Kamarulzaman Abdul Ghani dan Profesor Madya Dr. Nik Mohd Rahimi. Walau bagaimanapun kebanyakan rujukan yang dipilih terdiri dari rujukan-rujukan terbaru dan terkini. Kesemua rujukan disusun secara abjad dan konsisten serta menepati format penulisan yang tepat dan betul seperti yang dimaklumi.

  Rumusan Analisis Jurnal 2

  Jurnal ini sangat sesuai dirujuk oleh guru atau jurulatih debat bahasa Arab bagi mencari teknik dan kaedah yang sesuai dalam melatih murid-murid memasuki pertandingan debat bahasa Arab. Penulis telah berjaya mempersembahkan hasil kajiannya dengan kemas, teratur dan konsisten selain penggunaan gaya bahasa yang mudah difahami. Kekuatan penulisan jurnal ini adalah terdapat banyak huraian yang jelas bagi menerangkan sesuatu maksud yang diinginkan. Manakala kelemahannya pula adalah terdapat penulisan yang tidak bersesuaian di bawah tajuk yang dinyatakan seperti tidak menepati kehendak tajuk.

  

KESIMPULAN

  Kedua-dua jurnal yang telah dianalisis oleh pengkaji mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing yang boleh dinilai oleh sesiapa sahaja. Namun kedua- duanya mempunyai persamaan dalam beberapa aspek. Selain tajuk kajian, kedua-dua jurnal yang dianalisis menyentuh tajuk kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Arab. Ciri-ciri penulisan akademik juga tidak jauh menyimpang dari satu sama lain.

  Penulisan abstrak, pengenalan, persoalan kajian, metodologi kajian, dapatan kajian, kesimpulan dan rujukan masing-masing dinyatakan dalam penulisan mereka. Penggunaan gaya bahasa kedua-duanya tidak jauh berbeza. Mudah difahami dan dihurai dengan menggunakan laras bahasa yang betul dan tepat. Setiap perenggan diolah dengan baik dan disusuli dengan contoh yang jelas. Namun terdapat beberapa kelemahan seperti huraian yang meleret-leret selain lari dari tajuk yang sepatutnya. Hanya jurnal pertama sahaja yang dapat dikesan oleh pengkaji menyatakan fakta yang salah dari hal atau keadaan yang sebenarnya.

  

RUJUKAN

  Ismail Muhammad, Wan Maizatul Akmar Wan Ahmad, Azman Che Mat. 2013. Sikap dan Realiti Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Program j-QAF. Journal , 13(May), 81

  of Language Studies –97.

  Kementerian Pelajaran Malaysia. 1998. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1998: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2002: Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK). Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Surat Siaran Panduan Melaksanakan Modul Elektif di Semua Sekolah Kebangsaan (SK). Nor Raudah Hj. Siren . 2009. Kuliah 6 : Penulisan Esei Akademik. http://teknikpenulisanilmiah.blogspot.com/2009/10/kuliah-6-penulisan-esei- akademik.html [1 June 2013]. Prof. Datin Jauriah @ Juriah Long. 2013. Penulisan Akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Rosni Samah, Mohd Fauzi Abdul Hamid, Shaferul Hafe s Sha’ari, Amizan Helmi

  Mohamad. 2013. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam Kalangan Jurulatih Debat The Activities of Teaching Arabic Speaking Skills among Debate Coaches. Journal of Language Studies, 13(May), 99

  • –116.

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

Analisis komparatif rasio finansial ditinjau dari aturan depkop dengan standar akuntansi Indonesia pada laporan keuanagn tahun 1999 pusat koperasi pegawai

15 355 84

Analisis Komposisi Struktur Modal Pada PT Bank Syariah Mandiri (The Analysis of Capital Structure Composition at PT Bank Syariah Mandiri)

23 288 6

Analisis Konsep Peningkatan Standar Mutu Technovation Terhadap Kemampuan Bersaing UD. Kayfa Interior Funiture Jember.

2 215 9

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65

Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005

3 59 17

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

Analisis terhadap hapusnya hak usaha akibat terlantarnya lahan untuk ditetapkan menjadi obyek landreform (studi kasus di desa Mojomulyo kecamatan Puger Kabupaten Jember

1 88 63