12 andriani binti tambeh
KEBERKESANAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT
TERHADAP PENGURANGAN LEMAK BADAN DALAM
KALANGAN REMAJA BERLEBIHAN BERAT BADAN DAN
OBESITI
(The Effectiveness of Healthy Lifestyle Programs over Body Fat
Reduction in Overweight Teenagers and Obesity)
Andriani Binti Tambeh , Dr. Denise Koh Choon Lian
Fakulti Pendidikan UKM, [email protected]

ABSTRACT
High fat levels in the body increases the risk of many diseases. This study aimed to examine the effectiveness of a
healthy lifestyle to decrease body fat in overweight adolescents and obesity. Healthy Lifestyle Programme which
includes such components multicomponent diet, physical activity and motivation is believed to reduce body fat. The
sample was randomly selected and tested by using bioelectrical impedance analysis (BIA) to measure body fat
percentage. The sample consists of 30 teenagers in one of the schoosl in Seremban who are overweight and obesity.
Teens were given dietary interventions, motivation and physical activity for 12 weeks. Healthy Lifestyle Programme is
likely to involve a multicomponent can help decrease body fat teenager. Several proposals were introduced to help
address the problem of increasing obesity among adolescents.
Keywords: Healthy Lifestyle Programme (motivation, diet, physical activity); obesity; intervention; body fat.
ABSTRAK
Lemak badan yang tinggi dalam badan meningkatkan risiko pelbagai penyakit. Kajian ini bertujuan untuk melihat
keberkesanan program gaya hidup sihat terhadap pengurangan lemak badan dalam kalangan remaja berlebihan berat
badan dan obesiti. Program Gaya Hidup Sihat yang merangkumi multikomponen seperti komponen diet, aktiviti fizikal
dan terapi tingkah laku dipercayai dapat mengurangkan lemak badan. Pemilihan sampel adalah secara rawak dan perlu
diuji dengan menggunakan alat Bioelectrical Impedance Analysis (BIA) untuk mengukur peratus lemak badan. Sampel
terdiri daripada 30 remaja di salah sebuah sekolah di Seremban yang berlebihan berat badan dan obesiti. Remaja diberi
intervensi diet, motivasi dan aktiviti fizikal selama 12 minggu. Berkemungkinan Program Gaya Hidup Sihat yang
melibatkan multikomponen dapat membantu pengurangan lemak badan remaja. Beberapa cadangan telah dikemukakan
bagi membantu menangani masalah peningkatan obesiti dalam kalangan remaja.
Kata Kunci: Gaya Hidup Sihat (motivasi, diet, aktiviti fizikal); obesiti; intervensi; lemak badan.
PENDAHULUAN
Berlebihan berat badan dan obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang amat serius pada masa kini. Masalah berat
badan berlebihan ini didapati berada pada tahap membimbangkan. Menurut Wafa (2011), Kajian Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan,(NHMS) tahun 1996-2011 telah mendapati bahawa kadar obesiti telah meningkat kepada
hampir tiga setengah kali ganda, daripada 4.4% pada tahun 1996 kepada 15.1% pada tahun 2011. Ini menunjukkan
nisbah satu daripada dua orang dewasa di Malaysia adalah sama ada berlebihan berat badan atau obesiti.
Pengabaian pengetahuan tentang amalan pemakanan yang sihat menjadi penyebab utama dalam punca masalah
ini terjadi. Menurut Ali (2013), peratusan kegemukan remaja di bandar lebih tinggi iaitu 21 peratus berbanding remaja
luar bendar, iaitu 16.3 peratus. Justeru itu, pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu proses pembesaran
manusia menjadi lebih sempurna khususnya dalam aspek pembentukan fizikal.
Obesiti dan berat badan berlebihan menjadi kebimbangan dikalangan negara-negara maju. Pelbagai kaedah
dijalankan bagi menanganinya. Amelia (2014), dalam kajian ke atas peserta senamrobik di Sanggar Senam St. Anna,
mendapati bahawa peratus lemak badan dipengaruhi oleh aktiviti fizikal . Oleh yang demikian aktiviti fizikal yang
bersesuaian dan komprehensif perlu untuk mengurangkan peratus lemak dalam badan.
Kajian Sullivan (2007) menerangkan bahawa personaliti dipercayai boleh mempengaruhi pengambilan makanan
dan kecenderungan untuk obesiti. Keputusan kajian ini menunjukkan perbezaan dalam ciri-ciri personaliti yang dipilih
antara orang kurus dan obesiti. Penduduk yang obesiti menjalani program penurunan yang berstruktur . Kajian
tambahan diperlukan untuk menentukan sama ada ciri-ciri personaliti boleh digunakan untuk mengenal pasti pesakit
lebih awal manfaat penurunan berat badan daripada terapi tingkah laku yang dilakukan.
Teori penentuan sendiri Self Determination Theory (SDT) mencadangkan perubahan tingkah laku akan berlaku
dan berterusan jika ia didorong secara autonomi. Penyelidikan kepada model motivasi yang dicadangkan oleh Teori
Penentuan Sendiri ( SDT ) menyediakan secara teori sebab-sebab mengapa orang mengamalkan dan mengekalkan
90
senaman dan tingkah laku pengawalseliaan sendiri. Walaupun sukar untuk mengawal obesiti dan mengekalkan aktiviti
fizikal, boleh dikatakan strategi ini yang paling berkesan untuk mengatasinya dalam jangka panjang. Silva (2014).
Melalui teori SDT , dapat difahamkan bahawa dengan tujuan yang jelas, dan dengan mengenalpasti semua jenis faktor
, maka hasil dapat dilihat dengan jelas.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah faktor pemilihan diet makanan, aktiviti fizikal atau
motivasi mempengaruhi peratus lemak badan remaja di melalui Program Gaya Sihat. Maka dengan itu objektif kajian
adalah untuk mengenalpasti perbezaan min skor pra dan pos terhadap lemak badan selepas mengikuti Program Gaya
Hidup Sihat selama 12 minggu.Kajian ini juga untuk mengenalpasti perbezaan min skor antara faktor amalan
pemakanan, aktiviti fizikal dan motivasi terhadap pengurangan lemak badan selepas 12 minggu. Selain itu kajian ini
adalah untuk melihat terdapat perbezaan min skor antara jantina terhadap pengurangan lemak badan selepas mengikuti
Program Gaya Hidup Sihat selepas 12 minggu.
TINJAUAN LITERATUR
Penilaian Keberkesanan projek-projek Obesiti 2010 yang Dibiayai oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang
telah dilakukan oleh Talib (2013) adalah bertujuan untuk menangani masalah obesiti yang semakin meningkat. Hasil
daripada tinjauan didapati bahawa sejumlah dua puluh dua projek yang dibiayai telah dijalankan. Seramai 1982 orang
telah terlibat dalam projek yang dijalankan. Secara amnya, projek yang dijalankan berjaya namun perubahan gaya
hidup perlu diubah dalam membantu mengurangkan prevalens obesiti di Malaysia.
Silva (2008) dalam kajiannya mendapati hasil daripada teori ini akan menyumbang kepada pemahaman yang
lebih baik ciri-ciri bagaimana motivasi, terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti fizikal atau bersenam, tingkah
laku peraturan, kejayaan pengaruh rawatan menggalakkan perubahan tingkah laku kesihatan dalam konteks obesiti.
SDT atau kawal selia sendiri, mendapati motivasi intrinsik yang lebih tinggi, bertindak untuk perubahan tingkah laku
dalam psikologi, interpersonal , dan kesihatan. Hasilnya lebih positif jika senaman atau latihan dalam jangka masa
yang panjang.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan sihat dalam kalangan sekolah menengah teknik di
daerah Johor Bahru merupakan kajian yang dilakukan oleh Yunus (2011). Hasil kajian ini mendapati bahawa segala
faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan sihat dalam kalangan sekolah menengah teknik di daerah Johor
Bahru pada tahap sederhana.
Persepsi Pelajar Kolej Canselor Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pengaruh Amalan Pemakanan,
Amalan Riadah, Amalan Pengurusan Masa Dan Amalan Persekitaran Terhadap Berat Badan adalah kajian yang telah
dijalankan oleh Mokhtar (2008). Hasil kajian ini mendapati amalan aktiviti riadah memberi pengaruh besar terhadap
berat badan. Menurut penulis, aktiviti riadah penting dalam mengekalkan tahap kesihatan manusia kerana ia dapat
membakar kandungan kalori serta dapat mengekalkan berat badan seseorang.
Consuelo (2009) dalam kajiannya dalam menangani obesiti kalangan remaja di sekolah menunjukkan
program intervensi yang dijalankan memberikan kesan yang positif dan berkesan . Program ini lebih efektif jika
dijalankan dalam jangka masa yang lebih panjang.
Menurut Walpole (2011), MI ataupun ‘Motivational Interviewing’ menyebabkan perubahan positif kepada
kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Ini ada hubung kait dengan peningkatan dalam psikologi dan
kesihatan fisiologi, MI mungkin mempunyai aplikasi klinikal lebih luas. Kajian ini menunjukkan bahawa motivasi
menyumbang kepada perubahan perubahan peratus lemak dalam badan.
METODOLOGI
Rekabentuk Dan Pensampelan Kajian
Menurut Noraini (2010) Penyelidikan kuantitatif mementingkan keobjektifan dalam pengumpulan data berdasarkan
andaian bahawa setiap keadaan dapat diterangkan dengan mengukur elemen-elemen tertentu. Kajian kuantitatif ini
menggunakan soal selidik dengan menggunakan soalan terpilih sedia ada. Soalan soal selidik diubahsuai daripada SDT.
Kajian tinjauan yang dijalankan adalah tinjauan hirisan rentas. Menurut Babbie (1973) soalan skala kadar iaitu
menggunakan kaedah Likert di mana responden perlu memilih jawapan daripada satu kontinum (ekstrem ke ekstrem).
Kajian ini bersifat kuantitatif dengan menggunakan kaedah ‘cross-sectional’. Kajian ini digunakan untuk mengumpul
maklumat dariapda sampel yang telah ditentukan terlebih dahulu, pada satu titik masa tertentu (single point of time).
Masa di ambil satu hari sehingga beberapa minggu atau lebih. Peserta kajian diberi intervensi selama 12 minggu.
Seramai 30 orang sampel yang dipilih secara rawak iaitu remaja yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti
selepas di ambil BMI . Pengambilan sampel dilakukan dengan cara ‘consecutive sampling’ iaitu tidak melakukan aktiviti
fizikal secara aktif 3 bulan kebelakangan.
Instrumen Kajian
Pemboleh ubah kajian terdiri daripada pemboleh ubah bebas (gender) dan pemboleh ubah bersandar iaitu berdasarkan 3
kategori intervensi yang mempengaruhi pengurangan lemak badan pelajar obesiti dan lebih berat badan . Menurut Azizi
(2006). Kajian rintis dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen tersebut. Kajian rintis ini
dijalankan di sebuah sekolah di Seremban dengan jumlah responden sebanyak 30 orang pelajar dari populasi yang sama
tetapi bukan responden kajian sebenar. Hasilnya soal selidik ini mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi iaitu 0.91
Alpha Cronbach. Hal ini membuktikan bahawa instrumen ini adalah baik dan boleh diguna pakai.
91
Prosedur Kajian
Kajian ini menggunakan set soal selidik sebagai data primer yang akan diedarkan ke atas setiap responden. Set soal
selidik ini dibina dan diubah suai daripada The Self-Regulation Questionaire (SRQ) 2006. Ia terbahagi kepada 4
bahagian iaitu bahagian A,B, C dan D. Bahagian A berkaitan dengan demografi responden. Item-item dalam bahagian
ini yang dikemukakan adalah jantina, umur , berat, tinggi dan BMI . Bahagian B pula berkaitan dengan objektif kajian
yang pertama iaitu mengenalpasti faktor pemilihan diet makanan mempengaruhi peratus lemak badan remaja.
Bahagian C adalah mengenalpasti faktor aktiviti fizikal yang mempengaruhi peratus lemak badan dalam kalangan
remaja berlebihan dan obesiti . Bahagian D adalah untuk mengenalpasti keberkesanan faktor motivasi ke atas peratus
lemak badan remaja obesiti dan berlebihan berat badan. Terdapat 35 soalan yang dikemukakan kepada responden
dalam bahagian ini iaitu bahagian A lima soalan, bahagian B sepuluh soalan, bahagian C sepuluh soalan dan akhir
sekali bahagian D sepuluh soalan.
Peserta hendaklah berumur antara 13-17 tahun, mempunyai BMI antara 25 dan 40 kg / m2, bersedia untuk
menghadiri perjumpaan mingguan selama 12 minggu dan diuji sebanyak dua kali iaitu sebelum intervensi dan selepas
intervensi, bebas daripada penyakit , tidak mengambil ubat- ubatan yang boleh mengganggu komposisi badan, tidak
mengambil antidepresan dan bersedia untuk mengambil bahagian program Gaya Hidup Sihat . Peserta kajian juga
tidak menyertai mana-mana program penurunan berat badan rasmi atau tidak rasmi yang lain semasa 12 minggu
kajian.
Ketinggian setiap peserta diukur kepada milimeter terdekat dengan stadiometer mudah alih . Berat badan dalam
pakaian yang ringan tanpa kasut adalah diukur pada skala yang digital (model Bremed BD7700) . BMI dikira sebagai
berat dibahagikan dengan ketinggian kuasa dua (kg / m2) . Ukuran peratus lemak telah diperolehi dengan
menggunakan BIA. Kajian yang terdahulu telah menunjukkan bahawa bacaan pada BIA adalah yang sah dan boleh
dipercayai . Duncan(2007).
Intervensi
Intervensi Program Gaya Hidup Sihat dijalankan dengan aktiviti berjalan dan berlari dalam tempoh 12 minggu.
Perjumpaan diadakan sebanyak 12 kali termasuk pertemuan pertama yang berlangsung kira-kira 120 minit. Ini
termasuklah perbincangan mengenai aktiviti fizikal, pemakanan, dan motivasi ke arah perubahan tingkah laku .
Peserta dibekalkan buku log unutk mencatatkan segala aktiviti. Peserta diberikan jadual melakukan aktiviti
fizikal sepanjang 12 minggu. Penekanan awal program ini memberi tumpuan kepada mengurangkan pengambilan
kalori. Peserta diberi input dan juga memberi tumpuan kepada meningkatkan pengetahuan pemakanan mengikut
piramid makanan dan pemakanan yang seimbang.
Untuk mencapai matlamat ini, peserta harus tahu dan memahami tingkah laku dalaman dan luaran ke arah
tingkah laku yang sihat. Aspek yang paling kritikal adalah menangani emosional, motivasi senaman, dan mengekalkan
matlamat untuk penurunan berat badan. Strategi khusus termasuk meningkatkan keberkesanan diri . Contohnya,
berkongsi testimoni daripada individu yang berjaya, dan menetapkan matlamat yang realistik dan boleh dicapai).
Peserta di beri panduan menganalisis dan mengatasi halangan seperti kekurangan masa, kekurangan pengetahuan dan
kemahiran, pelan luar jangka untuk matlamat individu.
DAPATAN KAJIAN
Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 22.
Analisis statistik deskriptif digunakan untuk meneliti taburan demografi pelajar obesiti dan berlebihan berat badan yang
terlibat. Dalam analisis ini, ujian-t sampel bebas (independent samples t-test) digunakan untuk melihat perbezaan antara
jantina.Pengujian Annova sehala telah digunakan bagi memberikan dapatan bagi pemboleh-pemboleh bersandar yang
ingin dikaji.
Dalam kajian ini, aspek yang diukur adalah adakah terdapat perbezaan min skor pra dan pos selepas mengikuti
Program Gaya Hidup Sihat selama 12 minggu.
Jadual 1. Analisis Deskriptif Min Skor Peratus Lemak Badan Pra dan Pos
N
Min
Sisihan Piawai
Pra
30
31.39
4.53
Pos
30
30.81
4.47
Valid
N
30
(listwise)
Jadual 1 menunjukkan analisis deskriptif min skor subjek yang menjalani intervensi selama 12 minggu. Selepas
12 minggu, perbezaan min skor adalah sebanyak 0.58 peratus.
Berikut adalah jadual 2 yang menunjukkan adakah terdapat perbezaan min skor antara faktor amalan
pemakanan , aktiviti fizikal dan motivasi terhadap pengurangan lemak badan selepas 12 minggu ?
Jadual 2. Analisis diskriptif intervensi yang mempengaruhi pengurangan lemak badan selepas Program Gaya
Hidup Sihat
N
Min
Sisihan Piawai
Min_Pemakanan
30
4.04
.92
Min_Aktiviti Fizikal
30
4.30
.45
Min_Motivasi
30
4.31
.48
92
Berdasarkan Jadual 2, analisis keseluruhan intervensi yang diberikan kepada pelajar sepanjang 12 minggu
program iaitu aktiviti fizikal, amalan pemakanan dan motivasi. Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang tertinggi
adalah bagi sub-kategori motivasi yang mana nilai min adalah 4.31 diikuti oleh nilai min bagi aktiviti fizikal . Ia
menunjukkan subjek menyatakan penilaian ke arah bersetuju yang lebih tinggi bagi setiap soalan mengikut intervensi
tersebut. Begitu juga dengan nilai min yang terendah iaitu pemakanan iaitu 4.04 berbanding nilai min bagi intervensi
yang lain.
Dari segi sisihan piawai pula yang melihat keserakan skor-skor dalam sesuatu taburan sama ada ia bersaiz kecil
atau besar. Didapati taburan data yang paling besar ialah 0.92 diwakili oleh pemakanan diikuti dengan motivasi
sebanyak 0.48. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa faktor pemakanan mempunyai nilai tertinggi diikuti dengan
motivasi dan aktiviti fizikal. Didapati faktor-faktor lain iaitu faktor motivasi dan aktiviti fizikal juga mempunyai nilai
min di paras sederhana tinggi yang menujukkan pelajar bersetuju bahawa faktor-faktor ini mempengaruhi pengurangan
lemak badan mereka .
Seterusnya jadual 3 melihat adakah terdapat perbezaan min skor antara jantina terhadap pengurangan lemak
badan selepas mengikuti Program Gaya Higup Sihat selepas 12 minggu?
Jadual 3. Satistik Kumpulan dan Ujian t bebas bagi faktor intervensi yang mempengaruhi penglibatan pelajar
dalam aktiviti fizikal berdasarkan jantina
Sisihan
Jantina
N
Min Piawai
t
df Sig.
Min_
Lelaki
10 2.89
.67
-7.991 28 0.001
Pemakanan
Perempuan
20 4.61
.16
Min_Aktiviti Lelaki
10 3.80
.43
-5.401 28 0.001
Fizikal
Perempuan
20 4.56
.13
Mean_
Lelaki
10 3.79
.49
-5.004 28 0.001
Motivasi
Perempuan
20 4.57
.15
Berdasarkan jumlah penyertaan, didapati pelajar perempuan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam
aktiviti fizikal berbanding pelajar lelaki berdasarkan min seperti yang telah dicatatkan. Walau bagaimanapun, perbezaan
antara jumlah penglibatan pelajar lelaki dan perempuan tidaklah begitu ketara. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa
faktor gender kurang mempengaruhi pengurangan lemak badan dalam aktiviti fizikal dan motivasi. Hanya penglibatan
yang bermotifkan pemakanan sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina.
Jadual 3 di atas menunjukkan keputusan ujian-t bagi melihat perbezaan faktor yang mendorong pengurangan
lemak badan berdasarkan jantina. Analisis di atas menunjukkan bahawa skor min tertinggi bagi penglibatan pelajar
lelaki (m = 3.79) dari aktiviti fizikal dan perempuan (m = 4.61) bagi pemakanan .
Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan pelajar lelaki dan
perempuan melalui faktor pemakanan (t =-7.991, p < 0.05) , melalui faktor aktiviti fizikal (t=-5.401, p