Panduan Guru BM SK Thn 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PANDUAN GURU
BAHASA MALAYSIA
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2010
Cetakan Pertama 2010
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
PENDAHULUAN
Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Satu ini disediakan sebagai bahan rujukan
untuk membantu guru menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Buku ini sebagai panduan kepada guru untuk
mengaplikasikan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dalam pengajaran
dan pembelajaran. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Satu juga mencadangkan
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberi
peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dengan
sokongan pelbagai bahan media.
Buku Panduan Guru ini diharapkan dapat membantu guru untuk menterjemahkan Standard
Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia yang mengetengahkan pendekatan
modular dan menitikberatkan pembelajaran secara didik hibur. Dalam pendekatan modular
ini, fokus pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis, serta dua elemen lain iaitu aspek seni bahasa dan
tatabahasa. Kesemua fokus pengajaran dan pembelajaran ini amat penting dan perlu
dikuasai oleh murid bukan sahaja bagi membantu mereka memantapkan kemahiran
bahasa, mencungkil potensi diri, dan meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan, malahan
menggalakkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan bertatasusila dalam semua
urusan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga turut memberi
penekanan kepada aspek pentaksiran, pemulihan dan pengayaan yang merupakan aspek
penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Buku panduan ini mengandungi empat bahagian; Bahagian 1 merupakan pengenalan
tentang Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu dan Struktur Pendekatan
Modular, Bahagian 2 mengandungi contoh-contoh Strategi Pengajaran dan Pembelajaran,
Bahagian 3 memaparkan contoh pemetaan rancangan mengajar mingguan dan Bahagian 4
mengandungi daftar kata dan glosari Bahasa Malaysia Tahun Satu.
Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Buku Panduan Guru ini hanyalah
cadangan. Guru digalak menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai aktiviti
tersebut supaya bersesuaian dengan kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan
pelbagai pihak yang telah terlibat secara langsung dalam penghasilan modul ini. Buku
Panduan Guru ini diharap dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang
mampu menyumbang ke arah
pembangunan negara selaras dengan kehendak
kementerian.
1
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi;
Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain
utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang
seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah dibuat
dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan
aspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan dan aspek
Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam
bahasa melalui unsur didik hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam
standard kandungan dan standard pembelajaran yang lebih memfokuskan keupayaan murid
berkomunikasi.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu, lebih mementingkan penguasaan
kemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Satu. Pengajaran yang berpusatkan murid
serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan
mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard
kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk
insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu
merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan.
Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid
sekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Rajah 1: Standard Kurikulum
Berasaskan Enam Tunjang
2
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
MATLAMAT
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid
berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial
dalam kehidupan harian.
OBJEKTIF UMUM
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Bahasa Malaysia Sekolah
Rendah berkeupayaan untuk :
i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan
teliti dan betul;
ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa
dan ayat dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan
pertanyaan dengan betul;
iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam
situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;
v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dengan tepat secara bertatasusila;
vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila;
viii. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
ix.
membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai
bahan untuk memberi respons dengan betul;
3
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
x.
membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan.
xi.
membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk
memupuk minat membaca;
xii.
melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
xiii.
menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
xiv.
membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
xv.
menulis imlak dengan tepat.
xvi.
mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
dengan menggunakan bahasa yang santun;
xvii.
menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
xviii.
mengedit dan memurnikan hasil penulisan;
xix.
menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;
xx.
menggunakan sistem bahasa yang betul
penulisan;; dan
xxi.
menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan
kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
dalam
pertuturan, pembacaan dan
FOKUS
Pada akhir pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya kosa
kata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta
berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam
pelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupan harian.
4
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
Standard Kurikulum
KANDUNGAN STANDARD
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan
penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan
dapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini
berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian
Kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan dan juga di
sekolah jenis kebangsaan. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang
dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran
serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam
suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
murni.
Standard Pembelajaran
Pernyataan tentang
penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan
pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.
A. Kemahiran Bahasa
Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran
berbahasa, seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa
merupakan teras penguasaan bahasa baku. Penerangan terhadap kandungan kurikulum
dinyatakan seperti yang berikut:
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan
murid mendengar dengan teliti dan memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan seperti bersoal jawab, ucapan, lakonan
Kemahiran Mendengar
dan perbincangan. Murid juga perlu menghayati
dan Bertutur
dan memberi respons yang betul kepada perkara
yang didengar. Kemahiran bertutur pula merujuk
kepada keupayaan murid berbicara secara lisan
untuk hubungan sosial, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis
dan kreatif. Penekanan diberi pada sebutan dan intonasi yang betul serta pengucapan
yang bertatasusila serta menggunakan tatabahasa yang betul.
5
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui
dan berkeupayaan:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran
dengan teliti dan betul;
mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;
mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua
atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung
dengan betul dan tepat;
mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan
tepat;
mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku
berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang
mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan
betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar
menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
dan
berbicara untuk menyampaikan maklumat tantang sesuatu perkara dengan tepat
dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.
Prinsip Kemahiran Mendengar dan Bertutur
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa.
Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.
Bahan ransangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur.
Memberi peluang murid terlibat secara aktif dapat mempercepat penguasaan
kemahiran.
Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa;
Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep.
Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan
murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan
kelancaran yang betul dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan.
Penekanan perlu juga
diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan ilmu, dan bahan sastera dan bukan
sastera secara kritis.
6
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
Objektif Kemahiran Membaca
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
membaca pelbagai perkataan, frasa, dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan
intonasi yang betul;
membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua

dengan betul;
membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;
membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul;
membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk
mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul;
membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul
dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik; dan
membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk
memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.
Prinsip Kemahiran Membaca
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
Bacaan mekanis asas untuk menguasai kemahiran membaca.
Bacaan mentalis untuk melatih murid membaca dan memahami.
Kebersediaan murid dari segi perasaan dan bahasa perlu diberi perhatian.
Bahan bacaan perlu sesuai, menarik dan bersifat ansur maju.
Soalan bertumpu dan bercapah membantu murid memahami kandungan bahan
bacaan.
Kepelbagaian pendekatan dan teknik membaca diaplikasikan mengikut kesesuaian.
Bacaan intensif dan ekstensif memperkaya kosa kata dan ilmu serta minat membaca.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat, serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan
kreatif dan bukan kreatif yang berkaitan dengan
Kemahiran Menulis
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi.
Penekanan juga diberi pada penulisan yang
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan
tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan
yang jelas dan kemas.
Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan bahan penulisan.
Objektif Kemahiran Menulis
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
7

menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas;
menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul;
menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas;

menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku
kata tertutup dengan ejaan yang tepat;
mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan;
menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa yang
santun;
menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan
betul; dan
mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.
Prinsip Pengajaran Kemahiran Menulis
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
Kemahiran menulis menulis mekanis merupakan asas kepada penguasaan menulis.
Melahirkan idea dalam bentuk penulisan dan perlu mengamalkan prinsip ansur maju.
Keseragaman dalam membentuk dan menulis huruf perlu dititikberatkan.
Latihan menulis yang berterusan perlu dijadikan amalan.
Mengimlak dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran mengeja.
Bacaan luas membantu menghasilkan penulisan karangan yang baik.
B. Aspek Seni Bahasa
Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan
murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan
bahasa, memahami dan menghargai bahasa
melalui
pembelajaran
yang
menyeronokkan
Aspek Seni Bahasa
menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.
Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka
dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.
Seni bahasa memberi penekanan kepada
keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan
menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
Pembentukan ayat
yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat
dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa
Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat
membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
Objektif Aspek Seni Bahasa
Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan erkeupayaan:
8
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
i.
ii.
iii.
iv.
v.
menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara
didik hibur;
mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui
penceritaan secara didik hibur;
mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang
sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara
didik hibur; dan
melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang
betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.
Prinsip Pengajaran Seni Bahasa
i.
ii.
iii.
iv.
Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.
Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.
Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.
Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan
imaginatif.
C.
Aspek Tatabahasa
Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan
murid
menguasai perkara asas dalam
pembentukan kata dan ayat serta menggunakan
tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul
Aspek Tatabahasa
semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan,
intonasi
dan
semantik
serta
penggunaan
peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul
juga
diberi
penekanan.
Pengajaran
dan
pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Objektif Aspek Tatabahasa
Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama diri
pertama dan kedua serta kata kerja dengan betul;
memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betul;
memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul;
menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul; dan
memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN + FN , dan FN + FK dengan
9
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
betul.
Prinsip Pengajaran Aspek Tatabahasa
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks
petikan yang digunakan.
Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.
Tidak menggalakkan pelajar menghafalkan rumus atau hukum bahasa.
Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.
Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan.
Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan
rangsangan yang menarik dan berkesan.
Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk
simulasi secara berkesan.
Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlu mahir tentang selok-belok
tatabahasa yang hendak disampaikan.
Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.
Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.
Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan
kefahaman.
STRUKTUR MODUL
Modul Standard Kurikulum Bahasa Malaysia menekankan beberapa
aspek dalam
pengajaran merangkumi fokus utama, fokus sampingan, objektif, aktiviti, pentaksiran,
pengayaan dan pemulihan. Isi kandungan modul boleh diubahsuai mengikut kreativiti guru
dan kebolehan murid.
Kesemua aspek ini dijelmakan mengikut keutamaan berikut;
Tema
Tajuk
Fokus Utama
Fokus Sampingan
Objektif
Pengisian Kurikulum
Sistem Bahasa
Media
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
10
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
Strategi pengajaran dan pembelajaran memuatkan aktiviti yang menjurus kepada
pencapaian objektif. Aktiviti-aktiviti ini ditulis menggunakan beberapa langkah pengajaran
yang menggabungjalinkan aktiviti-aktiviti fokus utama dan fokus sampingan. Strategi
pengajaran dan pembelajaran ini juga memuatkan aspek pentaksiran, pengayaan dan
pemulihan serta latihan-latihan yang berkaitan. Semua maklumat tentang strategi ini
dipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum dan catatan.
Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran merupakan proses penilaian untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif
pengajaran atau pembelajaran tercapai. Oleh itu, pentaksiran perlulah dijalankan berterusan
dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui pentaksiran yang berterusan
guru dapat memastikan tindakan susul yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama
ada untuk memberi latihan pemulihan atau pengayaan.
Aspek pemulihan pula disediakan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran
agar dapat memahami pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan penggunaan
bahan yang berbeza dan sesuai dengan kebolehan mereka. Bahan untuk program ini terdiri
daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Latihan yang diberi perlu
mengikut kemampuan murid dan kadar masa untuk mereka menguasai sesuatu kemahiran.
Aspek pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah mengikut kecerdasan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan,
bakat, dan minat. Murid yang membuat latihan pengayaan ialah murid yang dikesan telah
menguasai kemahiran yang diajar melalui pentaksiran yang diberi.
Murid ini hendaklah
diberikan bahan yang berbeza daripada murid pemulihan. Bahan yang digunakan perlu
lebih mencabar minda dan digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru
yang paling minima. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad permainan bahasa dan
bahan-bahan untuk aktiviti boleh diberikan kepada murid.
Aktiviti pengayaan dan pemulihan hendaklah dijalankan secara serentak. Guru perlu
memberi penjelasan cara melakukan latihan pengayaan dan memberi ruang untuk murid
tersebut membuat latihan yang diberi secara sendiri. Pada masa yang sama guru perlu
memberi tumpuan untuk membimbing murid yang lemah menjalankan aktiviti pemulihan.
11
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berperanan dalam melengkapkan
strategi penggajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif dengan melibatkan pelbagai
akitviti di luar dan di dalam bilik darjah. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia, strategi merangkumi pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti. Pendekatan wujud
berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian
yang lebih utama. Kaedah pula cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkahlangkah penyampaian yang tersusun. Teknik pula merupakan suatu cara yang digunakan
oleh guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih. Aktiviti
pembelajaran konvensional boleh diterapkan kepada murid melalui ruang dan peluang
mengikuti proses pembelajaran yang menyeronokkan dalam suasana yang kondusif dengan
teknik yang lebih menarik dan berkesan. Pengalaman murid dapat dikaitkan dalam
memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam
kalangan murid. Kepelbagaian media, bahan maujud, media cetak dan media elektronik
boleh dijadikan sebagai bahan sokongan untuk saling melengkapi proses pengajaran supaya
tindakan susulan dapat dijalankan dalam menilai proses pengajaran dan pembelajaran
untuk memantapkan penguasaan murid. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu
pengetahuan melalui kemahiran generik yang berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang
dikuasai oleh setiap murid.
Pendekatan Berpusatkan Murid
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai
kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan
berbahasa. Contoh pendekatan berpusatkan murid seperti pendekatan individu, pendekatan
pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan
sebagainya. Selain pendekatan berpusatkan murid terdapat juga pendekatan-pendekatan
lain seperti pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan guru.
Kepelbagaian Teknik
Teknik merupakan suatu cara yang digunakan oleh guru-guru bagi menyampaikan bahanbahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah dan pendekatan yang digunakan. Dalam Standard Kurikulum
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah guru digalakkan menggunakan pelbagai teknik mengajar.
12
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
Guru boleh memilih pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat
merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan
berinteraksi.
Teknik-teknik pengajaran bahasa
i.
Teknik main peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa
yang dianggap penting.
ii.
Teknik permainan bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.
iii.
Teknik latih tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
iv.
Teknik bercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
murid.
v.
Teknik inkuiri penemuan
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek soal
selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan kepada sesuatu masalah.
vi.
Teknik perbahasan
Teknik ini melatih murid berfikir dengan pantas di samping dapat berkomunikasi
dengan berkesan.
vii. Teknik kuiz
Teknik ini dapat mengukuhkan pengajaran guru dan memantapkan pemahaman murid
tentang sistem Bahasa Malaysia terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan
bahasa yang tepat melalui pertandingan.
viii. Teknik sumbang saran
Dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang memerlukan setiap murid
menyumbangkan pendapat dan idea.
13
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
ix.
Teknik soal jawab
Teknik ini dilaksanakan dengan cara murid menyoal dan menjawab soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran.
x.
Teknik simulasi
Teknik di ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan
sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing.
xi.
Teknik drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan
induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
xii. Teknik perbincangan
Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar
dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
xiii. Teknik forum
Teknik ini merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi
pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan
jelas.
Kepelbagaian Sumber Bahan
Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku
rujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu boleh digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif.
Penggunaan Tatabahasa yang tepat
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga menekankan penggunaan
tatabahasa mengikut kemampuan murid dengan tepat. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru
perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh
penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah.
Bacaan Luas
Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk
sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan
14
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Malaysia dengan menggunakan bahanbahan ilmiah dan sastera.
Penekanan Konsep 5 P
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menekankan konsep
penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan
usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
a. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga
dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat
digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau
kemahiran daripada mata pelajaran lain.
b. Penyerapan
Dalam pengajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti
kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan.
Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.
c. Pengayaan
Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana
latar belakang murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid
hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan
aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa
yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
d. Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang
belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri

secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan
program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
e. Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian
perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui
proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke
atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan
15
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang
sesuai bagi murid.
PENGISIAN KURIKULUM
Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan
sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemen
seperti yang berikut;
Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dan
geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.
Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Nilai Murni
Penyerapan nilai murni dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan
insan yang berketrampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan
amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian
luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus
dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.
Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan bahasa Malaysia
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara. Di samping itu,
pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri,
cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara.
Peraturan Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi
kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian
masyarakat Malaysia.
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan di dalam bilik darjah dan dapat
16
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid. Kemahiran bernilai tambah yang
dimaksudkan ialah Kemahiran Berfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian Masa Depan, Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran
Konstruktivisme dan Pembelajaran Kontekstual. Penerangan ringkas tentang kemahiran
bernilai tambah dinyatakan seperti yang berikut;
Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau
membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa
depan.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya
mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti mengaplikasikan
perisian, menghantar dan menerima e-mel, mengakses, memproses, menyebar dan
berkongsi maklumat serta berinteraksi sosial melalui internet untuk meluaskan penerokaan
ilmu pengetahuan dan dalam urusan kehidupan.
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid
meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah,
dan berkeupayaan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan
masa depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
menangani perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi kecerdasan, minat dan
kecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang
berbeza.
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang
berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri
berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin,
dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
17
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila
murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati
kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka.
Kreativiti dan inovasi
Kreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individu untuk mencipta,
menyelesaikan masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif yang yang tulen, asli
dan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasi pula merujuk kepada proses
menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan
inovasi saling berkait rapat bagi melahirkan modal insan yang serba boleh dan
berketerampilan. Daya kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk ke tahap optimum supaya
mereka berdaya cipta, berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti dan
menjadikan amalan serta budaya dalam kehidupan warga Malaysia pada masa hadapan.
TEMA
Kurikulum Standard Bahasa Malaysia menyampaikan pengetahuan serta membina
kefahaman tentang kehidupan dan alam sekekelingi murid melalui kemahiran bahasa, iaitu
Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Seni
Bahasa dan Tatabahasa melalui tema-tema yang dicadangkan.
Melalui tema-tema ini
akan dapat menambahkan pengetahuan dan kefahaman, memupuk kesedaran, membina
jati diri, menghargai warisan dan mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid.
Cakupan tema-tema yang perlu diberi penekanan;
1.
Kekeluargaan
Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu
keluarga yang melibatkan
keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid-murid
sekolah rendah agar menghargai setiap ahli keluarga.
2.
Kemasyarakatan
Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai
bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini
sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat
yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
3.
Kesihatan dan Kebersihan
18
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal,
mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar
mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan
amalan gaya hidup sihat.
4.
Keselamatan
Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika
berada di pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya
dapat memberi kesedaran kepada murid agar mengutamakan keselamatan.
5.
Perpaduan
Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang berbentuk toleransi dalam
kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha
memupuk semangat perpaduan.
6.
Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang
terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan
budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini
dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia.
7.
Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk keupayaan murid
menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal mental, emosi dan
rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema
ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat yang madani, yang
mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara.
8.
Sains, Teknologi dan Inovasi
Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau
sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu
yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan
yang berani menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.
9.
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan
menguruskan alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta
tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai
diajarkan agar murid cinta dan prihatin akan alam sekitar dan teknologi hijau.
10.
Pertanian
Tema pertanian mendedahkan murid perihal pertanian seperti bercucuk tanam,
berternak dan menangkap ikan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai
19
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru
diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang pertanian dalam
kehidupan.
11.
Ekonomi / Keusahawanan
Tema ekonomi merujuk perihal bidang perniagaan dan keusahawanan dalam menjana
pendapatan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kepentingan bidang ekonomi
dalam kehidupan.
20
1.0 STANDARD KANDUNGAN DAN
STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar menentukan
keupayaan murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, dan
menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat
memberikan maklum balas. Manakala Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid
berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul
dan mengungkapkan secara bertatasusila.
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh
murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran
Mendengar dan Bertutur.
Standard Kandungan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Murid patut mengetahui dan boleh melakukan:
1.1
Asas mendengar dan memberi respons dengan tepat pelbagai bunyi dalam
persekitaran dengan betul.
1.2
Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata,
perkataan, frasa serta ayat dengan betul.
1.3
Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan
pesanan yang didengar dengan betul.
1.4.
Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
1.5.
Bercerita dan menceritakan semula sesuatu perkara dengan tepat menggunakan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
1.6
Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada
21
pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
1.7
Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber secara bertatasusila.
22
1.0
STRATEGI PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR
Semasa
menyediakan
strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
kemahiran mendengar dan bertutur,
guru perlu memberi pertimbangan
aktiviti yang sesuai sebelum, semasa
dan selepas kemahiran mendengar
dan bertutur yang diajar. Pengajaran
dan pembelajaran kemahiran ini boleh
dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti
secara
terancang
bagi
mencapai
objektif yang telah ditentukan. Guru
boleh merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran dengan pelbagai
cara seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini.
23
TEMA
KEBERSIHAN
TAJUK
Menjaga Diri
Standard
1.2
Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi
bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa
dan ayat dengan betul .
1.2.4
Mendengar,
memahami,
menyebut
dan
mengeja perkataan yang mengandungi suku
kata terbuka dan tertutup dengan betul dan
tepat.
2.2
Membaca dan memahami perkataan, frasa dan
ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan
yang betul.
2.2.1
Membaca dan memahami perkataan yang
mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan sebutan yang betul.
Kandungan
FOKUS
UTAMA
Standard
Pembelajaran
Standard
Kandungan
FOKUS
SAMPINGAN
Standard
Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
OBJEKTIF
i.
mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan
anggota badan dan bukan anggota badan.
ii.
menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.
iii. memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi
dua tau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.
i.
PENGISIAN
KURIKULUM
Ilmu: Sains (anggota badan),Pendidikan Kesihatan,
Pendidikan Moral
ii.
Nilai: Menjaga kebersihan anggota badan
iii. KBT: Kemahiran Berfikir – mengumpul dan mengelas
SISTEM
BAHASA
Tatabahasa: Kata nama am, kosa kata
MEDIA
Gambar anggota badan, kad perkataan,lembaran kerja, ICT
24
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGISIAN
KURIKULUM
AKTIVITI
CATATAN
Langkah 1
1.
Guru menamakan anggota badannya
kepada murid dan murid mendengar
dengan teliti.
Contoh:
tangan
dahi
mulut
jari
2.
leher
hidung
badan
mata
perut
kaki
Murid diminta menyebut semula anggota
badan yang disebutkan oleh guru secara
individu, kumpulan atau kelas.
Langkah 2
1.
Murid menyebut perkataan yang berkaitan
dengan anggota badan yang ditunjukkan .
Contoh:
tangan
dahi
mulut
jari
2.
3.
leher
hidung
badan
mata
perut
kaki
KBT (KB):
- Mengumpul
dan
mengelas
Nilai:
- Jaga
kebersihan
diri
Murid menyebut semula perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup dengan bimbingan guru.
Murid mengecam perkataan yang didengar
lalu menyentuh bahagian badan masingmasing.
25
Ilmu:
- Sains
(anggota
badan)
Perkataan:
Contoh:
tangan
hidung
perut
mulut
badan
leher
Media:
- Gambar
anggota
badan
- kad perkataan
PENGISIAN
KURIKULUM
AKTIVITI
CATATAN
Langkah 3
1.
Murid menceritakan cara-cara menjaga
kebersihan diri dan peralatan yang selalu
digunakan
2.
Murid diminta mengeja dan membaca kad
perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka dan suku kata tertutup seterusnya
memadankan dengan gambar yang diberi.
3.
Murid mengeja dan membaca
semula
perkataan yang telah disuaikan dengan
gambar menggunakan sebutan yang betul.
Lembaran Kerja 1
Langkah 4
1.
Murid mendengar dan mengulang
perkataan yang disebut oleh guru
berpandukan kad perkataan yang
ditunjukkan.
2.
Seorang murid mengeja dan menyebut
perkataan yang terdapat pada kad dan
murid lain akan mengulanginya.
3.
4.
KBT (KB):
- klasifikasi
Lampiran 1
Sistem Bahasa:
- Kata nama
Am
KBT(TKP):
Murid menyebut perkataan yang terdapat - hubung kait
pada kad dan mengasingkan kad-kad yang
menunjukkan anggota badan dan bukan Nilai:
anggota badan.
- Kebersihan
Murid mengkelaskan perkataan yang
menunjukkan anggota badan dan bukan
anggota badan pada lembaran kerja yang
diberi.
26
Lembaran Kerja 2
PENGISIAN
KURIKULUM
AKTIVITI
CATATAN
Langkah 5
1.
2.
Murid membaca dan memahami petikan Kemahiran ICT
beramai-ramai dengan bimbingan guru.
Sistem Bahasa:
Murid mengeja dan menyebut perkataan - sinonim
yang dihitamkan dalam perenggan secara
bergilir-gilir.
3.
Murid bersoal jawab tentang
perkataan yang dihitamkan.
4.
Murid menyebut semula makna perkataan
yang dihitamkan.
5.
Murid memadankan perkataan dengan
makna yang diberi secara menaip atau
klik dan seret - MS Word perkataan
Lampiran 2
maksud
Lembaran Kerja 3
Pentaksiran
1.
Murid menyebut perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup yang disebut oleh guru.
2.
Murid menulis perkataan yang disebut
dengan ejaan yang betul.
Lembaran Kerja 4
Pemulihan
1.
Murid menyebut suku kata yang
ditunjukkan.
2.
Murid menggabungkan suku kata menjadi
perkataan dan mengeja serta menyebut
perkataan itu.
Lembaran Kerja 5
27
PENGISIAN
KURIKULUM
AKTIVITI
CATATAN
Pengayaan
1.
Murid mengeja dan menyebut perkataan
yang ditunjukkan.
2.
Murid memadankan perkataan untuk
membentuk frasa yang bermakna.
3.
Murid menyebut frasa yang telah dibina.
28
Lembaran Kerja 6
Lampiran 1
Aktiviti 1
tangan
jari
leher
kaki
badan
mulut
mata
perut
hidung
dahi
29
Lembaran Kerja 1
Aktiviti 2
Sebutkan nama gambar dan tuliskan perkataan.
berus
sikat
mulut
perut
berus
sikat
mulut
perut
30
Lembaran Kerja 2
Aktiviti 1
Sebutkan dan tuliskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan
bukan anggota badan.
selipar
leher
tangan
mulut
kasut
berus
mandi
sikat
hidung
kotor
perut
Anggota Badan
Bukan Anggota Badan
31
Lampiran 2
Secara berpasangan, dengar bacaan rakan kamu.
Razak budak yang sihat. Dia selalu jaga diri
supaya bersih. Hari-hari dia mandi tiga kali sehari.
Dia mandi guna sabun supaya badannya tidak
ada kuman. Razak gosok badan agar hilang daki.
Selepas mandi, Razak lap badan supaya
kering. Dia sapu bedak pada badannya supaya
rasa segar. Dia juga pakai baju yang bersih.
Razak selalu nampak kemas.
32
Lembaran Kerja 3
Aktiviti 3
Baca dan tuliskan makna bagi perkataan yang diberi.
uzur
rapi
serbuk harum
nyaman
bakteria
1.
sakit
2.
kuman
3.
bedak
4.
segar
5.
kemas
33
Lembaran Kerja 4
Pentaksiran
Dengar perkataan yang disebut dan tuliskan di kotak yang
disediakan.
1.
2.
ebrsu
nuhdgi
3.
nsaub
4.
hsita
5.
esarg
34
Lembaran Kerja 5
Pemulihan
Melengkapkan suku kata supaya menjadi perkataan.
bun
kat
sok
sut
1.
go
2.
ba
3.
sa
4.
si
5.
suh
ka
35
Lembaran Kerja 6
Pengayaan
Secara berpasangan, dengar sebutan rakan dan cari pasangan perkataan
untuk membentuk frasa.
gosok
kasut
sabun
badan
basuh
rambut
tangan
sikat
cuci
gigi
kuku
potong
Jawapan:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
36
TEMA
TAJUK
KEKELUARGAAN
Keluarga Saya
Standard
1.2
Kandungan
FOKUS
UTAMA
Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi
bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa
dan ayat dengan betul.
Pembelajaran
1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja
perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku
kata, diftong, vokal berganding, digraf, konsonan
bergabung dengan sebutan yang betul.
Standard
2.2
Standard
Kandungan
FOKUS
Standard
SAMPINGAN
Pembelajaran
Membaca dan memahami perkataan, frasa, dan

2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang

P