Penilaian Ciri Ciri Khusus Pusat Perkhid

Penilaian Ciri-Ciri Khusus Pusat Perkhidmatan Ke Arah Menyokong
Kelangsungan Aktiviti Pelancongan Luar Bandar
An Assessment of Service Center Characteristic Toward Continuity of Activities in Rural
Tourism
Mohamad Azal Fikry Ali & Hamid Saad
Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor
E-mel: azalfikry@gmail.com; drhamidsaad@gmail.com

Abstrak
Pusat perkhidmatan luar bandar memainkan peranannya yang penting kepada penduduk luar bandar
dan sekitar. Meskipun begitu, pusat perkhidmatan juga menjadi kawasan tumpuan masyarakat luar
bagi mendapatkan perkhidmatan dan keperluan terutamanya yang menjalankan aktiviti pelancongan.
Oleh itu, kertas kerja ini memberi fokus terhadap ciri-ciri khusus yang perlu wujud di dalam sesebuah
pusat perkhidmatan bagi menyokong kelangsungan aktiviti pelancongan luar bandar. Penilaian
terbahagi kepada dua iaitu pertama, aspek fizikal pusat perkhidmatan merangkumi elemen
kemudahsampaian melalui fungsi pengangkutan, ketersediaan fasiliti serta tahap kemudahan
sokongan lain. Aspek kedua pula berkaitan sosioekonomi penduduk merangkumi elemen tenaga kerja,
populasi semasa dan aktiviti ekonomi setempat yang menyokong aktiviti pelancongan. Kesemua
elemen ini akan di nilai berdasarkan pemerhatian dan penilaian berdasarkan kaedah indeks pemberat
(pemberian skor). Kelangsungan aktiviti pelancongan di kawasan luar bandar sedikit sebanyak dapat
mempelbagaikan aktiviti ekonomi penduduk dan tidak hanya bergantung kepada hasil setempat.

Kata kunci
Pusat Perkhidmatan Luar Bandar, Kelansungan Pelancongan Luar Bandar, Kaedah Indeks Pemberat
Abstract
A rural service center plays an important role for the people and surrounding rural area. However,
the service center has also become the focus of people outside needing especially for those engaged in
tourism activities. Thus, this paper will focus on specific features that must be present in a service
center to support the continuity of rural tourism activities. The evaluation is divided into two aspects,
firstly, physical aspects of service centers which include elements of Accessibility through
transportion functions, facilities and others supporting servises availability. The second aspect relates
to socio-economic conditions that include elements of labor, current population and local economic
activities supporting tourism activities. All of these elements will be assessed based on the observation
and evaluation by the weight index method (rating score). The continuity of rural tourism activities
provide variaty for economic activity and not dependence only to local production.
Keywords
Rural Service Center, Continuity of Rural Tourism, Weight Index Method

1

PENGENALAN
Pusat perkhidmatan memainkan peranan yang penting di kawasan luar bandar. Kepentingan fungsinya

terhadap kegiatan ekonomi dan sosial di kawasan luar bandar sering di kaji oleh ahli akademik.
Penemuan kajian mendapati bahawa antara fungsi penting pusat perkhidmatan luar bandar adalah
sebagai pusat penyediaan kemudahan runcit dan perkhidmatan, pusat kemudahan awam dan sosial,
pusat penyaluran input pertanian dan pemasaran, pusat penyediaan kemudahan industri kecil serta
pusat penjanaan peluang-peluang bukan pertanian (Katiman, 2001; Tacoli, 1998). Oleh kerana
fungsinya yang pelbagai, pusat perkhidmatan menjadi tarikan bukan sahaja oleh penduduk sekitar
malah ianya turut menjadi titik tumpuan (focal point) kepada masyarakat luar yang datang sebagai
pelancong untuk melancong.
Kebiasaanya pusat-pusat perkhidmatan luar bandar yang berhampiran dengan kegiatan
pelancongan akan menjadi tarikan kepada pelancong bagi mendapatkan barangan asas serta
perkhidmatan sebelum mereka ke destinasi yang dituju. Ada juga sesetengah pusat perkhidmatan yang
mempunyai atau menawarkan destinasi pelancongan yang menarik pengunjung untuk datang seperti
restoren makanan, industri kecil dan sederhana serta industri hiliran. Oleh kerana wujudnya
pemintaan yang baik dari sector pelancongan, sesetengah pusat perkhidmatan akan terus
memperkembangkan penawaran fungsinya bagi menyokong aktiviti pelancongan tersebut. Walau
bagaimanapun, wujud juga pusat perkhidmatan yang tidak berupaya menawarkan perkhidmatan oleh
kerana tahap tahap ekonomi yang rendah, tahap fasiliti yang terhad dan jumlah penduduk yang kurang
(Katiman & Khaw, 1985; Katiman, 2000; Hamid Saad, 2000). Oleh demikian, Kertas kerja ini
memberi fokus kepada penilaian ciri-ciri khusus sebuah pusat perkhidmatan luar bandar yang baik
dan mampu menyokong aktiviti pelancongan di luar bandar.

CIRI PUSAT PERKHIDMATAN LUAR BANDAR DI MALAYSIA
Secara prinsipnya, penentuan sesebuah pusat petempatan adalah sukar dan berbeza-beza mengikut
Negara oleh kerana faktor keadaan geografinya serta kekangan maklumat demografi. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa pengkaji yang memberi pengkelasan umum untuk menentukan ciriciri sebuah pusat petempatan. Menurut E. Zabardast (2004), ciri utama penentuan kateria pusat
perkhidmatan luar bandar adalah seperti berikut;i.
ii.

iii.

iv.

Sebahagian besar tenaga kerja yang menggerakkan ekonomi setempat adalah dalam kegiatan
bukan pertanian.
Fungsi pentadbiran di bandar kecil ini adalah minimum dan secara umumnya tahap
kemudahan dan perkhidmatan adalah di peringkat rendah seperti pusat kesihatan, sekolah
rendah dan balai polis.
Penglibatan dalam pengeluaran negara dan serantau adalah kecil. Walau bagaimanapun,
fungsi dan peranannya di peringkat tempatan adalah penting sebagai pusat yang menawarkan
barangan dan perkhidmatan kepada penduduk sekitar.
Mewujudkan jaringan kemudahsampaian yang lebih efektif kepada penduduk luar bandar

melalui pusat perkhidmatan tersebut.

Manakala kajian oleh beberapa penulis, seperti Cohen, English dan Brookfield (1977), Rondinelli
(1984), Azman Awang (1984), Baker (1990), dan Katiman Rostam (1991), mendapati bahawa fungsi
pusat perkhidmatan di negara-negara membangun adalah seperti Jadual 1 berikut:

2

Jadual 1: Fungsi Asas Pusat Perkhidmatan Luar Bandar
Bil.

Fungsi Pusat Perkhidmatan

Perincian



Pejabat penghulu
Pejabat Kerajaan (Cawangan)


Industri kecil dan sederhana (IKS)





Keperluan pertanian
Kedai runcit/Market/Supermarket
Aktiviti berasaskan sumber /Komoditi

4.

Pusat Perhubungan/Pengangkutan



Jaringan perhubungan antara bandar-desa

5.


Pusat Perbankkan



Perbankkan dan perkhidmatan kredit

6.

Pusat Kemudahan/Infrastruktur



Kemudahan pendidikan, keagamaan,
kesihatan, rekriasi dan keselamatan

1.

Pentadbiran peringkat tempatan

2.


Pusat perniagaan dan komersil

3.

Sumber: Olahan daripada Conen, English dan Brookfield (1977), Rodinelli (1984), Azman Awang
(1984), Baked (1990) dan Katiman Rostam (1991).
Berdasarkan ciri dan fungsi diatas, dapat disimpulkan bahawa pusat perkhidmatan luar bandar
bukan sahaja turut berfungsi dalam aktiviti ekonomi bahkan juga menawarkan pelbagai kemudahan
sosial serta perkhidmatan sehinggakan kepada penduduk di kawasan tadahan dan pengunjung dari
luar. Meskipun begitu, masih terdapat pusat perkhidmatan yang hanya menawarkan fungsi bersifat
asas sahaja (pusat separa lengkap). Sebagai sebuah pusat kepada masyarakat, pusat perkhidmatan
seharusnya di bangunkan dengan jelas fungsinya dan berkesan agar dapat menyokong keperluan
setempat.
Menurut piawaian perancangan dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), pusat
perkhidmatan adalah bandar yang mempunyai bilangan penduduk dan kemudahan yang telah
ditetapkan dalam dua kategori, iaitu:





Bandar Kecil Kategori I – mempunyai saiz penduduk antara 5,000 sehingga 10,000 orang
dan pusat perkhidmatan ini mempunyai kemudahan-kemudahan dalam lingkungan jarak 5
km.
Bandar Kecil Kategori II - mempunyai saiz penduduk antara 500 sehingga 5,000 orang dan
pusat perkhidmatan ini perlu mempunyai kemudahan-kemudahan dalam lingkungan jarak 3
km.

POTENSI PUSAT PERKHIDMATAN TERHADAP PEMBANGUNAN PELANCONGAN
Berdasarkan Model Pelancongan Bandar oleh Opperman dan Kyle (1997), fungsi pelancongan boleh
ditakrifkan apabila sesebuah bandar menyediakan kemudahan penginapan seperti hotel, homestay
atau rumah tetamu di dalam kawasan tadahannya. Di kebanyakan pusat perkhidmatan, fungsi ini telah
membangun dengan pantas selari dengan pesatnya pembangunan pelancongan setempat sesebuah
kawasan. Tambahan pula, kewujudan destinasi pelancongan yang menarik di kawasan sekitarnya
membuatkan kemudahan pelancongan di kawasan pusat perkhidmatan turut sama membangun akibat
wujudnya penawaran yang sebelum ini minimum. Pengaruh pelancongan tempatan sedikit sebanyak
telah mempengaruhi ekonomi penduduk luar bandar yang menjalankan aktiviti ekonomi premier
kepada aktiviti ekonomi tertier. Aktiviti ekonomi tertier ini juga membuktikan bahawa sesebuah pusat
perkhidmatan mampu menyokong aktiviti pelancongan di kawasan sekitar.
3


LOKASI DAN METODOLOGI KAJIAN
Lokasi kawasan kajian difokuskan kepada lima pusat perkhidmatan luar bandar yang terletak di pantai
timur Johor. Pemilihan kawasan ini adalah berdasarkan lokasinya yang terletak di dalam Zon Khas
Pelancongan Negara menurut Pelan Fizikal Negara 2 serta tahap heirarkinya di dalam petempatan.
Berikut (Jadual 2 dan Rajah 1) merupakan lima pusat perkhidmatan yang telah dipilih sebagai lokasi
kajian.
Jadual 2: Kawasan Kajian
Bil.

Bandar

Hierarki

Saiz Populasi (orang)*

1.

Mersing


Bandar Pertengahan

10,301

2.

Penawar

Bandar Pertengahan

6,145

3.

Endau

Bandar Kecil

3,236


4.

Sg. Rengit

Bandar Kecil

2,018

5.

Sedili Besar

Bandar Kecil

878

*Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia; Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010
Kaedah pemerhatian dan pengiraan di lapangan dijalankan bagi memperolehi maklumat
berkaitan fungsi (aktiviti ekonomi) yang terdapat di dalam setiap pusat perkhidmatan. Maklumat
fungsi ini dikumpul untuk melihat secara keseluruhan interaksi pusat perkhidmatan dengan aktiviti
yang menyokong pelancongan setempat.
Indeks Pemberat digunakan bagi menilai tahap interkasi tersebut sama ada ianya di
kategorikan sebagai sangat menyokong sehinggalah tahap tidak menyokong aktiviti pelancongan.
Indeks pemberat di berikan skala seperti Jadual 3 dibawah dan setiap skala membawa nilai tertentu.
Hasil analisa tersebut, ia akan mengkategorikan setiap fungsi yang terdapat di dalam sesebuah pusat
perkhidmatan sama ada ianya fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan atau tidak (Lampiran A
dan Lampiran B).
Selain itu, teknik temuramah secara ringkas dengan pelancong bagi mendapatkan maklum
balas serta cadangan membina dari mereka dijalankan. Temubual dijalankan secara rawak di setiap
pusat perkhidmatan. Seramai 20 orang responden (pelancong yang bermalam) di setiap lokasi kajian
akan menjawab beberapa soalan ringkas berkaitan tahap kepuasan fasiliti serta fungsi kemudahan
yang kerap atau pernah digunakan sepanjang berada di pusat perkhidmatan. Ini bagi membolehkan
cadangan atau penambahbaikkan dapat dibentuk diakhir kajian.
Jadual 3: Perincian Skor bagi Indeks Pemberat bagi Kajian
Skor Indeks Pemberat
(Nilai)
2
1
0

Perincian
Mempunyai fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan
Kurang mempunyai fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan
secara jelas / Fungsi adalah terhad
Tidak mempunyai fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan/
Fungsi yang dijalankan tidak berkaitan dengan pelancongan

4

ENDAU

MERSING

SEDILI BESAR

PENAWAR

…………………………. Zon Khas Pelancongan Negara
…………………………. Pusat Perkhidmatan (Kawasan Kajian)

SG. RENGIT
Rajah 1: Lokasi Kawasan Kajian
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia; Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010
5

TAHAP FUNGSI PENGANGKUTAN DAN KEMUDAHSAMPAIAN
Tahap kemudahsampaian bagi kajian ini memberi fokus kepada fungsi pengangkutan yang terdapat di
pusat perkhidmatan bagi kelima-lima bandar yang di kaji. Fungsi pengangkutan yang baik biasanya
mampu memberikan tahap kemudahsampaian yang optimum kepada penduduk sekitar dan kepada
pelancong luar umumnya. Fungsi pengangkutan di kawasan kajian termasuklah fungsi stesen bas,
teksi, jeti dan terminal bot. Pusat perkhidmatan seharusnya mempunyai fungsi pengangkutan yang
baik supaya tahap kemudahsampaian di kawasan luar bandar dapat di minimakan. Tambahan pula
kebanyakkan jarak destinasi pelancongan dengan pusat perkhidmatan adalah lebih dari lingkungan
kawasannya (3 km - 5 km).
Berdasarkan temubual dari responden yang terpilih, hasil yang diperolehi adalah seperti di
Rajah 2 dibawah. Kebanyakkan responden yang ditemubual memberi skor yang baik terhadap fungsi
pengangkutan di bandar Mersing dan Bandar Penawar. Manakala skor sederhana diberikan kepada
bandar Endau dan Sungai Rengit. Kebanyakan responden kurang berpuas hati dengan tahap
perkhidmatan pengangkutan di Sedili Besar. Fungsi pengangkutan di bandar Mersing dan Bandar
Penawar adalah di tahap baik selari dengan heirarki petempatannya sebagai bandar pertengahan.
Meskipun kebanyakkan destinasi pelancongan di kedua-dua bandar tersebut agak jauh (kira-kira 15
km dan keatas), tahap kemudahsampaian ke destinasi atau ke pusat perkhidmatan kedua-dua bandar
adalah baik.
Bagi Bandar Endau dan Sungai Rengit pula, kebanyakkan destinasi pelancongannya adalah di
sekitar lingkungan kawasan pusat perkhidmatan (kurang dari 10 km). Kebanyakkan pengunjung yang
datang hanya akan menggunakan perkhidmatan teksi atau kereta sewa untuk ke destinasi
pelancongan. Oleh itu, keperluan terhadap fungsi pengangkutan di kedua-dua bandar ini adalah
sederhana. Berbeza pula dengan Sedili Besar, disebabkan faktor kedudukan lokasinya (di rentangi
oleh Sungai Sedili Besar) tahap kemudahsampaiannya adalah kurang. Laluan air melalui jeti yang
lebih dekat sudah tidak menjadi pilihan kerana telah wujud laluan darat sebagai altenatif walaupun
jaraknya akan jauh. Oleh yang demikian, kebanyakkan pengunjung adalah pengunjung tempatan yang
mengetahui laluan altenatif ke Sedili Besar.

Rajah 2: Tahap Fungsi Pengangkutan di Kawasan Kajian
Sumber: Kajian Lapangan, 2014
6

TAHAP KETERSEDIAAN KEMUDAHAN DAN FASILITI
Berdasarkan pemerhatian dan kajian di lapangan terhadap 857 buah premis di kelima-lima pusat
perkhidmatan, kajian merumuskan terdapat sebanyak 52 jenis fungsi yang menyumbang kepada 846
fungsi di dalam kawasan kajian. Bandar Mersing mempunyai jumlah fungsi yang tertinggi berbanding
empat pusat perkhidmatan yang lain. Hal ini kerana mersing mempunyai jumlah populasi yang lebih
tinggi (10,301 orang). Jumlah populasi yang tinggi dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat
kerana wujudnya pemintaan dan kuasa beli yang tinggi. Manakala Sedili Besar berada dikedudukan
terendah kerana bilangan fungsinya yang rendah (55 fungsi) selari dengan jumlah populasinya yang
juga rendah (Jadual 4)
Jadual 4: Jenis Fungsi, Jumlah Fungsi dan Bilangan Premis di Kawasan Kajian
Bandar

Jumlah Polpulasi

Bilangan
Premis

Bilangan
Jenis Fungsi

Jumlah
Fungsi

Mersing

10,301

367

32

412

Bandar Penawar

6,145

254

30

173

Endau

3,236

135

21

124

Sg. Rengit

2,018

68

23

82

Sedili Besar

878

33

11

55

Sumber: Kajian Lapangan, 2014
**Nota: Fungsi
– Satu unit aktiviti ekonomi yang terdapat dalam sesebuah kawasan
Jenis Fungsi – Sekumpulan unit fungsi yang aktivitinya berulang di sesebuah kawasan

Unit fungsi yang telah dikenal pasti sebanyak 846 fungsi, dianalisis dan dikategorikan skornya
berdasarkan Indeks Pemberat (Jadual 3). Melalui Indeks Pemberat ini, skor penuh (skor 2) diberikan
kepada unit fungsi yang menyokong aktiviti pelancongan. Manakala Skor 1 kepada aktiviti yang
fungsinya terhad kepada penduduk tempatan dan Skor 0 kepada fungsi yang tidak menyokong aktiviti
pelancongan atau tidak berkaitan.
Hasil analisis Indeks Pemberat ini mendapati bahawa bandar Mersing (77 %), Bandar
Penawar (71 %), dan Sungai Rengit (61 %) berjaya melepasi peratusan minimum sebagai fungsi yang
menyokong aktiviti pelancongan di kawasan masing-masing.Namun, pusat perkhidmatan di Endau
(49 %) dan Sedili Besar (47 %) tidak berjaya melepasi tahap minimum tersebut. Hal ini menunjukkan
bahawa kemudahan serta infrastruktur di Sedili Besar dan Endau adalah terhad kepada pelancong
luar. (Rajah 3 dan Jadual 5).
Walau bagaimanapun, Sedili Besar boleh dibangunkan aktiviti berorentasikan pelancongan
yang baik. Sedia maklum Sedili Besar adalah kawasan tidak formal pemancing-pemacing laut dalam
bagi mendapatkan perkhidmatan bot untuk ke laut. Berdasarkan faktor pemintaan ini, sedili besar
boleh mempromosikan dan memperhebatkan lagi aktiviti berasaskan pelancongan sedia ada seperti
memperbanyakkan penginapan chalet, restoren makanan laut dan kemudahan bot. Walaupun
kedudukannya agak terpencil, namun tahap pemintaan yang wujud mampu memberi implikasi yang
baik terhadap aktiviti pelancongan di masa hadapan. Manakala Endau pula mempunyai destinasi ecopelancongan yang berpotensi tinggi dan ia menjadi faktor pemangkin utama kepada pusat
perkhidmatan.

7

Garis Minimum

Rajah 3 : Peratusan Skor Indeks Pemberat Mengikut Kawasan
Sumber: Kajian Lapangan, 2014
Jadual 5 : Skor Indeks Pemberat Mengikut Kawasan
Jenis Fungsi
(Kategori)

Mersing

Bandar
Penawar

Endau

Sg. Rengit

Sedili Besar

Pentadbiran
 Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan
 Pejabat –Pejabat Kerajaan (Cawangan)

15

10

2

2

0

Perniagaan dan Komersil
 Kedai/ /Market/Supermarket
 Kedai Pertukangan,/Pertanian/Baja
 Bengkel Kenderaan

410

93

66

54

31

Industri
 Kilang Industri Kecil Sederhana (IKS)

54

20

5

8

4

Pengangkutan
 Jeti/ Stesen Bas
 Terminal Teksi/ Kereta Sewa

12

4

4

4

1

Kewangan
 Premis Perbankkan
 Premis Tukaran Wang Asing

24

4

10

2

1

Fasiliti Sosial
 Fasiliti Kesihatan – Klinik, Hospital
 Pendidikan- Sekolah, Kolej
 Keselamatan- Balai Polis dan Bomba
 Keagamaan – Masjid, Gereja, Tokong, Kuil
 Rekriasi- Gymnasium, Rumah Kelab

72

75

17

10

5

Fasiliti Pelancongan (Penginapan)
 Hotel, Chalet, Guest House, Homestay

48

40

18

20

3

635

246

145

100

53

77.06

71.10

49.19

60.98

47.32

Skor Kawasan Kajian

JUMLAH SKOR PEMBERAT
PERATUSAN (%)

8

HUBUNGKAIT SOSIOEKONOMI PENDUDUK DENGAN KELANSUNGAN AKTIVITI
PELANCONGAN
Secara umumnya, kepesatan sesebuah petempatan bergantung kepada jumlah penduduknya. Kadar
populasi yang tinggi mampu meningkatkan kadar petumbuhan sesebuah bandar. Sebaliknya kadar
migrasi keluar yang tinggi serta kadar mortaliti yang rendah boleh memberi implikasi negatif kepada
pertumbuhan sesebuah petempatan. Walau bagaimanapun, pertumbuhan populasi di kawasan kajian
adalah sederhana. Tren migrasi dari bandar ke bandar lain menyebabkan pertumbuhan di bandarbandar kecil menjadi agak lembab. Secara keseluruhannya, peratusan jumlah tenaga kerja yang
produktif (had umur 20 tahun sehingga 60 tahun) berbanding jumlah keseluruhan penduduk (Rajah 4)
adalah di tahap yang sederhana (sekitar 55% sehingga 60%). Hal ini menunjukkan bahawa tenaga
kerja di kawasan kajian masih lagi efektif untuk dibangunkan sektor baru sebagai sumber ekonomi
altenatif.

Rajah 4 : Jumlah Penduduk Berbanding Jumlah Tenaga Kerja Produktif
Sumber: Olahan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010

Berdasarkan maklumat bancian dari Jabatan Perangkaan 2010 serta kajian lapangan pengkaji
mendapati bahawa pecahan pekerjaan di kawasan kajian adalah seperti di Rajah 5 berikut. Majoriti
pusat perkhidmatan kawasan kajian menceburi aktiviti ekonomi dalam bidang perniagaan dan
komersil seperti di bandar Mersing (57%), Bandar Penawar (42%) dan Sungai Rengit (56%).
Manakala peratusan aktivti dalam pertanian dan perikanan adalah lebih tinggi di bandar Endau (40%)
dan Sedili Besar (64%). Bagi kegiatan ekonomi dalam sektor pelancongan semasa pula, bandar
Mersing dan Endau mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 13% dan 18% berbanding pusat
perkhidmatan lain. Daripada maklumat ini dapat dirumuskan bahawa ekonomi di Mersing, Bandar
Penawar, Sungai Rengit dan Endau masih menyokong sektor pelancongan melalui sektor perniagaan.
Walau bagaimanapun, peralihan sumber ekonomi dari ekonomi primer (pertanian) kepada sumber
tertier di kawasan bandar kecil adalah di galakkan supaya sumber ekonomi dapat di pelbagaikan.

9

Rajah 5 : Pecahan Pekerjaan Penduduk Mengikut Sektor Ekonomi Kawasan
Sumber: Olahan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010

KESIMPULAN
Berdasarkan kepada penemuan-penemuan kajian diatas, Pusat perkhidmatan di Mersing, Bandar
Penawar dan Sungai Rengit menunjukkan ciri-ciri positif sebagai sebuah pusat perkhidmatan luar
bandar yang menyokong aktiviti dalam sektor pelancongan. Kewujudan kemudahan dan fasiliti sedia
ada mampu untuk menampung pemintaan dan keperluan masyarakat setempat dan pengunjung luar.
Hal ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga pusat perkhidmatan tersebut mempunyai fungsi bandar yang
pelbagai dan tidak terhad.
Walau bagaimanapun, bagi pusat perkhidmatan di Endau dan Sedili Besar, tahap kefungsian
bandarnya masih mampu dipertingkatkan. Endau mampu berkembang dengan kewujudan Taman
Negara Endau-Rompin, kewujudan tenaga kerja yang mencukupi di jangka mampu memberi impak
positif kepada Endau. Sedili Besar pula perlu mengambil peluang terhadap pemintaan ekonomi dalam
sektor pelancongan yang sedia ada dan mengembangkannya. Sedili Besar juga mempunyai tenaga
kerja yang mencukupi untuk pembangunan ekonomi masa hadapan yang lebih optimum. Berikut
Jadual 6 menunjukkan secara ringkas kesimpulan kajian yang menggambarkan tahap ketersediaan
pusat perkhidmatan dalam menyokong aktiviti pelancongan di timur Johor.
Jadual 6: Ringkasan Kesimpulan bagi Tahap Pusat Perkhidmatan
Ciri -Ciri
Bandar
Sg.
Mersing
Bandar
Penawar
Rengit
Tahap Kemudahsampaian

Endau

Sedili
Besar

Ketersediaan Fungsi Bandar
Tenaga Kerja Setempat
Aktiviti Ekonomi Setempat
10

PENUTUP
Pusat-pusat perkhidamtan luar bandar perlu mengadaptasi pekembangan ekonomi setempat mengikut
peluang-peluang sedia ada. Untuk tujuan tersebut, pelbagai pihak perlu bekerjasama bagi
membangunkan fungsi pusat perkhidmatan luar bandar ini kerana peranannya adalah amat penting di
kawasan luar bandar. Pihak Berkuasa Tempatan harus memberi sepenuh perhatian dan buah fikiran
bagi mencetuskan peluang-peluang ekonomi baru di kawasan pentadbiran mereka. Manakala tenaga
kerja setempat perlulah lebih efektif dan kreatif dalam menceburkan diri dalam aktiviti ekonomi baru
terutamanya dalam sektor pelancongan agar dapat menarik minat pengunjung untuk datang. Berikut
merupakan antara ciri-ciri khusus yang perlu ada bagi sesebuah pusat perkhidmatan untuk menyokong
aktiviti pelancongan sedia ada:








Mewujudkan fungsi pengangkutan yang baik supaya tahap kemudahsampaian yang optimum
dapat dicapai terutama dari aspek menghubungkan pusat perkhidmatan dengan aktiviti
pelancongan.
Memgembangkan fungsi komersil dan perniagaan serta fungsi industri kecil sederhana (IKS)
supaya dapat meningkatkan ekonomi setempat sekaligus mewujudkan penawaran barangan
yang mampu menampung keperluan penduduk dan pengunjung luar
Menambahbaik fasiliti dan kemuudahan sokongan pelancongan di pusat perkhidmatan seperti
pusat informasi, kemudahan penginapan dan fasiliti keselamatan agar berada di tahap yang
baik.
Ketidakbergantungan terhadap ekonomi premier dan memberi peluang kepada ekonomi
tertier seperti aktiviti pelancongan untuk menjana ekonomi setempat
Mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menggerakkan ekonomi baru seperti ekonomi
tertier ini.

Kewujudan kepelbagaian tren pelancongan kini menyebabkan aktiviti pelancongan luar bandar di
Malaysia menjadi salah satu tarikan utama. Oleh itu, keupayaan dan ketersediaan pusat perkhidmatan
luar bandar dalam menyokong aktiviti pelancongan adalah penting. Pusat perkhidmatan luar bandar
telah menjadi pusat tumpuan pelancong bagi mendapatkan barangan asas, kemudahan dan
perkhidmatan sebelum ke destinasi pelancongan yang lain. Peluang-peluang mempelbagaikan fungsi
di dalam bandar untuk menarik pelancong datang adalah merupakan peluang yang bernilai. Pusat
perkhidmatan boleh dianggap sebagai medium penghubung di antara kemudahan di pusat bandar
dengan kawasan pelancongan yang terpencil dan pedalaman luar bandar. Fungsi pusat perkhidmatan
yang baik dan optimum mampu memudahkan pengunjung luar sekaligus penduduk setempat dapat
menikmati infrastruktur dan kemudahan yang tersedia.

11

RUJUKAN

Azman Hj.Awang (1984) Small towns, olds new: their status in the national settlement
structure in West Malaysia. Dlm Kammeier, H.D& Swan, P.J (pnyt.). Equity with
Growth?planning perspective for small own in developing countries, hlm 248-259.
Bangkok: Asian Institute of Technology.
Baker, J. (1990) The growth and function of small urban centers in Ethiopia. Dlm. Baker,J.
(pnyt.) Small town Africa: studies in rural-urban interaction, hlm. 209-227. Uppsala:
The Scandinavian Institute of African Studies.
Carter,H (1990) Urban and rural settlement. Landon, Longman Group Ltd.
Cohan,M, English,J. &Brookfield,H (1977) Functional diversity at the base of the urban
system in Peninsular Malaysia. The Jurnal of Tropical Geoghraphy 45; 12-25
Department of Statistic Malaysia (2010) Population and housing census of Malaysia 2010.
Kuala Lumpur
Department of town and county planning peninsular Malaysia (1998), National Physical
Plan, Kuala Lumpur
E.Zabardash (2004). Size of a City. Iran Center for Achitecture and City Planning, Tehran,
p.36
G. Halseth & C. Meiklejohn (2009) Indicator of small town tourism development
potential:the case of Fouriesburg, South Afrika. Urban Forum (20) 293-317
Katiman Rostam (2001) Dasar dan Strategi petempatan dalam pembangunan negara.
Penenrbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Katiman Rostam, Khaw Loo Bean (1985) Hierarki kefungsian pusat peringkat rendah:
Contohdari Hulu Terengganu. Ilmu Alam Bil 14 & 15. Mei 1985, 15-34.
Katiman Rostam (1991) The roles of service center on rural development:a study of the
settlement of Hilir Perak,Malaysia, Akademia 38: 29-58
Katiman Rostam (2000) Pembandaran dalam era globalisasi: Beberapa kesan terhadap
ruangekonomi desa di pinggiran metropolitan. Prosiding Seminar Antarabangsa Alam,
Manusiadan Pembangunannya di Malaysia: Dasar Starategi dan Kelestariannya.
Anjuran PersatuanKebangsaan Geografi Malaysia dan Jabatan Geografi Universiti
Kebangsaan Malaysia, pada19 Jun 2000 Bangi. Tidak diterbitkan.
Lal,N (1989). Rural Settlement Planning and Developmant.Allahabad;Chugh Publication.
Oppermann, M & Kyle-Sung Chon (1997) Tourism in developing countries. London:
International Thomson Business Press.
Tacoli C.(1998) Rural- urban interaction: A guide to the literature. Enviroment and
Urbanazation 10 (1) (April), 147-166
Yazid Salleh, Katiman Rostam & Mohd Yusof Hussain (2011) Model heirarki kefungsian
dan pusat pertumbuhan sebagai asas bagi merancang kawasan luar Bandar di Malaysia:
Bukti dri Daerah Batang Padang. Malaysia Journal of Society and Space 7: Special
issue: Social and Spartial Callengers of Malaysia Cevelopment (66=79).

12

LAMPIRAN A : Justifikasi Penentuan Skala Indeks Pemberat

SKALA PENGUKURAN

SKOR
SKOR 2
( Menyokong)

PERICIAN

 Kegiatan aktiviti yang
bersangkutan dengan
keperluan pelancongan
disamping untuk kegunaan
tempatan
 Mempunyai/menyediakan
lebihan stok barangan untuk
tujuan pemintaan lebihan
dari luar.
 Menawarkan
perkhidmatan/fasiliti kepada
pelancong dan juga
penduduk tempatan

SKOR 1
(Tidak Pasti)





Mempunyai kegiatan
aktiviti ekonomi yang
kurang jelas/ ekonomi
bercampur
Penawaran fasiliti dan
perkhidmatan yang sangat
minimum kepada
pelancong sehingga tidak
menjadi pilihan utama.

SKOR 0
(Tidak Menyokong)





Tidak mempunyai
kegiatan ekonomi
yang bersangkutan
dengan aktiviti
pelancongan
Tidak menawarkan
sebarang
perkhidmatan keapada
pelancong luar untuk
berurusan

13

LAMPIRAN B : Skor bagi Fungsi Pusat Perkhidmatan berdasarkan Skala Indeks Pemberat
FUNGSI
(KATEGORI)

SKOR 2

SKOR

PENGINAPAN

PERNIAGAAN

PERINDUSTRI





Hotel
Homestay
Rumah Tamu



Kedai runcit/supermarket
(barangan asas)
Kedai Makan/Restoren
Bengkel kenderaan
Kedai
Cenderahati/Hadiah









Kedai cucian kenderaan
Kedai Alat Ganti

Kenderaan
Agensi

Insurans/Perjudian

Kilang-kilang IKS
/Usahawan Kecil

-



Stesen Bas/ Teksi/ Kereta
Sewa/ Keretapi
Jeti/ Terminal Feri/ Bot

-





Klinik kesihatan/ klinik
desa
Hospital

PERBANKKAN




Perbankkan kreadit
Perbankkan konvesional

KESELAMATAN



Balai Polis



Pusat Informasi
Pelancongan
Pusat
Kebudayaan/kesenian
Rumah-Rumah Ibadat ;Masjid, Kuil, Tokong

KESIHATAN






SKOR 0



-



PENGANGKUTAN

PERKHIDMATAN
LAIN

SKOR 1

Rumah Sewa
Asrama

Kedai barangan
pertanian
Kedai haiwan



Kilang Pemprosesan/
Kilang Baja/Padi



Jeti Pendaratan Ikan

Klinik swasta

-

-

-



Balai Bomba

-




Agensi Kerajaan
Pejabat Pos




Sekolah
Kolej Pendidikan

14