LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Penggunaan Rumus

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Penggunaan Rumus “JeBaGaL” dalam Meningkatkan Kemahiran Membina
Ulasan Nilai Murni dalam Kalangan Murid Tahun 4

Oleh:
Oi Tze Hooi
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shang Cheng
09400 Padang Serai
Kedah.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ulasan nilai murni
dalam kalangan murid Tahun 4. Seramai 28 orang murid dari kelas 4M terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, pemerhatian,
lembaran kerja dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid-murid
menghadapi masalah dalam menentukan nilai murni yang sesuai dengan teks yang
diberikan. Mereka juga menghadapi masalah untuk membina ayat yang lengkap
semasa membuat ulasan. Kemahiran membina ulasan nilai murni soalan wajib
dijawab dalam Bahagian C Kertas 2 Bahasa Malaysia. Justeru, saya telah
menggunakan rumus “JeBaGaL” untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid
kelas 4M dalam penulisan ulasan nilai murni. Rumus “JeBaGaL” merupakan akronim

daripada 4 perkataan. Akronim “Je” membawa maksud “jelmaan”, “Ba” membawa
maksud “baca”, “Ga” membawa maksud “garis” manakala “L” membawa maksud
“melengkapkan jadual”. Sebanyak lapan aktiviti pembelajaran dan pengajaran telah
dijalankan dalam tempoh dua bulan. Tempoh masa setiap pelaksanaan aktiviti ialah
selama 30 minit. Perbandingan keputusan ujian pra dengan keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid-murid juga didapati lebih yakin dan
berminat dalam membina ulasan nilai murni selepas menggunakan kaedah ini.

1.0 Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran Lalu
Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di
Kelas 4M pada tahun ini. Sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran, saya
mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk menentukan nilai murni yang
sesuai dan menulis ulasan nilai murni berdasarkan teks yang diberikan.
Semasa ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun, markah yang
diperolehi murid-murid untuk bahagian ini hanyalah dalam lingkungan 2 hingga 7
markah, sedangkan markah penuh untuk bahagian ini adalah 20 markah. Hal ini telah
membuktikan bahawa mereka tidak dapat menguasai kemahiran membuat ulasan
apabila petikan nilai murni diberikan kepada mereka.
Berdasarkan pemerhatian saya, antara kesilapan yang sering dilakukan oleh
murid-murid ialah tidak dapat menentukan nilai murni yang tepat berdasarkan

pernyataan yang diberikan. Di samping itu, terdapat juga murid-murid yang tidak
dapat membuat ulasan dengan menggunakan ayat yang lengkap. Banyak ayat
tergantung yang dibina oleh mereka. Malahan, terdapat murid-murid yang hanya
menyalin semula teks yang diberikan kepada mereka kerana tidak mengetahui cara
untuk menjawab soalan ini.
Apabila saya bertanyakan keadaan ini kepada murid-murid, mereka
menyatakan bahawa mereka malas untuk membaca teks nilai murni yang diberikan.
Di samping itu, terdapat juga murid-murid yang menyatakan bahawa mereka tidak
berupaya mencari nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang diberikan. Selain
itu, terdapat murid yang menyatakan bahawa mereka mengetahui nilai murni yang
sesuai dengan pernyataan yang diberikan, namun mereka menghadapi masalah untuk
membina ulasan dalam ayat yang lengkap.
Sekiranya saya tidak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini, saya
pasti murid-murid di kelas ini tidak dapat menjawab soalan Bahagian C dengan baik.
Kesannya, markah keseluruhan bagi Kertas 2 akan terjejas.

2.0 Fokus Kajian
Murid-murid di kelas saya menghadapi banyak masalah semasa menjawab
Bahasa Melayu Kertas 2. Namun, saya hanya akan memfokuskan kajian ini kepada
masalah penulisan ulasan nilai murni. Hal ini disebabkan murid-murid di kelas saya

tidak dapat membuat ulasan berdasarkan teks nilai murni yang diberikan. Antara
kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid ialah seperti berikut:
i.

Murid-murid tidak dapat menentukan nilai murni berdasarkan pernyataan

ii.

yang diberikan.
Mereka menghadapi masalah untuk membina ayat yang lengkap semasa
membuat ulasan.
Melalui penggunaan rumus “JeBaGaL”, saya akan memfokuskan kajian ini

dalam dua aspek iaitu
i.
Menentukan nilai murni yang sesuai berdasarkan pernyataan yang
diberikan.
Menggunakan ayat yang lengkap dan betul semasa membuat ulasan nilai

ii.


murni.
Melalui penggunaan rumus “JeBaGaL”, saya yakin murid-murid dapat
menentukan nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang diberikan. Di samping
itu, mereka juga dapat membuat ulasan dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Saya berharap kajian ini dapat membantu murid-murid memperolehi markah yang
lebih tinggi untuk Bahagian C dalam Bahasa Melayu Kertas 2.

3.0 Objektif Kajian

3.1.

Objektif Umum:

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Bahagian C,
penulisan Bahasa Melayu Kertas 2.
3.2.
i.

Objektif Khusus:

Memastikan sekurang-kurangnya 15 orang daripada 28 orang murid di Kelas
4M mendapat sekurang-kurangnya 12 markah dalam Bahagian C, penulisan
Bahasa Melayu Kertas 2.

ii.

Meningkatkan kemahiran murid dalam menentukan nilai murni yang tepat

iii.

berdasarkan teks yang diberikan.
Meningkatkan kemahiran murid dalam membina ulasan dengan menggunakan
ayat yang lengkap.

4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 28 orang murid dari Kelas 4M SJK(C) Shang Cheng
yang terdiri daripada 15 orang perempuan dan 13 orang lelaki. Terdapat 11 orang
murid Melayu, 11 orang murid Cina, 3 orang murid Siam, 2 orang murid India dan
seorang murid Sikh di kelas ini. Selain itu, terdapat 2 orang murid yang dikategorikan
sebagai golongan kurang upaya di kelas ini kerana menghadapi masalah

pembelajaran.

5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
Jadual 1 : Kaedah Mengutip Data

Langkah
dan Tarikh
Langkah 1
23.6.14

Cara Penilaian
Pemerhatian

Kumpulan Tujuan
Sasaran
28
orang Memahami masalah yang dihadapi

Langkah 2

24.6.14

Semakan

murid 4M
oleh murid secara umum.
28
orang Mengenal pasti masalah sebenar yang

Lembaran Kerja
Ujian

murid 4M
dihadapi oleh murid.
28
orang Mengenal pasti masalah sebenar yang

Langkah 3
25.6.14
Langkah 4

26.6.14

Temubual

murid 4M
dihadapi oleh murid.
Secara 28
orang Temubual secara

Tidak Formal

murid 4M

tidak

formal

dijalankan secara rawak seramai 6
orang untuk mengenal pasti masalah
yang dihadapi.


5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Jadual 2 : Analisis Tinjauan Masalah
Langkah
dan Tarikh
Langkah 1
23.6.14

Cara Penilaian
Pemerhatian

Kumpulan Masalah telah dikenalpasti
Sasaran
28
orang Murid-murid kurang memberi respon

Langkah 2
24.6.14

Semakan


murid 4M
terhadap soalan yang diajukan.
28
orang Murid-murid tidak dapat menyatakan

Lembaran Kerja

murid 4M

nilai murni yang sesuai berdasarkan
pernyataan. Malah, lebih kurang 90%
daripada murid tidak dapat membuat
ulasan nilai murni dengan ayat yang

Langkah 3
25.6.14

Ujian


28

lengkap dan betul.
orang Selepas membuat ujian pra, saya

murid 4M

mendapati

semua

murid-murid

mendapat kurang daripada 7 markah
Langkah 4
26.6.14

Temubual

Secara 28

Tidak Formal

orang

murid 4M

untuk soalan ini.
i. Seramai 6 orang

telah

saya

temubual dan didapati mereka
menghadapi

kesukaran

untuk

menentukan nilai murni yang betul
berdasarkan pernyataan.
ii. Mereka juga menyatakan bahawa
tidak

mengetahui

cara

untuk

menulis ulasan nilai murni.

5.3 Tindakan yang Dijalankan/ Pemerhatian/ Refleksi
Berdasarkan tinjauan awal, didapati murid-murid di kelas ini memang lemah dari segi
penulisan. Mereka juga kurang keyakinan diri dan kurang berminat terhadap Bahasa
Malaysia. Pada pendapat mereka, penulisan Bahasa Malaysia merupakan satu subjek
yang amat sukar dan tidak dapat dikuasai. Sebagai guru Bahasa Malaysia untuk kelas
ini, saya bertanggungjawab untuk membantu mereka mengatasi masalah ini. Untuk
mengatasi masalah ini, penggunaan rumus “JeBaGaL” diperkenalkan untuk
melaksanakan kajian ini. Berikut merupakan langkah-langkah yang djalankan
berpandukan rumus “JeBaGaL”:
Langkah 1 : Jelmaan
Aktiviti ini bertujuan membantu murid-murid menentukan nilai murni yang tepat
dengan pernyataan yang diberikan. Dalam aktiviti ini, murid-murid diberikan set
latihan yang mengandungi pernyataan-pernyataan berkaitan dengan nilai murni
(Rujuk Lampiran 1). Murid-murid dikehendaki menulis nilai murni yang sesuai
berdasarkan pernyataan yang diberikan. Pernyataan-pernyataan yang diberikan berupa

kata kunci atau huraian bagi nilai murni yang telah dipelajari. Melalui aktiviti ini,
murid-murid dilatih untuk menjelmakan nilai-nilai yang yang tersirat di sebalik
pernyataan-pernyataan yang diberikan. Aktiviti ini dijalankan sebanyak 4 kali.
Pemerhatian:
Pada peringkat awal aktiviti, murid-murid tidak menentukan nilai murni yang sesuai
berdasarkan pernyataan nilai murni yang diberikan. Namun, selepas beberapa kali
aktiviti dijalankan, murid-murid telah menunjukkan kemajuan dan keyakinan.
Refleksi:
Murid-murid memberi respon positif terhadap aktiviti yang dijalankan. Mereka juga
mula menunjukkan minat terhadap penulisan ulasan nilai murni. Namun, bagi muridmurid yang lemah, mereka memerlukan bimbingan guru semasa menentukan nilai
murni yang sesuai berdasarkan pernyataan yang diberikan.
Langkah 2 : Baca
Selepas murid-murid telah membiasakan diri dengan pernyataan-pernyataan nilai
murni, muird-murid diberi teks nilai murni. Mereka diajar untuk membaca dan
memahami isi teks. Dalam aktiviti ini, murid-murid membaca teks nilai murni yang
diberikan. Murid-murid perlulah membaca teks dengan lancar dan teliti. Bagi muridmurid yang lemah, mereka digalakkan untuk membaca teks yang diberikan
sekuarang-kurangnya dua kali untuk memahami isi tersirat teks tersebut.
Pemerhatian:
Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati terdapat sesetengah murid yang tidak dapat
membaca teks dengan lancar tanpa bimbingan guru, terutamannya murid-murid
berbangsa Cina. Mereka juga tidak dapat memahami isi teks tanpa bimbingan guru.
Refleksi:
Walaupun masih terdapat murid-murid yang tidak dapat membaca teks dengan lancar,
namun mereka telah menunjukkan minat dan kesungguhan terhadap apa yang
dipelajari. Saya berasa ia merupakan satu fenomena yang baik dan positif.
Langkah 3: Garis

Selepas membaca, murid-murid mencari kata kunci dalam teks tersebut. Semasa
pembelajaran dan pengajaran kali pertama dan kedua, saya membaca pernyataan yang
perlu digaris oleh murid-murid. bagi pembelajaran dan pengajaran seterusnya, muridmurid mencari sendiri pernyataan atau kata kunci yang mengandungi nilai murni.
Murid-murid perlu membaca setiap ayat yang terdapat dalam teks dengan teliti untuk
mencari kata kunci. Seterusnya, mereka menggariskan kata kunci atau pernyataan
tersebut. Kemudian, secara berkumpulan, murid-murid melakukan perbincangan
untuk menentukan nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang telah digaris.
Mereka dikehendaki menulis nilai murni di atas pernyataan yang telah digaris. Guru
dan murid-murid bersama-sama melakukan perbincangan untuk mencari jawapan
yang betul.
Pemerhatian:
Melalui pemerhatian saya, didapati murid-murid amat menyukai aktiviti ini. Mereka
berasa puas dan gembira apabila berjaya menggariskan pernyataan yang betul atau
berjaya menentukan nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang digariskan.
Selain itu, perbincangan kumpulan juga membolehkan murid-murid membantu rakanrakan yang lebih lemah.

Refleksi:
Murid-murid kelihatan berminat dan gembira semasa menggariskan pernyataan dan
menentukan nilai murni yang sesuai dengan pernyataan. Mereka juga lebih yakin dan
memberi respon terhadap soalah yang diajukan. Walaupun mereka masih tidak dapat
menjawab soalan yang dikemukan dengan betul, namun perubahan yang ditunjukkan
ini telah memotivasikan saya agar lebih berusaha.
Langkah 4: Lengkapkan Jadual
Akhirnya, murid-murid melengkapkan jadual yang diberikan. Salah satu masalah
yang dihadapi oleh murid-murid di kelas ini ialah mereka tidak dapat membina ayat
yang gramatis semasa membuat ulasan nilai murni. Maka, saya menggunakan kaedah
jadual(Rujuk Lampiran 2) untuk membantu mereka membina ulasan dengan
menggunakan ayat yang lengkap dan gramatis. Selepas melengkapkan jadual, murid-

murid hanya perlu memindahkan maklumat yang terdapat di dalam jadual ke dalam
bentuk perenggan.
Pemerhatian:
Untuk kali pertama, ramai murid yang tidak dapat melengkapkan jadual dengan betul.
Namun selepas diberi bimbingan dan tunjuk ajar, kini mereka dapat melengkapkan
jadual dengan kesalahan yang minimun tanpa bimbingan guru. Namun, masih
terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat melengkapkan jadual tanpa
bimbingan guru. Saya juga mendapati kaedah jadual amat membantu dalam membina
ayat yang lengkap.
Refleksi:
Saya berasa puas hati dan gembira apabila melihat murid-murid menunjukkan minat
terhadap apa yang dipelajari. Hal ini kerana penggunaan jadual memudahkan mereka
untuk membina ayat yang lengkap dan betul. Bagi murid-murid yang memerlukan
bimbingan guru semasa melengkapkan jadual, saya akan meminta mereka melakukan
latihan ini secara berulang kali. Saya yakin mereka pasti akan menunjukkan
peningkatan dalam membina ulasan nilai murni.

5.4 Refleksi Kajian
Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca. Kebanyakan murid mendapat
keputusan yang lebih memberangsangkan dalam ujian pasca berbanding ujian pra.
5.4.1 Penilaian Pencapaian Murid
Jadual 3 : Perbandingan keputusan ujian pra dengan ujian pasca
Respode

Skor
Ujian pra

n
1
2
3
4
5
6
7

4
2
6
1
1
3
6

Ujian pasca
9
8
13
1
3
3
9

8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28

1
1
2
5
2
4
1
1
2
1
4
3
6
6
7
3
2
2
4
2
3

3
5
6
9
6
8
1
3
5
8
10
12
11
13
12
5
5
2
7
5
8

Jadual 4 : Analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca
Skor
1-4
5-8
9-12
13-16
17-20

22
6
0
0
0

Bilangan Respoden (orang)
Ujian pra
Ujian pasca
7
12
7
2
0

Ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan untuk menguji kemajuan responden.
Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden menunjukkan peningkatan.
Namun, masih terdapat beberapa orang responden yang tidak menunjukkan
peningkatan. Hal ini disebabkan mereka tidak dapat memahami teks nilai murni yang
diberikan.
Semasa ujian pra, seramai 22 orang responden mendapat skor pada julat 1-4.
Namun, selepas pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan rumus
“JeBaGaL” dilaksanakan, bilangan responden yang mendapat skor pada julat 1-4
berkurangan kepada 7 orang.

Selepas menggunakan rumus “JeBaGaL”, seramai 12 orang responden
mendapat skor pada julat 5-8 semasa ujian pasca berbanding 7 orang semasa ujian
pra. Selain itu, masing-masing 7 orang dan 2 orang responden mendapat skor pada
julat 9-12 dan 13-16 semasa ujian pasca sedangkan tiada responden yang mendapat
skor pada julat tersebut semasa ujian pra.

Graf 1 : Graf perbandingan keputusan ujian pra dengan ujian pasca

Bilangan Responden

25

20

15

10

5

0

1 hingga 4

5 hingga 8

9 hingga 12

13 hingga 16

Skor

Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan bahawa rumus “JeBaGaL” sesuai
digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran membina ulasan nilai murni. Selepas
penggunaan rumus “JeBaGaL” dalam pengajaran dan pembelajaran, prestasi
responden telah menunjukkan peningkatan.

5.4.2 Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
Sepanjang pelaksanaan kajian ini, banyak pengalaman yang telah saya perolehi.
Selepas kajian, saya dapat melihat perubahan yang ketara pada anak murid saya,
antaranya ialah:

i.

Perubahan Sikap Murid
Perubahan sikap murid merupakan perubahan yang paling ketara dikesan

selepas kajian dilakukan. Sebelum ini, murid-murid di kelas ini tidak menyukai mata
pelajaran Bahasa Malaysia terutamanya penulisan. Mereka selalu menyatakan bahawa
mata pelajaran Bahasa Malaysia amat sukar dan membosankan. Selain itu, semasa
sesi soal jawab, mereka juga tidak memberi respons terhadap soalan yang diajukan.
Namun, selepas kaedah “JaBaGaL” diperkenalkan, murid-murid di kelas saya
mula menunjukkan keyakinan semasa membina ulasan nilai murni. Mereka juga
meminati mata pelajaran Bahasa Malaysia dan selalu bertanya “...... cikgu......esok nak
buat aktiviti nilai murni......”. di samping itu, suasana pembelajaran dan pengajaran
juga menjadi lebih ceria. Semasa perbincangan jawapan, kedengaran suara “yeah.....”
apabila mereka berjaya menentukan nilai murni yang sesuai dengan pernyataan yang
digariskan. Perubahan sikap yang ditunjukkan mereka telah menyentuh perasaan saya
dan memberi dorongan kepada saya agar lebih berusaha untuk membantu
meningkatkan prestasi mereka.

ii.

Perubahan pada Pembelajaran Murid
Selepas kajian, murid-murid telah menunjukkan peningkatan dalam penulisan

ulasan nilai murni. Kini, bagi murid-murid perdana, mereka dapat menentukan
sekurang-kurangnya 2 daripada 4 nilai murni berdasarkan pernyataan yang diberikan
dengan betul. Di samping itu, kesalahan dari segi struktur ayat juga berkurangan. Bagi
saya , ia adalah perkembangan yang baik dan wajar diteruskan.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Kaedah ini perlu diteruskan kerana ia membantu murid-murid membina ulasan
nilai murni dengan betul. Kaedah ini juga dapat mengatasi kelemahan mereka iaitu
tidak berupaya menentukan nilai murni berdasarkan pernyataan yang diberikan dan
tidak berupaya membina ayat yang lengkapdan gramatis semasa membuat ulasan nilai
murni.

Namun, kaedah ini kurang sesuai untuk murid-murid LINUS memadangkan
mereka tidak menunjukkan peningkatan. Oleh sebab itu, kaedah-kaedah lain yang
sesuai perlu diterokai dan dikaji untuk membantu mereka.

7.0 Rujukan
Abdul Rahman Kamil bin Abu Naim. Mohd Shukri bin Ismail. (2013). UPSR Joyful
Learning Bahasa Malaysia. The Malaya Press Sdn Bhd.
Bryan Chang. (2012). Latihan Penulisan. Hup Lick Publishing (M) Sdn Bhd.
Faridah bt.Doya. (2012). Meningkatkan Kemahiran Membuat Ulasan Dalam Bahasa
Melayu Penulisan,Bahagian C-Tahun 5 Menggunakan Modul “Jelmaan”.
Dicapai dari http://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.html
Leeza. (2013). Penulisan Ulasan Nilai:Bahagian C (UPSR). Dicapai dari
http://www.santaileeza.com/2013/03/penulisan-ulasan-nilaibahagian-cupsr.html
Mohamad Nazri Musa. (2011). Praktis Membuat Ulasan Bahasa Melayu. Tunas
Pelangi Sdn Bhd
Mohd Ruslee Bin Mohd Salleh. (2012). Meningkatkan Kemahiran Mengingat,
Mengesan Dan Menulis Ulasan Nilai Murni Di Kalangan Murid Tahun Enam.
Dicapai dari http://www.scribd.com/doc/118081852/MENINGKATKANKEMAHIRAN-MENGINGAT-MENGESAN-DAN-MENULIS-NILAIMURNI-DI-KALANGAN-MURID-TAHUN-ENAM
Nordin bin Shaari. Nurul Aina binti Mohd Azmi. (2013). Meningkatkan Kemahiran
Menulis Ulasan Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Rasional
Menggunakan Teknik Akrostik. Dicapai dari https://www.google.
com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&cad=rja&uact=8&v
ed=0CCcQFjAB&url=http%3A%2F%2Fmylib.cakna.net%2Findex.php%2Fst
af%2Farticle%2Fdownload%2F247%2F246&ei=REj9U6TlJ4-dugSk44LwCg
&usg=AFQjCNFlat-0jRq35rZ_6iATtsvxrJth8g&sig2=-9wSoNtto6-1hjLXCet
0JA&bvm=bv.74035653,bs.1,d.cGU

8.0 Lampiran
Lampiran 1 : Latihan Jelmaan
Latihan 1
Bil

Pernyataan

Nilai Murni

.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Saya akan tiba awal di sekolah setiap hari.
Chee Hong suka membantu orang yang susah.
Jia Jie sendiri yang mencuci kasut sekolahnya.
Kita diajar bersalaman dengan orang tua.
Duit sakunya yang lebih dimasukkan ke dalam tabung.
Penduduk kampung Damai bergotong-royong
membersihkan taman.
Ibu bapa selalu menasihati anak-anaknya menjadi orang
berguna.
Ibu tidak pernah mengeluh dengan rezeki yang ada.
Kita perlu berasa bangga dan mencintai tanah air kita.
Setiap hari, ayah bersenam di halaman rumah.

Latihan 2
Bil

Pernyataan

.
1
2
3
4
5
6

Anis melintas jalan menggunakan jejantas.
Ai Ping selalu ingat akan pesanan ibunya supaya menjadi
orang yang baik.
Pemandu kereta itu berhenti apabila lampun isyarat
berwarna merah menyala.
Natalie menyapu sampah di kelasnya.
Wei Hong sentiasa mengulang kaji pelajaranya setiap hari.
Siti memulangkan baki wang yang terlebih kepada penjual

Nilai Murni

7
8
9
10

itu.
Lina mengambil tahu tentang kesihatan rakannya.
Kita perlu menyayangi keluarga kita.
Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin.
Sandy membantu orang itu tanpa mengharapkan balasan.

Latihan 3
Bil

Pernyataan

Nilai Murni

.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Selepas makan, Kai Jie membuang sisa makanan ke dalam
tong sampah.
Kit Wei mengucapkan terima kasih selepas menerima
hadiah daripada guru kelasnya.
Natasha menjaga adik-adiknya semasa ibu bapanya
menghadiri majlis perkahwinan jirannya.
Hafizi berdiri di tepi jalan sebelum melintas jalan.
Jia Jia menunggu lampu isyarat berwarna merah sebelum
sebelum melintas jalan.
Ali membantu orang tua itu melintas jalan.
Orang tua mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang
membantunya melintas jalan.
Kai Feng bangun pada pukul 6.00 pagi setiap hari.
Mei Ling mengemas bilik tidur sendiri.
Setiap pagi, Nini bersarapan dengan keluarganya.

Latihan 4
Bil

Pernyataan

.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Ali dengan rela hati membantu ibunya mencari pendapatan
tambahan untuk menyara keluarganya.
Wei Heng amat menyayangi keluarganya.
Pada setiap malam, Farid akan mengulang kaji pelajarannya.
Haikal memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya.
Murid-murid bergotong-royong membersihkan kelas.
Suki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
Adik memasukkan wang bakinya ke dalam tabung setiap
hari.
Setiap hari, Ahmad memakai pakaian seragam ke sekolah.
Kenny terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan budak
yang hampir lemas itu.
Setiap pagi, nenek memberi ayam peliharaannya makan

Nilai Murni

dedak dan jagung.

Lampiran 2 : contoh jadual
Penanda
Wacana

Kata
ganti
nama

Kata
bantu

nilai

Kata
hubung

huraian

Lampiran 4 : Ujian pra dan Ujian Pasca
Tulis 4 nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, Kim Seng terus masuk ke dalam bilik untuk
menyimpan beg sekolahnya. Kemudian, dia terus ke bilik air untuk mandi. Semasa
mandi, Kim Seng membersihkan badannya dengan sabun dan menyampu rambutnya.
Selepas itu, dia makan tengah hari bersama-sama adiknya. Selepas makan, Kim Seng
menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya.
Pada waktu petang, Kim Seng membantu ibu dan bapanya berniaga di kedai
runcit kepunyaan datuknya. Semasa ketiadaan pelanggan, Kim Seng akan membaca
buku pelajarannya. Setelah pulang dari kedai runcit, Kim Seng berjoging dengan
kawan-kawannya di taman rekreasi.
Pada sebelah malam pula, Kim Seng akan mengulang kaji pelajaran dan
mengajar adiknya membaca buku. Begitulah rutin seharian Kim Seng pada setiap hari
kecuali pada hari cuti sekolah.

Dokumen yang terkait

PERAN PERAWAT DALAM IMPLEMENTASI KOLABORATIF PEMBERIAN TERAPI INSULIN SEBAGAI TINDAKAN DALAM PENURUNAN KADAR GULA DALAM DARAH PADA KLIEN DENGAN HIPERGLIKEMI DI RUANG AIRLANGGA RSUD KANJURUHAN KEPANJEN TAHUN 2012

1 55 23

EVALUASI MUTU MINYAK KELENTIK DENGAN PENAMBAHAN KAPSUL ANTIOKSIDAN KULIT BUAH KOPI DAN BHT: KAJIAN JENIS KEMASAN

1 27 43

KAJIAN MUTU FISIK TEPUNG WORTEL (Daucus carota L.) HASIL PENGERINGAN MENGGUNAKAN OVEN

17 218 83

KAJIAN PSIKOLOGI ANAK DALAM NOVEL SINAR KARYA AGUK IRAWAN MN

4 53 10

KAJIAN RELIGIUS DALAM NOVEL SURAU INI ROBOH KARYA TAUFIQURRAHMAN KAJIAN RELIGIUS DALAM NOVEL JANGAN BIARKAN SURAU INI ROBOH KARYA TAUFIQURRAHMAN AL-AZIZY JANGAN BIARKAN SURAU INI ROBOH KARYA TAUFIQURRAHMAN

0 62 12

KAJIAN YURIDIS PENGAWASAN OLEH PANWASLU TERHADAP PELAKSANAAN PEMILUKADA DI KOTA MOJOKERTO MENURUT PERATURAN BAWASLU NO 1 TAHUN 2012 TENTANG PENGAWASAN PEMILIHAN UMUM KEPALA DAERAH DAN WAKIL KEPALA DAERAH

1 68 95

KAJIAN YURIDIS TENTANG PERUBAHAN TANAH PERDIKAN MENJADI HAK MILIK DI KELURAHAN TAMAN KECAMATAN TAMAN KOTA MADIUN SETELAH KELUARNYA UNDANG-UNDANG POKOK AGRARIA

2 44 14

KAJIAN YURIDIS TERHADAP PEMBATALAN PERKAWINAN AKIBAT ADANYA HUBUNGAN NASAB (Studi Putusan No. 1136/Pdt.G/2006/PA.Lmj) STUDY JURIDICAL TO MARRIAGE ANNUALMENT CONSEQUENCE OF EXISTENCE LINEAGE (Study of Decision No. 1136/Pdt.G/2006/PA.Lmj)

1 45 18

Pengaruh Persepsi Kemudahan dan Kepuasan Wajib Pajak Terhadap Penggunaan E Filling (Survei Pada Wajib Pajak Orang Pribadi Di Kpp Pratama Soreang)

12 68 1

KAJIAN ASPEK HYGIENE SANITASI TERHADAP KONDISI KANTIN MAKANAN JAJANAN ANAK SEKOLAH DASAR (Studi Kasus di Sekolah Dasar Kota Bandar Lampung)

40 194 64