KAJIAN TINDAKAN TEKNIK jigsaw FHC

SMK SERI TANJONG
TANJONG KLING, MELAKA
DRAF KAJIAN TINDAKAN
GEOGRAFI FIZIKAL
TINGKATAN 6(PPU)

Tajuk: Menggunakan teknik FHC bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar PPU tahun 2 Geografi
menulis jawapan bagi soalan tema Atmosfera bertajuk cuaca
dan iklim.

Pengkaji : Pn Normah bt Zainal
Sekolah : SMK Seri Tanjong,
Tanjong Kling,
76400 Melaka

1

2

3


4

SMK SERI TANJONG, 76400 MELAKA
UNIT GEOGRAFI PPU/PANITIA GEOGRAFI 2018
DRAF KAJIAN TINDAKAN GEOGRAFI FIZIKAL
1.

Tajuk Kajian

:

Menggunakan teknik FHC bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran pelajar PPU tahun 2 Geografi menulis jawapan bagi
soalan tema Atmosfera bertajuk cuaca dan iklim.

2.

Nama
Penyelidik


:

NORMAH BINTI ZAINAL

Nama
Sekolah

:

SMK Seri Tanjong, Tanjong Kling, 76400 Melaka

3.

4.

Refleksi P & P
Yang Lalu
:
Saya mengajar Geografi tingkatan 6 bagi pelajar PPU Geografi tahun 1 pada tahun lepas

2017.
Masalah utama pelajar saya ialah mereka tidak dapat menjawab dengan baik atau
menjawab dengan betul soalan-soalan struktur dan soalan esei. Pelajar lebih cenderung menulis
jawapan yang bersifat am sahaja.
Tidak ada kekuatan dalam jawapan mereka dan pelajar
cenderung menulis jawapan yang amat ringkas dan tidak menepati kehendak soalan. Hasilnya
jawapan menjadi terlalu am dan tidak dapat diberikan markah berdasarkan skima jawapan. Ini
dapat dibuktikan daripada keputusan peperiksaan percubaan penggal 1 yang lalu(sila lihat analisis
keputusan peperiksaan percubaan penggal 1 STPM). Ini mungkin disebabkan mereka kurang
didedahkan dengan teknik menulis jawapan yang betul yang menyebabkan jawapan mereka tidak
dapat diberi markah penuh atau tiada markah lansung.
Pada tahun ini 2018, pelajar-pelajar yang sama PPU Geografi tahun 2 sedang mempelajari
tema atmosfera tajuk cuaca dan iklim. Tajuk ini adalah antara tajuk yang saya dapati pelajar
lemah menguasainya berdasarkan soalan-soalan kuiz yang dijawab oleh pelajar selepas Pdpc.
Buktinya setiap kali soalan-soalan dikemukakan mengenai tajuk cuaca dan iklim pelajar tidak
dapat menjawab dengan lengkap dan memuaskan.
5.

Isu/Keperihatinan
Yang Dikaji

:
Daripada refleksi di atas didapati pelajar tidak dapat menulis jawapan atau menguasai
kemahiran menulis jawapan yang betul seterusnya dapat diberikan markah penuh. Masalah ini
berlaku dikalangan pelajar kerana jawapan mereka tidak mempunyai fakta(F), huraian(H) dan
contoh( C) (FHC). Jika perkara ini tidak ditangani masalah akan menjadi teruk, pelajar akan
terus dengan cara biasa mereka. Bagi mengatasi masalah ini saya akan cuba memfokuskan caracara menulis jawapan yang paling betul bagi para pelajar menjawab soalan berkaitan tema
atmosfera tajuk cuaca dan iklim.
Semasa membincangkan jawapan bagi soalan struktur dan
soalan esei tajuk cuaca dan iklim menggunakan kaedah yang biasa iaitu dengan membincangkan
sahaja jawapan, saya rasakan ada kekurangannya. Para pelajar sepatutnya didedahkan dengan
teknik menulis jawapan yang betul menggunakan teknik FHC setiap kali membuat perbincangan
jawapan.
Dengan cara ini para pelajar akan tahu cara menjawab soalan yang betul dan
memberikan mereka markah. Dengan ini secara tidak lansung guru telah melatih mereka teknik
menjawab yang dikehendaki oleh skima jawapan geografi peperiksaan STPM. Masalah-masalah
yang selalu dihadapi oleh pelajar dalam menulis jawapan ialah :


Pelajar tidak dapat dapat menulis jawapan yang paling betul kerana tidak tahu di mana
fakta, di mana huraian dan di mana contoh.

Pelajar menjawab terlalu ringkas.



6.

Pelajar tidak menjawab soalan berkaitan tajuk cuaca dan iklim kerana tidak faham
kebanyakan perkara dalam topik tersebut.
Pelajar tidak suka soalan-soalan berkaitan tajuk cuaca dan iklim yang dianggap lebih sukar
berbanding soalan-soalan berkaitan tajuk geografi kemanusiaan.
Objektif
Kajian

:

a) Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menulis jawapan yang lengkap dan tepat
mengunakan teknik FHC bagi tema atmosfera berkaitan tajuk cuaca dan iklim.
b) Objektif Khusus
 Meningkatkan pemahaman pelajar mengenai tema atmosfera-tajuk cuaca dan

iklim.
 Meningkatkan kemahiran pelajar menulis jawapan yang paling betul/tepat
berkaitan tema atmosfera tajuk cuaca dan iklim.
 Membantu pelajar menguasai teknik-teknik menjawab bagi soalan tema
atmosfera berkaitan tajuk cuaca dan iklim.
 Meningkatkan minat pelajar mempelajari geografi fizikal khususnya tajuk cuaca
dan iklim
7.

Kumpulan Sasaran :
Pengkaji melibatkan 20 pelajar PPU Geografi tahun 2 tahun 2018.

8.

Tindakan Yang Dicadangkan :

a) Tinjauan Awal Masalah
Sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti yang dicadang untuk dilaksanakan, tinjauan awal
masalah akan dibuat oleh pengkaji.
Tujuan tinjauan awal ini dilaksanakan adalah untuk

memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam mempelajari
tajuk cuaca dan iklim dalam geografi fizikal. Antara perkara-perkara yang akan dilakukan oleh
pengkaji adalah:




b)

Mengadakan ujian pra berbentuk soalan struktur dan esei bagi tajuk cuaca dan iklim.
Mengadakan kuiz bagi menjawab soalan spontan berkaitan tajuk cuaca dan iklim.
Guru meminta pelajar memberikan sebab mengapa mereka menulis jawapan tersebut
yang difikirkan telah lengkap dan tepat.
Guru menanda jawapan pelajar dan memberikan markah/skor.



Menjawab soalan struktur dan esei (1)
Untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar menjawab soalan tema
atmosfera tajuk cuaca dan iklim:Pengkaji akan meminta pelajar-pelajar membaca tajuk cuaca dan iklim.

Pelajar diberi soalan-soalan struktur berkaitan tajuk cuaca dan iklim.
Pelajar diminta menjawab dengan betul soalan yang ada.
Guru menunjukkan soalan dan jawapan yang betul berdasarkan teknik FHC
menggunakan Power Point dan meminta pelajar memberikan respon.
Pelajar diminta mencatatkan jawapan yang betul menggunakan teknik FHC bagi setiap
soalan.
Guru menanda jawapan pelajar dan memberikan markah/skor.




Menjawab soalan struktur dan esei(2)
Pelajar diberi soalan-soalan berkaitan tajuk cuaca dan iklim.
Pelajar diminta menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan.








c)

Guru menanda jawapan pelajar dan memberikan markah/skor.
Guru menganalisis markah dan membuat refleksi.
Jika tiada berlaku perubahan
tingkahlaku pelajar dalam jawapan mereka, proses ini akan diulang semula.




9.
Bil
1
2
3
4
5
6
7

8
9
10
11

Aktiviti
Mengenalpasti masalah dan mengumpul data awal
Menulis kertas cadangan
Merancang tindakan
Melaksanakan tindakan – aktiviti 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
Melaksanakan tindakan – aktiviti 2
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
Ujian untuk mengesan pencapaian murid
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian

10.





11.

Jadual Pelaksanaan Kajian :

Peralatan/Bahan
Kertas A4 untuk pelajar - kertas soalan
Komputer
LCD untuk persembahan
Alat-alat tulis
Peruntukan Kewangan :

Disediakan oleh,
….……………………
Pn Normah Zainal

Tidak Diperlukan

Tempoh Pelaksanaan
16.1.2018
02.2.2018
12.2.2018
19.2.2018
09.3.2018
26.3.2018
02.4.2018
17.4.2018
23.4.2018
02.5.2018
15.5.2018