MODUL KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu MODUL KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU

  PEDAGOGI BAHASA MALAYSIA abad 21 MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

  

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

  Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 2

  • – 6, Blok 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Hak Cipta Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

  

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

PENASIHAT

  Rosnarizah binti Abdul Halim Dr. Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam

  Bahagian Pendidikan Guru, KPM Bahagian Pendidikan Guru, KPM

  PENYELARAS

  Razlee bin Mohamad Bahagian Pendidikan Guru, KPM

PANEL MODUL

  Dr. Maridah binti Alias

  IPG Kampus Raja Melewar Zaleha binti Fadzil

  IPG Kampus Pendidikan Teknik Mohd Asri bin Abdul Razak

  IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Bakhtiar bin Omar

  IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

PANEL PEMURNI MODUL 2015

  IPG Kampus Pendidikan Teknik Dr. Abd Khahar bin Saprani

  IPG Kampus Bahasa Melayu Dr. Maridah binti Alias

  IPG Kampus Raja Melewar Jalalludin bin Ibrahim

  IPG Kampus Raja Melewar Datin Mastura binti Berawi

  IPG Kampus Raja Melewar Nor Alizah binti Alias

  IPG Kampus Ilmu Khas Hamidah binti Abd Hamid

  IPG Kampus Bahasa Melayu Sarimah binti Ahamd

  IPG Kampus Perempuan Melayu Dr. Habibah binti Mohd Samin

  IPG Kampus Ipoh Noorliza binti Abdullah

  IPG Kampus Ipoh Sharifah Noora binti Syed Tahir SMK Bukit Rahman Putra Jasmi bin Bachik SMK Dang Anum

  Dr. Noor Hayati binti Che’ Mat SK Sungai Kantan Dr. Nazirah binti Mohd Nordin SK Sungai Serai Zul Hazmi bin Hamad SJK(T) Ladang Repah, Tampin

  Ab. Rahim bin Md. Yasin

  IPG Kampus Bahasa Melayu Zawahir bin Ismail

  

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

PANEL PENILAI MODUL 2015 Nasri bin Ramli JPN Negeri Sembilan Mat Hassan bin Abdullah JPN Melaka Mohd Hassany bin Hashim Zulkafly bin Othman

  JPN Kelantan JPN Pulau Pinang Junaidah binti Kamarudin JPN Selangor Mohd Rosle bin Said PPD Sabak Bernam, Selangor Nor Hayati binti Mohd Shaharim PPD Petaling Perdana Noorazam binti Ahmad Nadzir PPD Port Dickson, Negeri Sembilan Dr. Hj. Raja Othman bin Raja Ismail PPD Petaling Perdana, Selangor DE Ibrahim bin Yunus PPD Jempol, Negeri Sembilan Jiani binti Jaman PPD Petaling Perdana, Selangor DE Mohd Zaki bin Abd Rahman PPD Hulu Langat, Selangor DE Zaleha binti Md Jadi SMK Bandar Baru Sungai Long, Cheras Nor Azalina binti Mohamed Adam SMK Puteri, Seremban Sartini binti Mohd Nor SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya Rosesilawati binti Mohd Jab SK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya

Zamzam binti Abd Karim SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor

Noorbaity binti Hussin SK Putrajaya Presint 16(2), Putarajaya

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu

KANDUNGAN

  1. Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

  1

  2. Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

  32

  3. K emahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

  49

  4. Didik Hibur

  85

  5. Tatabahasa 117

  6. Aplikasi Teknologi Web

  156

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015 KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS Tajuk

  Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan

  Topik Pengenalan : Pembelajaran Abad 21 dalam Mata Pelajaran

  Bahasa Malaysia

  Personel Penceramah

  A. Objektif Pada akhir kursus ini, peserta dapat: 1. menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran abad 21.

  2. mengenal pasti, membina, mengurus sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan aplikasi pedagogi pembelajaran abad 21.

  B. Kandungan Kursus

  1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdP Bahasa Malaysia

  2. Pembelajaran Secara Kontekstual

  3. Merentas Kurikulum

  4. Kolaboratif

  5. Teknologi Maklumat dan Media

  6. Pembelajaran Berasaskan Projek/Modul

  7. Penyelesaian Masalah

  8. Pentaksiran secara Telus

  C. Kaedah

  1. Syarahan

  2. Perbincangan

  3. Aktiviti latih amal (hands-on)

  4. Pembentangan

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

  D. Bahan Pengajaran

  1. Modul

  2. Nota

  3. Slaid Perisian Persembahan

  4. LCD

  5. Komputer

  6. Papan putih

  7. Pen Papan Putih

  8. Kertas sebak

  E. Rumusan / Refleksi

  Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharap memahami konsep pedagogi dalam pembelajaran abad 21 untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia secara berkesan dalam kelas di sekolah masing-masing..

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.0 Latar Belakang

  ‘Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran.

  • – (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013)

  Sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, negara yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 ini bermatlamat untuk menganjak paradigma kehidupan masyarakat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa (Tan Sri Datuk Dr. Madinah Mohamad, 2014).

  “Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad 21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.”

  • 1.1 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

  YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin

  Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan menghasilkan, mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid) diharap dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab sivik.

  Murid perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan yang terdedah kepada pelbagai interpretasi dan kontroversi yang mencabar pemikiran individu. Semua mata pelajaran perlu menekankan ciri pengajaran dan pembelajaran abad 21 termasuklah mata pelajaran Bahasa Malaysia.

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015 Hasil pendidikan abad 21 adalah seperti yang berikut.

1.2 Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad 20 dan Abad 21

1.2.1 Banding Beza Ciri-Ciri Kelas

  a) Kelas Tradisional

  a. Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala

  b. Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas

  c. Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang

  d. Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan

  b) Kelas Futuristik i. Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan- bahan pembelajaran ii. Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik. iii. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar iv. Kemudahan TMK

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

1.2.2 Contoh Bilik Darjah Pendidikan Abad 21

  Konsep bilik darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan:-  Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna  Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

   Bilik darjah yang dicadangkan ialah.

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

   Fizikal bilik darjah abad 21 yang dicadangkan ialah i. Murid duduk dalam kumpulan (empat hingga enam orang). ii. Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis. iii. Sudut Parking Lot iv. Sudut hasil kerja murid v. Sudut maklumat vi. Ruang santai

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

  1.3 Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21 i. Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif.

  ii. Merangsang pemikiran kritis secara latih amal (hands-on) & latih minda (minds-on). iii. Menggalak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan kolaboratif. iv. Menggalak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK. v. Menyerap inovasi dalam PdP berbantukan TMK. vi. Memberi maklum balas dan penilaian secara berkesan dan berterusan.

  1.4 Prinsip Pembelajaran Abad 21

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

  Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2015

  1.5 Elemen Pendidikan Abad 21 Terdapat beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.

   Kreatif dan inovatif  Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah  Komunikasi dan kolaborasi  Literasi maklumat  Literasi teknologi maklumat dan komunikasi  Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri  Berinisiatif dan mempunyai haluan diri  Kemahiran sosial dan antara budaya  Produktiviti dan akauntabiliti  Kepimpinan dan tanggungjawab

  1.6 Ciri-ciri Guru Abad 21

  Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran alaf 21. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut: 1. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan kurikulum.

  2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

  3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.

4. Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”.

  5. Memiliki kemahiran kaunseling.

  6. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.

  

Rajah : Ciri-Ciri Guru Abad 21

1.7 Ciri-ciri Murid Abad 21 1. Berupaya menghubung kait pelajaran dengan keadaan sekeliling.

  2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.

  3. Yakin untuk berkomunikasi.

  4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.

  5. Dahagakan ilmu dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.

  6. Mempunyai perasaan ingin tahu.

  7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.

  8. Tidak pernah berputus asa.

  9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi 10. Berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi.

  12. Mampu bekerja dengan orang lain dan membuat perubahan.

  13. Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah.

  1.8 Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills

  Pandangan tentang kemahiran-kemahiran alaf 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dan empat komponen kemahiran alaf 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada kemahiran alaf 21 yang diketengahkan. Kemahiran alaf 21 enGauge Skills digambarkan seperti rajah yang berikut;

  Rajah : Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills Kemahiran Alaf 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang. Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:  kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),  kekuatan minda,  menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)  mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan  menggunakan teknologi maklumat terkini.

  1.9 Kemahiran Pengajaran Abad 21

  PdP alaf 21 juga mengambil kira kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st

  

Century Skills (2008) untuk memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guru-

  guru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti berikut; Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.

  i.

ii. Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi

  Kemahiran berkomunikasi iii.

  iv. Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi. v. Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat vi. Dapat menjana, melaksanakan dan menyampaikan idea baharu vii. Bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain. viii. Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta yang diberikan. ix. x. Kemahiran literasi media dan informasi.

xi. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan

mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.

xii. Kemahiran interpersonal dan kerjasama. mempunyai sifat kepimpinan, dapat

  mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati dan menghormati kelainan pendapat.

  xiii. Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.

  Kebolehan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan setiap masalah yang xiv. dihadapi. Kemahiran pengurusan kendiri, iaitu mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta xv. mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan.

  xvi. Kemahiran tanggungjawab sosial Mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di sekolah dan dalam masyarakat. xvii.

1.10 Pedagogi Abad 21

  Guru-guru dalam perkembangan profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang seiring dengan trend perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus berkembang. Pembangunan profesionalisme perlu ke arah pembinaan pengetahuan dan kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri sebagai guru yang resourceful seperti yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;

  Rajah : Pedagogi Abad 21

1.11 Amalan Pengurusan dalam PdP Abad 21

  1. Komunikasi Isyarat (The Quiet Signal)

  2. Papan Putih Mini

  3. Program ‘Bintang’

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  D. Bahan Pengajaran

  Peserta dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik yang disarankan.

  E. Rumusan/Refleksi

  9. Kertas Sebak

  8. Pen Papan Putih

  7. Papan putih

  6. Komputer

  5. LCD

  4. Borang penilaian

  3. Slaid Perisian Persembahan

  2. Nota

  1. Modul

  

KERANGKA KURSUS

Tajuk

  Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21

  3. Aktiviti latih amal (hands-on)

  2. Perbincangan

  1. Syarahan

  C. Kaedah

  Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Amat penting bagi seorang guru mengambil kira beberapa perkara seperti pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas pada abad 21 ini. Guru yang kreatif akan memikirkan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai dan selaras dengan keperluan, minat, dan kebolehan murid.

  B. Kandungan Pengajaran

  Pada akhir sesi peserta dapat; 1. memberikan penerangan tentang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia; 2. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan kaedah dan teknik yang dipelajari; 3. mencipta inovasi berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam modul.

  A. Objektif

  Penceramah

  Personel

  Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

  Topik

  4. Pembentangan

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21

  2.0 Pengenalan

  Pengaplikasian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran mestilah melihat kepada kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam konteks pendidikan, kaedah dan teknik merupakan satu perancangan atau siri tindakan guru semasa melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai objektif pengajaran. Menurut Zamri Mahamod (2012), dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh melengkapkan kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang mengikut cara yang betul lagi terancang. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah-kaedah dan teknik yang telah disarankan dalam bidang pengajaran bahasa.

  Menurut Burton, Donelson, dan Haley (1975), pendekatan dan kaedah yang sesuai ialah pendekatan dan kaedah yang memberikan peluang kepada murid untuk berusaha sendiri dalam pembelajaran. Guru sebagai pembimbing manakala murid sebagai pelakon. Tujuannya ialah, murid-murid mendapat pengalaman dan berpeluang menerima, menerapkan dan menyatukan nilai-nilai yang dipelajari itu kepada personaliti mereka melalui pengalaman yang dialami.

  Perkara ini jelas terbukti apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir murid. Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu dan belajar tentang cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan bagi mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting:

   Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasikan, menjanakan kemungkinan baharu, mencipta idea atau pengetahuan baharu;  Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan  Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

  Yang berikut ialah pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka.

  2.1 Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.1.1 Pendekatan Konvensional - Berpusatkan guru

  Guru menggunakan teknik seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Murid hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.

2.1.2 Pendekatan Abad 21 - Berfokuskan murid Pendekatan berpusatkan murid. Aktiviti PdP lebih menarik dan berkesan.

  Murid berpeluang untuk: mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari dan mampu menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Aktiviti PdP seperti lawatan, penyelesaian masalah, projek, simulasi dan bermain. Pelajar terlibat secara latih amal (hands-on) dalam aktiviti PdP.

  • - Berfokuskan bahan

  Guru perlu lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran. Guru perlu menggunakan sudut dan ruang bilik darjah, Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB). Guru juga perlu graf, carta, dan poster.

2.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

  2.2.1 Pembelajaran Koperatif

  2.2.2 Penyelesaian Masalah

  2.2.3 Kontekstual

  2.2.3 Kajian Masa Depan

  2.2.4 Konstruktivisme

2.2.1 Pembelajaran Koperatif

  • Tumpuan utama memfokuskan kepada pencapaian akademik dan penerimaan kepelbagaian kemahiran sosial.
  • Pembelajaran aktif yang mengubah situasi pembelajaran pasif kepada pembelajaran yang dinamis serta berpusatkan pelajar.
  • Satu pasukan yang heterogen,saling bergantung, tidak bersaing sesama sendiri ke arah pencapaian matlamat yang sama.
  • Mengapa Perlunya Pembelajaran Koperatif?
  • Enam konsep utama pembelajaran koperatif
  • Prosedur Aplikasi Pembelajaran Koperatif dalam PdP

  Dijalankan secara berpasukan Menggerakkan inisiatif individu dan ahli kumpulan Mengurus dan menentukan pembahagian tugasan setiap ahli kumpulan.

  Meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi ahli kumpulan. Menggalakkan budaya inovatif dalam pencetusan idea.

   Menyampaikan isi pengajaran baru  Memberi tajuk tugasan  Memberi struktur pelaksanaan tugasan  Mengagih kumpulan (Kagan Cooperative learning: Rally Robin &

  Round Robin)  Mengagih tugasan bagi mencapai hasil pembelajaran  Membimbing kelompok pelajar dan perbincangan  Proses: Pengumpulan dan pembentangan bahan tugasan

  

Positive Interdependence: kebergantungan positif

Individual Accountability: akauntabiliti individu Equal Participation: penglibatan seimbang Simultaneous Interaction: interaksi bersemuka

  Pembelajaran koperatif diperlukan kerana :

   Maklum balas/penilaian oleh guru  Memberi penghargaan

  • Contoh aktiviti pembelajaran koperatif:

   Fan-N-Pick (Kipas dan Pilih)  Three Stray One Stay (Tiga Sesat Satu Tinggal)  Travelling File (Fail Bergerak)  Jigsaw Puzzle Teams-Games-Tournament (TGT) / Pertandingan-Permainan -

  Berpasukan  Pembelajaran Bersama  Kajian Berkumpulan  Kumpulan Membantu Individu  Think-Pair-Square / Fikir-Berpasangan-Berkumpulan  Think-Pair-Share / Fikir – Berpasangan – Berkongsi  Pair Check / Semakan Berpasangan  Team Present To Other Team / Kumpulan Bentang Pada Kumpulan Lain  Two-box induction / Dua Kotak Induksi  Three-Step Interview (Tiga Langkah Temuduga)Rotating Review (Kajian berputar) Find-Someone-Who (Cari seseorang) Value Lines (Garis nilai) Who am i? (Siapa saya?)  Gallery Tour (Galeri Pelancongan)  Match Mine (Padankan Saya) Inside-Outside Circle (Dalam

  • – Luar Bulatan)

   Talking Chips (Cip Bercakap) Trade-A-Problem (Bina Suatu Masalah) Window Pane (Anak tetingkap) The Yarn Yarn (Benang-Benang) Blind Sequencing (Urutan Tunanetra)

2.2.2 Penyelesaian Masalah

  Fokus utama berkisar kepada pencapaian akademik dan penerimaan - kepelbagaian kemahiran sosial.

   Fokus pada pengalaman dan kemahiran melalui daya usaha murid sendiri.  Bermula dengan bertanya soalan, cari penyelesaian, peroleh pengetahuan dan pengalaman sambil mencari maklumat untuk selesai masalah dan seterusnya membuat refleksi.

   Berpeluang menjalani proses pembelajaran secara langsung dan autentik. Mengapa Kaedah Penyelesaian Masalah diaplikasikan dalam PdP - - Mengembangkan rasa ingin tahu (intellectual curiosity).

  • Mengembangkan kemahiran berfikir.
  • Menyesuaikan diri untuk mengambil tindakan mengikut situasi.
  • Menjadi asas kepada pendekatan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Menggalakkan pembelajaran kendiri.
  • Mengukuhkan kemahiran belajar.
  • Mengembangkan nilai-nilai sosial yang positif.

2.2.3 Kontekstual

  • Menyediakan situasi PdP yang melibatkan pelbagai pengalaman dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.
  • Berasaskan aktiviti, pembelajaran pengalaman sendiri, sesi latih amal (hands- on) dan latih minda (minds-on) seminar, bengkel dan program pelajar melakukan sendiri projek. sesuai untuk meningkatkan kefahaman.
  • Pelajar dapat mengaitkan dengan pengetahuan asas yang ada pada mereka.
  • Maklumat yang dicari dan dikumpul melalui pengalaman sendiri dapat membantu menjanakan idea, mengukuh serta menilai apa yang difahami.
  • Kepentingan Pembelajaran Kontekstual • Membantu pelajar mengaitkan kandungan pembelajaran kepada situasi sebenar dan mencari makna tentang apa yang dipelajari secara latih amal dan latih minda.
    • Pembelajaran berlaku apabila pelajar berupaya memproses maklumat atau pengetahuan baru yang memberi makna kepada mereka.
    • Pelajar faham sesuatu yang dipelajari dalam situasi yang lebih luas yang berkait dengan isu sebenar.
    • Pembelajaran mengikut konteks berlaku apabila pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan.

  • Elemen Dalam Kontekstual

  • – pengalaman hidup dgn pengetahuan baru
  • – aplikasi pengetahuan dan maklumat dalam situasi lain)

  Kemahiran - Aktiviti latih amal menyelesaian masalah Penilaian - Ingat kembali dan Penilaian Kemajuan

  Motivasi

  T (Transfering (memindahkan)

  C (Cooperating (kerjasama)

  A (Applying (aplikasi)

  penerokaan, penemuan, mereka cipta)

  E (Experiencing (alami) -

  R (Relating (hubung kait)

  Langkah 1 : Mengenal pasti Masalah Langkah 2 : Merancang Cara Penyelesaian Langkah 3 : Mengumpul Maklumat Langkah 4 : Mengkaji / Analisis maklumat Langkah 5 : Membuat Rumusan

  o Prosedur Aplikasi Penyelesaian Masalah Dalam PdP

  • – kerjasama dan komunikasi)

  • – pengetahuan sedia ada, menggunakannya , bina baru)
    • Prosedur Aplikasi Kontekstual Dalam PdP

  • – pengenalan Isu perbincangan sumber PdP Pemahaman- Penerangan konsep dan perbincangan kelas bacaan dan melakukan contoh kajian

2.2.4 Kajian Masa Depan

  • Strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perubahan
  • Mengupayakan murid mengambil bahagian dalam merangka masa depan mereka secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab
  • Mengajar bersikap futuristik agar lebih kritis dan sentiasa membuat perancangan sebelum berbuat sesuatu

  Memberi murid kesedaran dan merangsang pelajar berfikir tentang isu, - masalah dan peluang yang bakal dihadapi Pelajar diasuh dan dibimbing konsep dimensi masa depan yang berubah - dengan pembaharuan dan inovasi. Contohnya persekitaran, kehidupan anda, apa pilihan anda, seluruh dunia, negara, masa depan : perubahan, masa kini : trend utama dan masa lalu : perspektif.

  Kemahiran KMD dalam PdP -

  a. Kemahiran Khusus i. Membuat Ramalan ii. Menjangka Akibat iii. Mengendali Perubahan

  b. Kemahiran Asas i. Pemahaman Konsep Masa Depan iii. Ramalan dan Analisis iv. Penggunaan Imaginasi dan Kreativiti v. Strategi Mengatasi Kebimbangan vi. Proses Inovasi Sosial vii. Pembinaan Senario viii. Penjelasan Nilai dan Masa Depan ix. Pemahaman Dimensi Kemapanan

  • Kepentingan Kajian Masa Depan (KMD)

  a) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal berkaitan masa depan b) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal berkaitan masa depan

  c) Membina sikap dan nilai tentang masa depan

  d) Pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan

  e) Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal berkaitan masa depan

  • Empat Prinsip Dalam KMD

  a) Prinsip Perubahan

  b) Prinsip pandangan jauh

  c) Prinsip Perancangan Strategik

  d) Prinsip Pengupayaan

  • Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan: Perancangan Seorang Guru

  a) Perancangan Yang Strategik

  b) Isu dan Tema Yang Relevan

  c) Berpusatkan pelajar

  d) Aplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokurikulum atau Sepanjang Hayat

  e) Peranan Guru Sebagai Fasilitator

  • Prosedur Aplikasi KMD Dalam PdP o

  Tajuk & Konsep o Senaraikan kemungkinan yang akan berlaku (masa depan) o Sediakan eviden-eviden bagi asas kemungkinan o Cadangkan langkah

  • – langkah penyelesaian/ penambahbaikan / pelan tindakan o

  Pembentangan/ Simulasi/ Hasil kerja

  • Contoh/ Sumber PdP

  Tema: Malaysia Negaraku

  Kemerdekaan Semangat patriotik Perpaduan rakyat Keharmonian negara

  • Kemungkinan berlaku jika negara kita kehilangan kemerdekaannya?
  • Senaraikan kemungkinan apa yang bakal berlaku?
  • Kaitkan kemerdekaan dengan kejayaan dan masa depan
  • Sumbang saran untuk mendapatkan pandangan pelajar
  • Guna gambar negara-negara yang sering dilanda kekacauan
  • Cadangan - Pelan tindakan mengekalkan kemerdekaan
  • Refleksi

2.2.5 Pembelajaran Konstruktivisme

  Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Pendekatan Konstruktivisme dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya pengajaran dan pembelajaran pada masa ini.

  Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid. Pendekatan Konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Hasilnya, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.

2.3 MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM

  Kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima fasa berikut:

  1. Orientasi: Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan perhatian murid. Antaranya ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, teka teki, lakonan dan simulasi.

  Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka. Guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan membekalkan bahan pembelajaran dan membimbing murid untuk membuat pembelajaran inkuiri atau pembelajaran berasaskan masalah yang diberi.

3. Penstrukturan Semula Idea

  Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau idea rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut urutan dan setiap satu idea mempunyai kesinambungan idea yang tersusun dan terancang. Peranan guru pula ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat kepada muridnya.

  4. Aplikasi Idea Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan proses inkuiri di dalam diri murid.

  5. Refleksi Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Murid juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi murid untuk meneliti atau memantau tahap pemahaman murid- muridnya.

  Ciri-Ciri Pembelajaran Konstruktivisme

  Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

2.4 Kaedah Pembelajaran Koperatif

2.4.1 Susun Suai (Jigsaw Puzzle)

  Model pembelajaran ini merupakan sebuah model pembelajaran koperatif yang menitikberatkan kerja kumpulan kecil. Kumpulan kecil seramai 4-6 orang akan diwujudkan di dalam kelas. Mereka akan bertanggungjawab dan melaksanakan semua tugasan dalam kumpulan mereka. Menurut Rusman (2008:205) model pembelajaran jigsaw juga dikenali sebagai pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ahli dalam kumpulan akan diberikan isu dan masalah yang berbeza untuk dibaca dan difahami. Namun setiap masalah yang sama akan dibincangkan dalam kelompok yang telah ditetapkan dan akhirnya mereka akan menerangkan dan membahaskan isu tersebut dalam kumpulan asal mereka.

  Langkah-langkah Pelaksanaan i.

  Guru mengedarkan bahan bacaan kepada setiap ahli kumpulan. Bahan bacaan hendaklah berbeza antara ahli dalam kumpulan tetapi semua isu dan masalah adalah sama untuk semua kumpulan. ii.

  Apabila selesai membaca dalam tempoh yang diberikan, ahli kumpulan akan bergerak membentuk kumpulan yang mendapat isu atau masalah yang sama. Mereka akan berbincang untuk kefahaman yang lebih luas. Mereka juga dikehendaki menyediakan laporan dan maklumat supaya mudah untuk dikongsi dalam kumpulan asal. iii.

  Mereka akan kembali semula ke kumpulan asal. Setiap ahli akan menerangkan isu/masalah kepada ahli kumpulan mengikut giliran yang ditetapkan. Mereka turut melakukan perbincangan dan penyoalan. iv.

  Guru melakukan aktiviti merumuskan semua hasil pembelajaran. Guru juga boleh melaksanakan penilaian yang sesuai.

  Contoh Pelaksanaan

1. Guru akan mengajarkan tatabahasa bertajuk ‘Golongan Kata’. Sebagai contohnya, murid ada 20 orang. Bentuk 4 kumpulan seperti dalam Rajah 1.

  Kumpulan ini ialah Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Kumpulan

  D. Dalam kumpulan asal ini Pelajar 1 menerima wacana Kata Nama Am, pelajar nombor 2 menerima wacana Kata Nama Khas, pelajar nombor 3 menerima wacana Kata Ganti Nama dan pelajar nombor 4 menerima wacana Kata Kerja.

  2. Seterusnya, pelajar membentuk kumpulan baharu mengikut nombor murid.

  Murid yang bernombor sama duduk dalam kumpulan yang sama dan melakukan perbincangan. Mereka membaca dan memahami wacana itu. Mereka boleh merujuk bahan sokongan seperti kamus, buku glosari dan ensiklopedia, serta melalui internet. Mereka memproses dan mencerna maklumat melalui perbincangan dan sumbang saran. Akhirnya mereka arif dan menjadi pakar tentang masalah/isu yang diperoleh. dan Kata Kerja, mereka kembali ke kumpulan asal. Setiap ahli pakar akan menyampaikan maklumat kepakaran mereka kepada empat orang rakannya. Rakan-rakan boleh mengemukakan pertanyaan. Pakar hendaklah menjawab pertanyaan itu dengan menyerlahkan keterampilannya sebagai pakar. Kemudian diikuti pula oleh pakar seterusnya sehingga habis.

  4. Setiap kumpulan asal yang telahpun berkongsi kepakaran itu hendaklah membuat rumusan dan refleksi. Refleksi wajar menyerlahkan nilai murni.

2.4.2 Model Rakan Pemikir

  Apakah yang dimaksudkan dengan Model Rakan Pemikir? Model ini memberi penekanan kepada pengetahuan para pendidik menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka hendaklah mempunyai pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap pelajarnya, pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta penilaian rakan dalam kumpulan. Model ini banyak melibatkan cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran dapat difahami oleh pelajar secara mudah.

  Di samping itu, Model Rakan Pemikir memberi fokus membantu pendidik bahasa meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka. Model ini menggunakan model terapan untuk menerapkan kemahiran generik melalui pelbagai pendekatan, antaranya pembentangan hasil kerja perbincangan, kerja berpasukan, pencarian maklumat, pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pembinaan bahan secara kreatif dan efektif. (Maridah:2010) Model ini disediakan secara terancang dan tersusun bagi memantau dan menilai pelajar secara efektif. Penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Kegiatan pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar ini akan dapat membantu pelajar menghayati kandungan pelajaran dan meningkatkan daya afektif dan kreativiti mereka seterusnya meningkatkan minat dan memupuk bakat pelajar terhadap Bahasa Malaysia.

  Selanjutnya, satu sistem penilaian rakan dalam kumpulan diwujudkan bagi menilai komitmen pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan. Menurut Brown (1999), penilaian rakan dalam kumpulan sangat membantu dalam melengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila mereka melaksanakan tugasan yang diberikan. Ini penting untuk peningkatan kendiri pelajar dan khususnya membantu guru yang tidak dapat menilai beberapa aspek sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pada masa ini, pendidik mempunyai beban tugas yang sangat mencabar dalam proses pengajaran dan bentuk ilmu pengetahuan yang pelajar mereka terima. Pendidik yang baik akan menunjukkan rasa tanggungjawabnya terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

  Bagaimanakah penggunaan Model Rakan Pemikir dapat meningkatkan kualiti pendidik seterusnya berupaya menghasilkan pelajar yang cemerlang? Model ini dapat menyumbang kepada kaedah pengajaran yang menitikberatkan pembelajaran yang bermakna bertujuan untuk membantu pelajar; i. menggunakan strategi dan kemahiran belajar untuk mengakses dan memilih maklumat daripada pelbagai sumber yang relevan dengan tugasan yang diberikan. ii. melaksanakan kolaborasi dengan rakan-rakan dalam kumpulan dan pihak-pihak yang terlibat secara optimum bagi menghasilkan kerja dan persembahan yang berkualiti. iii. mengamalkan pemikiran reflektif dalam interaksi lisan semasa sesi kolaborasi dengan guru/pensyarah, rakan dalam kumpulan dan pihak- pihak tertentu serta dalam penulisan reflektif. iv. menilai rakan-rakan dalam kumpulan mereka dengan telus berasaskan borang penilaian yang disediakan.

  Penilaian kendiri adalah penting. Justeru, para pendidik bahasa menyediakan rubrik yang lengkap tentang aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran tersebut. Rubrik akan membantu pelajar melakukan penilaian kendiri dari peringkat awal proses pembelajaran hingga menghasilkan satu produk akhir.

  Komputer ialah alat kognitif yang penting dalam model ini. Literasi digital dapat mencabar pemikiran pelajar kerana apabila belajar dengan komputer, komputer menjadi rakan intelektual (Jonassen, 2005). Pelajar perlu mempunyai kemahiran belajar cara belajar.

  Melalui Model Rakan Pemikir ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi setiap pelajar dalam kumpulan untuk berusaha memberi komitmen sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan dan seterusnya menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu. Ringkasnya, Model Rakan Pemikir memberi tumpuan kepada lima komponen yang berikut; i. inventif;

  Murid mengumpulkan maklumat melalui perbincangan ii. inovatif; Murid berbincang berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui perbincangan dalam kumpulan dan mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah dan melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah tersebut dan mencetuskan idea baharu berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru. iii. informatif;

  Untuk memantapkan kreativiti dan inovatif murid di dalam bilik darjah, mereka digalak menggunakan alat-alat berfikir iaitu Peta Pemikiran i- THINK untuk membantu mereka memahami fakta-fakta dan maklumat yang diperoleh dalam langkah inventif. Murid digalakkan untuk mencatat nota dengan menggunakan peta pemikiran. Melakarkan peta pemikiran yang sesuai menggunakan maklumat yang diperoleh. Membina tiga (3) soalan mengikut aras Taksonomi Bloom

  • – aras KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk diajukan kepada rakan sewaktu sesi pembentangan. Penggunaan peta pemikiran membantu murid berfikir secara lebih terbuka, kreatif, dan inovatif.

  iv. inferens Sesi pembentangan - Ahli kumpulan yang ditetapkan sebagai pembentang akan melakukan pembentangan dalam kumpulan yang ditetapkan. Pembentangan akan dilakukan serentak untuk semua kumpulan. Mereka akan menggunakan peta pemikiran yang telah dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. Selepas sesi pembentangan, pembentang akan mengajukan soalan kepada ahli dalam kumpulan untuk dibincangkan bersama. v. intelektual.