nota peribahasa Koleksi Peribahasa Bahasa Melayu SPM Sumber Pendidikan peribahasa

MODUL PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
BAHASA MELAYU SPM 2016

AKTIVITI PENGUKUHAN
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA SOALAN 3 (e)

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2005
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.

(i)

Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia
yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

(ii)

Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak
gembira kerana dia tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

(iii)


Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita
berbelanja berlebih-lebihan.
[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2006
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata
hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Amir

Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa
berkomunikasi.

Sofea

Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan
bahasa yang betul.

Amir


Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul
pada setiap masa dan keadaan, kerana ____(i)_____ .

Sofea

Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh
dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata
pepatah _____(ii)______ .

Amir

Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan
idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana ____(iii)_____ .

[6 markah]

Disediakan oleh : Panitia Bahasa Melayu
SMK SUNGAI KARANGAN


1

MODUL PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
BAHASA MELAYU SPM 2016

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2007
Berikan maksud peribahasa yang disenaraikan di bawah.

(i)

Bahasa Jiwa Bangsa

(ii)

Bagai dakwat dengan kertas

(iii)

Seperti air dalam kolam
[6 markah]


SOALAN SPM SEBENAR NOV 2008
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud
dan penggunaannya.

(i)

Bagai menatang minyak yang penuh

(ii)

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

(iii)

Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah
[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2009
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi

mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah

Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan
diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua,
iaitu ___(i)____ .

Syafik

Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayat itu dalam hati saya.

Ayah

Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah
berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan
tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa ___(ii)____ .

Syafik


Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah

Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah
pengalaman sebanyak-banyaknya kerana ___(iii)____ .
[6 markah]

Disediakan oleh : Panitia Bahasa Melayu
SMK SUNGAI KARANGAN

2

MODUL PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
BAHASA MELAYU SPM 2016

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2010
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan

memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan
yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai ____(i)____.
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa
kecemerlangan kerana ___(ii)____ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang
murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai
program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat,
sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ___(iii)____.
[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2012
Berikan maksud peribahasa yang disenaraikan di bawah.

(i)

Membaca jambatan ilmu.

(ii)

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.


(iii)

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2013
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.

(i)

Sengaja mencari susah atau bahaya.

(ii)

Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.

(iii)

Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan

pandai juga.
[6 markah]

Disediakan oleh : Panitia Bahasa Melayu
SMK SUNGAI KARANGAN

3

MODUL PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
BAHASA MELAYU SPM 2016

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2014
Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i)

Menurut sahaja kehendak orang lain.

(ii)


Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.

(iii)

Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja.
[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR NOV 2015
Baca satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
di bawah.

(i)

Seperti embun di hujung rumput.

(ii)

Bagai pinang dibelah dua.

(iii)


Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
[6 markah]

SOALAN SPM SEBENAR SEPT / OKT 2015
Berikan satu peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama dengan
peribahasa di bawah.

(i)

Genggam bara api, biar sampai jadi arang.

(ii)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

(iii)

Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.
[6 markah]

Disediakan oleh : Panitia Bahasa Melayu
SMK SUNGAI KARANGAN

4