Ujian Mac Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 6 fb - Sumber Pendidikan pemahaman A t6

SULIT

Nama
Murid

: ________________________________________

Kelas

: ________________________________________

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
UJIAN OTI 1 TAHUN 6 – TAHUN 2016

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN
Mac 2016
1¼ jam

011
Satu jam lima belas
minit


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan
Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian
ini.
3.

Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan,
iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawaban objektif yang
disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang
telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4.

Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

011

sebelah]

[Lihat halaman
SULIT
BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12

UJIAN OTI 1

2

Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

“____________ hendak membawa adik Fatimah ke kedai sebentar untuk
membeli buku,” kata Nora kepada ayahnya.

A Aku
B Saya
C Kita
D Kamu

2

“Titah perintah ________ patut kita patuhi,” kata Bendahara kepada anakanak buahnya.
A tuanku
B baginda
C tuan hamba
D beta

3

Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _________sauh
bagi meneruskan pelayaran mereka.
A menarik
B melabuh
C membongkar

D membuka

4

Air sungai yang __________ tebing itu telah menyebabkan rumah Pak
Leman dan beberapa rumah lain dimasuki air.
A melimpahkan
B terlimpahkan
C melimpahi
D dilimpahi

5

____________ yang membantu mangsa tsunami itu terdiri daripada
pelbagai bangsa.
A Seniman
B Karyawan
C Seniwati
D Sukarelawan


6

Encik Kamarul terpaksa ________ kandang kambingnya kerana kambing
yang diternaknya bertambah dari hari ke hari.
A terbesar
B kebesaran
C memperbesar
D memperbesarkan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

UJIAN OTI 1

3

Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

7

Siti

A
B
C
D

________ pakaian yang baru dibasuhnya.
penyidai
bersidai
menyidai
tersidai

8

Air sungai itu semakin hari semakin ________kerana banyak bahan
buangan dan sampah sarap mendap di dasarnya.
A lesu
B deras
C jernih
D dangkal


9

Semua sekolah di daerah Kinta dan Tanjung Malim diumumkan cuti pada
hari itu kerana ________ kawasan mengalami jerebu tahap kualiti udara
tidak sihat.
A seluruh
B separuh
C setengah
D segelintir

1
0

Puan Rohayu menyediakan ________ sebagai pencuci mulut untuk
tetamu yang datang.
A gula-gula
B agar-agar
C sayur-mayur
D rempah-ratus


Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

4

UJIAN OTI 1

Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

1
1

Encik Hamid dan anaknya membawa ________ buntil yang berisi
dokumen penting semasa mengharungi banjir untuk berpindah.
A sebuah
B sehelai
C segulung
D senaskhah

1
2


________ Galeri Seni dan Budaya yang baharu dibina di Bandar Putra itu
berkonsepkan seni bina Minangkabau.
A Kaki lima
B Paras rupa
C Susun atur
D Reka bentuk

Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1
3

I
II
III
IV
A
B
C


Murid-murid sedang meneliti serangga yang rumit itu menggunakan
mikroskop.
Kamu perlu meminta pandangan kaunselor kerana masalah kamu
sungguh rumit.
Kehidupan pekebun sayur begitu rumit sekali kerana musim
kemarau yang melanda.
Cikgu Intan menganggap kamu amat rumit kerana kamu tidak
pernah menyiapkan kerja sekolah.
I dan II
II dan III
III dan IV

UJIAN OTI 1

5

Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

D I dan IV

Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
1
4

Delegasi Korea itu amat terpegun melihat hasil kraf tangan tradisional
orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung.
A “Aduh, kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang,
dan labu sayung sangat asli sekali!” kata delegasi Korea itu.
B “Wah, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar
mengkuang, dan labu sayung amat hebat!” kata delegasi Korea itu.
C “Aduhai, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar
mengkuang, dan labu sayung baik sungguh!” kata delegasi Korea
itu.
D “Eh, keaslian kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar
mengkuang, dan labu sayung sukar dihasilkan!” kata delegasi Korea
itu.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.
1
5

A

Buku-buku nota Bahasa Melayu Penulisan UPSR itu tebal-tebal
belaka.
Puan Dewi membeli pelbagai jenis kuih-muih untuk sarapan pagi
keluarganya.
Kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita rajin ke
perpustakaan.
Kedua orang anak perempuannya menjadi doktor pakar bedah di
Hospital Assunta.

B
C
D

1
6

Sebagai penyambut tetamu di dalam majlis itu, dia perlu datang
awal.
Pembaca berita itu melaporkan bahawa hujan akan turun pada
II
petang ini.
Sebelum kemerdekaan, banyak pejuang berkorban supaya
III
mempertahankan negara.
I

6

UJIAN OTI 1

IV
A
B
C
D

Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Nakhoda itu mengemudikan kapalnya dengan bantuan tiga orang
anak kapal.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada cuti penggal yang lalu, saya, Naem, dan Afif telah berkunjung ke
rumah sahabat saya di Sarawak. Tujuan kami adalah untuk ke
perkampungan rakan kami yang telah berpindah sekolah. Berikut ialah
catatan ringkas tentang kunjungan tersebut.
Khamis, 7 Mac 2013
Pukul 8.30 pagi, kami bertiga bertemu di KLIA. Kami menaiki
penerbangan pada pukul 9.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Miri pada
pukul 11.45 pagi. Ketibaan kami disambut oleh Steven yang menanti
bersama-sama ayahnya.
Pukul 1.00 tengah hari, kami tiba di rumah Steven. Ketibaan kami
disambut gembira oleh keluarganya. Kami makan tengah hari dan berehat.
Jumaat, 8 Mac 2013
Steven membawa kami mandi-manda di sungai yang terdapat di
belakang rumahnya. Air sungai itu sunggup sejuk dan jernih. Kami dapat
melihat ikan seluang berenang-renang.
Kira-kira pukul 2.00 petang, selepas solat zohor, kami dibawa ke
dusun. Kami bertiga berbasikal, manakala Steven membonceng motosikal
milik ayahnya. Dusun yang terletak dua kilometer dari rumah Steven penuh
dengan buah durian, dokong, langsat dan lain-lain. Kami menikmati buahbuahan di dusun itu. Naem makan dengan gelojoh sekali.

7

UJIAN OTI 1

Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Sabtu, 9 Mac 2013
Pukul 9.00 pagi, kami mengikut ayah Steven ke hutan untuk
mengambil madu lebah dan mencari rotan untuk dijual. Tiba-tiba, suatu
kejadian buruk berlaku. Steven disengat tebuan dan menangis kesakitan.
Kami berasa simpati terhadap Steven. Selepas itu kami terus pulang
ke rumah. Rancangan untuk melawat ke Muzium Sarawak pada hari itu
terpaksa kami batalkan. Ibu Steven menyapu tempat sengatan dengan
kapur sirih. Kami berehat di rumah dan menonton televisyen sahaja.
Ahad, 10 Mac 2013
Bertolak dari rumah Steven. Berat hati untuk meninggalkan Steven
dan keluarganya yang sangat baik. Kami bersalaman dengan semua.
Kami tiba di KLIA pada pukul 1.00 tengah hari. Penat tetapi gembira.
Tidak sabar untuk menceritakan pengalaman ini kepada keluarga.
1
7

Pada pukul berapakah penulis dan rakan-rakannya tiba di Sarawak?
A
B
C
D

10.45 pagi
11.45 pagi
1.00 tengah hari
1.30 tengah hari

1
8

Mengapakah hasrat penulis untuk melawat ke muzium tidak ke
sampaian?
A Steven disengat tebuan.
B Penulis sakit kepala.
C Ayah Steven tidak membenarkan mereka pergi.
D Penulis menonton televisyen di rumah.

1
9

Bilakah penulis pulang ke rumahnya semula?
A
B
C
D

2
0

Khamis, 7 Mac 2013.
Jumaat, 8 Mac 2013.
Sabtu, 9 Mac 2013.
Ahad, 10 Mac 2013.

Apakah maksud berat hati dalam petikan?
A
B
C
D

Sedih.
Gembira.
Kecewa.
Ketawa.

KERTAS SOALAN TAMAT

UJIAN OTI 1

8

Bahasa Melayu Pemahaman (011A)