Ujian Mac Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3 fb - Sumber Pendidikan pemahaman B t3

7

UJIAN OTI 1

Bahasa Melayu Pemahaman (011B)

SULIT
Nama
Murid

:

_____________________________________________________________

Kelas

:

_____________________________________________________________

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

UJIAN OTI 1 TAHUN 3 – TAHUN 2016
011

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN
Bahagian B

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU
1. Tulis nombor kad pengenalan atau
nombor sijil kelahiran dan angka
giliran kamu pada petak yang disediakan.
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang
jawapan yang disediakan dalam kertas
soalan ini.
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama
borang
jawapan
objektif
kepada
pengawas

peperiksaan
pada
akhir
peperiksaan.
4.

Untuk Kegunaan Pemeriksa
Kod Pemeriksa:
Nombor
Soalan

Markah

21
22

23

24


25

(a)
(b)
(c)
(a)
(b)
(c)
(a)
(b)
(c)
(d)
(a)
(b)
(c)
(d)

Jumlah

30


Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah

SULIT

BAHAGIAN B

8

UJIAN OTI 1

Bahasa Melayu Pemahaman (011B)

[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan imbuhan akhiran yang paling sesuai untuk diisi pada
tempat kosong dalam petikan yang diberi.
maklumk
an


jauhi

laporkan

layari

hubungi

pasangka
n

Setiap orang perlu menjaga keselamatan diri di rumah. Kita mesti
___________ penyelak pintu jika berada dalam rumah untuk memastikan
tempat tinggal kita selamat. Sebelum kita hendak meninggalkan rumah
dalam tempoh yang lama, kita ___________ kepada jiran supaya mereka boleh
membantu memerhatikan rumah kita. Pastikan suis elektrik telah ditutup
sebelum keluar dari rumah. Kita juga boleh ___________pautan
http://www.rmp.gov.my untuk maklumat lanjut tentang Polis Diraja Malaysia.
Selain itu, ___________ perbuatan membenarkan orang yang tidak dikenali

masuk ke dalam rumah.
[4 markah]
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:

_____________________________________________________________
Jawapan: Pihak sekolah sangat mengambil berat tentang keselamatan
murid- murid.
[2 markah]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.
Ok Suhaimi. Bye.bye.
Saya
balik
dahulu.
Petang nanti kita jumpa
lagi.

UJIAN OTI 1


9

Bahasa Melayu Pemahaman (011B)

__________________________________________________________
__________________________________________________________
[2 markah]
c. Padankan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar.

Melentur bulur, biarlah
dari rebungnya

Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing

Bagai pinang dibelah dua

Bagaimana acuan
begitulah kuihnya.


[2 markah]
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

UJIAN OTI 1

10

Bahasa Melayu Pemahaman (011B)

Pada minggu lalu, sekolah saya telah dianugerahkan sebagai Sekolah
Contoh Peringkat Negeri. Semua warga sekolah sangat berbangga dengan
kejayaan yang dicapai oleh sekolah saya. Pihak sekolah mengadakan majlis
kesyukuran untuk meraikan kejayaan sekolah kami. Guru besar menyatakan
bahawa kejayaan sekolah kami bukan hanya bergantung pada guru atau
murid semata-mata, tetapi kerana muafakat dan kerjasama semua warga
sekolah.
Saya berasa amat bertuah kerana guru-guru sentiasa membimbing
murid-murid tanpa mengenal erti penat lelah. Mereka kerap mengadakan
kelas tambahan dan program motivasi demi memastikan murid-murid

mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Murid-murid juga
sentiasa berusaha dan gigih dalam sukan dan kokurikulum supaya sentiasa
cemerlang untuk diri sendiri dan sekolah.
Tidak hairanlah kalau hampir setiap tahun, sekolah saya menjuarai
perlawanan bola sepak dan badminton pada peringkat negeri. Begitu juga
dengan pertandingan pidato, syarahan dan kuiz. Murid yang menyertai
pertandingan tersebut sentiasa membawa kejayaan kepada sekolah. Saya
sangat bangga akan sekolah saya.
a. Tujuan pihak sekolah mengadakan kelas tambahan dan program motivasi
untuk
___________________________________________________________
[1 markah]
b. Apakah dua perkara yang menyebabkan sekolah ‘saya’ berjaya
merangkul
Sekolah Contoh Peringkat Negeri?
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
[2 markah]
c. Garisi dua perkataan imbuhan apitan yang terdapat dalam setiap ayat

yang disediakan. Satu daripada contoh telah ditunjukkan seperti di bawah
ini.
Semua warga sekolah sangat berbangga dengan kejayaan yang dicapai
oleh sekolah saya.
Mereka kerap mengadakan kelas tambahan dan program motivasi demi
kejayaan yang cemerlang.

UJIAN OTI 1

11

Bahasa Melayu Pemahaman (011B)

Sekolah saya menjuarai perlawanan bola sepak dan badminton pada
peringkat negeri.
[2 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Mempunyai gigi yang cantik menjadi idaman semua orang. Lebih-lebih lagi
jika kita mempunyai gigi yang putih berseri.

Berikut adalah cara menjaga gigi untuk kita jadikan rujukan:
1
Cara menjaga gigi yang pertama adalah kita perlu gosok gigi
dengan betul. Ramai orang gosok gigi dengan cara yang tidak betul
di mana mereka hanya lalukan sahaja berus gigi tanpa menekan
atau menggosok. Akibatnya kotoran pada gigi tidak tertanggal.
2
Selepas makan, kita buang semua cebisan makanan yang
terlekat pada gigi kita. Gunakan flos untuk bersihkan cebisan
makanan.
3
Cepat-cepat gosok dan bersihkan gigi selepas kita melakukan
perbuatan yang boleh merosakkan gigi. Antara perbuatan yang boleh
merosakkan gigi adalah merokok, makan makanan manis, minum
arak, minum teh dan minum air kopi.
4
Gunakan pembasuh mulut yang bebas alkohol untuk membunuh
semua bakteria yang terdapat di dalam mulut kita. Amalkan setiap
kali sebelum tidur.
a. Perkataan flos dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
__________________
[1 markah]
b. Nyatakan dua cara untuk memastikan keadaan gigi cantik dan putih
berseri.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
[2 markah]
c. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kita perlu gosok gigi dengan betul’?
__________________________________________________________

12

UJIAN OTI 1

Bahasa Melayu Pemahaman (011B)

__________________________________________________________
__________________________________________________________
[2 markah]
d. Berapa kalikah kekerapan seorang perlu memeriksa gigi dalam setahun?
Berikan
dua sebab mengapa ?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Baca lagu di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Adikku Ceria
Adikku ceria
Lakukan senaman
Badan adik kuat
Kerja jadi cepat
Ayah juga ibu
Riang dan gembira
Melihat adikku
Lincah dan ceria
Adikku ceria
Jaga kesihatan
Makanan seimbang
Patut diamalkan
Badan jadi sihat
Adikku cemerlang

13

UJIAN OTI 1

Bahasa Melayu Pemahaman (011B)

Kawan-kawan suka
Hidup bahagia

a. Apakah maksud yang hendak disampaikan oleh penulis pada rangkap
kedua lagu?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
[2 markah]

b. Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan badan sihat dan kuat?
__________________________________________________________
__________________________________________________________
[1 markah]
c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan
yang salah berdasarkan lagu tersebut.
Penting menjaga kesihatan dengan makan
makanan yang berlemak
Ceria sinonim dengan gembira
[2 markah]
d. Pilih dua kata adjektif di dalam lagu di bawah dan bina ayat.
Ayah juga ibu
Riang dan gembira
Melihat adikku
Lincah dan ceria

UJIAN OTI 1

14

Bahasa Melayu Pemahaman (011B)

1.__________________________________________________________
2.__________________________________________________________
[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT