Percubaan SPM Bahasa Melayu 2016 Sabah Sarawak - Sumber Pendidikan

SULIT

1103/1

PERCUBAAN SPM 2016
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Ogos
2 Jam 15 Minit

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2.

Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.


3.

Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

1103/1 (c) Hak Cipta GC JMSMKN2016

SULIT

SULIT

1103/1

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan amalan membaca dan sebahagian kepentingan amalan
tersebut kepada masyarakat. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan amalan

membaca dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN AMALAN MEMBACA

Menambah
Ilmu Pengetahuan
Mencetuskan
Idea Baharu

1103/1 (c) Hak Cipta GC JMSMKN2016

Meningkatkan
Kemahiran Berbahasa

SULIT

SULIT

1103/1

Bahagian B
[100 markah]
[Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1. Semangat patriotik dalam kalangan remaja negara kita semakin luntur. Pada pendapat
anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan remaja.

2. Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius dan membimbangkan
banyak pihak. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan
masalah ini berlaku dan peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut.

3. Semenjak merdeka hinggalah ke hari ini, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai
program untuk memastikan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia terpelihara.

Huraikan kepentingan perpaduan kaum dan langkah proaktif kerajaan untuk
memupuk perpaduan di negara kita.


4. Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan
mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.
Bincangkan.
5.
Anak itik terenang-renang
Air pasang tenang-tenangan

1103/1 (c) Hak Cipta GC JMSMKN2016

SULIT

SULIT

1103/1
Budi sedikit bilakan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan
Pantun di atas bermaksud budi yang kita tabur walaupun sedikit tetap diingati.
Tulis sebuah cerpen yang bertemakan hidup berbudi berdasarkan maksud pantun di
atas.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1 (c) Hak Cipta GC JMSMKN2016

SULIT