PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  

Buku Panduan

KREATIVITI

P E M B A N G U N A N D A N A M A L A N

D A L A M

  

P E N G A J A R A N & P E M B E L A J A R A N

Terbitan Copyright © 2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Kedua 2011 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62600 Putrajaya

  Muka KANDUNGAN Surat Rukun Negara v Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi Kata Aluan Menteri Pelajaran vii Kata Aluan KPPM ix Kata Penghantar Pengarah BPK xi

BAB 1 Mengapa Kreativiti

  1 BAB 2 Kerangka Pembangunan Domain Kreativiti

  13 BAB 3 Standard Pembangunan Domain Kreativiti

  29 BAB 4 Pendekatan dan Strategi

  45 BAB 5 Pemetaan Kurikulum dan Contoh Amalan Kreativiti

  51 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Senarai Rujukan 233 Panel Penyumbang 235

  RUKUNEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut; KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

KATA PENGANTAR

  

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  Bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju, berdaya saing dan teguh menjelang 2020, negara memerlukan modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Selaras dengan keperluan semasa ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan modul Kreativiti: Pembangunan dan

KATA ALU-ALUAN

  Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Kejayaan sesebuah negara di dunia pada masa kini banyak dijana

oleh lonjakan budaya inovasi dan kreativiti di kalangan penduduk

negara berkenaan. Oleh kerana itu, langkah kerajaan melancarkan

Malaysia Inovatif 2010 baru-baru ini amat kena pada masanya dalam

usaha kita bergerak ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang

2020. Kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai usaha bagi

merangsang masyarakat secara serius agar menjadikan inovasi dan

kreativiti sebagai satu amalan budaya serta mengupayakan rakyat ke

arah pembudayaan kreatif dan berinovasi yang membabitkan

penyertaan seluruh lapisan masyarakat dalam segenap bidang. Ini

adalah selaras dengan hasrat negara untuk melaksanakan perubahan

melalui inovasi secara menyeluruh dan menjadikannya sebagai

agenda utama ke arah mentransformasikan negara bagi mencapai

taraf sebagai sebuah negara maju.

  

Bagi mencapai hasrat tersebut, sistem pendidikan negara perlu

bergerak seiring dan bersiap sedia melakukan anjakan bagi membantu

melahirkan modal insan yang berilmu, berinovatif, kreatif dan berdaya

saing serta mampu memacu pembangunan negara di masa hadapan.

Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pelajaran memikul

tanggungjawab yang amat berat dalam memastikan sistem pendidikan

negara sentiasa relevan dengan perkembangan pesat dunia.

Perubahan orientasi dasar negara dari negara yang berpendapatan

sederhana kepada yang berpendapatan tinggi untuk menjadi sebuah

  

Justeru, inisiatif Bahagian Pembangunan Kurikulum menerbitkan

Modul Kreativiti: Pembangunan dan Amalan Dalam Pengajaran &

Pembelajaran yang memberikan paradigma baru kepada kurikulum ini

amat sesuai dan kena dengan perkembangan semasa dunia yang

semakin kompetitif . Saya percaya modul ini menyediakan garis

panduan yang jelas dan terperinci kepada guru untuk mendorong

pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif secara terancang. Sebagai

pelaksana dasar , saya mengharapkan agar guru-guru mempunyai

kesungguhan dan keinginan yang kuat untuk melakukan perubahan ke

arah merealisasikan hasrat negara. Syabas dan tahniah diucapkan

kepada semua pihak yang telah berusaha menghasilkan modul ini. Selamat Maju Jaya.

  (

  7DQ 6UL 'DWR¶ +DML 0XK\LGGLQ +DML 0RKG <DVVLQ) Menteri Pelajaran Malaysia

KATA ALU- ALUAN

  

Pengisytiharaan tahun 2010 sebagai tahun inovatif dan kreatif

merupakan salah satu agenda negara menuju ke arah negara maju

menjelang 2010. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional

(NKRA) menuntut supaya meluaskan kepada pendidikan berkualiti dan

berkemampuan. Generasi murid di Malaysia perlu berilmu, mesti

berfikiran kreatif, inovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing

di persada antarabangsa yang penuh cabaran.

Selaras dengan itu budaya kreatif dan inovatif perlu dibangunkan di

peringkat awal bermula dengan sistem pendidikan dan kekeluargaan.

Bagi melahirkan budaya inovatif dan kreatif di peringkat awal lagi,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah yang

dinamik dengan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam

kurikulum persekolahan di Malaysia sejak tahun 1980an sehingga kini

iaitu sejak pelaksanaan KBSR dan KBSM.

Kreatif dan inovasi bukanlah milik seseorang tapi hak semua dan

boleh berlaku walaupun tidak dirancang tetapi bagi mencapai hasil

inovasi yang boleh mendatangkan manfaat yang tinggi, kita perlu

mempunyai aspirasi,inspirasi, iltizam dan perancangan yang rapi dan

terarah.

Dalam menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, individu harus

diberikan kebebasan untuk berfikir secara kritikal dan disokong oleh

persekitaran yang interaktif dan terancang dengan ditunjangi oleh

etika, komunikasi, persekitaran, budaya, personaliti, motivasi,

pengetahuan dan kecerdasan. Kejayaan sesuatu inovasi memerlukan

  

keberanian untuk melakukan perubahan dan sentiasa inginkan

perubahan untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

  

Akhir kata tahniah dan syabas diucapkan kepada BPK khususnya,

semua ahli panel dan orang perseorangan yang terlibat dalam

pembinaan buku panduan ini sehingga ia menjadi sebuah bahan

rujukan untuk semua golongan dan lapisan.

  (Tan Sri Da WR¶ +M $OLPXGGLQ %LQ +DML 0RKG Dom) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

KATA PENGANTAR

  

Bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju,

berdaya saing dan teguh menjelang 2020, negara memerlukan modal

insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran

menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru,

mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan

persekitaran global yang sering berubah. Selaras dengan keperluan

semasa ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah

membangunkan Buku Panduan Kreativiti: Pembangunan dan Amalan

Dalam Pengajaran & Pembelajaran sebagai rujukan guru memahami

konsep kreativiti serta merancang pembelajaran yang mampu

memberi motivasi kepada murid untuk lebih aktif, kreatif dan berfikiran

kritis.

  

Guru disarankan mengaplikasikan Model Proses Kreatif Terarah dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi membangunkan kreativiti di

kalangan murid. Empat fasa atau langkah iaitu fasa persediaan, fasa

imaginasi, fasa perkembangan dan fasa tindakan perlu dituruti langkah

demi langkah agar hasrat membangunkan kreativiti tercapai. Setiap

fasa mempunyai indikator amalan bagi membantu guru membuat

penilaian terhadap proses dan hasil kerja murid secara berterusan.

Setiap guru subjek boleh merujuk kepada jadual pemetaan kurikulum

mengandungi indikator yang perlu dicapai setiap disiplin ilmu. Bagi

mendapatkan gambaran dan idea bagaimana proses kreativiti terarah

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran guru boleh merujuk

kepada contoh-contoh aktiviti pengajaran di dalam buku panduan ini.

  

Adalah diharapkan buku panduan ini akan dapat membantu guru

melaksanakan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Guru digalakkan memberi komen dan cadangan untuk

memperbaiki lagi buku panduan ini.

  Haji Ali bin Ab. Ghani AMN Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

  Mengapa Kreativiti

  1 MENGAPA KREATIVITI MATLAMAT A teaching activity that produces an enjoyable, or even

  OBJEKTIF creative, outcome does not necessarily enhance creativity

APAKAH KREATIVITI

  unless the students have the opportunity for creative KEPENTINGAN thinking. KREATIVITI

  Mengapa Kreativiti

  Mengapa Kreativiti REATIVITI, sebagai satu anugerah Tuhan merupakan potensi yang dimiliki oleh semua individu. Namun begitu

  K tidak semua orang boleh menjadi individu yang kreatif. Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dibangunkan dan dikembangkan dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, melihat hubung kait, menjangka peristiwa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara literal, dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil.

  Bagi memastikan kurikulum persekolahan dapat membangunkan daya kreativiti murid, objektif pembelajaran yang berkaitan kreativiti perlu dikembangkan. Aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti perlu disediakan dan murid perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

  Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang saling berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi

memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi pembangunan modal insan yang dihasratkan.

  Mengapa Kreativiti MATLAMAT

Matlamat pembangunan kreativiti dalam kalangan murid bertujuan

untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif melalui

pelaksanaan kurikulum persekolahan. Daya kreativiti dan inovatif

murid perlu dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berdaya

cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang

berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam

kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Individu

kreatif dan inovatif ini adalah aset negara yang mampu menyumbang

ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama.

  OBJEKTIF

Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum

persekolahan adalah untuk membolehkan murid: i. Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif. ii. Menguasai kemahiran dalam proses kreatif. iii. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif. iv. Menguasai kemahiran komunikasi.

v. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan

kreatif.

vi. Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus

kehidupan harian secara kreatif dan inovatif.

  Mengapa Kreativiti

APAKAH KREATIVITI?

  

Terdapat banyak definisi kreativiti. Antara definisi tersebut ditunjukkan

dalam Rajah 1.1.

  

Rajah 1.1 Definisi kreativiti

  Mengapa Kreativiti

Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan

kreativiti sebagai: i. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau

mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai

sesuatu objektif.

ii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya

imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif.

iii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea

yang tulen, asli atau baru.

iv. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi

sesuatu keperluan.

KEPENTINGAN KREATIVITI

  

Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membangunkan kreativiti

dalam kalangan murid bermula dengan pelaksanaan Kemahiran

Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK) merentas kurikulum sejak tahun

1990-an. Usaha ini diteruskan dengan memperkenalkan mata

pelajaran Reka Cipta, di samping ia menjadi komponen dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah. Di peringkat sekolah

menengah mata pelajaran teknikal dan vokasional sememangnya

mempunyai ciri kreativiti yang dilaksanakan melalui pembelajaran

berasaskan projek dan penyelesaian masalah.

  Namun begitu, pembangunan kreativiti perlu dimantapkan sejajar

dengan era globalisasi, zaman ledakan maklumat dan dunia tanpa

sempadan pada masa kini dan akan datang. Justeru, peranan

  Mengapa Kreativiti

pendidikan kian mencabar baik kepada warga pendidik mahupun

kepada murid.

  Mengapa Perlu Pembangunan Kreativiti dan Inovasi?

a) Pembangunan Pemikiran

  Dalam tahun 1990an, Lorin Anderson (anak murid kepada Benjamin Bloom) telah mengetuai sekumpulan ahli psikologi kognitif untuk menyemak semula Taksonomi Bloom dan telah meletakkan creating sebagai aras yang paling tinggi dalam taksonomi yang baru seperti yang ditunjukkan Rajah 1.2 di bawah.

  Rajah 1.2 Diubahsuai daripada %ORRP¶V 2ULJLQDl Taxonomy dan $QGHUVRQ¶V

Revised Taxanomy

  Dr. Howard Gardner yang terkenal dengan konsep multiple intelligences, dalam buku terbarunya Five Minds for the Future menjelaskan bahawa pembangunan modal insan pada era globalisasi ini hendaklah menekankan pembangunan lima bentuk pemikiran (Rajah 1.3).

   ůŽŽŵ͛Ɛ KƌŝŐŝŶĂů dĂdžŽŶŽŵLJ: ƒ Knowledge ƒ Comprehension ƒ Application ƒ Analysis ƒ Synthesis ƒ Evaluation

   ŶĚĞƌƐŽŶ͛Ɛ ZĞǀŝƐĞĚ dĂdžŽŶŽŵLJ: ƒ Remembering ƒ Understanding ƒ Applying ƒ Analysing ƒ Evaluating ƒ Creating

  Mengapa Kreativiti

Rajah 1.3 Lima Bentuk Pemikiran (Gardner)

b) Pembangunan Negara : Perspektif WAWASAN 2020 Malaysia Sebagai Negara Perindustrian

  Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubah suai sahaja,

tetapi mestilah boleh mencipta, menambah dan

memperbaharui (Tun Mahathir).

  Mengapa Kreativiti

c) Kejayaan k-ekonomi

  Profesor Andy Hargreaves menyenaraikan old basic skills dan new basic skills, serta perkara yang menentukan kejayaan k-ekonomi. Kreativiti adalah merupakan kemahiran asas baru yang menjadi keperluan individu untuk masa kini dan masa depan serta menjamin kejayaan k-ekonomi sesebuah Negara (Rajah 1.4).

  Apakah Implikasi Kepada Kurikulum Persekolahan Negara? Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

  Old Basic Skills ƒ Literacy ƒ Numeracy ƒ Obedience ƒ Punctuality

  New Basic Skills ƒ Multiliteracy ƒ Creativity ƒ Communication ƒ IT ƒ Teamwork ƒ Lifelong learning ƒ Adaptation and change ƒ Environmental responsibility

  Successful Knowledge Economics Characterized by: ƒ Creativity ƒ Flexibility ƒ Problem solving ƒ Ingenuity ƒ Collective intelligence ƒ Professional trust ƒ Risk taking ƒ Continuous improvement

  Teras Kedua: Membangunkan modal insan Teras ini berhasrat melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran.

  Rajah 1.4 Old Basic Skills, New Basic Skills dan perkara yang

  menentukan kejayaan k-ekonomi (Hargreaves. A, 2003)

  Mengapa Kreativiti bentuk pemikiran dalam saranan Gardner memenuhi x Kelima-lima

  JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek), termasuk aspek sosial. Creating mind perlu dibangunkan melalui kurikulum persekolahan bagi menyediakan murid pada masa kini dan masa depan yang lebih mencabar.

x Kreativiti adalah kemahiran yang perlu ditekankan dalam

kurikulum di samping kemahiran lama dan baru yang lain sekiranya kita hendak mencapai taraf negara maju/negara perindustrian dan berjaya dalam k-ekonomi.

  Mengapa Guru Perlu Kreatif dan Inovatif?

Profesor Andy Hargreaves dalam bukunya Teaching in the Knowledge

Society (2003) ada menyatakan bahawa pendidikan pada masa ini sedang

  berada dalam the age of insecurity. Dalam keadaan yang serba tidak menentu ini, guru akan memainkan salah satu daripada peranan berikut: Guru menjadi pemangkin yang mempercepatkan proses globalisasi; x x Guru menjadi penghalang keburukan-keburukan hasil daripada globalisasi; dan x Guru menjadi mangsa globalisasi kerana mereka tidak dapat mengikuti rentak dan perubahan semasa.

  

Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pengajaran &

pembelajaran yang berkesan dalam memainkan peranan sebagai

pemangkin atau pengadang kepada keburukan hasil globalisasi dan

tidak menjadi mangsa kepada globalisasi.

  Melalui pengajaran & pembelajaran kreatif dan inovatif guru,

murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran

dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya

kreativiti dan inovasi mereka.

  Mengapa Kreativiti Mengapa Murid Perlu Kreatif dan Inovatif?

Kreativiti perlu dibangunkan dalam kalangan murid sejak peringkat

awal persekolahan lagi. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka tahu

potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang

tersembunyi dalam diri mereka. Antara kepentingan kreativiti kepada

murid adalah untuk: x

  Menggalakkan murid meneroka bidang dan teknologi baru. x

  

Membiasakan minda mencari jawapan yang bilazim dan tidak

konvensional. x Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan bagi menyelesaikan tugasan dengan lebih lancar. x Menilai kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan. x

  Mengerahkan pemikiran bercapah dan µWKLQN RXW RI WKH ER[¶. x

  

Mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan, imaginasi dan

visualisasi. x Menyerlahkan personaliti individu yang kreatif.

  Mengapa Kreativiti

  Mengapa Kreativiti

  2 KERANGKA PEMBANGUNAN DOMAIN KREATIVITI KONSEP KERANGKA ..creativity can be used

PEMBANGUNAN DOMAIN

  ĨŽƌ ŐŽŽĚ ĂŶĚ Ğǀŝů͙

KREATIVITI MODEL PROSES KREATIF ALAT BERFIKIR HALANGAN KREATIVITI

  Mengapa Kreativiti

  Mengapa Kreativiti

KONSEP KERANGKA PEMBANGUNAN DOMAIN

KREATIVITI

Kerangka Pembangunan Domain Kreativiti (PDK) merupakan

pernyataan prinsip umum bagi membangunkan domain kreativiti

secara menyeluruh. Kerangka PDK dibina berdasarkan definisi dan

faktor yang mempengaruhi kreativiti. Antara perkara yang menjadi

prinsip dalam kerangka PDK ialah etika, budaya, komunikasi,

persekitaran, pengetahuan, motivasi, kecerdasan mental dan

personaliti yang saling berkaitan.

  Empat prinsip yang menjadi asas dan perlu diberi fokus ialah

etika, budaya, komunikasi dan persekitaran. Prinsip asas ini perlu

diwujudkan dahulu dalam usaha membangunkan insan yang kreatif.

Empat prinsip lain yang menyokong prinsip asas ialah pengetahuan,

motivasi, kecerdasan dan personaliti.

  Prinsip kerangka PDK digambarkan dalam bentuk piramid kerana ia dapat menggambarkan kekuatan, dinamik, kekukuhan dan kemantapan struktur sesuatu binaan. Binaan bentuk piramid yang kukuh dan terarah ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berpaksikan kepada pembinaan insan yang seimbang, menyeluruh dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, intelek dan rohani. Rajah 2.1 menunjukkan Kerangka PDK dalam

  Rajah 2.1 Kerangka PDK bentuk piramid.

  Mengapa Kreativiti Prinsip Kerangka PDK

  a) Etika Etika adalah satu panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap murid. Panduan ini merupakan peraturan yang mampu menjadikan murid memiliki nilai dan integriti sebagai manusia yang kreatif dan inovatif berlandaskan nilai dan akhlak yang mulia. Oleh itu murid perlu menanam sikap positif terhadap pemupukan kreativiti, meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan kerja yang cemerlang dan memberi sumbangan yang positif.

  b) Budaya Budaya meliputi norma, sikap/ perlakuan, kepercayaan/ ritual/ adat resam, nilai serta sambutan perayaan dan tradisi yang diterima dan dihayati oleh ahli masyarakat sesuatu bangsa. Budaya boleh memberi makna dan menunjukkan apa yang difikirkan dan bagaimana mereka bertindak.

  c) Komunikasi Komunikasi adalah proses interaksi untuk penyampaian maklumat secara berkesan daripada sumber kepada penerima.

  Komunikasi dapat membangunkan aspek interpersonal dan intrapersonal individu, di samping menggerakkan individu memahami peranan dan cara mereka berfikir, serta perlakuan yang efektif dalam masyarakat. Kesepaduan semua elemen ini menjana dan membangunkan kreativiti murid.

  Mengapa Kreativiti

  d) Persekitaran Persekitaran adalah penting kepada hasil kreativiti individu. Tiga komponen dalam konteks persekitaran yang relevan kepada proses kreatif adalah: Menggalakkan idea kreatif- individu kreatif dapat x menghasilkan idea kreatif mereka dengan cemerlang dalam persekitaran yang menggalakkan mereka menghasilkan idea baru, mengeksplorasi idea baru, dan mensintesis elemen dalam pelbagai cara.

Menggalakkan tindakan susulan idea kreatif

x

  ± individu kreatif memerlukan masa untuk lebih mendalami idea baru mereka. Menilai dan memberi penghargaan idea kreatif - individu x kreatif perlu bekerja dalam persekitaran yang menghargai hasil kreatif.

  e) Kecerdasan Kecerdasan melibatkan keupayaan mental untuk memproses maklumat. Individu kreatif mempunyai kecerdasan untuk:

  Menggabungkan maklumat sedia ada dalam cara yang x baru. x Membezakan antara idea baru yang bernilai dan idea baru yang tidak atau kurang bernilai. x Menjual idea kepada pihak lain sebagai peruntukan

sumber untuk mengembangkan idea mereka.

  Mengapa Kreativiti

  f) Pengetahuan Pengetahuan dalam disiplin ilmu penting untuk membolehkan seseorang mengenal pasti perkara baru, mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berkreatif dalam mereka cipta, mengeksperimen, mencipta produk baru dan lain- lain. Murid mengaplikasi pengetahuan, unsur asas, bahan alat sumber, motif persekitaran dan teknik serta kemahiran untuk menghasilkan pelbagai karya, produk atau ciptaan yang asli, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

  g) Personaliti Individu yang kreatif berani mengambil risiko untuk menentang kewajaran yang konvensional. Individu kreatif biasanya mempunyai personaliti yang berikut: Bertoleransi dengan kesamaran atau ketidaktentuan. x Berkesanggupan dan gigih menangani halangan dan x cabaran.

  Berkesanggupan untuk terus mengembangkan idea, x menemui idea baru dan meningkatkan mutu hasil kerja. mengambil risiko. x Berkesanggupan x Percaya dan yakin kepada diri sendiri.

  h) Motivasi Motivasi ialah penggerak utama dalam memupuk kreativiti.

  Motivasi boleh dikategorikan kepada dua, iaitu: Motivasi Intrinsik (dalaman) x ± keinginan bertindak yang disebabkan oleh faktor pendorong yang murni berasal dari dalam diri individu.

  Motivasi Ekstrinsik (luaran) x ± keinginan bertingkah laku sebagai akibat dari adanya rangsangan dari luar atau kerana adanya pengaruh dari luar.

  Mengapa Kreativiti

MODEL PROSES KREATIF

  

Model diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan

tentang proses kreatif. Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran

dan organisasi dapat ditunjukkan. Model juga amat penting untuk

minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk menjangkau

keperluan, langkah dan tindakan akan datang. Terdapat banyak model

proses kreatif seperti model penyelesaian masalah kreatif dan model

membuat keputusan kreatif. PDK melalui kurikulum persekolahan

memerlukan model yang umum dan boleh diaplikasikan oleh semua

disiplin ilmu di samping mengambil kira model pengajaran dan

pembelajaran yang menekankan kreativiti seperti pembelajaran

berteraskan masalah/projek (problem based/project based learning),

inkuiri-penemuan dan konstruktivisme.

  Model Proses Kreatif Terarah

Model Proses Kreatif Terarah sesuai dijadikan model umum proses

kreatif untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Model

Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang berikut: Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang x ada sebelum ini, termasuk model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif. Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis. x Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif. x Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan x metakognisi.

  Mengapa Kreativiti Rajah 2.2 menunjukkan Model Proses Kreatif Terarah. Model

Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada

  

Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa

Tindakan. Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian sehingga

proses analisis secara berfikrah (thoughtful) situasi, objek dan karya,

cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses oleh minda.

  Rajah 2.2 Model Proses Kreatif Terarah

  Diubahsuai daripada Paul E Plsek, 1996

  Dalam Fasa Imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung

kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti

sumbangsaran. Seterusnya, idea dikutip dan sintesis idea berlaku

untuk memilih atau menghasilkan ciptaan. Seterusnya dalam Fasa

Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu

dijalankan sebelum penilaian terakhir.

  Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang

  Mengapa Kreativiti

dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan

menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan

penganalisisan. Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan

berterusan. Kitaran proses pemikiran kreatif dijelaskan lagi dalam

Rajah 2.3.

  Rajah 2.3 Kitaran Proses Kreatif Terarah

  Diubahsuai daripada Paul E Plsek, 1996

  Mengapa Kreativiti Model Proses Kreatif Terarah sangat sesuai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana model ini selari dengan model pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid.

ALAT BERFIKIR

  Alat Berfikir yang digunakan semasa proses kreatif boleh diorganisasikan berdasarkan empat fasa dalam model Proses Kreatif Terarah. Dalam pelaksanaan PDK, guru diberi keluwesan untuk memilih alat berfikir yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, alat berfikir boleh dikategorikan kepada aktiviti mental, penyusun grafik, analogi dan metafora (Rajah 2.4).

  Memberi Tumpuan dan Menyimpan Penjelajahan Minda Perhatian Maklumat, Mengekstrak Maklumat Membuat Pilihan Bergerak Secara Luwes Menghindari Pemikiran Sedia Ada Menjawab Soalan Aktiviti Mental dan Pernilaian Pelbagai Aras dan

  Pramatang Bentuk (Soalan Tertutup dan Terbuka) Membuat Perkaitan Rantai Alat Berfikir Urutan

  Analogi dan Carta Metafora Maklumat, Penyusun Carta-T, Grafik Carta Selari Grid Pemboleh Masa, Carta

  Ubah Rajah Tulang Ikan, Pancaran, Carta Rajah Venn Edaran, Carta Alir Rajah 2.4 Alat Berfikir (Diubahsuai daripada Paul E Plsek, 1996)

  Mengapa Kreativiti Aktiviti Mental

Melibatkan aktiviti seperti memberi tumpuan dan perhatian,

menyimpan maklumat, mengekstrak maklumat, menghindari pemikiran

sedia ada, menghindari penilaian pra matang, bergerak secara luwes,

penjelajahan minda, membuat perkaitan, membuat pilihan, menjawab

soalan pelbagai aras dan bentuk soalan (soalan tertutup dan terbuka) dan sebagainya.

  Penyusun Grafik (PG)

Penyusun grafik merupakan suatu bentuk ilustrasi yang dibina untuk

membantu guru membuat analisis, menjana idea, membanding beza,

menilai, membuat hipotesis, visualisasi, menghubungkan idea dan

konsep serta membuat urutan. Antara PG yang biasa digunakan ialah

carta maklumat, carta-T, carta selari masa, carta tulang ikan, carta

edaran, carta alir, rantai urutan, rajah pancaran, rajah Venn, tangga

hierarki, grid pembolehubah dan sebagainya.

  Analogi dan Metafora

Analogi merujuk persamaan antara dua perkara atau dua benda.

  

Contohnya analogi antara jantung dengan pam. Metafora merupakan

perkataan atau frasa yang biasanya merujuk satu perkara tetapi

digunakan kepada perkara lain dan menjadi satu perbandingan.

  Alat Berfikir Bagi Setiap Fasa Dalam Model Kreatif Terarah Rajah 2.5, 2.6 dan 2.7 menunjukkan secara ringkas alat berfikir

yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam setiap fasa dalam model

  Proses Kreatif Terarah.

  Mengapa Kreativiti Prinsip: Beri Perhatian

  

BERHENTI SEJENAK DAN

Melihat dan Fokus

  

AMBIL PERHATIAN

Pandangan Lain Aktiviti Mental: Tumpukan Perhatian

  Bacaan Secara Berhenti Sejenak Sengaja Secara Ambil Perhatian Kebetulan Ekstrak Maksud Menyimpan Maklumat Main Peranan Perbincangan/ Perbualan Senario Idea Main Perkataan

Alat Berfikir

  Mereka/Bina Fokus Semula

  

Fasa

Dunia/Situasi

  Topik

Persediaan

  Senario Persekitaran Hierarki Menjawab Soalan Pemahaman (4W & 1H) Secara Umum Berfikir Secara Multimod Analogi Terus Melihat Yang Telah Jelas Mencari Pola Mencari Analogi

  Melihat Lebih Dekat Rajah 2.5 Alat Berfikir Fasa Persediaan (Paul E.Plsek, 1996)

  Mengapa Kreativiti

PERCAMBAHAN

  Prinsip Utama:

FIKIRAN

x Hindar dan Anjakan Minda.

  MENGGUNA Aktiviti Mental: ANALOGI Klasikal x Menghindari

  Pemikiran Sedia Variasi Ada. Berstruktur Analogi x Menghindari

  Langsung Penilaian Pramatang.

  Menjadi x Bergerak Secara

  Orang Lain Luwes. Penerokaan x Penjelajahan Minda. Variasi x Membuat Perkaitan. Tidak

  Berstruktur Visualisasi/ Lukis/Senarai / Lakar Mengkategori

Alat Berfikir

  PROVOKASI SINTESIS Fasa

IMAGINASI SECARA TERUS

  

Imaginasi

Alternatif Kriteria Cabaran Langgar Peraturan Buku Nota Peta Pernyataan Minda Tidak Logik Kaedah Slip LONJAKAN MINDA Gabung Ciri/Logik PENGELOLAAN Gabung Idea DAN MEMPAMERKAN

  IDEA

GABUNG JALIN

KONSEP

  Rajah 2.6 Alat Berfikir Fasa Imaginasi (Paul E.Plsek, 1996)

  Mengapa Kreativiti PEMILIHAN

  IDEA TERAKHIR Kesesuaian Menarik Prinsip: Fokus dan Potensi Anjakan Minda

  Kesilapan/ Menghalusi Kecacatan Aktiviti Mental: Pemilihan Idea Akhir Penyesuaian Penambahbaikan

  Peningkatan Menarik Alat Berfikir SENARAI SEMAK Perkembangan Penilaian PENAMBAHBAIKAN dan Tindakan Kesesuaian Pra-penilaian Pengukuhan Urutan Kesan/Akibat Dokumentasi idea

  Uji Cuba/ Membina Prototaip Rajah 2.7 Alat Berfikir Perkembangan dan Tindakan (Paul E.Plsek, 1996)

  Mengapa Kreativiti

HALANGAN KREATIVITI

  

Dalam membangunkan kreativiti murid, guru perlu peka dan memberi

perhatian kepada faktor yang menghalang iaitu:

x Halangan persekitaran kepada kreativiti, termasuklah peraturan,

desakan, budaya, kepercayaan, arahan dan larangan tanpa penjelasan. x Halangan-halangan sosio ekonomi terdiri daripada tanggapan- tanggapan yang salah, pengambilan risiko dan kecerdasan manusia.

x Halangan psikologikal pula merangkumi kurangnya desakan

dalaman, perasaan rendah diri dan tanggapan yang salah tentang bakat yang dikaitkan dengan kreativiti.

x Halangan perwatakan berfokus kepada kurangnya disiplin kendiri,

pertautan dan ketiadaan komitmen.

  Mengapa Kreativiti

  Mengapa Kreativiti

  3 STANDARD PEMBANGUNAN DOMAIN KREATIVITI STANDARD Teaching for creativity entails creating a community of inquiry in the PENGAJARAN PDK ĐůĂƐƐƌŽŽŵ͙͘

AMALAN KREATIVITI

  Building this climate includes: DALAM P&P

  x organizing curriculum around

  the processes of creativity,

  x providing students with

  INDIKATOR content and processes that

  PENTAKSIRAN allow them to investigate and

  KREATIVITI communicate within disciplines,

  x teaching general techniques

  that facilitate creative thinking across disciplines and

  x providing a classroom

  atmosphere that support creativity ͙

  Mengapa Kreativiti

  Mengapa Kreativiti

STANDARD PENGAJARAN PEMBANGUNAN DOMAIN KREATIVITI

  

Standard Pengajaran Pembangunan Domain Kreativiti menjelaskan

kriteria yang perlu guru faham dan perlu dilaksanakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat. Standard

pengajaran ini digubal berdasarkan tanggapan yang berikut: x Matlamat yang dinyatakan memerlukan perubahan secara sistemik.

x Perkara yang murid peroleh dan kuasai dipengaruhi cara

mereka diajar. x Kreativiti boleh diajar dan dibangunkan. x Pemahaman murid dibangunkan dengan aktif secara individu dan melalui proses sosial. Lima Standard Pengajaran yang digubal terdiri daripada: i. Merancang Pengajaran dan Pembelajaran

  Guru merancang pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada proses kreativiti. ii. Membimbing dan Menjadi Fasilitator

  Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid. iii. Menaksir Berterusan

  Guru menjalankan pentaksiran secara berterusan tentang pengajarannya dan tentang pembelajaran murid. iv. Mengurus Persekitaran Pembelajaran

  Guru merangka dan mengurus persekitaran pembelajaran supaya dapat menimbulkan motivasi intrinsik murid.

  Mengapa Kreativiti v. Membangunkan Komuniti

  Guru membangunkan komuniti murid yang kreatif yang menunjukkan sikap positif terhadap idea baru dan sentiasa mempunyai keinginan untuk berkreatif.

  Merancang Pengajaran dan Pembelajaran Guru merancang pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada proses kreatif dengan:

  Membina kerangka untuk objektif jangka panjang dan jangka x pendek dengan membuat pengadaptasian atau pengubahsuaian. x Memilih kandungan yang sesuai dengan minat, pengetahuan, kefahaman, kebolehan dan pengalaman murid.

  Memilih strategi pengajaran dan pentaksiran yang dapat x menyokong perkembangan kreativiti murid dan membentuk personaliti individu kreatif.

  Bekerjasama dengan rakan guru merentas disiplin ilmu dan x gred yang sama dan berlainan.

  Membimbing dan Menjadi Fasilitator Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan:

  Memberi fokus dan menyokong proses kreatif murid apabila x berinteraksi dengan murid.

Mengenal pasti dan memberi respons kepada kepelbagaian

x murid dan galakkan semua murid berkreatif.

Menggalak dan memodelkan proses kreatif, menunjukkan sikap

x dan personaliti individu kreatif.

  Mengapa Kreativiti Menaksir Berterusan

Guru menjalankan pentaksiran secara berterusan tentang

pengajarannya dan pembelajaran murid dengan: x Menggunakan pelbagai kaedah dan mengumpul data kebolehan murid secara sistematik. x Membuat analisis data pentaksiran untuk membantu pengajaran. x Membantu murid membuat pentaksiran kendiri. x Menggunakan data murid, pemerhatian pengajaran, berinteraksi

dengan rakan guru dan membuat refleksi untuk meningkatkan

pengajaran.

  Mengurus Persekitaran Pembelajaran

Guru merangka dan mengurus persekitaran pembelajaran supaya

dapat menimbulkan motivasi intrinsik murid dengan mengaplikasikan strategi yang tertentu di samping motivasi ekstrinsik dengan: x Memberi cabaran/tugasan yang menggalakkan murid berkreatif x Memberi kebebasan kepada murid berkreatif dengan berlandaskan etika, budaya dan agama. x Menyedia dan mengeksploitasi pelbagai sumber bagi menyokong kreativiti (TMK/bahan cetak/alam sekeliling) x Menggalakkan kerja kumpulan bagi penjanaan dan perkongsian idea. x Mengalakkan murid untuk menghasilkan idea kreatif. x Memberi sokongan berterusan kepada idea kreatif.