BAB 7: ASAS FOTOGRAFI - Bab 7 Asas Fotografi

BAB 7: ASAS FOTOGRAFI

  7.1 Sejarah Perkembangan Fotografi Sejarah menunjukkan kewujudan fotografi sejak abad ke-19 di mana foto pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam. Istilah fotografi diambil dari perkataan

  photography yang berasal daripada perkataan greek yang membawa maksud cahaya (phos) dan menulis (graphien) Louis Jacques Mande Daquerre merupakan

  orang yang mula-mula sekali memperkenalkan fotografi dan ia juga dikenali sebagai bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obcura merupakan kamera yang pertama kali yang dipakai untuk menggambar kemudian memotret. Kamera Kodak (Eastmant Kodak) pertama kali ditemukan oleh Snapshooter 1888 di Amerika. Konstribusi fotografi ke dunia filem pertama kali dipelopori oleh Edward Muybridge. Flash atau lampu kilat pertama kali ditemukan oleh Harold E.Edgerton pada tahun 1938. Memotret benda-benda mati disebut dengan still life. Penemuan filem negatif oleh John Hendri Fox Talbot yang telah dibuat selama 40 detik di bawah terik matahari.

  Asas Fotografi

  Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej. Semakin kompleks binaan/struktur sesebuah kamera, semakin lengkap mekanismanya. Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi kesan terhadap hasil fotograf yang dihasilkan. Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai : i. Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan kamera itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik pandang. ii. Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke dalam kamera. iii. Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem. iv. Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter. v. Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat imej ke atas filem. vi. Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa. vii. Alat untuk menggulung filem. viii. Mekanisma fokus untuk mengubah lensa ke belakang dan ke depan supaya ia dapat memancar imej dengan terang.

7.2 Bahagian-Bahagian Kamera

  Binaan sebuah kamera terdiri daripada beberapa komponen utama.

  Rajah 1: Bahagian-bahagian Asas Kamera Sumber (Buku): Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

  7.2.1 Kanta (Lensa) Kanta digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam kamera. Ciri utama sesebuah kamera ialah jarak fokusnya. Kanta yang berlainan jarak fokus digunakan untuk membentuk imej yang berlainan saiz di atas filem. Jarak fokus kanta disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan. Jarak fokus normal adalah berbeza mengikut saiz filem masing-masing:

  Saiz filem Jarak fokus normal 110 25 mm 126/127 45 mm 35 50 mm

  120 75 mm Jenis-jenis kanta i. Lensa Bidang Luas ( Wide Angle Lens) Ukurannya 6 mm – 45 mm. Digunakan untuk pengambaran pemandangan atau tempat-tempat keluasannya terhad bagi jurukamera. Pemandangan jauh yang luas. ii. Lensa biasa ( Standard/ Normal Lens) Ukurannya 43 mm

  • – 50 mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan disesuaikan dengan pandangan biasa mata. iii. Lensa Foto Jauh ( Telefoto) 85 mm – 120 mm Untuk gambar potret. 135 mm – 200 mm Sesuai untuk sukan 300 mm
  • – 600 mm pergerakan, alam semulajadi, penghidupan liar iv. Lensa Zoom Lensa zoom ialah kanta yang mengandungi gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit sama ada gabungan sudut luas ke normal ataupuan normal ke sudut jauh. Kanta zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan cepat dan jurugambar tidak ada masa untuk menukarkan kepada kanta-kanta yang berlainan pada kameranya.

  28 mm - 50 mm sudut luas ke normal 50 mm normal ke sederhana

  • – 100 mm 70 mm – 200 mm normal ke jauh 135 mm – 300 mm sederhana ke jauh
Rajah 2 : Lensa Zoom Sumber : Canon Marketing Malaysia

  7.2.2 Pengatup / shutter Penngatup atau shutter adalah sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapatkan gambarfoto yang baik. Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan nagka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk membenarkan cahaya daripada apertur masuk ke adalam filem. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih lama dedahan dibenarkan.

  Rajah 3 : Pelepas shutter/Kelajuan pelapas

  7.2.3 Apertur ( Dedahan Cahaya) Apertur ialah gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Skil di gelang apertur ini berukuran / ditanda dengan f atau f/stops. Skil pada gegelang akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22. Skil bergantung kepada lensa yang digunakan. Nombor yang kecil saiz bukaannya besar, sementara nombor yang besar (f22) zaiz bukaannya kecil.

  F2.8/3.8 f4 f5.6 f8 f11 f16 f22 Rajah 4 : Aperture (Dedahan Cahaya)

  Rajah 5 : Skala Apertur

  7.2.4 Fokus Fokus adalah satu proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem. Proses ini dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri atau ke kanan, sambil jurugambar melihat subjek pada pemidang tilik. Jenis imej bertindan akan menunjukan dua imej sekiranya kanta berada di luar fokus. Imej akan menjadi satu apabila fokusnya tepat.

  Rajah 6 : Skala Fokus

7.3 Jenis-jenis Kamera

  Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring (disk), kamera segera (instant), kamera katrij (cartridge), kamera pembalikan (reflects) dan kamera format besar (large format view).

  7.3.1 Kamera fokus tetap Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus. Yang ada hanya sebuah penilik pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi ada juga kamera jenis ini yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan dengan lambang- lambang seperti berikut: Untuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang dan bayang- bayang yang nyata.

  Untuk mengambil gambar dalam cahaya terang bermega dengan bayang-bayang samar Untuk mengambil gambar dalam cahaya mendung dengan sedikit bayang-bayang

  Rajah 7 : Kamera Fokus tetap

  7.3.2 Kamera pencari jarak padu Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama dengan kemara fokus tetap. Mekanisma fokus membolehkan jurufoto mengubahsuai lensa untuk mendapkan imej yang jelas dan tajam.

  7.3.3 Kamera satu lensa refleks (SLR) Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah depannya. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang. Imej yang dilihat pada tingkap penilik pandangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia dilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa merosakkan filem. Ia juga boleh menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle lens), lensa mikro ( micro lens), dan alat tambahan lain.

  Rajah 8 (i),(ii) : Kamera Satu Lensa Refleks Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

  7.3.4 Kamera format sederhana Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 120 atau 220 yang mempunyai ukuran bidang 60 mm x 60 mm. Bentuk kamera adalah besar dan berat. Ia boleh terdapat dalam jenis SLR dan TLR ( Twin Lens Reflex). Jenis TLR mempunyai dua kanta serupa yang dipasang di atas satu sama lain. Kanta teratas digunakan sebagai pemidang tilik dan kanta dibawahnya bertugas sebagai kanta objektif.

   Rajah 9 : Kamera Format Sederhana

  Sumber : Razali Nor (1996 )

   Rajah 10 : Kamera Format Sederhana

  Sumber : Razali Nor (1996)

7.3.5 Kamera format besar

  Kamera format besar ialah kamera yang menggunakan filem yang lebih besar daripada 120/220. Oleh kerana bentuk kameranya besar, maka kamera jenis ini selalunya digunakan oleh jurugambar profesional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto yang maksimum.

   Rajah 11 : Kamera Format Besar

  7.3.6 Kamera segera Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat, iaitu antara satu hingga dua minit sahaja. Permukaan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan capat.

   Rajah 12 : Kamera Segera ( Polaroid)

  Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

7.4 Jenis-jenis Filem

  Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA ( American Standard Association), JIS ( Japan Industrial Standards), DIN ( Deutche Industrie Norme) dan ISO ( International Standards organisations).

  Rajah 13 : Jenis Filem

  7.2.5.1 Jenis-jenis Filem Filem hitam-putih Negatif hitam putih membuat gambar hitam putih Filem Warna Negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna warni atau hitam putih Filem Slaid Juga dipanggil filem Positif. Untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.

  7.2.5.2 Kepekaan Filem Filem sangat peka kepada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Semakin nombornya tinggi kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya sekiranya nombor kecil kepekaannya semakin rendah.

  Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/terik, filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana adalah sesuai. Filem ASA 100, 125 atau kurang adalah sesuai. Jika mengambil gambar dibilik gelap, cahaya lampu biasa ( lilin, pelita, lampu warna atau mengambil gambar dengan cahaya imbasan bagi pementasan, filem dengan kepekaan tinggi perlu digunakan. Misalnya Filem ASA 400 hingga 1000

  1000 500 250 125

  64

  32

  16

  8

  4 ASA

  ISO

  31

  28

  25

  22

  19

  16

  13

  10

  7 DIN Kelajuan Tinggi Kelajuan rendah

  Rajah 14 : Kepekaan Filem

  7.2.6 Meter dedahan Cara yang tepat untuk menentukan pendedahan ialah dengan menggunakan jangka cahaya. Jangka cahaya ialah alat yang kecil yang terdiri dari sel fotoelektrik, skala cahaya dan skala pelaras kamera.

  Rajah 15 : Meter Dedahan Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff

7.5 Teknik Penggambaran

  Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran seni foto. Berikut adalah contoh-contoh teknik fotografi: Rajah 16.1 : Teknik Jarak Dekat (Close-up)

  Rajah 16.2 : Fokus Jarak Sederhana Rajah 16.3 : Fokus Jarak Jauh

  Rajah 16.4 : Teknik Aksi Rajah 16.5 : Teknik Makro

  Rajah 16.6 : Teknik Potret Rajah 16.7 : Teknik Perspektif Rajah 16.8 : Teknik Pembekuan

  Rajah 16.9 : Teknik Lanskap

  Rajah 16.10 : Teknik Simetri Rajah 16.11 : Teknik Silhouttes

7.6 Komposisi

  Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam seni fotografi, antaranya komposisi. Berikut adalah berkaitan dengan komposisi:  Menegaskan lagi impak komunikasi visual yang hendak disampaikan  Menentukan subjek matter yang hendak ditonjolkan dan kaitannya dengan latar

   Menentukan mud dan mesej yang hendak disampaikan  Komposisi imej digital/ foto boleh dibaiki atau diubah dengan teknik cropping dalam perisian aplikasi grafik- photo retouching atau pengimbas

  Ada banyak teknik komposisi, tetapi apa yang perlu diberi perhatian adalah pengamalan

  ‘Aturan Sepertiga’ atau ‘The Rule Of Thirds’ dalam fotografi.

  Apakah ‘Rule Of Thirds’? Menurut “The rule states that an

  image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important com positional elements should be placed along these lines or their intersections”. (Artikel : Fotografi N8 / 808 Pureview: Teknik Komposisi Aturan Sepertiga, 11 Okt. 2012)

  ‘

  Aturan sepertiga’ adalah sebuah teknik komposisi yang membahagikan kawasan

  foto menjadi tiga bahagian, baik secara vertikal maupun horizontal. Lihat ilustrasi seperti dalam rajah berikut:

  Rajah 17 : Pembahagian kawasan ‘Aturan Sepertiga’

7.7 Fotografi Digital Pengenalan mengenai Kamera Digital

   Tidak menggunakan filem, tetapi menyimpan gambar /imej secara elektronik; melalui mikrocip yang sensitive pada cahaya yang dikenali sebagai CCD (Charged Coupled Device)  Membolehkan gambar diambil dan review terus pada kamera  Memindahkan imej ke komputer, crop mengikut ukuran yang dikehendaki, menyesuaikan warna dan terang gelap imej; mencetak imej yang dikehendaki mengikut ukuran yang diperlukan  Gambar/imej digital boleh di e-mail, hantar ke web site, atau boleh tunjukkan gambar kepada rakan melalui organizer tangan  Cepat dan fleksibel (versatile)  Boleh didapati dalam mega piksel 2 hingga 6 mega piksel; lebih besar piksel lebih besar gambar boleh dicetak  Setiap gambar disimpan sebesar setem

   Boleh merakam gambar sebanyak mana yang mungkin mengikut keupayaan CCD dan kad penyimpan memori.

  Penyimpan Memori/ Imej

   Menggunakan stail memori seperti komputer; kamera bukan digital menggunakan filem  Lebih banyak memori, lebih banyak imej yang boleh disimpan  imej boleh disimpan dalam 3 bentuk memori imej iaitu:  Kad memori yang boleh di tukar ganti o dimasukkan ke dalam kamera untuk menyimpan imej. Kad memori dimasukkan ke dalam komputer dengan bantuan ‘adapter’, atau kabel untuk memindahkan maklumat (imej) dari kamera ke komputer. Kad memori boleh didapati dalam bentuk: i.

  Kad ‘SmartMedia’ - kapasiti memori 8 MB,16 Mb, 32 MB,

  64MB,128 MB ii. Kad ’CompactFlash’ - kapasiti memori lebih tinggi, dari 175 MB

  • – 1040 MB; harganya lebih mahal iii. Kad PCMCIA - untuk kamera yang tertentu sahaja`

   Menggunakan kamera digital yang menggunakan cakera liut untuk menyimpan imej, terus boleh digunakan pada komputer; jumlah imej yang disimpan adalah terhad

  Jenis

  • –jenis kad memori : CompactFlash, PCMCIA, dan SmartMedia

  Resolusi Imej Kamera Digital

   Diukur dalam unit piksel  Piksel menentukan kualiti imej yang dicetak  Lebih tinggi piksel, lagi kurang imej yang disimpan  Kamera Digital Resolusi Rendah o 320 x240 piksel  Kamera Digital Resolusi Sederhana o dari 640 x 480 piksels (VGA - Kamera Video Graphic Array) hingga 800 x 600 piksel (SGVA- Kamera Super VGA ) dan 1024 x 768 piksel (XGA- Extended GA camera)  Kamera Digital Resolusi Tinggi o dikategorikan sebagai megapiksel o mencapai tahap jutaan piksel o sesuai untuk menghasilkan imej untuk produksi penerbitan kerana berupaya menghasilkan warna yang terang dan jelas.

   Kamera Digital. diperolehi dalam pilihan megapiksel yang berikut:

  Mega piksel Ukuran cetakan imej

  Sub-m.p (VGA)

  Pada paparan komputer ,web site, e-mail 1 m.p 3 in X 5 in 2 m.p 5 in X 7 in 3 m.p 8in X 10 in 6 m.p 13 in X 19 in

  RUMUSAN

  Pembelajaran fotografi adalah penting dikalangan guru khasnya kerana kita dapat mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat dimanafaatkan kemudian hari. Sejauhmana jenis kamera digunakan adalah tidak penting tetapi yang paling penting ialah mutu dan mekanisma gambar yang jelas. Modul ini akan membantu anda mempelajari secara asas pengenalan dan teknik fotografi.

  BIBLIOGRAFI

  Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media and technologies for learning. Edisi ke 5. New Jersey: Prentice-Hall.

  Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

  Razali Nor (1995). Teknologi pendidikan: media unjuran dan media elektronik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

  Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber: komponen teknologi pendidikan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  Bahagian Pembangunan Kurikulum (2008). Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer (MPV) Teknik Pemerolehan Grafik: Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.symbianku.my/fotografi-n8-808-pureview-teknik-komposisi-aturan-sepertiga/