CADANGAN KAJIAN TINDAKAN KEBERKESANAN PE (1)

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN AUDIO - VISUAL (VIDEO) SEBAGAI BAHAN
BANTU BELAJAR TERHADAP PENINGKATAN PEMIKIRAN ARAS TINGGI
MURID DALAM MATAPELAJARAN SAINS
TAHUN 5

EMLLY UDING GAU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

KANDUNGAN

ABSTRAK
1.0

PENDAHULUAN
1.1

Refleksi Pengalaman Yang Lalu / Refleksi sorotan Literatur


2.0

FOKUS KAJIAN

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

4.0

KUMPULAN SASARAN

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian


6.0



Jadual Pelaksanaan



Kos Kajian

RUJUKAN

2|Kaedah Pen
HBEF2503

yelidikan

Dalam


Pendidikan

ABSTRAK

Kajian yang berbentuk kuasi eksperimen ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti
keberkesanan penggunaan audio visual iaitu video pembelajaran sebagai bahan bantu belajar
bagi meningkatkan pemikiran aras tinggi murid – murid Tahun 5 dalam matapelajaran Sains .
Kajian ini akan melibatkan seramai 10 orang murid dari kumpulan A di Sekolah Kebangsaan
Trusan sebagai sampel kajian . Kumpulan A ini akan dipilih sebagai kumpulan eksperimen
yang akan menggunakan bahan audio visual manakala 10 orang murid dari kumpulan B
merupakan kumpulan kawalan yang mana akan menggunakan kaedah tradisional iaitu secara
“Chalk and Talk” . Satu set soalan yang mengandungi soalan berbentuk aras tinggi akan
diberikan kepada kedua – dua kumpulan tersebut sebagai pra-ujian . Kedua – dua kumpulan
ini akan menjalani proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan bahan bantu yang
berbeza dan seterusnya menjalani ujian pasca . Oleh itu , bahan berbentuk audio visual
seperti video akan digunakan sebagai bahan bantu belajar disokong oleh teknik penyoalan
bagi meningkatkan pemikiran aras tinggi murid – murid kumpulan eksperimen bagi
membandingkan peningkatan . Data kajian juga akan dianalisis dengan menggunakan Borang
soal selidik bagi menilai sikap murid – murid terhadap pembelajaran menggunakan audio
visual dan juga matapelajaran sains .

.

3|Kaedah Pen
HBEF2503

yelidikan

Dalam

Pendidikan

1.0 PENDAHULUAN

Cetusan transformasi pendidikan secara drastik berlaku apabila Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) telah diperkenalkan yang mana antaranya mensasarkan
kanak – kanak agar memiliki kemahiran berfikir menjelang abad ke – 21.Menurut Tomei
(2005) , berdasarkan pernyataan dalam buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) yang diterbitkan pada tahun 2013, Kemahiran Befikir Aras Tinggi melibatkan
kemahiran kognitif yang tertinggi seperti kemahiran menganalisis , sintesis , menilai dan
seterusnya penghasilan sesuatu idea baharu . Manakala , takrifan Kementerian Pelajaran

Malaysia pula adalah seperti berikut ;
“Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam
membuat

penaakulan

dan

refleksi

bagi

menyelesaikan

masalah,membuat

keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu”
Petikan daripada : Buku Pentaksiran Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi , 2013.
Secara umumnya,Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah kemahiran yang membolehkan murid

– murid mencapai pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis , menilai dan
mencipta dalam menyelesaikan satu permasalahan baharu yang mereka hadapi .
Dalam meningkatkan pemikiran aras tinggi , antara bahan bantu belajar yang biasanya
digunakan ialah peta pemikiran . Namun begitu, menurut Buckley dan Smith (2008) melalui
pernyataan dalam penulisan Jurnal Pendidikan oleh Nur Aisyah et al penggunaan audio visual
juga mampu mengalakkan murid – murid untuk berfikir secara kritikal dan menyelesaikan
masalah.Di samping itu , ia juga mampu membentuk pemikiran aras tinggi melalui perubahan
corak pemikiran serta tingkah laku dalam pembelajaran dari segi berfikir , belajar dan
mendapatkan maklumat menurut Mohd.Aizani (2004).Kemampuan murid – murid untuk
berfikir dan menyelesaikan masalah merupakan antara pemikiran Aras Tinggi yang mana
amat perlu ada pada diri murid – murid . Modal insan yang mempunyai pemikiran aras tinggi
mampu berkembang dan menjadi cerdas , kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad
ke-21 agar negara berupaya bersaing di persada dunia . Pemikiran Aras Tinggi boleh
didefinisikan sebagai penggunaan minda bagi mentafsir , menganalisis atau memanipulasi
maklumat secara meluas untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang
dikemukakan (Omosko dan Newman,1994). Berdasarkan Lembaga Peperiksaan Malaysia ,
4|Kaedah Pen
HBEF2503

yelidikan


Dalam

Pendidikan

pemikiran aras tinggi adalah tertumpu kepada kemahiran mengaplikasi , menganalisis ,
menilai dan mencipta . Oleh itu , penggunaan bahan bantu belajar berbentuk audio visual juga
mampu meningkatkan pemikiran aras tinggi murid – murid dalam matapelajaran sains seiring
dengan soalan – soalan aras tinggi .
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan bagi
matapelajaran Sains dalam kelas Tahun 5 iaitu bermula dari bulan Januari sehingga Mei .
Saya telah dapati kebanyakan murid – murid saya tidak dapat menjawab soalan sekiranya
saya mengajukan soalan – soalan berbentuk aras tinggi secara lisan . Saya juga mendapati
ramai murid – murid hanya memandang saya tanpa suara dan menunggu jawapan . Maka ,
kebanyakan soalan yang saya ajukan itu terpaksa di jawab oleh saya semula. Di samping itu ,
saya juga mendapati kebanyakan murid – murid mempunyai prestasi rendah dalam
matapelajaran dengan adanya soalan berbentuk aras tinggi . Oleh itu , saya telah bertindak
dengan bertanyakan soalan bagi mengenalpasti punca kepada masalah ini dan juga langkah –
langkah penyelesaian bersama dengan rakan guru yang lain . Namun begitu , maklum balas
yang saya terima daripada guru – guru lain menyatakan bahawa “murid – murid malas

berfikir , murid – murid sudah biasa dengan cara tradisional iaitu mahu “disuap”
sahaja”.Berdasarkan komen yang saya dapati ini , saya turut melakukan pemerhatian bagi
menilai punca utama kepada masalah ini . Oleh itu , saya telah menjalankan pemerhatian
terhadap murid – murid Tahun 5 berkaitan dengan kecerdasan pelbagai yang mereka miliki
berdasarkan Teori Pembelajaran Howard Gardner (1983). Dengan itu,saya telah mendapati
bahawa seramai 80% murid – murid di dalam kelas saya mempunyai kecerdasan visual –
ruang . Oleh itu , saya berpendapat bahawa penggunaan audio – visual

dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kelas mungkin dapat membantu murid – murid
bagi meningkatkan pemikiran aras tinggi mereka .
2.0 FOKUS KAJIAN
Pada tahun 2016 , kertas peperiksaan bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka
akan mengandungi 60% soalan – soalan yang berbentuk aras tinggi . Maka , murid – murid
Tahun 5 perlu mempunyai pemikiran Aras Tinggi agar mereka bersedia dan juga mampu
menjawab soalan – soalan itu nanti. Oleh itu,saya perlu mengambil langkah penyelesaian
dengan memastikan murid – murid dapat mengaplikasikan pemikiran aras tinggi agar dapat
menjawab soalan dalam matapelajaran Sains . Masalah utama yang dihadapi murid – murid
dalam kelas Tahun 5 ialah sukar untuk mentafsir maklumat yang berbentuk lisan disebabkan

ramai yang memiliki kecerdasan visual ruang yang lebih dominan . Oleh itu , kajian yang
5|Kaedah Pen
HBEF2503

yelidikan

Dalam

Pendidikan

akan dijalankan ini nanti lebih berfokuskan kepada pengunaan bahan audio visual berserta
teknik penyoalan aras tinggi untuk merangsang murid – murid agar berfikir . Di samping itu ,
ia bagi membantu murid – murid mewujudkan gambaran mental agar mudah untuk ditafsir .
Tujuan kajian ini ialah bagi mengenalpasti sama ada :
1. Audio visual seperti video mampu meningkatkan rasa ingin tahu murid – murid .
2. Audio visual dapat menarik minat dan meningkatkan motivasi murid – murid untuk
berfikir .
3. Audio visual dapat meningkatkan tahap kognitif , metakognitif dan berfikir sehingga
mencapai pemikiran aras tinggi .
4. Audio visual membantu pengaplikasian kaedah penyoalan aras tinggi di dalam kelas .

5. Audio visual mampu membantu murid – murid untuk berfikir dengan lebih baik
dengan adanya rangsangan .
6. Audio visual memudahkan murid – murid untuk mentafsir maklumat bagi menjawab
soalan – soalan aras tinggi .
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
Kajian ini bertujuan bagi menilai adakah penggunaan bahan bantu belajar seperti
audio visual iaitu video dapat meningkatkan kemahiran menganalisis , mengaplikasi ,
menilai dan mencipta dalam pemikiran aras tinggi murid bagi matapelajaran sains
Tahun 5 bagi semua topik .
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Kajian yang dijalankan ini nanti bertujuan untuk :
3.2.1 Meningkatkan pemikiran aras tinggi murid – murid dalam pembelajaran dengan
menggunakan bahan audio-visual sebagai bahan rangsangan .
3.2.2 Mengubah strategi pengajaran guru bagi mengalakkan murid – murid untuk
berfikir dengan mengaplikasikan kemahiran mengaplikasi , menganalisis ,
menilai dan mencipta dalam menjawab soalan .
3.3.3 Menilai kesesuaian kaedah pembelajaran dengan menggunakan alat audio –
visual bagi mempertingkatkan tahap pemikiran aras tinggi murid .
Berdasarkan kepada objektif kajian , antara persoalan yang boleh dijawab ialah :

6|Kaedah Pen
HBEF2503

yelidikan

Dalam

Pendidikan

a) Adakah penggunaan audio visual ini nanti berkesan dalam meningkatkan pemikiran
aras tinggi seperti mengaplikasi , menganalisis,menilai dan mencipta bagi murid –
murid ?
b) Adakah strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan audio – visual ini
dapat mengalakkan murid – murid untuk berfikir sebelum menjawab soalan .
c) Adakah bahan bantu belajar iaitu audio visual dapat menarik minat dan merangsang
murid – murid untuk berfikir ?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 20 orang murid dalam kelas Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Trusan , Lawas akan
terlibat dalam kajian ini . Seramai 10 orang sebagai kumpulan kawalan dan 10 orang lagi
sebagai kumpulan eksperimen . Murid – murid akan dipilih dari segi kebolehan , kecerdasan
dan juga latar belakang yang sama .
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan audio visual
iaitu video dalam meningkatkan pemikiran aras tinggi murid . Rekabentuk kajian ini ialah
kuasi – eksperimen dan akan melibatkan seramai 10 orang sebagai kumpulan eksperimen
yang mana dipilih berdasarkan kecerdasan yang sama manakala 10 orang lagi sebagai
kumpulan kawalan dari kelas Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Trusan , Lawas. Kajian yang
menggunakan kaedah bercampur ini akan mengabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif .
Perlaksanaan kajian ini akan menggunakan reka bentuk berkumpulan-kawalan . Muridmurid terlebih dahulu akan menjawab soalan temubual bagi menilai sikap mereka terhadap
matapelajaran Sains dan soalan berbentuk aras tinggi . Seterusnya praujian akan dilaksanakan
kepada kedua – dua kumpulan dengan menggunakan instrumen kajian yang sama . Ia bagi
menilai tahap pemikiran aras tinggi murid – murid dalam kelas Tahun 5 . Seterusnya , sesi
intervensi iaitu dengan menggunakan audio visual akan dilaksanakan ke atas kumpulan
eksperimen dengan melibatkan sesi pembelajaran selama 20 jam .

Ujian pasca akan

dilaksanakan dengan menggunakan instrumen yang sama terhadap kedua – dua kumpulan .
Data akan dikumpul dan seterusnya dianalisis berdasarkan peratusan sahaja bagi menilai
perubahan kepada kumpulan eksperimen . Soal selidik juga akan djalankan bagi menjawab
7|Kaedah Pen
HBEF2503

yelidikan

Dalam

Pendidikan

berhubung dengan sikap murid terhadap kaedah pengajaran guru menggunakan video
pembelajaran .

5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data
Dalam kajian ini , cara pengumpulan data adalah dengan menggunakan instrumen
kajian yang terdiri daripada borang temubual , borang maklumat pelajar , borang soal selidik
dan satu set kertas ujian namun dalam dua ujian yang berbeza iaitu ujian Pra dan ujian Pasca .
Sesi temubual akan dijalankan terlebih dahulu bagi menilai sikap murid – murid terhadap
matapelajaran sains dan soalan – soalan berbentuk aras tinggi . Ujian Pra digunakan untuk
menilai tahap pemikiran aras tinggi murid terlebih dahulu dan juga sebagai perbandingan
kepada ujian pasca. Ujian Pasca adalah bagi menilai keberkesanan penggunaan audio visual
dalam meningkatkan pemikiran aras tinggi murid – murid . Borang soal selidik yang
menggunakan inventori iaitu skala likert adalah bagi menentukan persepsi murid terhadap
penggunaan audio visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
5.2.1 Borang Temubual
Sesi temubual secara langsung yang akan dijalankan oleh guru di dalam kelas dengan
berfokuskan kepada minat murid – murid terhadap matapelajaran Sains , tahap kefahaman
murid – murid dalam memahami soalan – soalan aras tinggi dan bahan yang boleh membantu
mereka menjawab soalan . Temubual ini akan melibatkan kedua – dua kumpulan bagi
membandingkan persepsi mereka terhadap matapelajaran Sains dan soalan aras tinggi .
Temubual secara berstruktur akan digunakan bagi mengutip maklumat .
5.2.2 Borang soal selidik
Soal selidik yang berbentuk Skala Likert ini akan digunakan bagi mengukur sikap murid –
murid terhadap kaedah pembelajaran yang menggunakan audio visual sebagai bantu belajar .
Borang soal selidik ini juga boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu ;
Bahagian 1
Bahagian ini adalah berkaitan dengan latar belakang responden merangkumi maklumat
tentang jantina , etnik , gred pencapaian ujian , pendapat ibu-bapa dan sebagainya .
Bahagian 2
8|Kaedah Pen
HBEF2503

yelidikan

Dalam

Pendidikan

Bahagian ini adalah terdiri daripada 10 item soalan yang mana digunakan untuk mengukur
sikap murid terhadap kaedah penggunaan audio visual setelah menjalani sesi pembelajaran
dengan menggunakan Skala Likert seperti berikut ;
Skala
1
2
3
4
5

Petunjuk
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Sederhana Setuju
Setuju
Sangat Setuju

Jadual 5.2.2 : Skala Likert
5.2.3 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Data akan dikumpulkan berdasarkan ujian pra terlebih dahulu kemudian diikuti dengan ujian
pasca untuk menguji tahap pemikiran aras tinggi murid – murid kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan . Satu set soalan yang mengandungi 80% soalan aras tinggi dan juga
menepati huraian sukatan matapelajaran Sains akan dijalankan . Soalan – soalan ini akan
mengandungi 20 item jenis aneka pilihan . Bahan – bahan rujukan yang akan digunakan bagi
membina item soalan aras tinggi adalah buku – buku rujukan dan soalan – soalan yang telah
dibina oleh guru – guru sains lain yang mana telah dimuat turun daripada internet .Selepas itu
, saya akan membandingkan peratusan peningkatan dari segi jumlah soalan berbentuk aras
tinggi yang boleh dijawab oleh murid – murid kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan .Set soalan yang sama akan diagihkan kepada kedua – dua kumpulan selepas mereka
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang berlainan . Item soalan dalam ujian pos
ini akan diubahsuai dan disusun semula supaya ia menjadi satu set ujian yang baharu .Namun
begitu , bentuk item soalan masih berpandukan kepada soalan pada pra . Jadual 5.2.3
menunjukkan susunan baharu bagi soalan – soalan ujian pra dan ujian pasca .

Ujian
Pra

1

2

Pasca
Pra

15
11

Pasca

3

9|Kaedah Pen
HBEF2503

3

Nombor Soalan
4
5
6
7

8

9

10

12
12

9
13

20
14

7
15

1
16

13
17

10
18

17
19

2
20

16

11

17

5

19

14

8

6

16

yelidikan

Dalam

Pendidikan

Jadual 5.2.3: Susunan item soalan Ujian Pra dalam Ujian Pasca
Ujian Pra akan diagihkan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan pada hari
yang sama dan masa menjawab yang telah ditetapkan iaitu dalam masa 30 minit . Selepas
tempoh 5 minggu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang berlainan . Kedua –
dua kumpulan akan menjalani Ujian Pasca pada hari yang sama dan dalam tempoh 30 minit .
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Berdasarkan kepada ujian pra dan ujian pos , saya mengasingkan item – item soalan tersebut
kepada bentuk soalan – soalan menganalisis , mengaplikasi , menilai dan mencipta . 1 soalan
yang boleh dijawab adalah bersamaan dengan 5 markah . Oleh itu , murid – murid yang dapat
menjawab 20 soalan akan mendapat 100% . Selepas mengumpul data , saya akan
menganalisis data dengan menentukan skor markah bagi kedua – dua ujian iaitu pra-ujian dan
pasca-ujian . Skor markah bagi kedua – dua ujian ialah 100 markah iaitu bersamaan dengan
100% . Skor akan dikategorikan kepada Sangat Baik , Baik , Sederhana , lemah dan Sangat
Lemah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.3.
Skor Markah
80 – 100
60 – 79
40 – 59
20 – 39
0 – 19

Tahap Pencapaian
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
Sangat Lemah

Jadual 5.3(1) : Markah Ujian dan Tahap Pencapaian murid
Pada akhirnya , perbandingan kedua – dua ujian ini iaitu Ujian pra dan Ujian Pos akan
dibandingkan dengan mendapatkan min dan juga sisihan piawai keputusan markah yang
diperolehi oleh murid – murid .

Manakala skor sikap murid terhadap pengunaan audio visual adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 3.3 .
Skor
3.4 – 5.0
1.8 – 3.3
10 | K a e d a h
HBEF2503

Penyelidikan

Dalam

Tahap sikap
Tinggi
Sederhana
Pendidikan

1.0 – 1.7

Rendah

Jadual 5.3(2)

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian
Kajian ini akan dimulakan dengan sesi temubual secara langsung kepada kedua – dua
kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebagai perbandingan . Sesi
temubual yang akan dijalankan adalah secara bersemuka di dalam bilik yang berasingan iaitu
satu bilik temubual satu lagi bilik kuarantin . Temubual yang akan dijalankan akan
mengambil masa lebih kurang 60 minit iaitu 5 minit bagi satu sesi temubual . Seterusnya ,
pembinaan set soalan bagi Ujian Pra dan Pasca mengikut sukatan pelajaran dan terdiri
daripada 80% sahaja soalan aras tinggi berpandukan kepada Standard kandungan bagi
matapelajaran Sains . Ujian Pra akan dijawab oleh kedua – dua kumpulan pada awal kajian .
Pelbagai jenis video pembelajaran yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran akan dipilih
oleh guru dan seterusnya dinilai oleh guru – guru sains lain yang berada di sekolah bagi
mengurangkan kesilapan yang berlaku . Pelbagai bentuk bahan audio visual seperti rakaman
video , CD , gambar dan tayangan televisyen dalam astro akan digunakan dan dimuat turun
daripada Internet dan juga CD-Rom dari Kementerian Pelajaran Malaysia .

Setelah

dipersetujui oleh penyelia maka bahan audio-visual (video) akan diaplikasikan di dalam bilik
kelas . Bahan bantu belajar ini iaitu video akan ditayangkan kepada kumpulan eksperimen
setiap kali pengajaran dan pembelajaran dalam semua topik yang diajar manakala kumpulan
kawalan akan menjalani kaedah tradisional . Murid – murid daripada kumpulan eksperimen
juga akan disoal dengan berbantukan video bagi merangsang pemikiran aras tinggi mereka
dalam menjawab soalan manakala murid – murid kumpulan kawalan hanya disoal secara
lisan. Ujian Pasca akan dijalankan selepas 5 minggu iaitu bersamaan dengan 20 waktu
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video . Selepas semua kertas
soalan dikumpul , murid – murid dari kumpulan eksperimen akan memberikan respons
terhadap keberkesanan penggunaan audio video dalam merangsang pemikiran aras tinggi
mereka . Kumpulan eksperimen akan menjawab borang selidik yang telah direka manakala
kumpulan kawalan tidak namun mereka juga akan menjawab soalan soalan pasca yang sama .
Jadual Pelaksanaan
11 | K a e d a h
HBEF2503

Penyelidikan

Dalam

Pendidikan

Perlaksanaan kajian yang akan dijalankan ini adalah berpandukan Model Kemmis (1946).

Tinjauan awal



Mengenalpasti kelemahan
murid – murid .
Mengenalpasti kaedah yang
boleh digunakan untuk
memperbaiki masalah .

Merancang Tindakan
Memerhati





Data yang dikumpul akan
dianalisis .
Kenalpasti keberkesanan
kaedah yang digunakan .




Melaksana tindakan dan
memerhati
 Menjalankan kajian dan
mengumpul data dan
menganalisis data .

Rajah 1 : Urutan perlaksanaan Kajian

12 | K a e d a h
HBEF2503

Penyelidikan

Dalam

Pendidikan

Mengenalpasti rekabentuk
kajian.
Mengenalpasti sampel kajian ,
populasi .
Mengenalpasti kaedah kajian ,
cara mengumpul dan
menganalisis data.

CARTA GANTT PELAKSANAAN KAJIAN
Bil
1

1.

2.

AKTIVITI
PERANCANGAN :
 Pemilihan soalan Kajian

 Pemilihan Alat Kajian /Kaedah
Kajian/Rekabentuk Kajian
/Sampel Kajian/Populasi
 Pengumpulan Sumber bahan
 Pembinaan Cadangan Kajian
Tindakan
PELAKSANAAN KAJIAN
TINDAKAN :
Sebelum :
 Pembinaan Borang Temubual
Pembinaan borang soal selidik 1.
 Pembinaan soalan – soalan Ujian
Pra dan Ujian Pasca
 Pembentukan susunan soalan bagi
Ujian Pasca
 Semakan semula soalan
Semasa :
 Perlaksanan Sesi Temubual
 Ujian Pra
 Sesi Rawatan / Intervensi
 Perlaksanaan Ujian Pasca
Selepas :

2

3

4

5

6

7

8

9

MINGGU
10 11

12

13

14

15

































16

17

18

19

20



3.

Pengumpulan Data
Analisis Data

PEMBINAAN LAPORAN KAJIAN
TINDAKAN

14 |

Kaedah

Penyelidikan

Dalam

Pendidikan

HBEF2503


















KOS KAJIAN

Bil
1.
2.
3.
4.
5.

15 |

Kaedah

Penyelidikan

Bahan – bahan
Kertas A4
Thumb Drive (4GB)
Ink Printer Epson L21
CD kosong
Pensel

Dalam

Pendidikan

Harga seunit
Kuantiti
RM13.90
3
RM24.90
1
RM26.00
4
RM1.00
5
RM0.80
20
Jumlah keseluruhan =

HBEF2503

Jumlah
RM 41.70
RM24.90
RM104.00
RM5.00
RM16.00
RM181.60

Rujukan

Anuar,M.S. (2014) Menambah Baik Amalan Guru Mengendalikan Aktiviti Menjana Idea
Menggunakan Peta Bulatan Bergambar . Negeri Sembilan
Kementerian Pelajaran Malaysia,(2012).Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025 .Kuala Lumpur .
Kementerian Pelajaran Malaysia,(2013).Pentaksiran Kemahiran berfikir Aras Tinggi :
Lembaga Peperiksaan Malaysia.Melaka.
Lee,C.W.(2012). Pembelajaran Visual Dalam Usaha Meningkatkan Tahap Kefahaman
Murid Prasekolah : Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP.Kuching , Sarawak .
Loi,K.S.(2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bercerita Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Tahun Lima : Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
PISMP.Kuching , Sarawak.
Lu,W.W.(2012). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual Dalam Pengajaran
Subjek Sains Tahun 3 : Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP.Kuching ,
Sarawak.
Open University Malaysia,(2011).Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan.
Siti,R,A.,Roslini,A. & Hafsa,M.M (2008) Faktor Konstributsi Kecerdasan Pelbagai Dalam
Kalangan Pelajar Remaja : Jurnal Pendidikan .
S.Supramani,(2006). Penyoalan Guru : Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid : Jurnal
Pendidikan , Universiti Malaya.
Surif,J.,Ibrahim,N.H & Rohaya,A.H. (n.d). Tahap Amalan Dan Pengintegrasian ICT Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Johor .

Dokumen yang terkait

PERAN PERAWAT DALAM IMPLEMENTASI KOLABORATIF PEMBERIAN TERAPI INSULIN SEBAGAI TINDAKAN DALAM PENURUNAN KADAR GULA DALAM DARAH PADA KLIEN DENGAN HIPERGLIKEMI DI RUANG AIRLANGGA RSUD KANJURUHAN KEPANJEN TAHUN 2012

1 55 23

EVALUASI MUTU MINYAK KELENTIK DENGAN PENAMBAHAN KAPSUL ANTIOKSIDAN KULIT BUAH KOPI DAN BHT: KAJIAN JENIS KEMASAN

1 27 43

KAJIAN MUTU FISIK TEPUNG WORTEL (Daucus carota L.) HASIL PENGERINGAN MENGGUNAKAN OVEN

17 218 83

KAJIAN PSIKOLOGI ANAK DALAM NOVEL SINAR KARYA AGUK IRAWAN MN

4 53 10

KAJIAN RELIGIUS DALAM NOVEL SURAU INI ROBOH KARYA TAUFIQURRAHMAN KAJIAN RELIGIUS DALAM NOVEL JANGAN BIARKAN SURAU INI ROBOH KARYA TAUFIQURRAHMAN AL-AZIZY JANGAN BIARKAN SURAU INI ROBOH KARYA TAUFIQURRAHMAN

0 62 12

KAJIAN YURIDIS PENGAWASAN OLEH PANWASLU TERHADAP PELAKSANAAN PEMILUKADA DI KOTA MOJOKERTO MENURUT PERATURAN BAWASLU NO 1 TAHUN 2012 TENTANG PENGAWASAN PEMILIHAN UMUM KEPALA DAERAH DAN WAKIL KEPALA DAERAH

1 68 95

KAJIAN YURIDIS TENTANG PERUBAHAN TANAH PERDIKAN MENJADI HAK MILIK DI KELURAHAN TAMAN KECAMATAN TAMAN KOTA MADIUN SETELAH KELUARNYA UNDANG-UNDANG POKOK AGRARIA

2 44 14

KAJIAN YURIDIS TERHADAP PEMBATALAN PERKAWINAN AKIBAT ADANYA HUBUNGAN NASAB (Studi Putusan No. 1136/Pdt.G/2006/PA.Lmj) STUDY JURIDICAL TO MARRIAGE ANNUALMENT CONSEQUENCE OF EXISTENCE LINEAGE (Study of Decision No. 1136/Pdt.G/2006/PA.Lmj)

1 45 18

KAJIAN YURIDIS TERHADAP PERKAWINAN COLONG SUKU ADAT OSING BANYUWANGI

2 77 9

KAJIAN ASPEK HYGIENE SANITASI TERHADAP KONDISI KANTIN MAKANAN JAJANAN ANAK SEKOLAH DASAR (Studi Kasus di Sekolah Dasar Kota Bandar Lampung)

40 194 64