Personaliti Pensyarah Bahasa Arab Komuni (1)

Universiti Teknologi MARA Kelantan

National Academic Conference 2006

Personaliti Pensyarah Bahasa Arab Komunikasi Yang Ideal
Muhammad Saiful Anuar Yusoff1, Dr. Jusoh Yacob2, Zawiah Seman3
1,2

Universiti Teknologi MARA Kampus Kelantan
Bukit Ilmu, 18500 Machang
Kelantan Darul Naim

3

Pembantu Penyelidik, SMK Agama Wataniah, 18500 Machang
Kelantan Darul Naim

Email: 1saiful673@kelantan.uitm.edu.my, 2jus_yac60@yahoo.com
ABSTRAK : Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi pelajar terhadap personaliti
pensyarah yang ideal dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di UiTM. Sampel
kajian ini dipilih secara rawak daripada seramai 264 orang pelajar daripada tiga

kampus cawangan UiTM iaitu UiTM Kelantan, UiTM Terengganu dan UiTM Jengka,
Pahang. Data-data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diedarkan
kepada pelajar. Seterusnya data tersebut dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) 13.0 for Windows. Dengan menggunakan perisian
SPSS ini, gambaran maklumat latar belakang responden diambil, analisis
kebolehpercayaan dan analisis interkolerasi dilakukan bagi melihat pertalian di antara
item-item yang dikaji. Hasil daripada analisis tersebut, didapati ciri-ciri personaliti
pensyarah adalah sedikit sebanyak berbeza bergantung kepada persepsi pelajar
tersebut. Pelajar yang beranggapan Bahasa Arab mudah berbeza penilaian mereka
berbanding pelajar yang beranggapan sebaliknya. Hasil daripada kajian ini
menunjukkan bahawa terdapat beberapa ciri personaliti asas yang amat diperlukan
oleh setiap pensyarah untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Katakunci:
1.0

Bahasa Arab Komunikasi, Personaliti. Ideal

PENGENALAN


Bahasa Arab Komunikasi adalah salah satu daripada mata pelajaran bahasa pilihan yang
ditawarkan di semua cawangan UiTM. Kandungan mata pelajaran BAK menekankan aspek
pertuturan dan komunikasi dalam situasi-situasi semasa yang berkaitan dengan mereka sebagai
seorang pelajar. Sukatan mata pelajaran BAK di UiTM disusun mengikut dua kategori iaitu
peringkat Ijazah dan Diploma.

Sukatan BAK peringkat Ijazah meliputi tiga peringkat

pembelajaran BAK untuk tiga semester. Kod mata pelajaran yang diajar ialah BAB 401, BAB
451 dan BAB 501.

Pada peringkat Diploma pula, pelajar akan mempelajari dua peringkat

pembelajaran BAK untuk dua semester. Kod mata pelajaran bagi peringkat ini ialah BAB 101
dan BAB 151. Pelajar yang telah mengambil kursus BAK selama dua semester pada peringkat
Diploma hanya perlu mengambil satu semester pengajian sahaja dalam pengajian peringkat Ijazah
mereka iaitu BAB 501.

1


Universiti Teknologi MARA Kelantan

National Academic Conference 2006

Dalam proses pengajaran BAK, pensyarah akan bertindak sebagai fasilitator atau
pemudah cara kepada pelajar. Pelajar akan berbincang tentang isi pembelajaran dan latihan
bertutur sesama pelajar dilakukan untuk mengukuhkan penguasaan frasa asas untuk perbualan.
Penilaian akan dilakukan pada akhir semester pada semua aspek seperti ujian mendengar,
membaca, bertulis, lisan individu dan berkumpulan.
2.0

PERNYATAAN MASALAH

Pelaksanaan mata pelajaran BAK di UiTM pada dasarnya adalah untuk membolehkan pelajar
memperolehi kemahiran asas untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab. Namun, ramai pelajar
masih tidak dapat bertutur dengan baik sesuai dengan aras BAK yang dipelajari. Masalah ini
meliputi banyak aspek samada masalah berkaitan pelajar, pengajaran pensyarah atau aspek luaran
yang berkaitan dengan keberkesanan pengajaran iaitu personality pensyarah. Aspek utama yang
dilihat di sini ialah untuk melihat personality pensyarah yang ideal dalam pengajaran.
Kekurangan dari aspek ini akan memberi implikasi bahawa matlamat BAK untuk melahirkan

pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Arab untuk berkomunikasi tidak akan tercapai.
Keadaan ini akan menimbulkan banyak persoalan berkaitan pelaksanaan BAK di UiTM. Adakah
para pensyarah mampu untuk memahami objektif BAK dan mampu untuk untuk mencapai
matlamat tersebut? Apakah ciri-ciri personaliti yang sepatutnya ada pada diri setiap pensyarah
dalam pengajaran mereka?.

Apakah ciri-ciri personaliti ini memberikan impak yang positif

kepada pembelajaran pelajar?. Menyedari hakikat ini, adalah wajar satu kajian dijalankan untuk
mengenalpasti ciri-ciri personaliti pensyarah yang menonjol dalam pelaksanaan pengajaran BAK
yang berkesan untuk pelajar UiTM amnya.
3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk melihat dan menilai aspek-aspek berikut:
1.0

Pandangan pelajar seperti faktor pendorong, tanggapan serta minat mereka terhadap
kursus BAK di UiTM.


2.0

Ciri-ciri personaliti pensyarah dan penilaiannya bergantung kepada persepsi pelajar UiTM
terhadap Bahasa Arab.

4.0

KAJIAN LAMPAU

Kajian khusus kepada personaliti yang ideal dalam pengajaran BAK belum lagi wujud dijalankan.
Namun, kajian tentang persepsi pelajar terhadap pengajaran guru prinsip akaun yang berkesan
telah dilakukan oleh Zubedah Hanam bte. Mohd. Thani et.al. Beliau mengaitkan pengajaran yang
berkesan dengan personaliti, perlakuan pengajaran dan hubungan guru dengan pelajar. Personaliti
pengajaran juga telah disentuh oleh Esah Sulaiman (2004), Saedah Hj. Siraj et.al.(1993) dan
Shahabuddin et.al. (2003).

2

Universiti Teknologi MARA Kelantan


National Academic Conference 2006

Personaliti adalah di antara elemen utama yang menyumbang kepada keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
individu secara keseluruhan.

Ia merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang

Ia merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat,

kepercayaan, cita-cita dan nilai. Menurut Kagan, J. dan Segal, J. (1988) mentakrifkan personaliti
sebagai corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa,
bertingkah laku dan cara berhubungnya dengan alam sekitarnya.

Personaliti merujuk kepada

organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku
seseorang individu. (Ee Ah Meng : 1996).
Menurut Abdul Majid dan Rahil (1997) [dalam Abd. Rahim M. Ali (2001)], personaliti

ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti
menggambarkan sifat keperibadian seseorang.

Ia dikaitkan dengan perwatakan.

Personaliti

seseorang boleh dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah.
Murugiah (1996), menghuraikan personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri
seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Personaliti ialah susunan pola-pola tingkah
laku manusia yang digunakan dalam situasi kehidupan mereka.
Crow & Crow (1969) [dalam Abd. Rahim M. Ali (2001)], menyatakan bahawa
personaliti adalah dinamik dan merujuk kepada tingkah laku secara menyeluruh dan mewakili
gabungan antara potensi yang diwarisi dan pengaruh persekitaran.
Allport dalam Boon dan Ragbir (1998) pula menjelaskan konsep personaliti sebagai
tingkah laku individu yang dinamis, iaitu sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan
persekitaran, dan yang dapat menyesuaikan dirinya dengan alam sekeliling mengikut cara yang
tersendiri.
Menurut Boon & Ragbir (1998), konsep personaliti dapat disimpulkan sebagai jangkaan
tingkah laku secara keseluruhan yang boleh diperhatikan dan dinilai secara objektif oleh orang

lain. Ia menggambarkan keseluruhan diri seseorang yang dinamik dan unik pada sesuatu ketika.
Menurut Mok Soon Sang (1992), antara aspek-aspek personaliti atau kualiti peribadi yang
baik ialah baik hati, suka berjenaka dan mudah didekati, sabar dengan karenah pelajar,
bertanggungjawab dengan amanah yang dipukul, yakin dengan tindakan yang diambil dan
menunjukkan kepimpinan yang baik kepada pelajar. Dengan kata lain, guru haruslah berkelakuan
seperti seorang guru, berpakaian seperti seorang guru, berjalan seperti seorang guru dan bertutur
seperti seorang guru.
Selain mendidik dan menyampaikan ilmu kepada pelajar, guru seharusnya menjadi
contoh dan tauladan kepada pelajarnya. Oleh itu, mereka seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila
yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik dan sempurna.
3

Universiti Teknologi MARA Kelantan

National Academic Conference 2006

Selain itu, kualiti profesional yang perlu ada pada diri pendidik ialah bersikap ingin tahu
dan menambah ilmu pengetahuan, mempunyai kemampuan ikhtisas, suka membaca, mempunyai
kemahiran bertutur, mempunyai daya ingatan yang baik dan mempunyai daya usaha yang tinggi.

Manakala kualiti sosial pada mereka pula ialah mempunyai budi pekerti yang tinggi, bersifat
ramah mesra, merendah diri, mempunyai semangat berbakti dan jujur serta menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi dalam menjalankan proses mengajaran dan pembelajaran. (Mok Soon
Sang : 1998).
5.0

METODOLOGI KAJIAN

5.1

Persampelan

Kaedah persampelan rawak telah digunakan dalam memilih sampel kajian. Populasi dalam
penyelidikan ini ialah seramai 264 orang responden atau pelajar. Kampus yang terlibat sebanyak
tiga buah iaitu Kampus Machang Kelantan, Kampus Dungun Terengganu dan Kampus Jengka,
Pahang. Jumlah pelajar bagi setiap kampus dipilih secara rawak iaitu sebanyak 74 orang atau
28.0% di Kampus Machang, 116 orang atau 43.9% di Kampus Dungun, dan 74 orang atau 28.0%
di Kampus Jengka. Pelajar yang dipilih adalah meliputi semua peringkat kursus BAK di UiTM
iaitu 161 orang peringkat Diploma dan 103 orang peringkat Ijazah. Manakala peringkat semester
pengajian pelajar adalah umum untuk semua peringkat semester Ijazah dan Diploma.

5.2

Instrumen Kajian
Soal selidik ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian A dan

Bahagian B. Bahagian A meliputi aspek demografi manakala bahagian B pula meliputi ciri-ciri
personaliti pensyarah yang memberi kesan kepada pengajaran dan keberkesanan proses
pengajaran berdasarkan faktor ciri-ciri personaliti pensyarah dan pandangan pelajar terhadap
pembelajaran BAK di UiTM. Item-item untuk menjawab subsoalan 1,2,3 dan 4 menggunakan
skala Likert 5 point iaitu 1= Amat Tidak Setuju, 2= Tidak Setuju, 3=Tidak Pasti, 4=Setuju, dan
5=Amat Setuju. Subsoalan 5 menghendaki pelajar menjawab soalan yang ditanya berdasarkan
jawapan yang diberi.
5.3

Kajian Rintis

Seramai 25 pelajar peringkat Ijazah Fakulti Perakaunan Semester 5 telah dipilih untuk kajian
rintis bagi soal selidik ini.

Pekali alpha Cronbach telah digunakan untuk menentukan


kebolehpercayaan instrumen kajian.

Item yang diperolehi di bawah cukup tinggi untuk

membolehkan instrumen ini digunakan analisis statistik.
Ujian Alpha Cronbach
Item
Personaliti pensyarah yang ideal

4

Jumlah

Nilai Alpha

16

0.913

Universiti Teknologi MARA Kelantan

National Academic Conference 2006

Dalam kajian ini, data-data yang dikumpul daripada jawapan kaji selidik kemudiannya
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0 for Windows.
Maklumat demografi dan maklumat pandangan responden terhadap Bahasa Arab diinterpretasikan
dalam bentuk bilangan, peratusan, taburan kekerapan, kecenderungan memusat (median), dan
kebolehubahan (sisihan piawai).
Seterusnya analisis kebolehpercayaan dilakukan bagi melihat kekonsistenan data-data
yang dikumpul. Manakala analisis interkolerasi dan korelasi matrix dilakukan bagi melihat
pertalian di antara item-item dalam kumpulan yang sama bagi ciri-ciri personaliti pensyarah.
Kemudian, jadual kontingensi dan peratusan digunakan bagi melihat perkaitan di antara
item-item dalam ciri-ciri personaliti pensyarah dengan faktor tanggapan serta minat responden
terhadap Bahasa Arab. Dalam analisis ini, hanya item yang mempunyai peratusan tertinggi sahaja
yang dipertimbangkan.
6.0

DAPATAN KAJIAN

6.1

Maklumat Pandangan Responden Terhadap Pengajian Bahasa Arab di UiTM

Dapatan kajian menunjukkan faktor utama yang mendorong responden memilih kursus Bahasa
Arab di UiTM ialah faktor rakan-rakan, iaitu seramai 75 orang atau 28.4% responden menyatakan
demikian. Ini diikuti dengan faktor senang mendapat markah tinggi iaitu 53 orang atau 20.1%,
faktor pensyarah iaitu 44 orang atau 16.7%, faktor ibu bapa seramai 39 orang atau 14.8%, faktor
tiada pilihan seramai 34 orang atau 12.9%, dan yang paling sedikit iaitu faktor kemahuan diri
sendiri iaitu seramai 19 orang atau 7.2% yang menyatakan demikian. Ini menunjukkan bahawa
hanya segelintir sahaja daripada mereka yang mempelajari Bahasa Arab atas inisiatif dan
kehendak diri sendiri.
Manakala bagi tanggapan responden terhadap Bahasa Arab pula, didapati dua pertiga
daripada mereka menganggap bahawa kursus Bahasa Arab di UiTM adalah sederhana iaitu 185
orang atau 70.1%. Manakala 45 orang atau 17.0% daripada mereka pula menganggapnya senang
dan 34 orang atau 12.9% daripada mereka pula menganggapnya susah.
Bagi aspek minat pula, majoriti daripada responden memang berminat mempelajari
Bahasa Arab di UiTM iaitu seramai 246 orang atau 93.2% daripada responden menyatakan
demikian. Hanya 18 orang atau 6.8% daripada mereka sahaja yang menyatakan tidak berminat
mempelajari Bahasa Arab di UiTM.

5

Universiti Teknologi MARA Kelantan

National Academic Conference 2006

Manakala bagi persepsi responden terhadap Bahasa Arab, iaitu sama ada dapat membantu
mereka mendapat peluang kerjaya yang baik atau tidak, didapati dua pertiga daripada responden
bersetuju iaitu seramai 188 orang atau 71.2%. Hanya 76 orang atau 28.8% daripada responden
sahaja yang tidak bersetuju bahawa kursus Bahasa Arab yang mereka ambil dapat membantu
mereka mendapat peluang kerjaya yang baik.
6.2

Penilaian Responden Terhadap Ciri-Ciri Personaliti Pensyarah Yang Memberi
Kesan Kepada Pengajaran

Dalam bahagian ini, analisis dilakukan terhadap data-data yang diperolehi bagi meninjau sejauh
mana penilaian responden terhadap sesuatu ciri personaliti pensyarah. Sebanyak 16 ciri personaliti
pensyarah dikemukakan kepada responden. Setiap ciri diberikan pilihan 5 skor iaitu sama ada 1amat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-tidak pasti, 4-setuju, dan 5-amat setuju.
Umumnya, boleh dikatakan hampir semua iaitu 260 orang atau 98.48% daripada 264
orang responden bersetuju bahawa personaliti pensyarah boleh mempengaruhi keberkesanan
pengajaran. Hanya 4 orang atau 1.52% sahaja daripada mereka yang tidak bersetuju. Ini
digambarkan sebagaimana carta di bawah:
Carta 5.1: Pecahan Responden Yang Bersetuju Dan Tidak
Bersetuju Bahawa Personaliti Pensyarah Mempengaruhi
Pengajaran.
Kesan Personaliti
pensyarah
Ya
Tidak

4
1.52%

260
98.48%

Berdasarkan hasil analisis terhadap setiap skor bagi ciri-ciri personaliti pensyarah yang
dikemukakan kepada responden, kesemua 16 ciri personaliti pensyarah mempunyai median skor
antara 4 dan 5. Ini bermakna, boleh dikatakan secara puratanya responden bersetuju bahawa
kesemua ciri personaliti pensyarah tersebut dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan jika pemerhatian ditumpukan kepada
skor ‘amat setuju’. Didapati bahawa, ciri personaliti ‘Ceria’ menunjukkan sambutan skor ‘amat
setuju’ yang paling tinggi iaitu 175 orang atau 66.3%. Ini diikuti dengan ciri personaliti ‘Mesra’
sebanyak 162 orang 61.4%, ciri personaliti ‘Keyakinan Tinggi/Tenang’ sebanyak 158 orang atau
59.8%, ciri personaliti ‘Adil/saksama’ sebanyak 157 orang atau 59.5%, dan ciri personaliti
‘Peramah’ sebanyak 156 orang 59.1%.

6

Universiti Teknologi MARA Kelantan

Ini

bermakna,

ciri

National Academic Conference 2006

personaliti

‘Ceria’,

‘Mesra’,

‘Keyakinan

Tinggi/Tenang’,

‘Adil/saksama’, dan ‘Peramah’ merupakan ciri-ciri personaliti pensyarah yang paling menonjol
dan amat disukai oleh responden serta boleh memberi kesan yang besar kepada pengajaran.
Manakala sebaliknya, ciri personaliti ‘Tegas’ menunjukkan sambutan skor ‘amat setuju’
yang paling rendah iaitu sebanyak 82 orang atau 31.1% sahaja. Ini menunjukkan bahawa majoriti
responden menilai ciri personaliti ‘Tegas’ kurang memberi kesan kepada pengajaran.
Analisis kebolehpercayaan dibuat untuk menguji kekonsistenan data yang diperolehi.
Didapati, kebolehpercayaan untuk skala keseluruhan 16 item tersebut adalah tinggi. Berdasarkan
statistik kebolehpercayaan, Cronbach’s Alpha = 0.907 untuk bilangan responden = 264. Analisis
tersebut ditunjukkan dalam Jadual di bawah:

Jadual 5.1: Statistik Kebolehpercayaan
Cronbach's
Alpha
,907

Cronbach's
Alpha Based
on
Standardized
Items
,912

Bilangan
Item
16

Analisis interkolerasi bagi 16 item tersebut dibuat bagi melihat pertalian di antara setiap
ciri-ciri personaliti pensyarah. Keputusan menunjukkan kesemua ciri personaliti pensyarah
mempunyai min skor melebihi 4.Keputusan juga menunjukkan wujudnya pertalian yang saling
berkait rapat di antara beberapa ciri personaliti pensyarah. Pekali kolerasi yang melebihi 0.5
dikategorikan sebagai mempunyai perkaitan yang tinggi.
Diperhatikan bahawa ciri personaliti ‘Mesra’ saling berkait rapat dengan ciri personaliti
‘Peramah’ dan ‘Ceria’. Manakala ciri personaliti ‘Bertimbang Rasa’ saling berkait rapat dengan
ciri personaliti ‘Sabar’, ‘Perihatin’ dan ‘Keyakinan tinggi/Tenang’. Pertalian bagi ciri-ciri yang
lain dapat diperhatikan dalam jadual kolerasi matrix tersebut.
Implikasi daripada pertalian ini ialah jika seseorang responden menilai sesuatu ciri
personaliti itu penting dalam pengajaran yang berkesan, maka ia cenderung untuk menyatakan ciri
personaliti yang saling berkait itu juga penting.
Seterusnya, analisis dilakukan bagi melihat perhubungan di antara taburan skor ciri-ciri
personaliti pensyarah yang diperolehi dengan persepsi, iaitu tanggapan dan minat mereka
terhadap Bahasa Arab. Ini dilakukan bagi melihat sama ada persepsi responden mempengaruhi
penilaian mereka ataupun tidak.
Anggapan yang dibuat ialah, jika seseorang responden mempunyai tanggapan dan minat
yang positif terhadap Bahasa Arab, maka ia juga cenderung untuk memberikan penilaian yang

7

Universiti Teknologi MARA Kelantan

National Academic Conference 2006

positif terhadap ciri-ciri personaliti pensyarah. Untuk itu, jadual peratusan bagi skor ‘amat setuju’
dibuat untuk setiap ciri-ciri personaliti pensyarah.Keputusan kajian mendapati adanya perbezaan
kecil dari segi peratusan di antara penilaian responden yang mempunyai persepsi susah, sederhana
dan senang, terhadap ciri-ciri personaliti pensyarah. Diperhatikan, mereka yang mempunyai
persepsi bahawa Bahasa Arab itu senang menunjukkan peratus sambutan ‘amat setuju’ yang
melebihi 50% bagi hampir kesemua ciri-ciri personaliti pensyarah, kecuali 2 ciri iaitu ‘Sikap
Terbuka’ dan ciri ‘Tegas’ sahaja.
Bagi responden yang beranggapan Bahasa Arab adalah sederhana pula menunjukkan
peratus sambutan ‘amat setuju’ yang sedikit berkurangan berbanding responden yang
beranggapan Bahasa Arab senang. Ini dapat dilihat apabila terdapat 7 ciri personaliti pensyarah
yang mempunyai peratus sambutan kurang daripada 50%.
Manakala bagi responden yang beranggapan Bahasa Arab susah pula menunjukkan
peratus sambutan ‘amat setuju’ yang hampir sama dengan mereka yang beranggapan Bahasa Arab
sederhana. Terdapat 7 ciri personaliti yang mempunyai peratus sambutan kurang daripada 50%.
Walau bagaimanapun, keadaan ini didapati berlaku secara songsang bagi beberapa ciri.
Bagi ciri personaliti ‘Cergas Semasa Mengajar’, ‘Ceria’, dan ‘Sabar’, didapati peratus sambutan
‘amat setuju’ adalah paling tinggi bagi responden yang beranggapan Bahasa Arab itu susah.
Ini bermakna, responden yang menganggap Bahasa Arab itu susah lebih mengharapkan
pensyarah mereka mempunyai ciri-ciri yang cergas dalam pengajaran, ceria, dan sabar semasa
mengajar mereka berbanding responden yang menganggap Bahasa Arab itu senang dan
sederhana.
Sesetengah ciri personaliti pensyarah menunjukkan perbezaan yang agak ketara di antara
penilaian mereka yang berminat dan yang tidak berminat terhadap Bahasa Arab.
Antara ciri-ciri personaliti tersebut ialah ciri ‘Bertimbang Rasa’, ‘Kreatif Mengajar’, dan
ciri ‘Sikap Terbuka’. Ciri-ciri ini menunjukkan peratus sambutan ‘amat setuju’ yang agak tinggi
bagi responden yang tidak berminat terhadap Bahasa Arab. Ini menunjukkan, responden yang
tidak berminat terhadap Bahasa Arab lebih memerlukan pensyarah yang bertimbang rasa,
bersikap terbuka dan kreatif dalam mengajar supaya minat mereka dapat dipupuk.
Mereka yang berminat pula menunjukkan peratusan ‘amat setuju’ jauh lebih tinggi bagi
ciri personaliti ‘Kemas/Tertib/Menarik’, ‘Peramah’, ‘Perihatin’, dan ‘Dedikasi/Bersungguh’. Ini
menunjukkan mereka lebih memerlukan pensyarah yang mempunyai penampilan yang baik serta
mempunyai komitmen yang tinggi dalam pengajaran.
Bagi ciri-ciri personaliti yang lain, peratusan ‘amat setuju’ adalah hampir sama antara
mereka yang berminat dengan yang tidak berminat.

8

Universiti Teknologi MARA Kelantan

National Academic Conference 2006

Umumnya, boleh dikatakan hampir semua iaitu 260 orang atau 98.48% daripada 264
orang responden bersetuju bahawa personaliti pensyarah boleh mempengaruhi keberkesanan
pengajaran. Hanya 4 orang atau 1.52% sahaja daripada mereka yang tidak bersetuju. Ciri
personaliti ‘Ceria’ menunjukkan sambutan skor ‘amat setuju’ yang paling tinggi iaitu 175 orang
atau 66.3%. Ini diikuti dengan ciri personaliti ‘Mesra’ sebanyak 162 orang 61.4%, ciri personaliti
‘Keyakinan Tinggi/Tenang’ sebanyak 158 orang atau 59.8%, ciri personaliti ‘Adil/saksama’
sebanyak 157 orang atau 59.5%, dan ciri personaliti ‘Peramah’ sebanyak 156 orang 59.1%.
Seterusnya, analisis dilakukan bagi melihat perhubungan di antara taburan skor ciri-ciri
personaliti pensyarah yang diperolehi dengan persepsi, iaitu tanggapan dan minat mereka
terhadap Bahasa Arab. Anggapan yang dibuat ialah, jika seseorang responden mempunyai
tanggapan dan minat yang positif terhadap Bahasa Arab, maka ia juga cenderung untuk
memberikan penilaian yang positif terhadap ciri-ciri personaliti pensyarah.

Apa yang

diperhatikan ialah mereka yang mempunyai persepsi bahawa Bahasa Arab itu senang
menunjukkan peratus sambutan ‘amat setuju’ yang melebihi 50% bagi hampir kesemua ciri-ciri
personaliti pensyarah, kecuali 2 ciri iaitu ‘Sikap Terbuka’ dan ciri ‘Tegas’ sahaja. Bagi responden
yang beranggapan Bahasa Arab adalah sederhana dan susah pula menunjukkan peratus sambutan
‘amat setuju’ yang sedikit berkurangan iaitu kurang daripada 50%.
7.0

Rumusan dan Cadangan

Hasil daripada penyelidikan ini, dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri personaliti pensyarah adalah
sedikit sebanyak berbeza bergantung kepada persepsi pelajar tersebut. Pelajar yang merasakan
bahawa Bahasa Arab adalah susah atau tidak berminat dengan Bahasa Arab dilihat lebih
memerlukan pensyarah yang mempunyai personaliti cergas, ceria, sabar, bertimbang rasa dan
bersikap terbuka.
Manakala pelajar yang merasakan Bahasa Arab senang dan sederhana atau memang
berminat mempelajari Bahasa Arab pula dilihat mudah menerima apa jua personaliti pensyarah.
Walau bagaimanapun, mereka lebih menekankan aspek kesungguhan pensyarah dalam
menyampaikan isi pengajaran dengan mengambil kira keupayaan bagi setiap pelajar.
Analisis korelasi pula menunjukkan bahawa keberkesanan proses pengajaran berkait
dengan personaliti pensyarah manakala analisis regresi pula menunjukkan 36% daripada daripada
keberkesanan proses pengajaran diterangkan oleh ciri personaliti pensyarah.
BIBLIOGRAFI
________________.
(2000).
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran PJK:
Isu dan
Pelaksanaan. Jurnal Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abd Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran.
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
9

Kuala Lumpur:

Utusan

Universiti Teknologi MARA Kelantan

National Academic Conference 2006

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahim M. Ali. (Penyusun) (2001). Ilmu Pendidikan DPM: Pendidikan di Malaysia dan
Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abdul Raof Dalip & T. Subahan Mohd. Meerah. (1991). Isu-isu latihan mengajar. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kuala

Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim. (1986). At-Taujih al-Fanny Fi Usul al-Tarbiah Wa alTadris. Beirut : Maktabah Lubnan.
Apelman, M. (1986) Working with teachers: The advisory approach In Zumbwalt. K K
Improving teaching. Virginia : ASCD Yearbook. Pp 1-14.
Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atan Long. (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.
Boon Pong Ying dan Raghbir Kaur. (1998). Psikologi 1 – Semester 1. Kuala Lumpur : Fajar
Bakti.
Ee Ah Meng, (1996), Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan (Semester 1). Shah
Alam: Fajar Bakti.
Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Cetak Ratu Sdn Bhd.
Gay. L.K (1992). Education Researce for Analysis and Application Competencies. NY Mc
Millan Pub. Co, 138-145.
Hewit, J.S. (1997). Teaching Methods for Today’s School. London: Allyn & Bacon.
Kamarudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Lebar. (1996). Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala
Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.
Mohd. Majid Konting. (1990).
Bahasa dan Pustaka.

Kaedah Penyelidikan Pendidikan.

Kuala Lumpur: Dewan

Mok Soon Sang, (1992), Panduan Dalam Latihan UKELP BAHAGIAN AM, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, (1998), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Murugiah Velayutham. (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan.
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kuala

Rahimah Hj. Ahmad. (1990). Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Forum Hari Guru Wilayah Persekutuan 23 Jun 1990, Universiti
Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Saedah Siraj, Zainun Ishak & Tunku Mohani Tunku Mokhtar. (1996). Motivasi Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi; Strategi
dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Bentong, Pahang: PTS Publications &
Distributors. Sdn Bhd.

10

Universiti Teknologi MARA Kelantan

National Academic Conference 2006

Sidi Ghazalba. (1981). Pembimbing Latihan Ilmiah dan Tesis. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka
Antara.
Spees E.R. (1989) Higher Education; An Arena of Conflicting Philosophies. New York: Peter
Lang Publisher.
Sulaiman Ngah Razali (1997). Pedagogi: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zol Azlan Hamidin, (2000), Strategi Pengajaran. Pendekatan Sains, Teknologi Masyarakat.
Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.

11

Universiti Teknologi MARA Kelantan

National Academic Conference 2006

1.0

PENGENALAN................................................................................................................................................. 1

2.0

PERNYATAAN MASALAH ............................................................................................................................ 2

3.0

OBJEKTIF KAJIAN..........................................................................................................................................2

4.0

KAJIAN LAMPAU ...........................................................................................................................................2

5.0

METODOLOGI KAJIAN..................................................................................................................................4

5.1

Persampelan..................................................................................................................................................4

5.2

Instrumen Kajian ..........................................................................................................................................4

5.3
6.0

Kajian Rintis ................................................................................................................................................. 4
DAPATAN KAJIAN ......................................................................................................................................... 5

6.1

Maklumat Pandangan Responden Terhadap Pengajian Bahasa Arab di UiTM ............................................5

6.2

Penilaian Responden Terhadap Ciri-Ciri Personaliti Pensyarah Yang Memberi Kesan Kepada Pengajaran 6

7.0

Rumusan dan Cadangan.....................................................................................................................................9

BIBLIOGRAFI ..................................................................................................................................................................9

12