Anjakan ketujuh iaitu Memanfaatkan ICT b

Anjakan ketujuh iaitu : Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan pembelajaran di
Malaysia merupakan salah satu anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025)
1.0 Pengenalan
Terletak di tengah Asia Tenggara, Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia
dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Malaysia merupakan salah sebuah negara Asia
yang mempunyai pelbagai budaya dan penduduknya berbilang kaum.
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah
mengharungi laluan yang progresif bagi meningkatkan kedudukan sosial dan ekonomi.
Hasilnya, ekonomi semakin meningkat, tahap kemiskinan semakin berkurang, dan
ketidakseimbangan sosioekonomi mampu ditangani.
Pada tahun 19901, pendidikan rendah sejagat berjaya dicapai. Aspirasi Malaysia
untuk mencapai status sebagai negara maju sepenuhnya pada tahun 2020. Inilah yang
dikenali sebagai Wawasan 2020.
2.0 Definisi
ICT merupakan singkatan kepada ‘Information and Communication Technologies’
atau dalam bahasa Melayunya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). TMK
merangkumi dua aspek iaitu teknologi maklumat dan teknologi komunikasi.
Teknologi maklumat ialah meliputi segala aspek yang berkaitan dalam pemprosesan,
penggunaan sebagai alat bantu dan penerimaan suatu maklumat.
Teknologi komunikasi ialah sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan alat bantu

untuk memindahkan data dari satu peringkat kepada peringkat lainnya.
3.0 Matlamat
Sejak beberapa tahun kebelakangan, Kementerian telah mendapat input daripada
pelbagai pihak iaitu ahli pendidik, ahli akademik, ibu bapa dan murid mengenai keperluan
menyampaikan aspirasi kepada sistem pendidikan di Malaysia.
Kementerian mengkaji semula usul yang dicadangkan dan menginterasikannya
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan berdasarkan empat kriteria utama iaitu :
1. Setiap tindakan yang diambil perlu menyumbang kepada aspirasi sistem dan murid.
1 http://www.unicef.org/malaysia/msl/overview_5660.html

1

2. Kementerian menggunakan bukti antarabangsa bagi mengenalpasti dan memberi
keutamaan kepada faktor yang membawa kelainan pada sistam dan
penambahbaikan kepada murid.
3. Cadangan perlu relevan dalam keadaan semasa dan mampu dilaksanakan.
4. Faedah pelaksanaan memberikan pulangan yang lebih besar berbanding
perbelanjaan.
Maka, terciptalah 11 anjakan yang perlu dilaksanakan oleh kementerian bagi
membuahkan hasil perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Antara salah

satu daripada anjakan tersebut ialah memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
Namun, sejauh manakah penggunaan TMK ini mampu memberikan hasil yang
lumayan kepada Kementerian berdasarkan perbelanjaannya yang mencapai RM6 billion
kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam inisiatif pendidikan?
4.0 Peranan TMK Dalam Pendidikan
Sebelum menghuraikan persoalan di atas, ingin saya menjelaskan dahulu
bagaimana TMK berperanan dalam meningkatkan kemajuan dalam dunia pendidikan.
Peranan TMK dalam dunia pendidikan amat begitu besar. Antaranya :
1. TMK sebagai gudang ilmu pengetahuan
‘Maklumat berada di hujung jari anda’. Slogan ini kerap didengari sejak era
permodenan ini. Melalui penggunaan TMK ini kaya dengan pelbagai ilmu pengetahuan baik
ilmu pelajaran di sekolah mahupun sebagai sebagai bahan tambahan pembelajaran.
Fungsi internet ini sebagai sumber ilmu pengetahuan yang boleh diakses pada bilabila masa dan secara meluas. Dalamnya, telah disambung dengan beribu-ribu perpustakaan
digital, artikel, makalah dan lain-lain. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran
pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan
pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991)2.
2. TMK sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran
Lebih mudah dengan menggunakan kemudahan TMK mampu membantu guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid di dalam kelas. Menurut Yahya


2 Abu Bakar Nordin (1991) dan Halim Hui (ed). Kurikulum: Perspektif dan Perlaksanaannya. Kuala
Lumpur: Pustaka Antara.

2

Othman dan Dayang Raini (2011)3, menunjukkan bahawa penggunaan komputer amat
memberi kesan positif terhadap penggunanya.
Melalui TMK guru mampu menukarkan situasi belajar di dalam menjadi sesuatu yang
menarik dan menyeronokkan. Hasil olahan komputer seperti gambar, media grafik, poster
dan sebagainya mampu menarik minat pelajar. Di samping itu, kesan warna mampu
mempengaruhi minda manusia misalnya menulis nota menggunakan peta minda mampu
membuatkan minda manusia untuk lebih ingat.
Penggunaan alat bantu bantu mengajar ini dikatakan dapat menarik minat serta
memberangsangkan minda pelajar pada zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui
sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Heinich et al, 2002)4.
3. TMK sebagai infrastruktur pembelajaran
Kebiasaanya, guru juga akan sibuk dengan tugasannya sehinggakan wujud segelintir
guru yang terpaksa meninggalkan kelas. Walaubagaimanapun, tanggungjawab guru
terhadap murid masih berjalan lancar dengan wujudnya laman seperti Frog VLE

1BestariNet, Schoology dan sebagainya
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) masih berjalan seperti biasa melalui
cara atas talian. Guru-guru boleh meninggalkan tugasan atau nota melalui laman maya ini.
Seterusnya, hal ini memudahkan para guru menyempurnakan dua tanggungjawabnya
serentak dalam waktu yang sama.
Menurut Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (2007), dalam kajiannya
memerihalkan bahawa pelajar didapati menggunakan pemikiran pada aras tinggi, tidak
hanya menghafal fakta-fakta sahaja, bekerjasama antara satu sama lain semasa
menyelesaikan masalah dan seterusnya lebih berdikari dan bertanggungjawab dalam
pembelajaran.
Pengaplikasian Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL/Project Based Learning)
banyak melibatkan TMK apabila diberikan satu tajuk untuk dibentangkan dan proses ini
memerlukan galakan daripada guru. Mekanisme ini mampu menguji kemahiran pelajar
dalam teknik pembelajaran dan meningkatkan keyakinan untuk bersuara di hadapan
khalayak.
3 Kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman

dalam kalangan murid tahun 4 di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49.
Yahya Othman & Dayang Rini Pakar. (2011).
4 Heinich, R.Molenda, M. Rusel J.D and Smaldino, S.E. Instructional Media and Technologies for

Learning. Edisi 7. New Jersey. Prentice Hall. 2002

3

Berikut merupakan serba sedikit peranan TMK dalam dunia pendidikan. Berdasarkan
maklumat yang dinyatakan, terdapat banyak kemaslahatan yang didapati apabila TMK ini
diaplikasikan dalam sektor Pendidikan Malaysia
5.0 Pelaksanaan Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Memang tidak dinafikan lagi bahawa kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh
bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Berdasarkan isi yang dirangka dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), Malaysia telah
memperuntukkan kewangan yang tinggi bagi sektor pendidikan setiap tahun. Pada tahun
2012, daripada jumlah bajet sebanyak RM37 bilion, kerajaan terus menyediakan
peruntukan yang terbesar iaitu 16% daripada jumlah bajet kepada Kementerian Pelajaran.
Namun, pelaburan tersebut tidak membuahkan hasil yang mencapai matlamat
kerajaan. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dari segi
kualiti, ekuiti dan perpaduan.
Berikut merupakan antara artikel-artikel yang membincangkan penggunaan TMK
dalam pendidikan:
1) Frog V.L.E 1BestariNet

Frog Virtual Learning Environment (VLE) 1BestariNet merupakan usaha pihak
kementerian yang paling menonjol. Laman ini mampu memberi kemudahan kepada warga
pendidik dan pelajar untuk mengaksesnya. Di samping itu, melalui laman ini juga warga
pendidik juga dapat memberikan tugasan atau nota serta dapat menilai prestasi para pelajar
secara atas talian sahaja. Pelajar juga mendapat manfaat daripada penggunaan tersebut.
Penggunaan Frog VLE ini mendatangkan manfaat kepada warga sekolah seperti
memudahkan komunikasi antara guru dan pelajar mahupun sesama guru. Hasil kerja guru
boleh dimuatnaik dan mampu menjadi rujukan bagi guru lain. Hal ini dapat meningkatkan
kecekapan dalam penyebaran ilmu di sekolah.
Sistem ini juga dapat melatih kecekapan para guru dalam pentadbiran contohnya
seperti rekod kedatangan pelajar. Rekod kedatangan pelajar kini boleh disimpan terus ke
dalam sistem pendidikan. Laman ini juga dapat melihat prestasi dan penglibatan aktif para
pelajar dalam bidang kurikulum.

4

Menurut maklum balas KPM yang diterima pada 10 September 2014 dalam
laporannya5, faktor kejayaan projek 1BestariNet ialah komitmen dan “buy-in” pengurusan
sekolah selain kompetensi guru dan sokongan ibu bapa.
Bagi sekolah-sekolah ‘champion’ 351 sekolah telah diberi bimbingan dan tumpuan

kepada pengggunaan VLE oleh pihak kontraktor. Sekolah ‘champion’ ini merupakan
penanda aras dan pemangkin dalam merintis budaya penggunaan VLE di sekolah.
Setakat akhir 2013, seramai 3,861 guru dan 1,404 murid telah diberi bimbingan
sebagai pengguna utama bagi memperkembangkan budaya penggunaan VLE.
Frog VLE ini telah memberikan pelbagai faedah yang meluas terutamanya dari sudut
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Sistem ini dikhabarkan telah berjaya membuktikan anjakan ketujuh dalam PPPM dengan
memperluaskan rangkaian internet 4G kepada semua 10,000 sekolah rendah dan
menengah di Malaysia.
Menurut Norazilawati Abdullah et el (2013), bahawa kebanyakan guru Sains telah
mengaplikasikan Frog VLE ini dalam PdP mereka. Pada pendapat mereka juga mengatakan
cara ini begitu baik dalam pendidikan. Namun, biarpun terdapat kebaikan yang banyak,
mereka lebih selesa mengajar secara bersemuka kerana terdapat beberapa topik yang perlu
ditunjukkan secara bersemuka.
2) Keberkesanan Penggunaan TMK dalam Pendidikan Islam
Menurut kajian yang dijalankan oleh Hasnuddin b. Abd Rahman et el (2015),
menunjukkan kebanyakan guru Pendidikan Islam mempunyai persepsi yang positif terhadap
penggunaan TMK dalam PdP. Penggunaan TMK mampu mempelbagaikan aktiviti semasa
proses PdP.
Di samping itu, dikatakan juga bahawa prestasi dan kemahiran pemahaman pelajar

juga meningkat. PdP seperti guru memberikan tugasan ata subtopik masing-masing kepada
pelajar untuk membuat nota ringkas melalui penggunaan komputer. Kemudian mereka
bolehlah berkongsi nota yang dibuat sesama mereka.
Menurut Mansor (2010), mendapati daripada hasil kajiannya bahawa sikap, tahap
motivasi dan tahap pencapaian akademik pelajar adalah berada pada tahap positif dan
tinggi apabila proses PdP Pendidikan Syariah Islamiyyah menggunakan TMK.

5 https://egov.nik.gov.pl/g/egov/MY/2014/BestariNnet/1BESTARINET%20FOR%20EUROSAI%20CUBE.pdf

5

Guru Pendidikan Islam amat digalakkan menggunakan TMK seperti video atau
tayangan multimedia apabila mengajar subtopik mengenai sirah. Melalui kaedah ini mata
pelajaran yang berunsur sejarah tidak akan membosankan para pelajar kerana pada masa
yang sama, pelajar mampu menghayati dan merasai akan peristiwa yang berlaku dalam
sejarah itu. Maka, akan segarlah peristiwa tersebut pada ingatannya.
Penggunaan TMK seperti powerpoint, video dan multimedia amat menggalakkan
pelajar untuk menghadapi proses PdP di dalam kelas dengan lebih menyeronokkan. Selain
itu, para pelajar akan menggunakan seluruh pancainderanya semasa pembelajaran
seterusnya meningkatkan daya pemahaman.

Namun begitu, dapatan kajian ini menyatakan bahawa penggunaan TMK ini
bukanlah merupakan suatu pilihan utama bagi guru Pendidikan Islam. Hal ini kerana
terdapat beberapa halangan yang timbul yang lebih tertumpu kepada pengurusan sekolah
itu.
3) Cabaran Menyeluruh Dalam Pelaksanaan Transformasi Pendidikan
PPPM 2013-2025 transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan
tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.
(PPPM 2013-2025).
Pihak kerajaan telah melaburkan kewangan yang tinggi dalam sektor pendidikan
namun keberhasilannya kurang. Profesor Datuk Dr. Sufean Hussin (2014) menyatakan
bahawa dalam kajian KPM dan World Bank (2012) menunjukkan aplikasi 1BestariNey
kurang digunakan dalam proses PdP di sekolah-sekolah walaupun kerajaan telah
membelanjakan RM6 Bllion untuk melaksanakannya.
Sebagai langkah untuk mengelakkan pembaziran kewangan ini, maka kerajaan perlu
mengadakan satu transformasi iaitu memberi pengilmuan baharu dan pembinaan kemahiran
baharu kepada warga pendidik. Impaknya menyebabkan berkurangnya jumlah kerosakan
yang berlaku pada alat komputer. Orang yang tidak mengetahui dan memandai-mandai
dalam sesuatu yang bukan bidangnya akan membawa kepada kebinasaan dan kesusahan.
Selain itu, peralatan yang disumbangkan perlu dikaji semula dari aspek kualitinya

kerana ini merupakan salah satu punca pembaziran wang. Peralatan yang tidak mempunyai
kualiti tidak akan bertahan lama dan memerlukan kewangan lagi bagi membaikinya
sekirannya rosak. Justeru, bagi mengelakkan timbulnya masalah lain, pembelian peralatan
perlu dikaji dengan lebih berkesan dan efektif.
6

4) Pembelajaran Melalui Penceritaan Digital bagi Menganalisi Novel Bahasa Melayu
Tentu sahaja istilah sastera ini akan memberi tanggapan negatif kepadanya. Para
pelajar akan membayangkan buku novel yang tebal perlu dibaca dalam tempoh yang
singkat dan tidak menepati citarasa pelajar itu sendiri. Tambahan lagi, perlu mengingati
setiap peristiwa penting yang berlaku dalam novel tersebut.
Perkembangan TMK berpotensi besar dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
Penggunaan TMK dalam pendidikan dapat membantu seseorang individu itu berkongsi ilmu
secara meluas daripada pelbagai sumber ilmu diserata dunia. Oleh itu, guru-guru perlu
merangka strategi baharu untuk menjadikan subjek ini sebagai sesuatu yang
menyeronokkan bagi pelajar. Tanggapan yang negatif ini perlu dihakis secara habis-habisan.
Dapatan kajian Rafiza Abdul Razak (2013), para pelajar menunjukkan perasaan
gembira apabila mereka dapat mempelajari teknologi baharu dengan penggunaan papan
cerit. Teknologi ini meningkatkan motivasi pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Penulis juga telah menghuraikan bahawa penggunaan TMK ini mampu memberikan

impak yang positif terhadap diri pelajar. Antaranya penggunaan TMK dalam Komsas dapat
meningkatkan pemahaman pelajar kerana terdapat rajah dan gambar yang membantu
pelajar memahaminya.
Sejurusnya, meningkatkan kreativiti pelajar. Tugasan yang diberikan kepada pelajar
adalah mengikut kreativiti pelajar bagaimana cara pelajar hendak menyampaikan maklumat
tugasan mereka itu kepada audiens secara jelas dan terang. Maka, pelajar akan lebih
bermotivasi untuk mengkaji sesuatu subjek yang diberi apabila menggunakan penceritaan
digital ini.
Hasil kajian ini menyokong bahawa pendekatan teknologi dalam Komsas amat
sesuai digunakan bagi meningkatkan pemahaman. Para pelajar sangat berminat
menggunakan TMK ini dalam PdP Bahasa Melayu Komsas kerana merasakan pengajaran
novel ini akan leih menarik sekirannya menggunakan penceritaan digital.
5) Keberkasan Penggunaan TMK dalam Pembelajaran Tatabahasa
Pada peringkat awal kemunculan teknologi komputer, secara tradisinya digunakan
sebagai alat pemprosesan data atau menaip teks semata-mata. Namun kini penggunaannya
telah diperluaskan bagi tujuan PdP. TMK kini mampu menghasilkan video yang bergrafik

7

tinggi dan animasi yang canggih bagi menarik lagi minat para pelajar. (Nor Ilyani Harun et
el , 2012)
Tatabahasa merupakan tapak dalam kemahiran berbahasa. Terkandung di
bawahnya seperti sistem ejaan, sebutan, kosa kata umum dan laras bahasa. Tatabahasa ini
amat dititikberatkan dalam strategi pengajaran Bahasa Melayu.
Awang (2004) mengeluarkan pendapatnya bahawa tatabahasa ini sering menjadi
igauan dan dianggap subjek yang kaku dan membosankan. Persepsi sedemikian telah
membuatkan guru-guru yang mengajar subjek ini sebagai satu cabaran yang besar. Justeru,
satu strategi baru perlu dirangka bagi mengatasi cabaran ini.
Dalam kajian yang dijalankan ini, 32 soalan telah dibina oleh pengkaji berkaitan
dengan tajuk Penjodoh Bilangan berdasarkan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran.
Hasilnya amat memberangsangkan kerana terdapat peningkatan terhadap pelajar yang diuji.
Jelaslah bahawa kajian ini telah memberi impak yang positif melalui penggunaan komputer
dalam PdP Bahasa Melayu walaupun penggunaan TMK dilihat lebih kepada subjek Sains,
Matematik dan Bahasa Inggeris.
6.0 Rumusan
Berdasarkan segala perolehan maklumat dalam artikel di atas, memang tidak
dinafikan bahawa pengajaran menggunakan TMK merupakan satu strategi menyeluruh
dalam menentukan tahap pencapaian murid. Namun, faktor gaya pengajaran guru
memainkan peranan penting dalam PdP di dalam kelas.
TMK ini memang banyak manfaatnya dan perkara ini tidak oleh dibiarkan begitu
sahaja tanpa menggunakannya. Kerajaan boleh menjalankan inisiatif dengan mengadakan
kursus untuk warga pendidik agar mereka mengetahui untuk pengendalian TMK ini. Namun
begitu, tidak semestinya hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata tetapi warga
pendidik perlulah berusaha memajukan diri dengan ilmu-ilmu mengenai TMK ini.
Para guru perlulah menggunakan TMK ini agar pelaburan yang dilakukan oleh
kerajaan itu tidak membazir begitu sahaja. Kemudian, para guru ini juga perlu menurunkan
ilmu mereka ini kepada pelajar agar penggunaan TMK ini akan berterusan.
Seterusnya, bagi memastikan agenda ini mencapai matlamatnya, semua pihak
khususnya KPM perlu memastikan setiap infrastruktur fizikal sempurna dan lengkap
sementara kemahiran guru dalam proses peningkatan melalui latihan dan pendedahan yang
dilakukan.

8

Akhir sekali, sebagai sebuah negara yang membangun perlu mementingkan TMK ini
dalam dunia pendidikan di negara ini. Hal ini bertujuan menggerakkan negara Malaysia
seiring dengan negara maju yang lain. Melalui pendidikan bakal menentukan negara itu
akan terus maju atau pun bertangkup pada tempat yang sama. Sama-samalah kita berjuang
dalam bidang pendidikan bagi meningkatkan kemajuan negara.

9