BAB 7 PENGURUSAN INVENTORI - BAB7

BAB 7 PENGURUSAN INVENTORI OBJEKTIF Setelah mengikuti pelajaran ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami fungsi-fungsi inventori kepada operasi syarikat.

  2. Memahami jenis-jenis inventori yang wujud dalam aktiviti operasi pembuatan.

  3. Mengaplikasikan teknik pengelasan ABC.

  4. Mengaplikasikan teknik inventori tidak bersandar.

  PENDAHULUAN

  Perancangan dan pengawalan inventori merupakan satu strategi yang amat penting dalam pengurusan operasi. Ini kerana inventori merupakan antara aset syarikat yang termahal iaitu merangkumi 50% dari jumlah modal yang dilaburkan. Syarikat yang mempunyai pengurusan inventori yang baik dapat mengimbangi pelaburan inventori dan perkhidmatan pelanggan. Objektif pengurusan inventori adalah untuk menyediakan inventori yang secukupnya bagi memenuhi permintaan pelanggan dan keberkesanan kos.

  FUNGSI INVENTORI

  Terdapat beberapa sebab mengapa inventori itu diperlukan. Secara terperinci fungsi-fungsi inventori dapat disenaraikan seperti berikut:

  1. Menyediakan stok barangan bagi memenuhi permintaan pelanggan dan menyediakan pilihan barangan kepada pelanggan.

  2. Menambah bekalan semasa permintaan meningkat dan mengelak daripada kekurangan dan ketiadaan stok.

  3. Mengambil peluang diskaun kuantiti uang menawarkan kos barangan dan penghantaran yang rendah apabila membeli dalam jumlah kuantiti yang besar atau pukal.

  4. Mengelak daripada zaman inflasi di mana harga yang dikenakan adalah tinggi.

  5. Menyediakan stok keselamatan bagi menangani risiko kekurangan seperti masalah kualiti, kekurangan bekalan dan kerosakan item-item.

  6. Membenarkan operasi berjalan lancar semasa kerja-dalam-proses (memastikan keseinambungan pengeluaran).

JENIS INVENTORI

  Terdapat empat jenis inventori yang wujud dalam pengurusan operasi. Jenis-jenis inventori ini adalah seperti di bawah:

1. Inventori bahan mentah – item-item yang dibeli tetapi masih belum diproses. Biasanya item ini dibeli dan bukannya dihasilkan sendiri oleh syarikat.

  2. Inventori kerja- dalam- proses (WIP) - komponen-komponen atau produk yang tidak lengkap dipasang dan perlu melalui beberapa proses. Ia berfungsi sebagai kitaran masa bagi sesuatu produk.

  3. Inventori penyelenggaraan/pembaikkan/pengoperasian – keperluan bagi menjaga mesin dan proses supaya menjadi lebih produktif.

  4. Inventori produk siap – produk-produk siap yang menunggu untuk dihantar ke destinasi atau pelanggan.

PENGURUSAN INVENTORI

  Satu sistem kawalan inventori diperlukan untuk mengawal dan menguruskan inventori. Melalui sistem inventori ini, jumlah inventori yang perlu dipesan dapat ditentukan dengan tepat. Serta, bilakah inventori tersebut perlu dipesan turut dapat ditentukan dengan cekap. Terdapat dua jenis sistem kawalan inventori yang biasa digunakan bagi mengawal aras inventori, iaitu:

  1. Sistem berterusan (kuantiti pesanan tetap)

  Sistem berterusan adalah satu sistem di mana pesanan dibuat pada kuantiti yang tetap apabila inventori dalam tangan berkurangan pada satu aras tertentu. Sistem ini memantau aras inventori secara berterusan. Setiap kali apabila aras inventori di tangan berkurangan pada aras tertentu (titik pesanan semula), pesanan yang baru akan dibuat untuk menambah stok inventori. Pesanan yang dibuat adalah pada jumlah yang tetap di mana ianya dapat meminimumkan kos inventori. Jumlah ini juga dipanggil kuantiti-pesanan- ekonomi (EOQ).

  Contoh bagi sistem inventori berterusan adalah sistem mendaftar keluar item secara berkomputer dengan menggunakan imbasan laser seperti yang digunakan oleh pasaraya-pasaraya dan peruncit-peruncit.

  2. Sistem bertempoh (tempoh masa tetap)

  Bagi sistem inventori bertempoh, pesanan dibuat pada satu jumlah tertentu pada satu tempoh masa yang tetap. Aras inventori bagi sistem ini tidak sentiasa dipantau atau direkodkan. Inventori ditangan disemak pada masa tempoh tertentu seperti setiap minggu atau setiap hujung bulan. Selepas inventori dalam stok ditentukan barulah pesanan dibuat untuk jumlah yang dikehendaki bagi aras inventori. Inventori ini juga dikenali sebagai sokongan inventori. Satu contoh untuk sistem inventori bertempoh adalah sebuah kedai buku universiti atau kolej. Kebiasaanya buku-buku dipesan mengikut sistem bertempoh di mana buku-buku dipesan seminggu atau dua minggu semester bermula.

SISTEM PENGKELASAN ABC

  Sistem ABC membahagikan inventori kepada tiga bahagian utama iaitu mengikut nilai jumlah ringgit tahunannya kepada syarikat. Secara amnya, tiga kategori inventori tersebut adalah seperti berikut:

  • Item Kelas A Merupakan item yang nilai jumlah ringgit tahunannya paling tinggi iaitu dalam 70% hingga 80% dari jumlah keseluruhan pelaburan inventori. Tetapi bilangan item ini adalah cuma mewakili 5% hingga 15% daripada jumlah inventori dalam unit.
  • Item Kelas B Item kelas B pula adalah item yang sederhana nilainya pada syarikat. Ia mewakili 15% hingga 20% dari nilai inventori dalam nilai ringgit dan merupakan 30% daripada jumlah unit inventori.

  • Item Kelas C Item kelas C merupakan item-item termurah berbanding dengan kelas B dan A. Ia juga merupakan item yang paling banyak dari segi unit dalam keseluruhan inventori iaitu mewakili 50% hingga 60%. Dari segi nilai ringgit pula item C terdiri daripada 5% hingga 10% sahaja. Di dalam analisis ABC (rujuk rajah 11.1), setiap kelas inventori ini memerlukan kawalan inventori yang berbeza. Semakin tinggi nilai inventori itu maka semakin ketat atau kuat kawalan yang dikenakan ke atas item tersebut. Item-item kelas A memerlukan kawalan inventori yang ketat kerana ia merupakan peratusan yang paling tinggi bagi nilai jumlah ringgit. Aras inventori bagi item ini perlulah serendah yang mungkin dan stok keselamatannya diminimumkan. Hal ini memerlukan ramalan permintaan yang tepat dan penyimpanan rekod-rekod inventori yang teliti. Di samping itu, pembangunan pembekal haruslah ditekankan bagi pembekal-pembekal item A ini.

  Manakala item B dan C pula memerlukan kawalan inventori yang minimum kerana kos penyimpanannya adalah rendah. Aras inventori yang tinggi boleh dikekalkan dengan mempunyai stok keselamatan yang besar.

  Kesimpulnya, item A memerlukan sistem kawalan berterusan di mana aras inventori dipantau secara berterusan dan item B dan C pula memerlukan sistem kawalan bertempoh di mana aras inventorinya boleh dipantau setiap minggu atau bulan.

  Rajah 11.1: Pengelasan ABC

  I I t t e e m m A A t t

  8 i i g g

  • 8
  • 7

  7 g g n n i i 6 –

  6 r r i i

  5 5 – a a l l i i

  4 4 – n n

  3 3 – n n a a s s

  2 I t e m – B

  2 I t e m B u u t t I t e m C

  I t e m C 1 –

  1 a a r r

  • | | | | | | |

  e e

   | | | P P

  1

  1

  2

  2

  3

  3

  4

  4

  5

  5

  6

  6 P e r a t u s a n i n v e n t o r i ( u n i t ) P e r a t u s a n i n v e n t o r i ( u n i t ) MODEL INVENTORI

  Terdapat pelbagai model inventori yang boleh digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan dan meminimumkan kos inventori. Model kawalan inventori digunakan untuk mengurus permintaan-permintaan sama ada permintaan tersebut bersandar atau tidak bersandar kepada permintaan item-item lain. Contohnya, permintaan untuk kereta proton wira tidak bersandar kepada permintaan kereta proton waja. Tetapi permintaan komponen-komponen kereta wira bersandar kepada permintaan kereta wira tersebut. Dalam bab ini, model inventori bagi permintaan tidak bersandar akan dibincangkan dengan lebih mendalam.

  Bagi memahami dan menggunakan model pengurusan inventori, terdapat tiga jenis kos inventori yang perlu difahami. Ketiga-tiga kos inventori ini adalah:

  1. Kos Menyimpan (holding cost)

  Kos menyimpan inventori atau “membawa” inventori dalam sesuatu tempoh. Kos-kos yang tergolong dalam kos menyimpan adalah insurans, kos gudang, cukai, buruh, susutnilai, kos pinjaman, bayaran faedah dan sebagainya. Kos menyimpan boleh dinyatakan dalam bentuk peratusan dari harga seunit atau dalam nilai ringgit perunit.

  2. Kos Memesan (ordering cost)

  Kos yang wujud dalam proses memesan inventori dan menerima inventori. Ia adalah kos yang berkaitan dengan kos memproses pesanan, pengkeranian, kos menyediakan invois, kos perkapalan, kos memeriksa kualiti dan kuantiti bahan mentah dan pengangkutan bahan mentah ke tempat penyimpanan sementara. Kos memesan dinyatakan dalam nilai ringgit yang tetap bagi setiap pesanan yang dibuat. Apabila sesuatu syarikat menghasilkan sendiri inventori mereka maka akan wujud kos persediaan (setup cost). Jadi kos penyediaan ini boleh digunakan untuk menggangtikan kos memesan.

  3. Kos Persediaan (setup cost)

  Kos Persediaan (setup kos) adalah kos untuk menyediakan mesin atau proses untuk tujuan pengilangan atau pengeluaran.

MODEL PERMINTAAN TIDAK BERSANDAR

  Model permintaan tidak bersandar mengutarakan dua persoalan utama iaitu: bilakah pesanan perlu dibuat dan berapakah yang perlu dipesan. Model-model inventori tersebut adalah seperti berikut:

1. Model Asas Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ)

  Fungsi model asas kuantit pesanan ekonomi (EOQ) adalah untuk menentukan saiz pesanan optimum di mana dapat meminimumkan jumlah kos inventori. Model ini merujuk kepada sistem inventori berterusan di mana kesemua kuantiti pesanan diterima pada satu masa.

  Rumusan model EOQ adalah hasil daripada beberapa andaian yang berikut: 1.

  Permintaan diketahui dan tetap setiap masa 2. Masa tunggu bagi permintaan pesanan adalah tetap 3. Tiada diskaun kuantiti 4. Kesemua kuantiti pesanan yang tetap diterima pada masa tertentu.

5. Tiada kos kekurangan

  Bersama andaian-andaian ini, graf inventori adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 11.2 di bawah:

  Rajah 11.2: Kitaran Pesanan Inventori

  Dengan menggunakan pembolehubah-pembolehubah berikut, D = Permintaan S = Kos memesan (bagi setiap pesanan) H = Kos Penyimpanan (seunit)

  Q* = Kuantiti Pesanan Optimum (EOQ) Penentu bagi kos-kos pemesanan dan penyimpanan adalah seperti berikut: 1.

  Jumlah kos pemesanan tahunan dikira dengan mendarabkan kos setiap pesanan, S dengan bilangan pesanan setahun. Oleh kerana permintaan tahunan diketahui dan tetap, maka bilangan pesanan adalah D/Q di mana Q adalah saiz pesanan. Jadi Kos Pemesanan Tahunan: = Kos setiap pesanan x bilangan pesanan =

  Pesanan Saiz Permintaan tahunan pesanan x setiap Kos

  = S x D/Q = SD/ Q 2. Manakala kos penyimpanan tahunan dikira dengan mendarabkan kos penyimpanan seunit, H dengan purata aras inventori. Purata aras inventori ditentukan dengan membahagikan saiz pesanan, Q dengan 2 (Q/2). Jadi, Kos Penyimpanan tahunan:

  = Kos Penyimpanan seunit x purata aras inventori

  2 (Q) Pesanan Saiz

  H x =

  T T a a h h a a p p i i n n v v e e n n t t o o r r i i m m a a k k s s i i m m u u m m

  L L e e v v e e l l

  I I n n v v e e n n t t o o r r i i

  T T i i m m e e

  P P e e n n g g g g u u n n a a a a n n T T i i t t i i k k p p e e s s a a n n a a n n s s e e m m u u l l a a

  I I n n v v e e n n t t o o r r i i

  M M i i n n i i m m u u m m

3. Jumlah kos inventori tahunan = Kos Pemesanan + Kos Penyimpanan

  HQ TC = SD +

  Q

  2 Kuantiti pesanan optimum (Q*) akan berlaku dititik persilangan di antara kos pemesanan dan kos penyimpanan iaitu jumlah kos penyimpanan adalah sama dengan kos pemesanan. Maka,

  Kos Pemesananan = Kos Penyimpanan Oleh itu dengan model asas EOQ, kos minimum akan berlaku di titik persilangan ini, di mana kuantiti pesanan optimum, Q* adalah seperti berikut:

  2SD

  EOQ = Q* =

  H

  Contoh Syarikat Bina Tinggi Sdn. Bhd. Membeli beribu-ribu item binaan dari wakil pembekalnya. En. Rosli, pengurus besar syarikat ini bercadang untuk mengurangkan kos inventorinya dengan menentukan kuantiti pesanan optimum bagi simen yang perlu dihantar bagi setiap pesanan. Permintaan tahunan bagi simen adalah 1,000 unit, kos pemesanan adalah RM15 setiap pesanan dan kos penyimpanan tahunan adalah RM0.60 seunit. Dengan menggunakan rumusan ini, kita dapat menentukan bilangan optimum bagi unit simen yang perlu dipesan.

  Penyelesaian

  2SD

  EOQ = Q* =

  H 2(15)(1000 )

  =

  0.60

  = 000

  50 = 223.61 = 224 unit (setiap pesanan) Jadi, En Rosli perlu memesan 224 unit simen bagi meminimumkan kos inventorinya.

2. Model Kuantiti Pesanan Pengeluaran

  Di dalam operasi pengeluaran, pengilang yang tidak menerima kesemua pesanan inventori pada satu masa akan menerima pesanan inventorinya berperingkat-peringkat pada kadar yang seragam pada satu masa. Model ini boleh digunakan apabila aliran inventorinya berterusan pada satu tempoh tertentu atau apabila unit-unit dikeluarkan dan Dengan menggunakan konsep asas EOQ dan pembolehubah-pembolehubah berikut persamaan kos penyimpanan inventori tahunan bagi model pengeluaran adalah seperti berikut:

  Q = bilangan unit setiap pesanan H = kos penyimpanan seunit p = kadar pengeluaran harian d = kadar permintaan/penggunaan harian t = masa bagi operasi pengeluaran dalam hari

  I I n n v v e e n n t t o o r r y y l l e e v v e e l l t t

1. Kos penyimpanan Inventori Tahunan

  Purata Aras Inventori = Maksimum Aras Inventori /2 3. Maksimum aras inventori diperolehi dengan formula berikut:

  = ⎟⎟ ⎠ ⎞

  ⎜⎜ ⎝ ⎛

  −

  p d Q

  1 4. Kos pemesanan tahunan = SD/Q

  Jadi kuantiti pengeluaran atau pesanan optimum, Q*p berlaku di mana jumlah kos pemesanan bersamaan kos penyimpanan: Kos pemesanan = Kos penyimpanan

  = Purata aras inventori x Kos penyimpanan seunit = Purata aras inventori x H 2.

  Rajah 11.3: Aras Inventori Model Pengeluaran

  M M a a x x i i m m u u m m i i n n v v e e n n t t o o r r y y Purata Aras Inventori m m a a s s a a

2 Contoh

  1

  H SD

  ⎝ ⎛ − p d

  ⎟⎟ ⎠ ⎞ ⎜⎜

  Q*p =

  En. Hairol, pengeluar komponen komputer ingin menentukan kuantiti optimum yang perlu dihantar bagi setiap masa semasa proses pengeluaran model XYZ. Permintaan tahunan syarikat adalah 6000 unit dengan pengeluaran harian 100 unit dan kadar permintaan sehari 30 unit sehari. Semasa proses pengeluaran kos penyediaan adalah RM80 dan kos penyimpanan seunit adalah RM0.50. Penyelesaian D = 6000 unit, S = RM80, H = 0.50, d =30 dan p = 100

2 SD

  2 ( 80 )( 6000 ) = = 1656.15 atau 1657 unit

  30

  ⎛ d ⎞ ⎞ .

  50 ⎛ −

  1

  1 H − ⎜ ⎟ ⎜⎜ ⎟⎟

  100

  p ⎝ ⎠ ⎝ ⎠ Jadi, kuantiti pesanan optimum yang perlu dihantar adalah 1657 unit.

3. Model Diskaun Kuantiti

  Kuantiti diskaun adalah pengurangan harga bagi pembelian yang melibatkan kuantiti yang banyak. Tujuan kuantiti diskaun diberi adalah untuk meningkatkan jualan. Banyak syarikat menawarkan pelbagai kuantiti diskaun untuk pesanan bahan mentah dan bekalan kepada pelanggan-pelanggannya bagi menggalakkan kuantiti belian atau pesanan yang banyak. Oleh itu pengurus operasi perlu merebut peluang untuk menjimatkan wang dengan diskaun kuantiti dalam membuat keputusan bila dan berapa banyak perlu memesan. Model asas EOQ digunakan untuk menentukan saiz pesanan optimum dengan kuantiti diskaun. Bagi model ini, jumlah kos inventori tahunan mestilah disertakan dengan harga belian bagi item yang dipesan. Jadi persamaannya adalah seperti berikut:

SD QH

  • TC = PD

  2 Q Di mana:

  Q = Kuantiti yang dipesan D = Permintaan tahunan dalam unit S = Kos setiap pesanan P = Harga seunit H = Kos penyimpanan (IP) I = % unit harga Disebabkan oleh pelbagai diskaun yang ditawarkan, proses menentukan saiz pesanan optimum Q* bagi diskaun kuantiti adalah sama dengan menggunakan persamaan berikut:

  2SD

  Q*d =

  IP Contoh: Harga biasa bagi satu komponen pita rakaman adalah RM20. Bagi pesanan 100 unit atau lebih, harga diskaun adalah RM18. Manakala bagi unit pesanan 150 unit dan lebih harga yang dikenakan ialah RM15. Pada masa sekarang Syarikat Sharp, pengeluar utama komponen pita rakaman, mempunyai kos simpanan inventori 5% seunit setahun dan kos setiap pesanan adalah RM10. Permintaan setahun adalah 45 unit komponen. Apakah yang perlu pengurus operasi, Syarikat Audio Sharp lakukan? Penyelesaian Langkah 1: Kirakan Q*d bagi setiap diskaun: S = RM10, D = 45, I = 5%, P = RM20, H = I x P

  a) Bagi harga biasa RM20, kuantiti pesanan ekonomi adalah:

  2SD

  Q * =

1 IP

  2(10)(45)

  = = 30 unit

  0.05 x

  20

  b) Bagi kuantiti diskaun, 100 unit atau lebih, kuantiti pesanan adalah:

  2(10)(45)

  Q * = = 31.6 atau 32 unit

  2 0.05 x

  18

  c) Bagi kuantiti diskaun, 150 unit atau lebih, kuantiti pesanan adalah:

  2(10)(45)

  Q * = = 34.6 atau 35 unit

  3 0.05 x

15 Langkah 2: Memastikan sama ada nilai Q*d memenuhi syarat-syarat untuk memperlehi diskaun. Jika tidak memenuhi syarat, kuantiti pesanan perlu diubah.

  Oleh kerana Q * = 30 unit berada di antara 0 hingga 99 unit, jadi pengiraan

  1 jumlah kos yang digunakan adalah 30 unit.

  Oleh kerana Q * = 32 unit dan diskaun diberi hanya apabila pesanan di antara 100

  2 unit hingga 149 unit, maka jumlah pesanan yang perlu diambil adalah 100 unit.

  Begitu juga dengan Q * = 35 unit di mana ianya berada diluar syarat diskaun. Jadi

  3

  kuantiti pesanan yang sebenarnya adalah 150 unit dalam pnegiraan jumlah kos. Berikut adalah kuantiti-kuantiti pesanan yang perlu digunakan dalam persamaan jumlah kos: Q1* = 30 unit Q2* = 100 unit Q3* = 150 unit Langkah 3: Kirakan jumlah kos bagi setiap diskaun.

  Jumlah Kos = Kos pemesanan + Kos Penyimpan + Kos Produk

SD QH

  TC = PD

  2 Q 10 x 45 30 x 0.05 x

  20

  • TC = (20 x 45) = RM930.00

  1

  30

  2 10 x 45 100 x 0.05 x

  18 TC = (18 x 45) = RM859.50

  2

  100

  2 10 x 45 150 x 0.05 x

  15 TC = (15 x 45) = RM734.25

  3

  150

  2 Langkah 4: Memilih kuantiti pesanan yang mempunyai jumlah kos yang terendah. Didapati pesanan bagi 150 unit mempunyai jumlah kos paling minimum iaitu RM734.25. Jadi pengurus operasi Syarikat Audio Sharp perlu membuat pesanan bagi 150 unit atau lebih bagi mendapatkan diskaun kuantiti dan meminimumkan jumlah kos inventori tahunan syarikat.

  LATIHAN BAB 7 1.

  Bezakan pengurusan item kelas A, B dan C dalam sistem pengelasan inventori ABC.

2. Syarikat Maju mempunyai 10 jenis item dalam inventorinya, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Kelaskan item-item tersebut dengan sistem pengelasan ABC.

  Item Permintaan Kos Item Permintaan Kos Setahun Seunit($) Setahun Seunit($)

  A2 3,000 50 F3 500 500 B8 4,000 12 G2 300 1.500 C7 1,500 45 H2 600 20

  D1 6,000 10 I5 1,750 10 E9 1,000 20 J8 2.500 5 3.

  Sandy telah membuka sebuah pusat latihan komputer dan banyak memesan buku kerja (workbooks) yang diimport dari Singapura. Maklumat di bawah adalah tentang inventori buku kerja tersebut:

  Permintaan (D) 19,500 unit setahun Kos Memesan (S) $25 setiap pesanan

  Kos Menyimpan (H) $4 seunit setahun

a) Kirakan EOQ bagi buku kerja ini.

  b) Berapakah kos menyimpan setahun?

  c) Berapakah kos memesan setahun bagi Sandy? 4.

  Sebuah syarikat mengeluarkan produk sebanyak 10,000 unit setahun. Oleh kerana syarikat ini beroperasi cuma 200 hari setahun maka permintaan sehari syarikat adalah 50 unit sehari. Kadar pengeluaran harian pula adalah 200 unit. Kos menyimpan syarikat adalah RM1 perunit setahun, kos persediaan (setup) adalah RM200. Berapakah kuantiti pesanan optimum syarikat? 5. Berikut adalah maklumat tentang penjualan dan pembelian disk sebuah syarikat komputer. Berdasarkan maklumat yang diberi, patutkah ini mengambil diskaun?

  Permintaan (D) 36,000 disk Kos memesan RM25 Kos menyimpan RM0.45 seunit Harga belian RM0.85 seunit Harga Diskaun RM0.82 Bagi memperolehi diskaun syarikat ini perlu membeli sekurang-kurangnya 6,000 disk.