Kill German Trade Penilaian Usaha Britis
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
34
‘KILL GERMAN TRADE’: PENILAIAN TERHADAP USAHA BRITISH
MEMBENDUNG PERDAGANGAN MUSUH DI TANAH MELAYU SEWAKTU
PERANG DUNIA PERTAMA
MOHD SHAZWAN BIN MOKHTAR 1
MOHD BIN SAMSUDIN 2
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN
‘That, whereas it appears to the Government that there
is a general wish on the part of the various communities
residing in the Federated Malay States that a
contribution should be made to the Imperial
Government for the prosecution of the war and that
special taxation should be impose for this purpose … ’ 3
Sebelum Perang Dunia Pertama British, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan
negara peneraju dalam pembangunan perindustrian dan komersial, malah merupakan negaranegara pengeluar yang saling bergantung antara satu dengan yang lain.4 Sungguhpun begitu,
kesan perang telah menyebabkan aktiviti perdagangan antarabangsa terganggu dan berlaku
‘peperangan ekonomi’ antara British dengan Jerman. Usaha sekatan ekonomi terhadap Jerman
dan sekutunya oleh British, telah menyebabkan kapal-kapal dagang dari Jerman dan kuasa
pusat yang lain dihalang untuk berlabuh bukan sahaja di British malah seluruh empayarnya.
Apabila British mengistiharkan perang terhadap Jerman dan sekutunya pada tahun
1914, masalah ekonomi merupakan antara isu yang dihadapi terutamanya bebanan kewangan
untuk menanggung kos peperangan.5 Malah pihak kerajaan British amat menyedari
perdagangan dan pertukaran antarabangsa akan terjejas teruk kesan daripada perang yang
mereka terlibat, dan semestinya keadaan ini akan menggugat bukan sahaja empayarnya malah
kedudukannya sebagai entrepot di Eropah. Rentetan itu, Pejabat Perang (War Office) turut
memainkan peranan dalam mendapatkan bekalan perang, namun timbul isu samada bekalan
komoditi di British akan diutamakan untuk keperluan masyarakat awam ataupun diberikan
autonomi untuk perang. 6
1
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM,
[email protected].
2
Muzium Warisan Akademik, Bangunan Canselori, UKM, [email protected], 03 89213135.
3
Report Of The Committee Appointed In Accordance With A Resolution Of The Federal Council Passed
On The 14th November 1916, To Consider The Question Of A Contribution To The Imperial
Government, 28.12.1916.
4
Rondo Cameron & Larry Neal, A Concise Economic History of The World: From Paleolithic Times to
the Present, Ed. ke-4, Oxford University Press, New York, 2003, hlm. 340.
5
Sidney Pollard, The Development of the British Economy, Ed. ke-2, Edward Arnold (Publishers) LTD,
London, 1969, hlm. 42.
6
Sidney Pollard, 1969, hlm. 43.
372 / Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin
Bagi mengelakkan ‘financial panic’ dan keadaan ekonomi yang lebih meruncing,
kerajaan British telah campur tangan dalam beberapa sektor penting seperti, industri senjata,
perkapalan dan perdagangan. Amat penting untuk pihak kerajaan memastikan bekalan
mencukupi pada peringkat awal perperangan, oleh itu perbendaharaan negara British turut
mengambil langkah untuk memperkemaskan sistem percukaian dan langkah pinjaman dana.7
Fenomena ekonomi ini juga memberi kesan terhadap Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB) apabila perubahan sistem pentadbiran pada tahun 1909 telah memberi autonomi
kepada British untuk mengawal pembangunan ekonomi di negeri-negeri Melayu tersebut.
Tindakan Majlis Persekutuan yang juga sebuah badan perundangan,
yang
mengabsahkan tindakan sekatan ekonomi terhadap musuh-musuh British dan tuntutan agar
NNMB menghulurkan bantuan kepada British, membuktikan keperluan hasil dari NNMB oleh
British untuk menampung bebanan kewangan yang dihadapinya ketika Perang Dunia Pertama.
Usaha ini juga turut disokong oleh firma-firma British di Tanah Melayu bagi melindungi
kepentingan ekonomi mereka.
KEADAAN EKONOMI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Penubuhan Majlis Persekutuan pada tahun 1909 merupakan satu usaha pengawalan kewangan
oleh British terhadap NNMB terutamanya dalam soal perolehan pendapatan dan perbelanjaan
kerajaan. 8 Justeru, Majlis Persekutuan mentadbir gabungan hasil pendapatan keempat-empat
NNMB dan kemudiannya diserahkan kepada Majlis Negeri. Tambahan pula, menurut Lennox
Mills terdapat kecenderungan bahawa sultan dan masyarakat Melayu diabaikan dalam usaha
pembangunan ekonomi. 9 Keutamaan British adalah untuk membangunkan tanah Melayu
sebagai pembekal penting bahan mentah dan menjadi pasaran bagi produk-produk pembuatan
British. 10
Oleh itu, pemusatan pentadbiran ini telah membuka bukan sahaja NNMB malah Tanah
Melayu keseluruhannya terhadap pasaran antarabangsa. 11 Sehingga awal abad ke-20, berlaku
peningkatan hasil pendapatan terutamanya apabila Amerika Syarikat menjadi pelanggan
penting bagi komoditi timah dan getah Tanah Melayu. Kedudukan kewangan NNMB yang
kukuh sehingga tahun 1938 membolehkan kerajaan NNMB membantu negeri-negeri Melayu
tidak bersekutu yang lain. 12 Sebagai bukti, hasil aktiviti perdagangan yang pesat telah
menyumbang kepada peningkatan jumlah aset surplus yang dimiliki oleh NNMB pada tahun
1909 kepada $3 972 944.13
Penguasaan terhadap eksport bahan mentah industri dan import hasil pembuatan telah
membolehkan firma-firma British memperolehi keuntungan yang berlipat ganda menerusi
kawalan kewangan, aktiviti komersial, perkapalan, insuran dan perkhidmatan yang berkaitan
perdagangan. 14 Justeru, peningkatan hasil perdagangan NNMB ketika ini merupakan
sebahagian daripada proses pembangunan ekonomi British di Tanah Melayu. Pada tahun 1910,
ekonomi NNMB boleh dikatakan berada pada tahap yang stabil dan matang. Malah, Tanah
Melayu umumnya dianggap ‘dollar arsenal of Great Britain’. 15
7
Ibid.
C.O 576/4, Resident General’s Annual Report for the Year 1909.
9
Lennox A. Mills, British Rule in Eastern Asia, Russell & Russell, New York, 1970, hlm. 50.
10
William Tai Yuen, Chinese Capitalism in Colonial Malaya (1900-1941), Penerbit UKM, Bangi, 2013,
hlm. 52.
11
Li Dun Jen, British Malaya : An Economic Analysis, Ed. ke-2, Institute for Social Analysis, Kuala
Lumpur, 1982, hlm. 7.
12
Li Dun Jen, 1982, hlm. 15-16.
13

14
Jomo Kwame Sundaram, Class Formation in Malaya: Capital, The State and Uneven Development,
Tesis PhD, Jabatan Sosiologi, Universiti Havard, 1977, hlm. 221.
15
Li Dun Jen, 1982, hlm. 41.
8

Farh Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin / 373
Kedudukan getah dan bijih timah sebagai ‘the pillar of economy’ bagi Tanah Melayu
sering menjadi tumpuan sarjana-sarjana terdahulu. Lantaran itu, sehingga tahun 1920-an
agensi-agensi perniagaan British terus mengeksploitasi peluang untuk memenuhi kehendak
pasaran getah dunia yang tinggi. Aktiviti perlombongan bijih timah turut mula menjadi lebih
kompetatif apabila pelabur-pelabur British mula memperkenalkan ‘capital-intensive’ dan
teknik perlombongan ‘bucket-dredging’. 16
Namun, sehingga tahun 1914 polisi kewangan NNMB terarah terhadap pengenaan
cukai, pengurangan perbelanjaan dan mengumpulkan surplus kerajaan. 17 Keadaan ini
merupakan sebahagian cara yang dilakukan oleh British untuk mengumpul dana untuk
membiayai kos perperangan yang ditanggungnya. Malah British amat yakin, akan berlaku juga
perperangan dalam pasaran ekonomi antarabangsa.18 Oleh itu, sehingga tahun 1919, kerajaan
British telah mengambil langkah yang drastik untuk mengawal jajahan luar negaranya sebagai
satu usaha untuk melawan persaingan pasaran barangan dan komoditi dari British.19
Penglibatan Dalam Perang Dunia Pertama
Penelitian terhadap peranan Tanah Melayu khususnya NNMB sebagai salah sebuah tanah
jajahan British dalam Perang Dunia Pertama masih memerlukan kajian lanjut. Penglibatan
Tanah Melayu dalam perang telah dituntut oleh British dalam Majlis Persekutuan sebagai tanda
sokongan dan taat kepada kerajaan British. Pada tahun 1916 sebanyak $3 000 000 telah
dibelanjakan oleh NNMB dalam membiayai kapal perang H.M.S Malaya untuk digunakan oleh
British dalam perperangan. Dalam masa yang sama juga, kerajaan Johor telah menyumbang
sebanyak £34 400, manakala kerajaan Kedah sebanyak £3 333 untuk membiayai pembelian
kapal terbang perang British.20 Sumbangan kapal perang oleh negeri-negeri Melayu untuk
British telah berjaya mendapat perhatian dunia, malah ‘the flourishing condition of those states
continues to be marvellous’.21 Di samping itu, kerajaan NNMB turut menyumbangkan
sebanyak £10 000 untuk ‘the Belgian red Cross Society’ dan £5 000 untuk ‘Red Cross Society’
di Montenegro, Romania dan Serbia. Manakala, sumbangannya untuk perbelanjaan perang
British pula untuk tahun 1918 ialah sebanyak £750 000. 22
Kekuatan ekonomi yang dimiliki oleh NNMB jelas apabila peranan penting kerajaan
NNMB dalam membiayai kos pertanahan ini telah mengurangkan bebanan kewangan British
dalam menghadapi perperangan. Sehingga tahun 1920, di sebabkan NNMB memiliki surplus
kewangan terdapat permintaan agar lebihan kewangan tersebut disumbangkan ke British untuk
menampung bebaban kewangan. Persuruhjaya Tinggi British ketika itu menolak permintaan
tersebut dengan alasan surplus kewangan tersebut adalah untuk pembangunan NNMB. Namun,
cukai pendapatan akan dikenakan sebagai satu saluran untuk mengumpul dana tersebut.23
Di samping itu, peranan NNMB dalam peperangan ekonomi bukan sahaja menyekat
perdagangan Jerman dan musuh British di negeri-negeri Melayu, malah menyumbang dana
untuk British membiayai perperangan. Penubuhan ‘The War Loans Investment Trust of
Malaya’ merupakan satu cara signifikan untuk British memperolehi dana dari negeri-negeri
Melayu secara holistik. Skim pinjaman ini merupakan satu bentuk pinjaman dana oleh kerajaan
NNMB daripada golongan perniaga dan juga seluruh masyarakat di Tanah Melayu. Isu penting
16
Nicholas J. White, Business, Government and The End of Empire, Oxford University Press, New York,
1996, hlm. 24.
17
Lennox A. Mills, 1970, hlm. 93.
18
H.C.O 8350/16, Malay Mail, 17.05.1916.
19
Li Dun Jen, 1982, hlm. 54 .
20
Proceedings of the Federal Council, 14.11.1916.
21
C.O 717/1, Correspondence from Cecil Clementi Smith to Dr. Sinclair, 16.09.1912.
22
Proceedings of the Federal Council, 17.11.1917.
23
C.O 717/1, Telegram from the High Commissioner for the Malay States to the Secretary of State for
the Colonies.
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu
374 / Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin
yang harus diketengahkan ialah, skim ini bertujuan untuk mengumpulkan dana pinjaman dari
Tanah Melayu untuk disumbangkan kepada kerajaan British bagi pembayaran hutangnya di
London. NNMB dikatakan ‘was now appearing as a borrower as in the past it had always
figured as a lender’.24
Tambahan pula, menerusi skim pinjaman ini membolehkan kerajaan British untuk
menjimatkan perbelanjaannya, memandangkan kerajaan NNMB yang bertanggungjawab untuk
membayar kembali pinjaman yang diperolehi dengan kadar faedah sebanyak 6%. 25 Usaha ini
dilakukan atas kesedaran bahawa British tidak mungkin mampu bangkit untuk menjadi
empayar dunia yang mempunyai kebebasan politik dan keistimewaan komersial. Oleh sebab
itu, Tanah Melayu dijadikan sebagai tanah jajahan pertama untuk membantu British dalam
menyediakan perkhidmatan ketenteraan untuk menghadapi Perang Dunia Pertama. Sungguhpun
begitu, Sultan Perak ketika dalam prosiding Majlis Persekutuan menegaskan, tanggungjawab
dalam menghulurkan bantuan kepada kerajaan British sebenarnya adalah tanggungjawab
golongan pedagang-pedagang kaya yang mengaut keuntungan dari negeri-negeri Melayu. 26
Selain itu, kerajaan NNMB turut mengenakan cukai perang menerusi ‘The War
Taxation Enactment 1916’ sebagai satu cara lagi untuk mendapatkan sumber kewangan. Setiap
syarikat dan firma-firma British di NNMB dikehendaki untuk membayar cukai ke British,
bahkan golongan perniaga Cina di NNMB juga tiada halangan bagi arahan pemayaran cukai
ini. Selain cukai terhadap komoditi, cukai ini juga meliputi cukai terhadap basikal kerana
basikal digunakan secara meluas dalam kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu. 27
SEKATAN EKONOMI JERMAN DAN SEKUTUNYA
Menjelang tahun 1915, kerajaan British telah melaksanakan polisi ‘the strategy of business as
usual’ yang bukan sahaja sebagai salah satu langkah untuk menghadapi Perang Dunia Pertama,
malah satu usaha menggunakan tentera lautnya sebagai satu senjata untuk menyekat
perlabuhan empayar British daripada dimasuki kapal-kapal dagang Jerman. Strategi ini
merupakan inisiatif yang direncana oleh British untuk menjatuhkan ekonomi Jerman, agar
negara tersebut tidak mampu untuk membiayai kos peperangannya.28 Malah keadaan ini secara
tidak langsung telah menunjukan berlakunya campur tangan kerajaan dalam ekonomi negara,
sedangkan British mengamalkan ekonomi ‘laissez-faire’. 29 David French menjelaskan ‘it is
impossible to explain away the government’s economic defence plans in this period by
reference to its supposes adherence to laissez-faire economics without doing violence to the
facts. The starting point for its policies was not an economic ideology but the naval and
military plan it hoped to implement’. 30
Meneliti kesan polisi British ini di NNMB, penubuhan Majlis Persekutuan merupakan
satu usaha British untuk memainkan ‘interventionist role’ dalam pembangunan ekonomi.
Justeru, sehingga menjelang Perang Dunia Pertama, pentadbiran British telah membentuk
struktur ekonomi berorientasikan export di seluruh Tanah Melayu.31 Lantas, keadaan ini
meyakinkan British untuk menyekat ekonomi Jerman terutama aktiviti perdaganganya
berdasarkan kekuatan ekonominya serta negara bersekutu lain, melibatkan bahan mentah dan
24
Proceedings of the Federal Council, 28.03.1916.

26

27
Report Of The Committee Appointed In Accordance With A Resolution Of The Federal Council
Passed On The 14th November 1916, To Consider The Question Of A Contribution To The Imperial
Government, 28.12.1916.
28
David French, British Economic and Strategic Planning 1905-1915, Routledge, Oxon, 1982, hlm. 1.
29
Ibid., hlm. 2.
30
Ibid., hlm. 3.
31
John H. Drabble, An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990 : The Transition To Modern
Economic Growth, MacMillan Press LTD., Great Britain, hlm. 32.
25

Farh Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin / 375
emas yang mencukupi oleh British mampu menampung permintaan pasaran tanpa melibatkan
import dan eksport dari negara musuh. 32 Namun, kedudukan ekonomi Jerman sebagai aktor
penting kuasa pusat tidak boleh disangkal, kerajaan Jerman telah mengeluarkan subsidi dan
kredit jangka panjang untuk pedagang-pedagangnya bagi melemahkan dan mengawal
perdagangan British. Maka tidak hairanlah barangan Jerman telah mendapat pasaran yang
meluas sebelum perang. Oleh itu, konsul British menegaskan sekatan ekonomi terhadap musuh
haruslah melibatkan usaha untuk menggantikan barangan-barangan musuh yang disekat dan
turut mengenal pasti barang yang telah berada di pasaran. 33
Kedudukan ekonomi Jerman dan negara-negara musuh British lain di NNMB boleh
dikatakan tidak begitu kukuh, memandangkan pada tahun 1913 jumlah import dari negara
kuasa-kuasa pusat ke Tanah Melayu hanya berjumlah setengah juta daripada jumlah
keseluruhannya sebanyak $345 juta. 34 Walau bagaimanapun, terdapat penurunan baki kredit
yang dilaporkan oleh ‘Chamber of Commerce’ di Singapura disebabkan penutupan firma-firma
musuh, sungguhpun begitu transaksi perniagaan firma-firma British terus meningkat dengan
baik. Tambahan lagi, sedang British berusaha untuk menyekat ekonomi Jerman khususnya,
firma-firma British tetap mahu menggalakkan pembeli dan bukannya untuk menakut-nakutkan
mereka. Namun, apabila diteliti semula walaupun Tanah Melayu berada dalam keadaan yang
berjaga-jaga rentetan tempias Perang Dunia Pertama ini, sehingga tahun 1915 keadaan ekonomi
di Tanah Melayu keseluruhannya adalah baik. 35
Sehubungan itu, dalam menilai usaha pembendungan perdagangan musuh oleh British
di NNMB haruslah mengambil kira kesan ‘Economic Conference of the Allies’ pada tahun 1916
yang merupakan satu persidangan penting yang bukan sahaja mencorak keadaan ekonomi
dunia, bahkan turut memberi kesan di Tanah Melayu. Justeru, pakatan negara bersekutu
bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting dalam menghadapi perperangan. Segala
import dari negara musuh tidak akan dibenarkan memasuki pasaran negara-negara bersekutu.
Malah segala kontrak perniagaan yang berkaitan dengan negara musuh dibatalkan tanpa
sebarang syarat. Selain itu, negara-negara bersekutu akan menghalang rakyat mereka daripada
mengadakan hubungan perdagangan dengan, 36
i.
ii.
iii.
Pedagang dari negara musuh tanpa mengira warganegaranya.
Rakyat negara musuh tanpa mengira tempat tinggalnya.
Orang perseorangan, firma dan syarikat yang mana perniagaannya dikawal secara
sebahagian atau keseluruhan oleh rakyat negara musuh atau individu yang dipengaruhi
musuh.
Tambahan pula, setiap wilayah yang dominasi, koloni dan dinaungi British turut
dikenakan langkah sekatan eksport terhadap musuh dengan mengenal pasti barangan yang
diseludup dari negara musuh dan larangan terhadap eksport komoditi yang telah di khususnya.
Selain itu, sebarang eksport ke negara-negara berkecuali dalam perperangan perlulah
mendapatkan lesen kebenaran daripada negara-negara bersekutu menerusi Pejabat Konsularnya
agar musuh tidak dapat mengakses eksport dan import dari negara-negara bersekutu. 37 Usaha
pembendungan ini menjelaskan hasrat untuk menyekat ekonomi Jerman dengan cara yang lebih
komprehensif terutamanya daripada pasaran getah dan timah NNMB, sebagai contoh ‘The
Rubber Lands (Restriction) Enactment 1917’ digunakan oleh kerajaan British untuk
menghalang sebarang pemilikan tanah oleh firma asing ketika perang, hanya firma-firma
32
H.C.O 8350/16, Straits Times, 24.03.1916.
H.C.O 8350/16, Straits Times, 25.03.1916.
34
H.C.O 8350/16, Straits Times, 21.03.1916.
35

36
H.C.O 8350/16, Recommendations of the Economic Conference of the Allies, Paris, 14-17 Jun 1916.
37

33

376 / Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin
British, warganegaranya dan penduduk tempatan diberikan kebenaran untuk mengusahakan
tanah perladangan getah.
Keperluan Untuk Menyekat Perdagangan Musuh
Kegagalan British menandingi kemajuan ekonomi Jerman boleh diteliti menerusi 3 faktor
utama, kegagalan untuk mengorganisasi kaedah pengeluaran, kegagalan industri British untuk
mengenalpasti kehendak pasaran dunia dan sektor pembuatannya yang tidak menggalakan.
Walaupun, London masih lagi menjadi pusat entrepot bagi aliran perdagangan dunia, Jerman
jauh lebih terkedepan dengan jumlah produksinya yang mampu menampung keperluan pasaran
sehingga tamat perang. Oleh itu, usaha pembendungan ekonomi Jerman ketika dan selepas
perang amat penting dilakukan oleh British untuk memastikan Jerman tidak mampu untuk
bangkit lagi bukan setakat sebagai kuasa ekonomi, malah politik antarabangsa.38
Selain itu, tumpuan firma-firma pembuatan british yang hanya memfokuskan
eksploitasi mereka untuk mengumpulkan keuntungan merupakan faktor sampingan yang
menyebabkan kegagalan mereka untuk bersaing dengan Jerman. Sedangkan, musuh mereka
menyediakan keperluan pasaran awam yang lebih meluas. Dalam erti kata lain, ‘Englishmen
tries to force you to take what he thinks best for you, but the German gives you exactly what
you want.’ 39 Kawalan terhadap bahan mentah juga perlu bukan sahaja untuk memberi manfaat
terhadap ekonomi musuh, malah untuk mengelakkan sumber-sumber tersebut digunakan
semula untuk menentang British dalam perperangan. Perhatian diberikan terhadap kemampuan
Jerman untuk membelakangkan Tanah Melayu dalam perdagangan antarabangsa,
memandangkan negara tersebut mempunyai stok baranganya yang besar. 40
British tidak menjadikan nilai perdagangan yang kecil Jerman di NNMB sebagai satu
faktor penting yang memerlukan pembendungan ekonomi. Namun, disebabkan penguasaan
komersial Jerman yang lebih besar di peringkat antarabangsa dilihat merupakan senjata utama
Jerman dalam mengukuhkan aspek ketenteraannya dalam Perang Dunia Pertama. 41 Sehingga
awal tahun 1917, British tetap meneruskan usaha untuk menghalang sebarang barangan
daripada pasaran antarabangsa untuk memasuki perlabuhan Jerman mahupun menjadikan
Jerman sebagai transit perdagangan. Pengecualian diberikan terhadap sesetengah komoditi
colonial seperti tembakau dan kopi. 42
Kawalan Pasaran dan Perdagangan di NNMB
Rentetan itu, kesungguhan Majlis Persekutuan, NNMB untuk membendung perdagangan
Jerman dan musuh British di Tanah Melayu jelas menerusi ‘The Customs (War Power)
Enactment, 1916’. Kerajaan menegaskan bahawa sebarang barang dan komoditi dari NNMB
tidak dibenarkan untuk dieskport ke negara-negara musuh, kecuali ke British ataupun
jajahannya. Tambahan lagi, menerusi enakmen ini juga satu jawatankuasa Persuruhjaya
Perdagangan dan Kastam telah dibentuk untuk mengawal segala aktiviti import dan eksport di
NNMB. Malah, objektif penting enakmen ini ialah untuk membolehkan kerajaan mengawal
aktiviti perdagangan terutamanya eksport komoditi (getah dan timah) penting NNMB ke negara
musuh. 43 Usaha ini juga merupakan menifestasi daripada desakan yang diterima oleh kerajaan
British untuk membentuk satu suruhanjaya di setiap koloni dan wilayah naungannya. Selain
berperanan untuk menyekat hubungan perdagangan dengan musuh, suruhanjaya ini penting
38
H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 10.04.1916 & 25.04.1916
H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 06.11.1916 .
40
H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 08.01.1917.
41
H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 29.03.1916.
42
CAB 1/22 f1-2, Memorandum to War Cabinet on Trade Blockade.
43

39

Farh Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin / 377
untuk mengenalpasti permintaan pasaran yang akan dibangunkan oleh British menerusi koloni
dan jajahannya, bagi menggantikan barangan Jerman dengan harga yang sama. 44
Di samping itu, menyedari tindakan kerajaan yang agresif untuk membendung ekonomi
Jerman, Pengerusi ‘The Singapore Chamber of Commerce’ menegaskan bahawa sekatan yang
dilakukan seharusnya tidak boleh merosakkan jaringan perniagaan yang berjalan. 45
Berdasarkan desakan ini, sebenarnya masih lagi wujud penembusan barangan dan produk di
Tanah Melayu memandangkan kerajaan NNMB sendiri telah mengenakan cukai 100%
terhadap barangan yang diimport dari negara musuh, sungguhpun dengan usaha ini dikatakan
satu langkah untuk menutup pintu perlabuhan daripada sebarang import musuh. 46 Dalam pada
itu, ‘Chamber of Commerce’ NNMB amat menyokong usaha kerajaan untuk mengenakan tarif
perlindungan terhadap semua barangan import British ke NNMB, sedangkan cukai yang
bersifat diskriminasi dikenakan terhadap import barangan dari negara musuh. 47
Usaha pembendungan ini juga turut melibatkan ‘The Alien Enemies (Winding Up)
Enactment 1915, Amendment Enactment No. 2, 1916’, tindakan ini adalah untuk mengehadkan
hak untuk berurus niaga oleh pengusaha-pengusaha yang mempunyai kaitan samada dengan
negara mahupun firma musuh.48 Usaha ini boleh dikaitkan dengan keadaan firma-firma
perniagaan Jerman yang berjaya menembusi pasaran perdagangan dengan harga barangan yang
murah berbanding dengan British. 49 ‘The Trading with The Enemy and The Export of
Prohibited Goods Enactment, 191’ merupakan satu lagi langkah pembendungan perdagangan
Jerman di NNMB ketika Perang Dunia Pertama. Enakmen ini bertujuan untuk menghalang
hubungan perdagangan NNMB dengan musuh British dan menghalang eksport komiditi yang
dilarang oleh kerajaan. 50
Sejak tahun 1913, British gagal untuk menguasai pasaran perdagangan Jerman di
sebabkan kelemahan industri pembuatannya, oleh itu ‘Allies Trade Conference’ turut
digunakan antara langkah pertahanan ekonomi antarabangsa antara negara bersekutu untuk
mengatasi penguasaan Jerman. 51 ‘Allies Trade Conference’ turut mengakui Jerman
sememangnya telah mempunyai kekuatan untuk menyerang pasaran ekonomi bagi negaranegara bersekutu dan mereka sememangnya tidak bersedia menghadapi serangan ekonomi
Jerman menjelang Perang Dunia Pertama. Oleh yang demikian, situasi ini telah membuka mata
negara-negara bersekutu kekuatan sistem penembusan ekonomi Jerman yang perlu mereka
atasi.52
Sekatan yang dilakukan oleh kerajaan NNMB tidak menghalang daripada negeri-negeri
Melayu tersebut untuk terus meningkatkan pendapatannya. Sehingga separuh tahun 1916 hasil
perdagangannya terus meningkat kepada $ 145 221 788, iaitu peningkatan sebanyak $ 2 050
157 berbanding tahun berakhir 1915. Malah, peningkatan harga komoditi timah sehingga
$97.50 untuk sepikul juga merupakan antara faktor yang membawa kepada peningkatan hasil
ini. 53 Keadaan ini membuktikan peranan NNMB sebagai pengeluar bahan mentah dan psaran
bagi barangan British amat mapan sungguhpun berlaku sekatan terhadap perdagangan Jerman
dan musuh British yang lain di Tanah Melayu. Sungguhpun begitu, baki surplus kewangan
NNMB telah dilaburkan dalam tabung perang yang ditubuhkan di London, maka untuk
44

H.C.O 8350/16, Straits Echo, 25.03.1916.
46

47
H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 22.03.1917.
48

49
H.C.O 8350/16, Free Press, 25.03.1916.
50

51
H.C.O 8350/16, The Malayan Tribute, 28.03.1916.
52
H.C.O 8350/16, The Times of Malaya, 05.08.1916.
53

45

378 / Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin
menampung kekurangan surplus tersebut kerajaan NNMB telah mengenakan cukai terhadap
setiap sumber. 54
KESIMPULAN
Usaha pembendungan ekonomi Jerman dan negara-negara kuasa pusat lain oleh British
merupakan satu taktik perang yang berkesan, apabila perdagangan Jerman lumpuh bukan
sahaja disebabkan boikot oleh pasaran negara bersekutu malah tindakan militer kelautan yang
dilakukan oleh British. Eric Osborne menegaskan ‘Great Britain’s economic blockage of
German in World War I was one of the key elements to the victory of the Entente’. 55
Sungguhpun begitu, terdapat lompang-lompang yang boleh dikesan menerusi usaha
pembendungan ini apabila terdapat pedagang-pedagang bukan sahaja dari Jerman malah negara
lain yang menggunakan negara-negara berkecuali sebagai pusat transit perdagangan mereka
semata-mata untuk meneruskan hubungan perdagangan dengan Jerman. 56
Secara keseluruhannya, walaupun NNMB telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar
dalam menampung bebanan kewangan British ketika menghadapi Perang Dunia Pertama,
kedudukan ekonominya yang mapan terus menunjukan kedudukan yang positif. Sehingga tahun
1921, berlaku peningkatan hasil pendapatan NNMB apabila Jabatan Kastam mencatatkan
pendapatan sebanyak $35 850 565 dan hasil daripada ‘Railways Receipt’ sebanyak $ 2 955
709. 57 Pencapaian ini boleh dikaitkan dengan usaha berterusan oleh kerajaan NNMB
membangunkan ekonomi sejak era sebelum perang. 58 Malah, kekalahan Jerman dalam Perang
Dunia Pertama telah membolehkan British untuk menuntut ganti rugi daripada negara
tersebut.59
54

Eric W. Osborne, Britain’s Economic Blockade of German, 1914-1919, Routledge, New York, 2004.
56
The Mercury, 28.01.1916.
57
C.O 717/12, Memorandum on the Federal Estimate 1921.
58

59
C.O 717/12, Correnpondence from Government House, Singapore (Gullimart) to Colonial Office
(Viscount Milner), 06 .01.1921.
55