Dengan merujuk kepada model CIP

Mohd Zachary Ali bin Othman

208108

Dengan merujuk kepada model CIP , bincangkan perkara yang perlu ada
dalam individu mengikut 3 peringkat CIP.
Model CIP ialah satu cara untuk menerangkan proses seorang individu dalam
menentukan keputusan tentang kerjayanya. Ia menerangkan tentang proses-proses
yang diambil oleh seorang individu dalam menentukan keputusan kerjaya beliau.
Model yang berberbentuk piramid ini menerangkan tingkat pembuatan keputusan
seseorang. Ia digambarkan seperti berikut.

Model Career Information Processing

PELAKSANAAN DAN PENILAIAN

Penilaian terhadap keputusan yang dibuat
MAKLUMAT TAMBAHAN DAN PEMPROSESAN MAKLUMAT
(GENERIC INFO AND PROSESSING SKILL)

Proses pembuatan keputusan

MAKLUMAT DIRI SENDIRI
(SELF-KNOWDLEDGE)

MAKLUMAT KERJAYA
(OCCUPATIONAL KNOWDLEDGE)

Pengetahuan tentang kemampuan diri

Kefahaman dan pengetahuan tentang
kerja dan cabarannya

Secara umumnya melalui model CIP, ia dapat diterangkan dan dibahagikan
kepada lapan andaian berkenaan model tersebut. Lapan andaian tersebut
merupakan langkah pemprosesan maklumat oleh individu dalam menentukan hala
tuju arah kerjayanya. Melalui Lapan andaian tersebut pada pendapat saya, apa yang
diperlukan oleh individu dalam proses menentukan dan membuat keputusan kerjaya
adalah minat, maklumat, kemahiran menganalisis, motivasi dan berfikiran positif.
Minat merupakan perkara utama dalam proses pemilihan kerjaya seseorang
individu. Kurangnya minat dalam sesuatu kerjaya akan menyebabkan individu
GMGM 3063 Pengurusan Kerjaya


Mohd Zachary Ali bin Othman

208108

tersebut mengalami laluan kerjaya yang membosankan dan mengurangkan peluang
untuk meningkat dalam laluan kerjayanya. Seseorang yang mempunyai minat yang
tinggi dalam bidang perguruan pasti dapat mengharungi cabaran-cabaran dalam
kerjaya perguruan dengan mudah. Namun sekiranya individu itu tidak mempunyai
minat dalam sesuatu kerjaya itu, maka pastinya cabaran-cabaran itu akan dilihat
sebagai suatu perkara yang besar dan sukar untuk diharungi.
Individu yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu kerjaya
juga pastinya akan mengumpulkan maklumat-maklumat yang berguna dalam
membuat keputusan laluan kerjayanya. Maklumat-maklumat ini amat berguna dalam
proses pembuatan keputusan kerana ia akan memberikan gambaran tentang
cabaran yang bakal dihadapi atas pilihan individu tersebut. Ia juga membantu
menajamkam kemahiran menganalisis individu tersebut untuk membuat keputusan
yang lebih baik. Kemahiran menganalisis individu ini dalam Model CIP bermula
dengan komunikasi yang mana individu tersebut mengenalpasti apakah masalah
yang wujud dalam pilihan tersebut. Setelah itu, proses analisis akan bermula untuk

mencari punca sebenar kewujudan masalah tersebut. Kemudiannya, proses sintesis
akan berlaku dimana individu tersebut akan mencari penyelesaian untuk masalah
tersebut dan kemudian menilai kewajaran pilihan tersebut kepada individu. Peringkat
ini dinamakan pernilaian. Ini kemudiannya akan diteruskan kepada peringkat
perlaksanaan dimana inidividu akan bertindak atas pilihan-pilihan yang telah
diperolehi.
Motivasi dan cara berfikir adalah penting pada peringkat tertinggi dalam Model
CIP. Ia membantu individu tersebut untuk terus berada dalam landasan yang betul
pada pilihannya. Ia juga adalah penentu pencapaian individu tersebut dalam laluan
kerjayanya. Individu yang kurang bermotivasi akan mudah untuk berfikiran negatif
mengenai cabaran-cabaran yang mendatang.

GMGM 3063 Pengurusan Kerjaya