Menjalankan kerja-kerja ukur meja

  UKUR MEJA OBJEKTIF

Objektif am : Mempelajari dan memahami tujuan, istilah, jenis

alat dan kaedah kerja ukur meja. Objektif khusus : Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat:

   Menjelaskan tujuan dan keperluan menjalankan ukur meja.

   Memberikan makna yang tepat bagi istilah-istilah di dalam ukur meja.

   Membezakan jenis-jenis alat kerja yang digunakan dalam ukur meja.

   Menjalankan kerja-kerja ukur meja UNIT 6

  Input 6a

6.0 DEFINASI

  Ukur Meja ialah satu cara pengukuran dimana ukuran dan pelotan dibuat serentak di padang. Ini bermakna pelarasan data dan kerja-kerja pejabat yang berkaitan tidak diperlukan. Ukur meja sangat sesuai digunakan untuk menyemak dan mengemaskini peta-peta lama serta menambah butir- butirtambahan kepada ukur udara. Sehingga kini teknik ukur meja masih lagi berguna dalam beberapa keadaan seperti berikut: a. Membuat pengukuran bagi tujuan penambahan butiran atau maklumat topografi seperti pada gambar udara bagi menentukan kedudukan butiran yang terlindung seperti sistem saliran dan sistem perhubungan pada kawasanhutan b. Menjalanan peninjauan terutama dalam kerja ukur Triangulasi

  (Penyegitigaan) dan lukisanjaringan yang diperlukan dengan mengambil kira kesesuaian dan kekuatan jaringan yang akan dibina.

  c. Mengkaji peta di mana ianya sangat berguna kepada perancang pembangunan yang memerlukan kajian segera bagi kawasan-kawasan kecil yang tidak mempunyai rekod terkini.

  d. Menjalankan kerja ukur bagi kawasan kecil dan tidak memerlukan kejituan yang tinggi.

  e. Menambahkan titik kawalan tambahan dengan kejituan yang mencukupi dari satu rangkaian penyegitigaan sebagai kawalan untuk ukur udara.

  f. Membantu pelajar memahami prinsip pengukuran seperti melakukan terabas, membuat kontor, penyegitigaan yang boleh ditunjukkan secara

6.1. Alat-alat Ukur Meja

a. Meja Ukur

  Biasa diperbuat dan papan yang berukuran 80cm x 60cm. la didirikan di atas kaki tiga khas dimana meja ukur boleh dilaras, dipusing dan dikepitkan pada sebarang kedudukan.

b. Alidad

  Alidad ialah kayu pembaris yang mempunyai bilah tenang di kedua penghujungnya. la digunakan untuk menenang/mencerap butiran dan melukis garisan ke arah butiran yang dicerap. Bagi jenis alidad berteropong, alidad ini mempunyai teleskop yang menggantikan bilah tenang untuk mencerap dengan lebih tepat ke arah butiran. Garis rerambut (cross hair) yang terdapat pada teleskop membolehkanjarak di antara butiran dan stesen ukur diperolehi tanpa mengukur dengan pita ukur. Ini dinamakan kaedah tekimetri di mana beza tinggi antara butiran dan stesen juga dapat ditentukan.

c. Cabang pelambab

  Cabang pelambab digunakan dalam kerja berskala besar dan untuk memindahkan stesen di atas tanah supaya betul-betul tepat ditunjukkan di atas kertas pelotan. Dengan ini dapat memastikan meja ukur didirikan di atas kedudukan stesen yang betul.

d. Meja Panjang

  Meja panjang digunakan untuk menentu arah meja ukur supaya secara kasarnya berada di dalam arah yang betul.

e. Pengaras spirit (spirit level)

  Pengaras spirit digunakan untuk mengaraskan meja ukur supaya betul-betul mendatar. Pengaras spirit kadang-kadang digabungkan dengan alidad atau

f. Bahan Pelotan - Kertas Pelotan

  Kertas pelotan yang digunakan hendaklah stabil dan tahan kepada perubahan suhu dan kelembapan. Ini untuk mengekalkan ketepatan dan bentuk pelotan yang terhasil adalah baik dan tepat.

  Alat-alat pelotan yang lain yang biasa digunakan seperti pensel, pemadam dan skala diperlukan semasa kerja pengukuran.

6.2. Cara Mendirisiap Meja Ukur

  Sebelum kerja-kerja pengukuran dijalankan dilapangan, terlebih dahulu meja ukur didirisiapkan supaya ia betul-betul dalam keadaan yang sesuai untuk digunakan. Proses mendirisiapkan meja ukur adalah seperti benkut:

6.2.1. Pengarasan Meja Ukur (Levelling)

  a. Kakitiga dibuka supaya mejaukur lebih kurang mendatar dan Tingginya mestilah sesuai (tidak melebihi paras siku pencerap) untuk membuat pelotan.

  b. Laraskan mejaukur supaya mendatar dengan menggerakkan kedudukan kakitiga. Pengaras spirit atau gelembung bulat digunakan untuk memastikan mejaukur dalam keadaan mendatar.

  c. Bagi sesetengah meja ukur, pengarasan meja ukur boleh dilakukan dengan menggunakan skru pelaras (terdapat di kepala kakitiga meja ukur) dengan menjongketkan meja ukur di samping mengubah kedudukan kakitiga meja ukur sehingga mendatar dengan dibantu oleh pengaras spirit.

6.2.2 Memusat Mejaukur (Centering)

  Setelah meja ukur telah diaras, kerja pemusatan dijalankan. Ini bertujuan supaya titik di atas pelotan setindih dengan titik di atas tanah. Cabang digunakan untuk tujuan ini. Caranya: a. Araskan meja ukur pada stesen di atas tanah, katakan B.

  b. b dipelotan hendaklah betul-betul berada di atas B di tanah.

  c. Dengan menggunakan cabang pelambab, kita dapat mengetahui sejauh manakah titik b itu berada dibandingkan dengan di stesen B di tanah.

  d. Cara untuk memastikan titik b di kertas pelotan telah berada tepat di atas stesen B di atas tanah, ialah dengan menggerakkan meja ukur atau kertas pelotan sehingga pelambab berada di atas stesen B dan penunjuk cabang pelambab betul-betul berada di titik b di kertas pelotan.

  Perhatian:

  Untuk kerja menggunakan skala kecil, memusat meja ukur tidak perlu tepat kerana tidak memberi kesan kepada kejituan kerja.

  Tetapi perkara ini tidak kepada kerja-kerja ukur meja yang berskala besar. Contoh: i. Pada skala 1:50000 (skala kecil) jika meja ukur didirisiapkan 10 m jauh dari stesen di atas tanah akan hanya menyebabkan seliseh pada pelotan 1/5 mm sahaja. ii. Pada skala 1:500 (skala besar) jika meja ukur didirisiapkan 10 m jauh dari stesen di atas tanah akan menyebabkan seliseh pada pelotan 20 mm.

6.2.3 Menentuarah Meja Ukur (Orientation)

  Sebuah meja ukur telah ditentu arahkanjikalau meja itu didirisiapkan supaya semua garis-garis pelotan berada selari dengan garis-garis di antara stesen yang berkenaan di atas tanah. Cara menentuarah meja ukur boleh dilakukan dengan dua cara iaitu:

6.2.3.1 Menggunakan alidad

  a. Katakan satu garisan ukur AB telah diplot di atas kertas pelotan sebagai ab, iaitu semasa kedudukan meja ukur di titik A.

  b. Kemudian, pindahkan meja ukur di tiik B dan letakkan Semula alidad di sepanjang garis bayang sedia ada.

  c. Dengan memutarkan kedudukan meja ukur, dapatkan Kedudukan titik A semula (menggunakan alidad)

  d. Apabila titik A dapat dilihat melalui alidad dari kedudukan Titik B, ini menunjukkan meja ukur tersebut telah pun selesai ditentuarah pada stesen berkenaan. Kemudian, kuncikan kedudukan meja ukur tersebut sebelum ianya digunakan untuk kerja cerapan.

6.2.3.2 Menggunakan Meja Panjang a. Katakan meja ukur akan didirisiapkan pada titik A.

  b. Letakkan meja panjang di atas meja, dan tentukan arah utara magnet bagi meja tersebut dengan memutarkan meja ke kiri atau ke kanan sehinggalah jarum meja tadi menunjukkan arah utara magnet yang dikehendaki.

  c. Kemudian, lukiskan satu garisan di sepanjang kotak d. Apabila meja ukur didirisiapkan pada stesen-stesen yang berikutnya, letakkan meja panjang tersebut pada garisan yang telah dilukiskan tadi dan kerja menentuarah meja ukur boleh dilakukan dengan memutarkan kedudukan meja tersebut sehingga jarum meja tersebut menunjukkan arah utara magnet yang dikehendaki. Ini bermakna, kerja menentuarah meja ukur pada stesen berkenaan telah selesai.

  Perhatian:

i. Menggunakan alidad lebih tepat daripada meja

  panjang ii. Alidad sesuai untuk skala besar dan meja panjang untuk skala kecil. iii. Selalunya mendirisiapkan meja ukur perlu dilakukan serentak antara menentuarah dan memusat meja ukur kerana apabila kita memusat, kemungkinan besar arahnya telah berubah. Hanya dengan kecekapan dan kemahiran yang tinggi dapat mengatasi masalah ini.

  A k t i v i t i 6 a A k t i v i t i 6 a

   UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT

  SELANJUTNYA

   SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

  BERIKUTNYA

  6.1 Teknik kerja ukur meja masih lagi berguna, dalam keadaan apakah ukur meja digunakan?

  6.2 Nyatakan tiga proses mendirisiapkan meja ukur.

  a. __________________________________ b.___________________________________ c.___________________________________ oo..besarnya meja….

  PERHATIAN

  Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 6a 6.1 -Membuat pengukuran bagi penambahan butiran

  • mengkaji peta
  • kerja ukur kawasan kecil dan tidak memerlukan kejituan tinggi
  • menambahkan titik kawalan 6.2 a. Pengarasan meja ukur

  b. memusat meja ukur

  c. menentuarah meja ukur

  MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI 6a

  Syabas anda telah memahami , anda boleh berpindah keinput seterusnya Unit 6b

6.3. Cara Kerja Luar Ukur Meja

  6.3.1 Cara Terabas Dengan cara ini, lebih dan dua garisan dasar diperlukan. Garisan- garisan dasar ini bersambung antara satu dengan yang lain dan pada akhirnya akan bertemu dengan garisan permulaan. Kerana ianya dalam satu terabas maka garisan-garisan dasar ini dinamakan garisan terabas.

  a. Stesen-stesen A, B, C, D dan E dipilih. Meja ukur didirikan di atas A dan titik a di tandakan di kertas pelotan. (Rujuk rajah I )

  b. Dengan menggunakan alidad, garisan ke arah E dan B dilukiskan dan jarak-jarak mereka disekilkan untuk mendapatkan jarak e dan b.

  c. Meja ukur dipmdahkan ke stesen B, Setelah dilaraskan, ianya ditentuarahkan berpandukan kepada garisan ba. Setelah itu garisan kearah C dilukis danjarak BC di sekilkan.

  d. Meja ukur dipindahkan ke stesen D dan proses yang sama Dilakukan untuk mendapatkan kembali titik e.

  e. Jika terabas tertutup kembali, iaitu e bertemu dengan e, maka Ketepatan terabas telah diperolehi. Jika e tidak bertemu, maka tikaian terabas perlu dibetulkan dengan kaedah grafik (kaedah Bowditch) f. Apabila terabas telah dibetulkan, maka stesen-stesen A, B,

  C, D, dan E diduduki kembali dan butiran di ambil dengan cara jejarian dan persilangan.

  E Rajah 1 Cara Terabas

  C B

6.3.2 Kaedah Silangan

  a. Cara silangan sesuai digunakan jika butir yang hendak dicerap Itu jauh di mana jarak sukar diukur. Dalam cara ini, jarak tidak perlu diukur kecuali panjang garis dasar sahaja.

  b. (Dan rajah 2) Apabila stesen P dan Q telah dipileh, meja ukur didirikan di P dan di dilaraskan. Titik p diladongkan supaya berada betul-betul di atas stesen P dengan menggunakan cabang pelambab.

  c. Jarak antara kedua stesen PQ diukur dan meja kemudian Ditentuarahkan sehingga stesen Q boleh dilihat melalui alidad dan lukiskan gapsan p ke q dengan skala yang telah dipilih. .

  Ini bermakna pq telah selari dengan PQ di atas tanah. d. Dengan meletakkan alidad di titik p, garisan ke arah semua butiran dilukiskan tanpa perlu mengukur jarak dari stesen ke butiran tersebut.

  e. Apabila selesai, meja dipindahkan ke stesen Q dan dilakukan proses mendirisiap meja ukur.

  f. Dengan meletakkan alidad dititik q, garisan ke semua butiran yang dicerap dari P tadi dilukiskan.

  g. Titik persilangan antara garisan yang dilukis dari p dan q adalah titik yang dikehendaki.

  Bangunan

  q p q p

  Q P

  Pokok Rajah 2

6.3.3. Kaedah Jejarian.

  a. Kaedah ini sesuai untuk kawasan yang kecil dan tiada halangan.

  b. Meja ukur didirikan di stesen P (lihat rajah 3) di suatu kawasan yang sesuai.

  c. Semasa mendirisiapkan alat, pindahkan titik P ke kertas pelotan di meja ukur dengan menggunakan cabang pelambab dan ditandakan dengan p.

  Rajah 3 Kaedah Jejarian

  d. Setelah selesai mendirisiapkan alat, dengan menggunakan alidad yang diletakkan dititik p, garisan ke arah semua butiran dilukiskan, iaitu garisan pA, pB, pC, dan sebagainya.

  e. Jarak-jarak PA, PB, PC dan seterusnya didapatkan sama ada dengan.cara mengukur jaraknya di tanah atau dengan cara tekimetri jika alidad berteropong digunakan.

  f. Jarak-jarak ini kemudian diskilkan ke atas kertas pelotan mengikut skala yang telah ditetapkan.

6.3.4 Kaedah Silangalikan dan Segitiga Seliseh

  Silangalikan adalah proses di mana kedudukan stesen yang diduduki belum lagi ditentukan di dalam pelotan. Ini kadangkala diperlukan dalam ukur meja berskala kecil di mana penelitian stesen secara silangan tidak begitu bersesuaian. Cara kerja kaedah ini adalah seperti benkut:

  a. Pilih sekurang-kurangnya tiga stesen yang telah Ditentukan. Kedudukannya. Katakan stesen alat di P dan tiga stesen lain iaitu A, B dan C. (lihat rajah 4 ). Stesen p di kertas pelotan belum ditentukan lagi.

  b. Meja ukur didirisiapkan di stesen P dan garisan ke arah A, B, dan (dilukiskan diatas meja ukur dengan alidad dan di tandakan di atas kertas sebagai a,b,c.

  c. Jika meja didirisiapkan dengan tepat, ketiga-tiga garisan tersebut akan bersilang pada satu titik p yang dikehendaki.

  d. Biasanya meja tidak didirisiapkan dengan betul menyebabkan satu segitiga yang dinamakan segitiga seliseh akan terbentuk. Masalah segitiga seliseh ini . boleh diselesaikan dengan beberapa cara

  Nota: Dalam kebiasaan amali yang dilakukan, kaedah silangalikan tidak digunakan. Sebaliknya kaedah yang biasa dipraktikkan adalah gabungan kaedah trabas dan kaedah jejarian atau silangan. Trabas ukur meja biasanya diukur dengan kaedah trabas dan butiran

  B A C

  Kertas pelotan Rajah 4 Kaedah Silangalikan

  Meja ukur di stesen P

6.3.5. Kaedah cuba-cuba / Cara Lehman

  Dalam kaedah ini, cara Lehmann digunakan untuk mempercepatkan lagi penentuan titik p. Andaian-andaian yang dikenakan ke atas kedudukan p dan stesen P. (rujuk raiah 5 )

  a. Titik p akan berada sama ada di sebelah kiri atau kanan ke semua tiga garisan b. Jika stesen P berada di dalam segitiga yang dibentuk oleh stesen A, E dan C, maka p akan berada dalam segitiga c. Jarak p dan setiap garisan adalah berkadar terus dengan jaraknya ke setiap stesen.

  6.3.5.1 Cara Penyelesaiannya. i. Apabila p telah ditentukan, alidad diletakkan disisinya dan salah satu stesen (a, b atau c) dan meja diputarkan sehingga stesen berkenaan dapat dilihat. ii. Jika titik p telah ditentukan dengan betul, garisan kedua stesen lagi akan bersilang pada titik p. iii. Jika tidak segitiga seliseh yang lebih kecil akan terbentuk. Proses yang sama dilakukan sehingga titik p yang sebenar ditemui.

  B A C y x z

  Katakan titik p dipilih b e disebelahkanan a garisan-garisan dan jarak p

  Segitiga selisih PA = 300m PB = 200m PC = 250m Maka nilai, X : y : z = 3 : 2 : 2.5

6.3.6 Cara Kertas Surih

  i. Kertas surih diletakkan di atas kertas pelotan dan titik P dipindahkan kekertas surih menggunakan cabang pelambab. (rujuk rajah 6) ii. Oleh kerana titik ini bukan titik p dipelotan, ia di namakan p'. iii. Dengan menggunakan alidad, garisan p'~, p'B dan p'C dilukis. iv. Kertas surih kemudiannya diubah-ubahkan sehingga ketiga-tiga garisan tersebut melalui ketiga-tiga titik a, b dan c yang telah dipelot. v. Kedudukan sebenar titik p dipelotkan ialah kedudukan titik p' di kertas surih.

  B B A A C b a c

  Kertas lukisan C

  Segitiga selisih p Kertas surih

6.4 Penentuan Aras Dalam Ukur Meja

  Dalam kerja Ukur Meja, aras titik-titik dipermukaan bumi boleh juga ditentukan dengan bantuan alat tertentu. Aras yang dimaksudkan diukur dalam bentuk beza tinggi dan darinya dapat menghasilkan kontor. Alat tambahan yang digunakan untuk mendapatkan beza tinggi adalah Alat Aras Abney (Abney Level) dan Jangkacerun India (Indian Clinometer). Berikut diterangkan bagaimana menggunakan alat jangkacerun tersebut.

  a. Jangkacerun biasanya digunakan bersama meja ukur untuk mencari beza tinggi sesuatu kawasan.

  b. Semasa penggunaanya ia diletakkan di atas meja ukur dan kemudian dilaraskan.

  c. lanya diarahkan ke stesen yang ketinggiannya diperlukan melalui lubang tenang yang terdapat pada alat ini.

  d. Penunjuk ufuk yang terdapat disepanjang bilah tenang yang bersenggat akan menunjukkan bacaan sudut atau ukuran tangen (dalam tiga titik perpuluhan) bagi stesen tersebut.

  e. Nilai tangen tersebut akan didarabkan dengan jarak yang berskala untuk menghasilkan perbezaan ketinggian sama ada di atas atau di bawah aras meja ukur.

6.5. Selisih Dalam Ukur Meja

  Selisih yang kerap berlaku boleh dibahagikan kepada dua bahagian

6.5.1 Kesalahan alat

  i. Permukaan meja ukur tidak rata ii. Meja panjang rosak iii. Alidad tidak lurus

6.5.2. Kesalahan Semasa Kerja

  i. Meja ukur tidak mendatar ii. Kesalahan meladong iii. Kesalahan menentuarah iv. Kesalahan semasa memelot

  nota:

  kesalahan ini boleh diatasi jika proses mendirisiapkan alat

  dilakukan dengan sempurna

6.6 Kebaikan dan Keburukan Ukur Meja

6.6.1 Kebaikan Ukur Meja

  i. Pelotan disiapkan dipadang. Kesalahan kerja boleh disemak dipadang ii. Buku kerja luar tidak diperlukan. Kesalahan membuku tidak timbul. iii. Pengukuran dapat dibuat dengan cepat. v. Alat-alat yang digunakan tidak terlalu mahal.

  6.6.2 Keburukan Ukur Meja i. Tidak sesuai bagi kawaasan yang lembab dan kawasan yang mempunyai banyak pokok ii. Disebabkan buku kerja luar tidak ada, rekod tidak dapat disimpan

  Aktiviti 6b

   UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT

  SELANJUTNYA

   SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

  BERIKUTNYA SOALAN 1 6b.1 Nyatakan tiga kaedah kerja luar ukur meja dijalankan

  a.______________________________________ b.______________________________________ c.______________________________________

  SOALAN 2 6b.2 Berikan tiga kebaikan dan tiga keburukan ukur meja

  MAKLUMBALAS AKTIVITI 6b PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1b Jawapan 6b.1

  a. Kaedah terabas

  b. Kaedah silangan

  c. Kaedah jejarian

  Jawapan 6b.2

  Tiga Kebaikan ukur meja i. Pelotan disiapkan dipadang ii. Buku kerja luar tidak diperlukan ,kesalahan membuku tidak timbul. iii. Pengukuran dapat dibuat dengan cepat.

  Tiga keburukan ukur meja i. Tidak sesuai bagi kawaasan yang lembab dan kawasan yang mempunyai banyak pokok iii. Disebabkan buku kerja luar tidak ada, rekod tidak dapat disimpan iii. Tidak sesuai bagi kerja jitu .

  PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri.

  Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

   Selamat mencuba. Semoga berjaya!!! Soalan 6.1 a. Senaraikan empat (4) peralatan yang digunakan untuk menjalankan ukur meja.

  b. Jelaskan tiga(3) prinsip utama dalam kerja ukur meja.

  Soalan 6.2

  Jelaskan bagaimana gerakkerja luar ukur meja dengan menggunakan kaedah silangalikan.

  Sila semak jawapan anda diruang maklumbalas MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

  • SUDAH MENCUBA ?

  SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DIBAWAH.

  Jawapan 6.1

  a ) Alat-alat ukur yang digunakan dalam kerjaluar ukur meja adalah seperti berikut:

  a. Meja ukur

  b. Pembaris tenang

  c. Alat aras spirit

  d. Cabang Pelambab

  e. Meja panjang

  b) Tiga prinsip utama: i. Meja ukur hendaklah mendatar dan ditentu arah. ii. Titik stesen diatas kertas pelotan mestilah sama dengan titik stesen diatas tanah. iii. Garis cerapan ditentukan dengan alidad dan mengikut skil yang bersesuaian.

   Jawapan 6.2

  Kaedah silangalik Meja ukur ditentuarah pada salah satu stesen ukur meja yang diketahui sebagai B , juruukur akan mengambil pandangan hadapan kekedudukan C dan kemudian dilukiskan satu garisan pancaran yang berpanjangan dengan tepi kanan pemabaris tenang memalui tanda titik b. Meja ukur kemudian didirisiap diatas stesen C, dan meja ukur ditentuarahkan dengan dibuat pandangan belakang kearah stesen B, lalu dibuat silangalik dari stesen A melalui tanda a. Titik persilangan c, hasil dari pancaran dari b dan garisan silangalik dari a itu bersilang

  Stesen A a b

  Meja ukur distesen B a b

  Meja ukur distesen C c

  Tahniah sekiranya anda dapat menjawab dengan