Kokurikulum Di Dalam Sistem Pendidikan D
Kokurikulum Di Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia : Satu Tinjauan Awal.
Othman, N.
UTM Perdana School
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +6013-3973620 E-mail: [email protected]
Wardatul Aishah, M.
Malaysian Institute of Information Technology, 1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Mohd Nasrul Hakim, J
Technopreneur Development Department, Chancellery UniKL,
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +019-2184142 E-mail: [email protected]
Abstrak
Artikel ini akan membincangkan berkaitan dengan sejarah pendidikan di Malaysia dari aspek
kokurikulum. Kokurikulum adalah satu agenda penting yang menyumbang kepada
pembentukan modal insan yang bersifat holistik merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani
dan Intelek (JERI). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadikan kokurikulum
sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara. Berdasarkan kajian-kajian yang telah
dijalankan, kokurikulum turut memberi impak kepada pencapaian akademik pelajar. Artikel
ini akan membincangkan mengenai dasar pendidikan negara berkaitan dengan kokurikulum
dalam pendidikan.
Kata Kunci: Falsafah Pendidikan Negara, Sistem Pendidikan, Kokurikulum, Modal Insan,
Pencapaian Akademik
Pengenalan
Aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar dititikberatkan dewasa kini seiring dengan
perkembangan sistem pendidikan negara. Banyak kajian telah dijalankan mengenai
keberkesanan kokurikulum dalam membantu membentuk peribadi pelajar dan dalam masa
yang sama turut membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Gabungan antara kurikulum dan kokurikulum atau intelek dan fizikal akan membantu remaja
untuk bertindak dengan lebih tersusun di dalam merancang aktiviti harian mereka. Ini kerana,
gabungan antara kognitif, afektif dan psikomotor akan membolehkan seseorang menjadi
remaja yang unggul yang mampu menerajui kepimpinan pada masa akan datang kerana
tuntutan semasa memerlukan remaja yang mempunyai kualiti diri yang tinggi.
Walaubagaimanapun, hasrat negara untuk melahirkan remaja yang seimbang dan
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh adalah merupakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang telah digariskan oleh sistem pendidikan negara. Justeru, pelaksanaannya
akan berubah mengikut keperluan dan peredaran semasa. Matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini adalah cukup sempurna dalam menyeimbangkan antara faktor ilmu, fizikal,
akhlak dan sumbangan kepada keharmonian negara
Artikel ini akan membincangkan mengenai kokurikulum di dalam sistem pendidikan di
Malaysia serta hubungannya dengan peribadi pelajar dan pencapaian akademik mereka.
Penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum membolehkan mereka menguasai
kemahiran dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek menjadikan mereka pelajar yang
seimbang antara keperluan mental dan keperluan fizikal. Tambahan pula, sistem pendidikan
negara masa kini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjadikan
kokurikulum sebagai salah satu subjek wajib Universiti menjadikan subjek kokurikulum ini
sebagai satu syarat wajib untuk bergraduasi.
Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal berdasarkan dasar dan ideologi negara. Falsafah
Pendidikan Negara juga dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
telah digubal berlandaskan tiga ideologi iaitu, Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (RMK 3,
1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (2012). Falsafah Pendidikan Kebangsaan
digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluankeperluan individu, masyarakat dan negara. ( KPM, 2001).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi tumpuan kepada pembentukan peribadi remaja
secara holistik yang mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen akhlak,
moral dan nilai murni adalah unsur yang penting bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini tercapai. Ini jelas tertulis di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Pusat Perkembangan Kokurikulum,
2005)
Pembentukan remaja yang seimbang antara jasmani, emosi, rohani dan intelek yang
ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah persediaan negara untuk
generasi muda masa kini berhadapan dengan cabaran bagi menerajui kepimpinan pada masa
akan datang. Justeru, penekanan kepada penerapan pembentukan peribadi adalah penting.
Pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna tanpa penerapan nilai murni (Zakaria et al,
1996)
Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan penekanan
yang diberikan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membolehkan remaja yang
terhasil adalah remaja yang seimbang peribadinya serta mampu untuk merancang masa depan
dengan baik. Remaja juga mampu untuk membuat keputusan dengan wajar dan
bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd Arif et al, 2005). Ini adalah seiring
dengan matlamat pendidikan negara yang telah ditetapkan oleh sistem pendidikan di
Malaysia.
Sistem Pendidikan di Malaysia dari sudut kokurikulum
Sistem pendidikan negara masa kini telah mengalami perubahan kepada penyeimbangan
antara kokurikulum dengan kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menetapkan matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang taat setia, bersatu padu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan
sejahtera. Matlamat pendidikan yang telah digariskan mencakupi aspek IQ dan EQ pelajar
bagi membolehkan mereka berjaya dengan seimbang antara keperluan diri dan keperluan
negara.
Menurut (http://www.mohe.gov.my) pada tahun 2007 Tun Abdullah Ahmad Badawi telah
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bertujuan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berkemampuan dan dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.
Keseimbangan yang dilakukan di dalam PIPP 2006-2010 akan membolehkan hasrat negara
untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dapat dilaksanakan. Terdapat
enam teras strategik digariskan melalui PIPP iaitu (1) Membina negara-negara bangsa (2)
Membangunkan modal Insan (3) Memperkasakan sekolah kebangsaan (4) Merapatkan jurang
pendidikan (5) Memartabatkan profesyen perguruan (6) Melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan
PIPP yang dilancarkan seiring dengan Misi Nasional (2006-2020) yang mengandungi lima
teras utama yang telah dirangka antaranya ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama bagi melonjak negara ke status negara
maju (KPM 2006). Antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan ialah menambah
pembaikan sistem pendidikan, mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan
memperbanyakkan institusi kemahiran (Utusan, 2006).
Oleh hal yang demikian pada tahun 2009, Kementerian Pengajian Tingi (KPT) telah
menggariskan lapan teras kokurikulum bagi membolehkan remaja terlibat dengan aktiviti
kokurikulum yang mempunyai pelbagai bidang dan kemahiran untuk menyeimbangkan
potensi diri antara kokurikulum dengan kurikulum.
Nooraini (2014) mengatakan bahawa bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagaimana
yang telah diilhamkan oleh Tun Mahathir Mohamad, Malaysia tidak boleh hanya maju di
dalam bidang ekonomi semata bahkan Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang
membangun dan maju dari semua sudut seperti ekonomi, sistem politik, aktiviti sosial,
politik, rohani, psikologi dan budaya
Kesemua aspirasi dan perubahan yang hendak dilakukan akan bermula dari peringkat awal
pendidikan sehingga ke institusi pengajian tinggi (IPT). Justeru, tambah Nooraini (2014) lagi,
kerajaan memerlukan pekerja yang inovatif yang boleh memberi keseimbangan antara
pendidikan dan kreativiti, inovatif dan kolaboratif dalam menghasilkan sesuatu perkara.
Bertepatan dengan perkara tersebut, KPT turut menggariskan tujuh elemen kemahiran
insaniah yang akan dapat dicapai melalui penglibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum
iaitu (1) kemahiran berkomunikasi (2) pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan
masalah (3) kemahiran kerja berpasukan (4)Pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat (5) kemahiran keusahawanan (6) Etika dan moral profesional (7) kemahiran
kepimpinan.
Pembangunan modal insan secara holistik melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN) yang telah dilancarkan pada 27 Ogos 2008 adalah seiring dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang terangkum dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu Pendidikan di
Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran negara, masyarakat dan negara.
Seiring dengan kepentingan kemahiran insaniah di dalam pembangunan individu secara
holistik maka Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mencadangkan Modul
Pembangunan Kemahiran Insaniah bagi Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Tujuan
pelaksanaan modul ini adalah untuk menangani isu kualiti graduan IPT yang dihasilkan sama
ada dari segi akhlak, kecekapan peribadi dan faktor pekerjaan. Modul ini bukan sahaja untuk
menambahbaik kemahiran insaniah remaja bahkan jua untuk memberi keyakinan kepada
pihak majikan terhadap kualiti pekerja yang akan dihasilkan (Radin Umar, 2008).
Kokurikulum di dalam aktiviti pembelajaran
Wardatul Aishah et al (2014) menyatakan ilmu yang dipelajari secara praktikal
akan lebih dihayati oleh remaja berbanding dengan ilmu yang diperolehi secara teori kerana
pengalaman yang diperolehi akan memberikan impak yang besar kepada diri remaja. Oleh
kerana itu, ajaran di dalam Islam amat menekankan gabungan antara teori dan praktikal.
Teorinya, remaja akan dapat mempelajari ilmu di dalam sesuatu matapelajaran di tempat
pengajian. Di situ juga, remaja akan didedahkan dengan penglibatan di dalam aktiviti
kokurikulum. Keterlibatan dan keaktifan pelajar dalam bidang kokurikulum akan menjadikan
pelajar tersebut selangkah lebih maju berbanding dengan mereka yang tidak aktif.
Jumali et al (2011) turut menyatakan bahawa pembelajaran tidak cukup dengan hanya apa
yang dipelajari di dalam kelas semata. Pelajar harus di beri kebebasan untuk meneroka dan
berinteraksi dengan alam sekitar supaya mereka lebih mengetahui peranan sebagai seorang
pelajar dan remaja kepada masyarakat dan negara. Penilaian yang berasaskan gred dan yang
terlalu berorientasikan sistem peperiksaan bertulis dan proses pembelajaran pasif yang
berpusatkan pensyarah dikatakan menjadi halangan kepada proses pembelajaran yang efektif
dan penguasaan kemahiran insaniah.
Pembelajaran berpusatkan pelajar adalah dituntut seiring dengan pembaharuan di dalam
sistem pendidikan negara. Selain itu, aktiviti kurikulum di dalam kelas dan penglibatan
remaja di dalam aktiviti kokurikulum di luar kelas merupakan gandingan yang sempurna
dalam membentuk sahsiah remaja dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan
mereka. Ini disokong melalu pernyataan Wan Mohd Zahid (1998) yang menyatakan
pembentukan sahsiah dan nilai-nilai murni dalam kehidupan remaja boleh diperkukuhkan
dengan kegiatan-kegitan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif selain
daripada disisipkan nilai-nilai murni tersebut di dalam pengajaran bagi semua mata pelajaran
yang di ajar di sekolah. Justeru, keseimbangan akan apat dicapai melalui penglibatan remaja
di dalam aktiviti kokurikulum dan juga aktiviti kurikulum yang digariskan oleh pihak
sekolah.
Oleh hal yang demikian, pendekatan pengajaran masa kini lebih memberi tumpuan kepada
pengajaran berasaskan pelajar. Pelajar yang seharusnya memainkan peranan utama di dalam
sesuatu mata pelajaran kerana impak yang diperolehi adalah berbeza jika hendak
dibandingkan dengan pengajaran berasaskan guru.
Remaja yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum membolehkan mereka menggunakan
segala kemahiran yang ada bagi menjalankan sesuatu aktiviti dan ini akan membolehkan
mereka mencungkil bakat dan potensi diri untuk diketengahkan dan digilap supaya menjadi
lebih baik pada masa akan datang (Wardatul Aishah et al, 2014)
Kokurikulum membentuk modal insan secara holistik
Pembangunan modal insan yang menyeluruh menuntut institusi pengajian tinggi
menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan seimbang agar kehidupan di
kampus dapat melonjakkan kecemerlangan akademik dan juga perkembangan sahsiah pelajar.
Perkara ini dapat disokong melalui kursus kokurikulum yang merupakan pelengkap kepada
kursus akademik ( Jamaludin et al, 2009). Penggabungan antara ilmu pengetahuan dan
aktiviti praktikal akan menjadikan pembentukan remaja yang sempurna secara menyeluruh.
Aspek kokurikulum atau pembelajaran di luar kelas penting untuk membina pembangunan
diri secara holistik. Beberapa penyelidik telah mendapati terdapatnya korelasi yang positif
antara aktiviti kokurikulum dengan kecemerlangan pembelajaran (Hanks & Eckland, 1976).
Keterlibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum akan membolehkan mereka lebih
mengenali diri sendiri sekaligus akan merangsang untuk turut mengenali persekitaran
mereka. Ini kerana aktiviti kokurikulum membantu remaja untuk bersosial bersama kawankawan dan masyarakat sekaligus, menjadikan mereka lebih mudah untuk didekati dan
bersifat terbuka apabila ditegur sekiranya melakukan kesilapan atau terdapatnya kekurangan
semasa menjalankan sebarang aktiviti.
Pembangunan holistik dalam diri remaja adalah dituntut seiring dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mahukan pelajar-pelajar yang akan dihasilkan bersifat seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan spiritual. Jabatan Pengajian tinggi telah mengenalpasti kursus
kokurikulum adalah merupakan alat yang mampu untuk mebangunkan kemahiran insaniah
pelajar selain daripada ilmu-ilmu yang diperolehi di dalam bilik kuliah (Wardatul Aishah &
Nooraini, 2014)
Berakhlak mulia dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu merupakan faktor yang
menyumbang kepada terhasilnya warganegara yang baik. Tambahan pula, matlamat kerajaan
dalam melahirkan masyarakat yang seimbang antara ilmu dan kemahiran menjadikan remaja
kini perlu menjadi modal insan yang sempurna bagi meneruskan legasi keamanan dan
kepimpinan negara.
Pembangunan modal insan secara holistik memerlukan penyeimbangan antara akademik dan
sahsiah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) selari dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK). PBS adalah satu sistem yang menilai pelajar dari aspek keseluruhan pembangunan
pelajar iaitu merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Sistem ini
menekankan penilaian dari sudut akademik dan kokurikulum. Justeru, salah satu komponen
yang ada di dalam sistem PBS ini adalah penilaian berasaskan Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) (Lembaga Peperiksaan, KPM, 2014; Wardatul Aishah &
Nooraini, 2014). Ini adalah salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi membolehkan remaja bergerak secara seiring dengan tuntutan
pendidikan masa kini.
Kokurikulum memberi impak yang positif kepada pencapaian akademik
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang sudah dilazimi oleh remaja sejak bermula dari
alam persekolahan lagi. Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu cabang kurikulum yang
telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberikan ilmu, pembentukan
peribadi dan kemahiran kepada remaja. Keterlibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum
juga boleh mendedahkan mereka kepada pembangunan modal insan yang sempurna yang
mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pembangunan modal insan yang
sempurna akan membentuk sahsiah yang tinggi dalam kalangan remaja dan akan membantu
meningkatkan pencapaian akademik mereka (Wardatul Aishah & Nooraini, 2014)
Terdapat beberapa kajian lepas yang menyokong hujah berkaitan dengan keterlibatan remaja
di dalam aktiviti kokurikulum membolehkan mereka berjaya di dalam akademik secara
khusus. Ini kerana, penglibatan remaja di dalam aktiviti kokurikulum akan memberi
tindakalas yang positif kepada semua aspek JERI pelajar. Aspek kokurikulum atau
pembelajaran di luar kelas penting untuk membina pembangunan diri secara holistik.
Beberapa penyelidik telah mendapati terdapatnya korelasi yang positif antara aktiviti
kokurikulum dengan kecemerlangan pembelajaran pelajar di dalam kelas (Hanks & Eckland,
1976; Wardatul Aishah et al, 2014).
Selain itu, antara kajian yang telah dijalankan di Malaysia yang berkaitan dengan aktiviti
kokurikulum adalah melalui kajian oleh Mohd Khata & Ahmad Firdaus (2012) yang telah
dirumuskan oleh Wardatul Aishah & Nooraini (2014) mengenai kecenderungan pelajar tahun
akhir di Institusi Kemahiran Mara terhadap bidang keusahawanan secara khusus. Dapatan
kajian yang ditunjukkan ke atas pelajar tahun akhir di Institut Kemahiran Mara terhadap
bidang keusahawanan menunjukkan nilai min purata terhadap pendedahan kursus
keusahawanan kepada remaja adalah pada tahap yang tinggi. Selain itu, Hassan Adnan et al
(2010) telah menjalankan kajian mengenai keberkesanan pelaksanaan aktiviti fizikal terhadap
pembangunan diri pelajar: satu tinjauan ke atas remaja di Universiti teknikal Malaysia di
Melaka yang juga menyentuh aspek kokurikulum secara khusus. Dapatan kajian juga
menunjukkan aktiviti luar memberi impak yang positif kepada pelajar dalam membentuk
modal insan yang mempunyai kemahiran kepimpinan, mampu berkomunikasi dengan
berkesan, berdisiplin dalam mengurus diri dan membentuk gaya hidup yang sihat kepada
pelajar melalui kegiatan kokurikulum.
Keberkesanan pembelajaran ditakrifkan sebagai faktor psikososial yang memberi kesan
kepada akademik remaja seperti keyakinan diri, kesedaran kendiri, ketepatan masa,
pengurusan emosi dan tekanan, penglibatan remaja di dalam kehidupan kampus, motivasi dan
tanggungjawab yang diberikan dan komunikasi di dalam kelas. Keberkesanan juga boleh
membantu remaja untuk berjaya dengan cemerlang di kolej sama ada dari sudut akademik
dan psikologi (Leung et al, 2011). Sekiranya digabungkan elemen teori (akademik) dan
praktikal (kokurikulum) maka hasil pembelajaran akan menjadi lebih berkesan
Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Iskandar, Rohaty & Zuria (2009) ke atas 265 orang
pensyarah universiti di Daerah Jambi di Indonesia mendapati dimensi kemahiran sosial dalam
kecerdasan emosi menyumbang secara signifikan kepada komitmen pekerjaan. Kerana itu,
kemahiran-kemahiran yang pelbagai perlu dikuasai oleh remaja ketika berada di institusi
pengajian tinggi bagi membolehkan mereka komited dan mempunyai nilai positif yang tinggi
ketika berada di alam pekerjaan.
Penutup
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
telah
menggariskan
bahawa
keseimbangan dalam melahirkan remaja antara aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek sememangnya ditekankan di dalam sistem pendidikan
negara. Keseimbangan ini adalah untuk mempersiapsiagakan remaja negara bagi
menghadapi cabaran semasa dan cabaran-cabaran pada masa akan datang. Oleh hal yang
demikian, sistem pendidikan negara telah berubah mengikut tuntutan dan keperluan semasa.
Banyak pembaharuan di dalam sistem pendidikan negara dilakukan demi menambahbaik
kualiti pendidikan agar sesuai dengan keperluan semasa.
Aspek kokurikulum tidak terlepas dari mendapat perubahan-perubahan yang ketara di dalam
sistem pendidikan negara. Remaja yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum juga akan
memberi impak yang positif kepada pencapaian akademik mereka. Ini adalah berdasarkan
kepada beberapa kajian yang telah dijalankan kerana menurut Wardatul Aishah et al (2013)
ilmu yang dipelajari secara praktikal akan lebih dihayati oleh remaja berbanding dengan ilmu
yang diperolehi secara teori kerana pengalaman yang diperolehi akan memberikan impak
yang besar kepada diri remaja. Oleh kerana itulah, ajaran di dalam Islam amat menekankan
gabungan antara teori dan praktikal
Antara pembaharuan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
seperti 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina bakat dan memupuk minat, di
samping membentuk kemahiran kepimpinan. Data yang diperoleh menunjukkan kadar
penyertaan dalam aktiviti kokurikulum adalah tinggi (Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025; Wardatul Aishah & Nooraini, 2014). Selain itu, di peringkat Pengajian
Tinggi, Matapelajaran Pengajian Umum atau (MPU) telah diwajibkan kepada semua IPTS
dan IPTA. Antara tujuan MPU ini dijalankan adalah untuk memberi penguasaan dan peluasan
kemahiran insaniah dan pengaplikasian kemahiran insaniah kepada remaja. Kokurikulum
adalah antara salah satu subjek di dalam MPU dan berada di bawah kelompok U4 iaitu untuk
kemahiran pengurusan masyarakat yang bersifat praktikal ( http://jpt.mohe.gov.my/; Wardatul
Aishah & Nooraini, 2014).
Perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh kementerian adalah untuk persediaan
masa hadapan sistem pendidikan negara berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
telah ditetapkan. Anjakan positif ini diharapkan dapat memberi kesan positif jua kepada
sistem pendidikan negara dalam mencermati Matlamat Pendidikan Negara untuk melahirkan
remaja yang berperibadi tinggi dan mulia.
Rujukan
Hanks, M,. & Eckland, B. ( 1976). Athletics and social participation in the educational
attainment in the educational attainment process. Sociology of education, 49, 271-294
Iskandar, Rohaty Mohd Majzub & Zuria Mahmud. 2009. Kecerdasan Emosi dan Komitmen
Pekerjaan dalam Kalangan Pensyarah Universiti di Indonesia. Jurnal Pendidikan
Malaysia 34(1)(2009): 173 – 186
Jamaludin Haji Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd Majid Konting, Turiman Suandi,
Maria Salih & Norhafezah Yusof. 2009. Pembangunan Pelajar : Memperkasakan
Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Selangor.
Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu
sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan Edis ketiga.
Perpustakaan Negara Malaysia
Jumali Hj Selamat, Khaidzir Hj Ismail & Shaharudin Ahmad. 2010. Objektif dan faedah
berpersatuan Dlm Shaharudin Ahmad, Khaidzir Hj Ismail & Jumali Hj Selamat. Mengurus
Persatuan: Proses dan Kemahiran, Bangi. Penerbit UKM.
Leung, K., Huang, K. L., Su, C. H., & Lu, L. (2011), "Curvilinear relationships between role
stress and innovative performance: Moderating effects of perceived support for
innovation.", Journal of Organizational and Occupational Psychology, 84, 4, 741-758.
Mohd Arif Hj Ismail, mohd Jasmay Abd Rahman & Rosnaini Hj Mahmud. 2005. Nilai-nilai
murni dan pendidikan bersepadu.: ke arah kemanusiaan sejagat. Prosiding wacana Pendidikan
Islam (Siri 4) Pendidikan
Nooraini Othman & Khairul Azmi Mohamad. 2014. Thinking skill education and
transformational progress in Malaysia. International Education Studies; vol. 7, No 4; 2014
ISSN 1913-9020 E-ISSN 1913-9039
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1998. Nilai-nilai murni dalam KBSM : Cabaran untuk
pendidik. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1993. Buku peneranagn kurikulum bersepadu sekolah
menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Radin Umar Radin Sohadi. 2008. Nurturing Leadership in Higher Education. A pps
presentation at AKEPT International Conference Leadership in Higher Education: Framing
the Future
Siti Rahayah Arifin, T. Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zin.
2004. Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) Di kalangan pensyarah di
Sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41 € Dis.2004 : 33-42. Universiti
Teknologi Malaysia
Utusan Malaysia. 2006. Retrieve daripada : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1994. Ke arah pelaksanaan nilai-nilai murni di dalam
KBSM: Falsafah Pendidikan Negara. Kertas kerja yang dibentangkan di dalam Seminar
Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum Dalam KBSM di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Malaysia.
Wardatul Aishah, Azis Jakfar Soraji & Norsazali Abdullah. 2014. Pembentukan sahsiah
remaja melalui penglibatan diri di dalam aktiviti di luar kelas. Prosiding Konvensyen
Serantau Pengajian Islam 2014; Isu, penilaian dan pemerkasaan (ISBN 978-967-12078-1-9).
KUIM, Malaysia.
Wardatul Aishah & Nooraini Othman. 2013. Kokurikulum sebagai medan pembentukan
akhlak seimbang dalam kalangan remaja di institusi pengajian tinggi. e- Prosiding
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC 2013). UTM Malaysia
Wardatul Aishah & Nooraini Othman. 2014. Kesedaran kendiri terhadap aktiviti kokurikulum
dan keberkesanannya kepada remaja. e- Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR
2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.
Organized by http://WorldConferences.net
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail&Noranizah Yusof. 2012. Faktor persekitaranSosial
dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal Hadhari Special Edition (2012). 155172. JAKIM