K3 trial JOHOR(L)2015 (skema)

TUGASAN SPESIFIK
Penjajahan British telah menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak sehingga Perang Dunia Kedua.
Bincangkan tentang perkembangan gerakan nasionalisme tersebut sehingga pendudukan Jepun.
Aspek
Pengenalan

1.

Perincian
Maksud gerakan nasionalisme

2. Huraikan penentangan yang digerakkan oleh Mat
Salleh, Dato’ Bahaman dan Tok Janggut terhadap
penjajahan British di kawasan masing-masing.
3. Peranan dan sumbangan persatuan-persatuan Melayu
dalam perjuangan mereka menentang penjajahan
British ternyata amat penting. Bincangkan.
4. Sesebuah masyarakat akan lebih berjaya dalam
mencapai matlamat yang ingin dicapai apabila bergerak
dalam persatuan. Berikan alasan anda.

Isi dan
Huraian

5. Usaha Malaysia dalam memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat.
6. Kejayaaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan
mereka menentang penjajahan British wajar dikagumi
dan diteladani oleh generasi muda. Jelaskan.
7. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Malaysia dalam
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
8. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan
pemimpin tempatan menentang British.

Markah
5 markah
15 markah

30 markah


10 markah

10 markah

10 markah

10 markah

5 markah

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
Kesimpulan

(a) Pengetahuan yang diperoleh.
(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia
cemerlang dan terbilang.

KERTAS SOALAN TAMAT


5 markah

1. Maksud gerakan nasionalisme

5

markah

F1 Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa
sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
H1 Penentangan mereka itu didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara
mereka daripada kuasa penjajah.
F2 Di Malaysia,penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan
rakyat tempatan sejak abad ke-19.
F3 Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke20.
C3 Antara pemimpin penentangan itu termasuklah Penghulu Dol Said,
Dato’Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh.

2. Huraikan penentangan yang digerakkan oleh Mat Salleh, Dato’
Bahaman dan Tok Janggut terhadap penjajahan British di kawasan

masing-masing.

15 markah

Mat Salleh (5 markah)
F1 Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap
Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
F2 Penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh.
H21 Beliau adalah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.
H22 SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.
H23 Mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh.
H24 Mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
H25 Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.
H26 Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1895
tetapi tidak dilayan.
H27 Sebaliknya Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya.
H28 Mat Salleh terpaksa melarikan diri.
H29 Pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut
terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
H210 Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu

menyerahkan Tambunan kepadanya.
H211 Namun, SBUB telah mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali
lagi menyerang kubu SBUB.
H212 Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat
Salleh.

H213 Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900
Dato’ Bahaman (5 markah)
F1 Di Pahang, pada tahun 1888, beberapa orang pembesar telah bersatu melawan
penguasaan British.
F2 J.P. Rodgers telah dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama, Dato’ Bahaman
telah menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat
resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil
tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar.
H21 Ini adalah kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato’
Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
H22 Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah
bersatu menentang British selama lima tahun.
H23 1890 – menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua
H24 1891 – menyerang British sebab menangkap anak buahnya.

H25 1892 – menyerang dan menawan semula Lubuk Terua
H26 1894 – menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
H27 1895 – akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan
H28 Dato’ Bahaman dan rakan-rakan mendapat perlindungan daripada penduduk
dan pembesar Terengganu dan Kelantan.
H29 Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah dan
keluarganya menetap di Hulu Terengganu.
H210 Pada tahun 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan
perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn.
H211 Beliau menetap di Cheng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000
baht dan meninggalkan dunia di sana.

Tok Janggut (5 markah)
F1 Di Kelantan, penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh,
apabila Sistem Penasihat , diperkenalkan pada tahun 1910.
F2 British telah memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang
diperkenalkannya.
H21 Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan mambayar cukai.
H22 Namun, bantahannya tidak dilayan oleh Pegawai Daeah Pasir Puteh.


H23 Sebaliknya pihak polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi
mereka gagal.
H24 Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said,
Che Ishak serta rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka
Berjaya mendudukinya.
H25 Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok
Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
H26 Dengan menggunakan nama sultan Kelantan, British telah membawa masuk
pasukan tentera dari Negeri Selat dengan Kapal Perang H.M.S Cadmus yang
mendarat di Tumpat.
H27 Mereka memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring.
H28 Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden
telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
H29 Tok Janggut malah telah terkorban dalam serangan itu dan mayatnya diarak ke
seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke
bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani
menentang British.

3. Peranan dan sumbangan persatuan-persatuan Melayu dalam
perjuangan mereka menentang penjajahan British ternyata amat

penting. Bincangkan.

30 markah

KMS
F1 Pada awal abad ke-20 muncul persatuan-persatuan yang membincangkan
pelbagai persoalan bangsa Melayu.
H1 Persoalan itu tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera,
perpaduan dan pembelaan politik bangsa.
C1 Antara persatuan yang terkenal termasuklah Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
yang ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura.
H2 Pengasasnya ialah Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok
Suloh.
H3 Kesatuan ini didokong oleh mereka yang berpendidikan Inggeris dan bertujuan
untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura.
H4 Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.
H5 Beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
sebagai wakil orang Melayu.

H6 Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian

British.
H7 Antara kejayaan beliau termasuklah memperoleh sebuah kawasan penempatan
khas bagi orang Melayu di Singapura.
H8 Keberkesanan perjuangan kesatuan ini telah mendorong penubuhan
cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu yang lain pada tahun
1930-an.

PASPAM
F1 Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) yang ditubuhkan pada tahun 1934 dipimpin
oleh cerdik pandai Pulau Pinang.antaranya termasuklah S.M. Zainal Abidin B.A.
H1 Tujuannya adalah menggalakkan ahlinya berkenal-kenalan dan bertukar-tukar
pendapat bagi bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.
H2 Telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang
Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
H3 Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri telah
mendapat sambutan hangat.
H4 Walaupun tidak bersifat politik tetapi kegiatan social PASPAM merupakan asas
kepada kesedaran perpaduan Melayu.

Persatuan Negeri.

F1 Persatuan negeri telah ditubuhkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti di
Perak (1937), Selangor (1939), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938).
H1 Objektif utama Penubuhan persatuan negeri ini adalah bagi membincangkan
nasib orang melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
H2 Dengan cara ini perpaduan dalam kalangan orang Melayu dapat di galakkan.

Persatuan di Sarawak
F1 Kegiatan berpersatuan di Sarawak lebih baik daripada di Sabah.
F2 Persatuan Melayu Miri ditubuhkan pada tahun 1936. Diikuti oleh Persatuan
Melayu Sarawak 1939 hasil daripada pengaruh persatuan-persatuan negeri di
Semenanjung.
H1 Idea untuk menubuhkan Persatuan Melayu Sarawak telah timbul sejak tahun
1937 tetapi gagal kerana dibantah oleh Brooke.

H2 Hanya dengan naungan daripada Datu Patinggi Abang Abdillah, Brooke
bersetuju untuk mendaftarkannya.
H3 Persatuan ini pernah menghadiri Kongres Melayu 1940 di Singapura.
F3 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak d1939, diketuai oleh Datu Patinggi
Abang Haji Abdillah.
H4 Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu,

menggalakkan pendidikan, menjaga maruah bangsa dan budaya serta menegakkan
ajaran agama Islam. Persatuan ini mendapat sambutan orang Melayu Sarawak di
daerah Kuching.

Persatuan di Sabah.
F1 Di Sabah, kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol dan di negeri ini
terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena sahaja, iaitu di Jesselton (Kota
Kinabalu), Labuan dan Tawau.
H1 Kegiatannya mirip kepada persatuan di Semenanjung. Anggota-anggotanya
terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.
H2 Kegiatan berpersatuan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana
kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah.

KMM
F1 Sebuah persatuan separa politik iaitu Kesatuan Melayu Muda ditubuhkan pada
1939.
H1 Pemimpinnya Ibrahim Haji Yaakob, merupakaan wartawan akhbar Majlis, di Kuala
Lumpur.
H2 Nama KMM diilhamkan oleh Sultan Djenain, iaitu pelarian politik Indonesia.
H3 Objektif utama KMM adalah menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda
Melayu di seluruh Semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
H4 Kesatuan ini didaftarkan oleh Mustapha Husein, Naib Ketua KMM pada bulan
Disember 1940.
H5 Tujuan penubuhan KMM adalah bersifat politik.
H6 Dengan inisiatif Ibrahim Haji Yaakob, KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir
tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
C1 Antara tindakannya termasuklah menjadikan KMM salah sebuah badan
propaganda Jepun, membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda antiBritish dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.

H7 Cawangan KMM juga ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang
British.
H8 Maahad II Ihya Assyariff, di Gunung Sermanggol, Perak menjadi penyokong KMM
dengan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk
menentang British.
H9 Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang
penyokong KMM telah ditangkap oleh British pada akhir tahun 1941 dan
dipenjarakan di Changi, Singapura.

Kongres Melayu
F1 Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan
kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua.
H1 Dalam kedua-dua kongres ini, soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan
dan ekonomi serta layanaan pilih kasih British kepada anak negeri telah
dibincangkan.
H2 Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu.
H3 Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi
permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang amat lemah.
H4 Akhirnya orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan
mereka selama ini.
H5 Ternyata penubuhan persatuan negeri daan badan sosial telah meggalakkan
kesedaran untuk bersatu membela kepentingan mereka dalam semua bidang.
H6 Perpaduan sebagai sebuah bangsa Melayu yang menghadapi masalah bersama
itu kemudian menjadi lebih jelas dengan adanya perbincangan tentang soal
kebangsaan pada peringkat Semenanjung Tanah Melayu.
H7 Kongres-kongres Melayu yang diadakan merupakan tanda kesepakatan orang
Melayu di seluruh Semenanjung daam satu gerakan nasionalisme.

4. Sesebuah masyarakat akan lebih berjaya dalam mencapai matlamat
yang ingin dicapai apabila bergerak dalam persatuan. Berikan alasan
anda.

10 markah

F1 Persatuan akan membawa kepada semangat kerjasama yang tingi dalam
kalangan ahli
F2 Percambahan idea akan lebih berkembang jika dibincangkan secara beramairamai dalam persatuan.
F3 Persatuan juga menyebabkan tuntutan-tuntutan data disuarakan dengan jelas
dan berani.
F4 Pergerakan dalam persatuan juga lebih tersusun, berorganisasi dan lancar.
F5 Masyarakat belajar untuk bertolak ansur melalui persatuan.
F6 Kepentingan umum / orang ramai lebih diutamakan daripada kepentingan
individu dalam sesebuah persatuan.
F7 Semangat kekitaan dan kesatuan dalam persatuan sangat penting untuk
mencapai matamat yang diingini.
F8 Usaha bersama-sama rakan dalam persatuan menyemarakan nilai kasih sayang
dan hormat-menghormati yang penting untuk mencapai matlamat persatuan.
F9 Persatuan mendidik masyarakat untuk berpandangan terbuka dan rasional
dalam mendengar pendapat orang lain untuk kebaikan persatuan dan masyarakat
umum.
F10 Persatuan menjadikan individu kuat dan berani untuk memperjuangkan isu-isu
yang mahu dibaiki dan sebagainya.
Mana-mana yang munasabah

5. Usaha Malaysia dalam memupuk semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat.

10 markah

F1 Melalui penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.
F2 Mengadakan ‘Bulan Bahasa Kebangsaan’.
F3 Melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
F4 Menggunakan media massa untuk menayangkan / mengiklankan unsur-unsur
nasionalisme
F5 Menggalakakan semua rakyat Malaysia menyambut hari kebangsaan dengan
bangga.

F6 Mewajibkan mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013
F7 Menyemai nilai-nilai tolenrasi dalam kalangan rakyat Malaysia sejak di bangku
sekolah
F8 Menyeru rakyat supaya menghormati lambang-lambang negara sebagai tanda
cinta kepada negara.
F9 Rakyat sentiasa diingatkan tentang semangat perpaduan yang menjadi teras
kejayaan / kemajuan Malaysia yang berbilang kaum ini.
F10 Mewujudkan konsep Tadika Perpaduan untuk menggalakan pergaulan antara
kaum sejak kanak-kanak
F11 Melaksanakan konsep 1 Malaysia untuk semangat bersatu padu, bergerak
bersama untuk Malaysia.
F12 Menggalakan rakyat Malaysia menyertai mana-mana NGO yang menerapkan
nilai kesukarelawan untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan
F13 Menyokong usaha projek ‘I am for You’
F14 Menyokong usaha mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa
dalam semua bidang seperti sukan, akademik, ekonomi dll
F15 Mendidik warga Malaysia untuk sentiasa bersyukur dengan keamanan
dankemakmuran negara.
F16 Menyemai rasa hormat dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara
dalam kalangan rakyat jelata.
F17 Menyeru semua warganegara Malaysia mematuhi perlembagaan negara dan
undang-undang negara.
Mana-mana yang munasabah

6. Kejayaaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan mereka
menentang penjajahan British wajar dikagumi dan diteladani oleh
generasi muda. Jelaskan.

10 markah

F1 Perjuangan mereka tidak mengenal putus asa
F2 Tokoh-tokoh tempatan menentang British dengan semangat juang yang sangat
berani.
F3 Mereka juga sanggup berkorban nyawa, harta dan segala-galanya untuk
mempertahankan hak

F4 Perjuangan mereka mengenepikan kepentingan diri masing-masing malah
mengutamakan rakyat.
F5 Mengamalkan pendekatan muafakat, musyawarah dan perbincangan dalam
menyelesaikan masalah.
F6 Berusaha bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kedaulatan negara dan
bangsa.
F7 Bijaksana dalam mengatur strategi untuk mencapai kemerdekaan tanpa
pertumpahan darah.
F8 Mengamalkan kerjasama dan semangat sepasukan tanpa mengira darjat
keturunan untuk menentang British.
F9 Bangga dengan warisan budaya bangsa yang mesti dipertahankan oleh generasi
mendatang.
F10 Penguasaan ilmu pengetahuan sama ada dari barat atau timur atau ilmu
agama sanagat penting untuk kejayaan perjuangan.
F11 Perjuangan merreka tidak mengharapkan balasan kekayaan harta, kuasa atau
nama.
F12 Kesanggupan mereka menempuh segala rintangan dan kesusahan untuk
kebebasan negara.
Mana-mana yang munasabah.

7. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Malaysia dalam memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan langkah-langkah
untuk mengatasi cabaran tersebut.

10 markah

Cabaran (5 markah)
F1 Jenayah rasuah dalam kalangan pemimpin dan rakyat.
F2 Perbalahan politik yang hanya merugikan semua pihak
F3 Gejala social yang meluas terutama dalam kalangan generasi muda negara.
F4 Meningkatkan taraf pemikiran rakyat sebagai minda kelas pertama

F5 Ancaman dari kuasa luar yang menggangu urusan negara
F6 Mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
F7 Daya saing produk jenama Malaysia yang kurang

Langkah mengatasi (5 markah)
F1 Pemantapan sistem pendidikan negara.
F2 Mengamalkan intergriti.
F3 Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
F4 Mewajibkan mata pelajaraan Sejarah dalam SPM mulai tahun 2013.
F5 Penghayatan prinsip-prinsio Rukun Negara.
F6 Melaksanakaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Mana-mana yang munasabah

8. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan pemimpin
tempatan menentang British.

5

Markah

F1 Kegigihan menentang British / penjajah.
F2 Kesungguhan untuk menewaskan musuh negara.
F3 Kerjasama dan bersatu hati dalam kalangan rakyat dan pemimpin untuk
hapuskan penjajaha.
F4 Keberanian tokoh-tokoh tempatan walaupun kekurangan senjata.
F5 Semangat cinta negara yang amat tinggi untuk kemerdekaan negara.
F6 Sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
Mana-mana munasabah

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
(a) Pengetahuan yang diperoleh. (2 markah)
(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.(2/1 markah)
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia

5 markah

cemerlang dan terbilang. (2/1 markah)
Mana-mana munasabah