Huruf jawi tunggal Suku kata terbuka a+a, perkataan dan ayat

2 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J - di berikan kepada murid sebagai aktiviti pengukuhan.

3.1.3 Isi Kandungan

3.1.3.1 Huruf jawi tunggal

- Modul Bacaan  Soal jawab dengan murid tentang nama huruf-huruf yang ditunjuk oleh guru.  Latih tubi 1: menyebut nama huruf-huruf jawi tunggal bersama murid-murid.  Huruf-huruf ini boleh dilagukan mengikut kreativiti guru.  Latih tubi 2 : Guru menyebut nombor dan murid menyebut nama huruf. - Modul Syafawi dan Aktiviti Latihan diberikan selepas guru berpuas hati dengan perubahan tingkah laku murid.  Latihan 1: Murid menulis kembali huruf-huruf jawi mengikut urutan. Murid boleh meniru dari Modul Modul bacaan. Guru perlu memastikan murid memulakan penulisan dari arah kanan dan kedudukan huruf pada garis huruf.  Latihan 2 : Murid menandakan pilihan jawapan mengikut yang disediakan.  Latihan 3 : Murid menulis huruf-huruf berdasarkan ejaan rumi yang disediakan di dalam petak soalan.  Latihan 4 : Murid menulis huruf-huruf digraf mengikut kehendak soalan.  Ketika murid-murid sedang menyiapkan latihan menulis, guru boleh memanggil murid seorang demi seorang untuk dinilai.  Syafawi 1: Guru menanda  pada petak yang disediakan jika murid dapat mengenal dan menyebut dengan betul huruf-huruf jawi tunggal. 3.1.3.2 Suku kata terbuka a+a, perkataan dan ayat Latih tubi 1  Sifir suku kata ini mengandungi semua pola vokal 1. Mengeja dan membunyikan suku kata. 2. Membunyikan terus suku kata. Guru boleh melagukan sifir suku kata ini mengikut kreativiti sendiri. 3 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J Latih tubi 2  Minta murid berusaha untuk membaca suku kata-suku kata ini.  Guru membaca suku kata dan gabungan suku kata menjadi perkataan dan diikuti oleh murid.  Murid membaca suku kata dan gabungan suku kata secara berkumpulan, berpasangan atau individu. Latih tubi 3  Minta murid berusaha untuk membaca ayat-ayat ini.  Unit ini mengandungi perkataan tradisi iaitu ‘ini’. Guru perlu memberi penekanan cara mengeja perkataan ini.  Latihan 1: Murid memilih jawapan yang disediakan dan menulis pilihan jawapan ke dalam ruang jawapan yang disediakan.  Latihan 2 : Murid perlu memadankan pilihan jawapan dan menulis jawapan ke dalam ruangan kosong yang disediakan.  Latihan 3 : Murid perlu menyusun semula perkataan- perkataan menjadi ayat yang betul. Pada waktu yang sama guru menjalankan aktiviti syafawi. 3.1.3.3 Suku kata terbuka u+u, perkataan dan ayat