02 MANUAL PANDUAN GURU KCJ

(1)

1. PENDAHULUAN

Tujuan modul Kem Cemelang Jawi ialah untuk membantu murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas jawi sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bermula dari tahun 1 hingga tahun 6.

Kem ini dijalankan agar dapat membantu guru-guru melaksanakan program pemulihan jawi yang tidak dapat dijalankan di dalam kelas setelah penyelarasan guru pendidikan Islam dilaksankan diseluruh negara. Kolaboratif yang dilaksankan sebelum ini dapat dilaksanakan dengan adanya kem ini.

2. OBJEKTIF

2.1 Murid dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf jawi tunggal dengan betul.

2.2 Murid dapat membaca suku kata, perkataan dan ayat mudah dengan betul.

2.3 Murid dapat mengenal dan tahu menggunakan padanan huruf rumi dan jawi ketika menulis ejaan jawi.

2.4 Murid dapat menulis huruf jawi dari arah yang betul iaitu dari kanan ke kiri, bentuk-bentuk huruf dari atas tengah dan bawah, kedudukan dan bilangan titik huruf serta perubahan bentuk huruf ketika berada di awal, tengah ataupun akhir.

2.5 Faham dan mahir dalam menyambung huruf ketika menulis kalimah jawi.

2.6 Murid dapat memahami, mengeja dan menulis perkataan mudah yang terdiri daripada sukukata terbuka dan tertutup dengan kaedah yang betul

3. PELAKSANAAN 3.1 MODUL BACAAN

- Masa yang diperlukan untuk kem membaca ialah 6 jam. 3.1.1 Latih Tubi

- merupakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi menanam konsep dan kefahaman kepada murid.

- pentaksiran dan penilaian penguasaan murid boleh menggunakan

latihan menulis dan lisan (syafawi). 3.1.2 Syafawi

- dijalankan semasa aktiviti latihan bertulis dengan secara individu untuk diuji kemahiran mengenal dan membaca.


(2)

- pencapaian murid perlu dicatat sebagai rekod di dalam Modul aktiviti murid dan borang kelompok guru.

- di berikan kepada murid sebagai aktiviti pengukuhan. 3.1.3 Isi Kandungan

3.1.3.1 Huruf jawi tunggal - Modul Bacaan

 Soal jawab dengan murid tentang nama huruf-huruf yang ditunjuk oleh guru.

 Latih tubi 1: menyebut nama huruf-huruf jawi tunggal bersama murid-murid.

 Huruf-huruf ini boleh dilagukan mengikut kreativiti guru.

 Latih tubi 2 : Guru menyebut nombor dan murid menyebut nama huruf.

- Modul Syafawi dan Aktiviti

Latihan diberikan selepas guru berpuas hati dengan perubahan tingkah laku murid.

 Latihan 1: Murid menulis kembali huruf-huruf jawi mengikut urutan. Murid boleh meniru dari Modul Modul bacaan. Guru perlu memastikan murid memulakan penulisan dari arah kanan dan kedudukan huruf pada garis huruf.

 Latihan 2 : Murid menandakan pilihan jawapan mengikut yang disediakan.

 Latihan 3 : Murid menulis huruf-huruf berdasarkan ejaan rumi yang disediakan di dalam petak soalan.  Latihan 4 : Murid menulis huruf-huruf digraf mengikut

kehendak soalan.

 Ketika murid-murid sedang menyiapkan latihan menulis, guru boleh memanggil murid seorang demi seorang untuk dinilai.

 Syafawi 1: Guru menanda () pada petak yang disediakan jika murid dapat mengenal dan menyebut dengan betul huruf-huruf jawi tunggal.

3.1.3.2 Suku kata terbuka a+a, perkataan dan ayat

Latih tubi 1

 Sifir suku kata ini mengandungi semua pola vokal 1. Mengeja dan membunyikan suku kata.

2. Membunyikan terus suku kata.


(3)

Latih tubi 2

 Minta murid berusaha untuk membaca suku kata-suku kata ini.

 Guru membaca suku kata dan gabungan suku kata menjadi perkataan dan diikuti oleh murid.

 Murid membaca suku kata dan gabungan suku kata secara berkumpulan, berpasangan atau individu.

Latih tubi 3

 Minta murid berusaha untuk membaca ayat-ayat ini.  Unit ini mengandungi perkataan tradisi iaitu ‘ini’.

Guru perlu memberi penekanan cara mengeja perkataan ini.

 Latihan 1: Murid memilih jawapan yang disediakan dan menulis pilihan jawapan ke dalam ruang jawapan yang disediakan.

 Latihan 2 : Murid perlu memadankan pilihan jawapan dan menulis jawapan ke dalam ruangan kosong yang disediakan.

 Latihan 3 : Murid perlu menyusun semula perkataan-perkataan menjadi ayat yang betul.

* Pada waktu yang sama guru menjalankan aktiviti syafawi.

3.1.3.3 Suku kata terbuka u+u, perkataan dan ayat

Latih tubi 1

 Murid membunyikan terus suku kata.

Latih tubi 2

 Minta murid berusaha untuk membaca suku kata-suku kata ini.

 Guru membaca suku kata dan gabungan suku kata menjadi perkataan dan diikuti oleh murid.

 Murid membaca suku kata dan gabungan suku kata secara berkumpulan, berpasangan atau individu.

Latih tubi 3

 Minta murid berusaha untuk membaca ayat-ayat ini.  Latihan 1 : Murid memilih jawapan yang disediakan

dan menulis pilihan jawapan ke dalam ruang jawapan yang disediakan.

 Latihan 2 : Murid perlu memadankan pilihan jawapan dan menulis jawapan ke dalam ruangan kosong yang disediakan.


(4)

 Latihan 3 : Murid perlu menyusun semula perkataan-perkataan menjadi ayat yang betul.

* Pada waktu yang sama guru boleh memanggil murid seorang demi seorang untuk aktiviti syafawi dan perkataan tradisi bagi unit ini ialah ‘itu’.

3.1.3.4 Suku kata terbuka o+o, perkataan dan ayat

 Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.  Perkataan tradisi bagi unit ini ialah ‘ada’

3.1.3.5 Suku kata terbuka i+i, perkataan dan ayat

 Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.  Perkataan tradisi bagi unit ini ialah ‘dan’.

3.1.3.6 Suku kata terbuka, perkataan dan ayat yang mengandungi bunyi ‘e’ taling.

 Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.  Perkataan tradisi bagi unit ini ialah ‘kita ’.

3.1.3.7 Suku kata terbuka, perkataan dan ayat yang mengandungi bunyi ‘e’ pepet.

 Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.  Perkataan tradisi bagi unit ini ialah ‘di ’

3.1.3.8 Suku kata tertutup pola vokal ‘i’, perkataan dan ayat.

 Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.  Perkataan tradisi bagi unit ini ialah ‘lima’

3.1.3.9 Suku kata tertutup pola vokal ‘u’, perkataan dan ayat.

 Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas. 3.1.3.10 Suku kata tertutup pola vokal ‘o’, perkataan

dan ayat.

 Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas. 3.1.3.11 Suku kata tertutup, perkataan dan ayat yang

mengandungi vokal ‘a’ digugurkan huruf alif.  Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit 2. 3.1.3.12 Vokal awal kata.

 Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.  Diftong bermaksud dua vokal bergandingan di dalam

satu suku kata.

 Contohnya: Pisau,pantai dan amboi. 3.1.3.13 Karangan pendek


(5)

 Murid yang berjaya membaca karangan-karangan pendek ini dikira sebagai murid yang telah berjaya dalam kemahiran membaca.

- Aktiviti-aktiviti di dalam modul-modul ini adalah cadangan sahaja.

- Guru boleh menggunakan modul-modul mengikut pendekatan dan kreativiti sendiri.

3.1.4 Kaedah

- Dilaksanakan seiring dengan waktu Modul Tulisan - (12 jam)

- Dilaksanakan berasingan dengan Modul Tulisan - (6 jam) 3.2 MODUL TULISAN

- Masa yang diperlukan untuk kem membaca ialah 6 jam 3.2.1 Isi Kandungan

Kad Jadual Padanan Huruf Mengandungi 4 mukasurat

a. Muka surat 1 - Padanan Huruf jawi dan huruf di awal.

b. Muka surat 2 – TANDA TAMBAH; untuk merujuk huruf yang bertanda [ + ]

c. Muka surat 3 – TANDA TOLAK; untuk merujuk huruf yang bertanda [ - ].

d. Muka surat 4 – Huruf DIGRAF dan huruf ARAB.  Digunakan sebagai rujukan dalam latihan

a. Latihan padanan huruf dan huruf tunggal.

b. Sebutan huruf jawi.

c. Menanda tanda [-] atau [+].

d. Bentuk huruf di awal , tengah dan akhir.

e. Rujukan semua modul latihan sepanjang kem berjalan.

3.2.1.1 Latihan menulis padanan huruf jawi - 1 jam Set 1: Unit 1 :

 Latihan Padanan huruf dan huruf tunggal.

3.2.1.2 Latihan menulis sambungan huruf - 1 jam Set 1: Unit 2 :

 Latihan menyambung huruf

3.2.1.3 Latihan menulis suku kata terbuka - 2 jam Set 2: Unit 3 hingga 8 :

 Latihan Sukukata terbuka  Penilaian unit 3 hingga 8


(6)

Set 3: Unit 9 :

 Latihan suku kata tertutup  Penilaian unit 9

3.2.1.5 Vokal awal kata dan diftong / tradisi - 1 jam Set 4: Unit 10 hingga 12 :

 Latihan awal kata / digtong / tradisi  Penilaian unit 10 hingga 12 3.2.1.6 Latihan Padanan Huruf

Murid dapat menulis jawi dari arah yang betul iaitu menulis dari sebelah kanan ke kiri.

Murid dapat menulis bentuk huruf jawi dengan betul dari segi kedudukan huruf atas atau bawah garisan, kedudukan titik dan bentuk-bentuk huruf tunggal.

Murid dapat mengenal pasti bentuk-bentuk huruf di awal, di tengah dan di akhir.

Murid dapat mengenal, menyebut dan menulis padanan huruf rumi dan jawi.

Nota

a. Guru mengarahkan murid merujuk jadual padanan huruf dengan betul mengikut seperti mana dalam jadual tersebut.

b. Guru memastikan murid menulis semua huruf dengan betul dari kanan ke kiri mengikut nombor.

c. Guru memastikan murid menulis semua huruf dengan betul iaitu:- petak nombor ‘1’ sebelah kiri untuk huruf jawi dalam

petak nombor ‘1’ di sebelah kanan.

Nombor ‘2’ sebelah kiri untuk nombor ‘2’ sebelah kanan.

Nombor ‘3’ sebelah kiri untuk nombor ‘3’ sebelah kanan

Nombor ‘4’ sebelah kiri untuk nombor ‘4’ sebelah kanan dan begitulah seterusnya.


(7)

CONTOH LATIHAN SATU HURUF

CONTOH LATIHAN DUA HURUF


(8)

CONTOH LATIHAN EMPAT HURUF

3.2.1.7 - SOALAN LAZIM

Soalan 1 Adakah perlu menyelesaikan semua 6 set soalan dalam masa 1 jam?

Jawapan: Ya, kerana murid hanya perlu menyalin huruf dan meletakkan ke dalam kotak yang betul dan murid mesti tahu semua padanan huruf tersebut.

Soalan 2 – Bagaimana jika murid tidak dapat menyiapkan semua latihan?

Jawapan: Murid tidak perlu meneruskan latihan seterusnya kerana murid tersebut akan bertemu latihan yang sama dalam latihan menyambung pula.

Latihan yang tidak dapat disiapkan akan digunakan oleh guru dalam waktu lain sama ada di dalam kelas atau kelas tambahan.

Soalan 3 – Bilakan sepatutnya guru menanda latihan kem tersebut?

Jawapan 1: Guru perlu terus menanda latihan murid yang siap lebih awal dan memastikan semua huruf ditulis dengan betul ( tanpa salah)

Jawapan 2: JIka murid melakukan kesalahan, guru hendaklah menanda (X) ‘KECIL’ pada huruf yang salah tanpa memadam huruf yang salah itu, dan meminta murid itu membetulkan huruf


(9)

yang sepatutnya; guru perlu menandakan ( ) dengan lebih besar jika huruf itu telah dibuat pembetulan.

3.3 - UNIT 2 : LATIHAN MENYAMBUNG

Latihan menyambung mestlah berpandukan kepada perkara berikut:-3.3.1 – Huruf Tolak iaitu: AVU ZAR ZAD

Guru hanya perlu memperkenalkan ‘HURUF TOLAK’ sahaja manakala huruf selain huruf ‘TOLAK’ hendaklah di tanda dengan tanda [+].

3.3.2 – Cara menanda (-) atau (+) pada huruf jawi

 Jika huruf tersebut ada dalam jadual huruf ‘TOLAK’ di atas maka tanda [ - ]

 Jika huruf tersebut tiada dalam jadual di atas, maka tandakan [ + ]

 Atau murid boleh merujuk JADUAL PADANAN HURUF sama ada tanda [ - ] atau [ + ]

3.3.3 – PANDUAN MENYAMBUNG HURUF Latihan dua huruf


(10)

Latihan tiga huruf

Contoh Latihan empat huruf

Langkah 1: Letakkan tanda [ - ] atau [ + ] (Guru hanya perlu memperkenalkan huruf [TOLAK] kepada murid dengan menjelaskan bahawa selain huruf [TOLAK] hendaklah di tanda dengan [ + ] )

Langkah 2: Rujuk kad jadual huruf, dan tuliskan huruf ‘SIN’ di awal.

Langkah 3: Seterusnya tanda [ + ] , hendaklah dirujuk pada mukasurat ‘TANDA TAMBAH [+]’ dan tulis huruf ‘ALIF’ di tengah.


(11)

Langkah 4: Seterusnya tanda [ - ] , hendaklah dirujuk pada mukasurat ‘TANDA TOLAK [-]’ dan tulis huruf ‘TA’ di tengah.

Langkah 5: Seterusnya tanda [ + ] , hendaklah dirujuk pada mukasurat ‘TANDA TAMBAH [+]’ dan tulis huruf ‘WAU’ di akhir.

3.3.4 – Kaedah Lain Menyambung HurufKaedah 1

Tanda (+) bermaksud ‘SAMBUNG’ dengan huruf di hadapannya

Tanda (-) bermaksud berhenti. Contoh:

Arahan: Guru meminta murid menulis sambil

menyebut:-“ SIN SAMBUNG dengan ‘ALIF’ (berhenti) “ Huruf ‘TA’ SAMBUNG dengan ‘WAU’Kaedah 2

Tanda (+) bermaksud ‘PANJANGKAN’ ‘tambah’ dengan huruf di hadapannya

(Jangan turun ke bawah)

Tanda (-) bermaksud angkat menulis Contoh:


(12)

Arahan: Guru meminta murid menulis sambil

menyebut:-“ SIN PANJANGKAN, tambah dengan ‘ALIF’ (berhenti)

“ Huruf ‘TA’ PANJANGKAN tambah dengan ‘WAU’Kaedah 3

Merujuk terus kepada Kad Jadual Huruf Seperti contoh di atas.

4 MANUAL SET 2 – Unit 3 hingga 8

4.1 – UNIT 3 : SUKUKATA TERBUKA (Latihan 12)

Teknik: Untuk mengeja dan menulis sukukata terbuka, hendaklah menggunakan sukukata [a+a] sebagai panduan asas.

4.1.1 – Dua sukukata [a+a] Contoh ada huruf ‘ALIF selepasnya. Teknik: Huruf KETIGA hendaklah berdasarkan ‘jadual di bawah (DERLONG]:


(13)

Langkah 2: Jika huruf KETIGA ada dalam jadual DERLONG di atas, maka ada huruf ALIF selepasnya. (Kekalkan huruf ALIF)

Langkah 3: Tandakan TAMBAH dan TOLAK kemudian sambungkan.

4.1.2 – Dua sukukata [a+a] (Latihan 13 – contoh tiada ‘ALIF’ )

Teknik: Huruf KETIGA hendaklah berdasarkan ‘jadual di bawah (DERLONG]:

Langkah 1: Tukar huruf rumi kepada huruf jawi

Langkah 2: Jika huruf KETIGA tiada dalam jadual DERLONG di atas, maka tiada huruf ALIF, (Gugurkan huruf ‘ALIF)


(14)

* Huruf KETIGA di atas ialah huruf ‘MIM’ م dan tiada dalam DERLONG, maka tiada ALIF nya. (Buang ALIF selepasnya)

Langkah 3: Tandakan TAMBAH dan TOLAK kemudian sambungkan.

4.2 – Sukukata terbuka yang bukan [a+a]

Teknik : Untuk menulis perkataan yang BUKAN terdiri dari sukukata terbuka (a+a), murid hanya perlu menukar huruf rumi kepada huruf jawi.


(15)

4.2.2 – Sukukata terbuka ‘o’

4.2.3 – Sukukata terbuka [i] .

4.3.3 – Sukukata terbuka [e] taling

4.3.4 – Sukukata terbuka ‘e’ Pepet

Teknik : Untuk menulis perkataan sukukata terbuka, yang mengandungi ‘e’ pepet, murid perlu:-

 gugur huruf ‘e’ pepet

ب

+

- و

ل

ا

وب

ل

يراس

س

+

ا

ر

-+


(16)

 kemudian tukar huruf rumi yang tinggal kepada huruf jawi.

5 MANUAL SET 3 – Unit 9 5.1 – UNIT 9 : SUKUKATA TERTUTUP

Teknik : Untuk menulis perkataan sukukata tertutup, murid perlu membuang huruf ‘a’ di tengah sukukata seperti: ‘kan’ = ‘kn , sam = sm supaya perkataan tersebut yang ditulis dengan ejaan yang betul.

Contoh huruf ‘a’ ditengah sukukata

Sukukata tertutup yang tidak melibatkan huruf ‘a’ di tengah.

Teknik: Murid hanya perlu menukar huruf rumi kepada huruf jawi dan sambungkan hingga menjadi perkataan.


(17)

Tiada huruf ‘a’ di tengah

Ada huruf ‘a’ tetapi tidak berada di tengah

Sukukata tertutup yang tidak melibatkan huruf ‘e’ pepet Teknik: Murid perlu :

o membuang huruf ‘e’ pepet tersebut.

o Kemudia tukarkan huruf rumi yang tinggal kepada huruf jawi dan sambungkan hingga menjadi perkataan.

‘e’ pepet dan ‘a’ ‘e’ pepet di tengah

6 MANUAL SET 4 – Unit 10 hingga 12 6.1 – UNIT 9 : VOKAL AWAL KATA

Teknik: Perkataan yang bermula dengan huruf vokal ‘eiou’ hendaklah ditambah dengan huruf ‘ALIF’.

Guru mengarahkan murid menyemak jika ada huruf ‘a’ di tengah atau ‘e’ pepet yang mesti dibuang.

Kemudian tukarkan huruf jawi yang tinggal


(18)

6.1.1 – vokal ‘a’ – kekalkan huruf ‘a’ iaitu ‘ALIF’ Contoh:

6.1.2 – vokal ‘e’ – tambah huruf ‘a’ iaitu ‘ALIF’ Contoh:

6.1.3 – vokal ‘i’ – tambah huruf ‘a’ iaitu ‘ALIF’ Contoh:

6.1.4 – vokal ‘o’ – tambah huruf ‘a’ iaitu ‘ALIF’ Contoh:


(19)

6.1.5 – vokal ‘u’ – tambah huruf ‘a’ iaitu ‘ALIF’ Contoh:

6.2 – UNIT 9 : DIFTONG [ai] [au] [oi]

Diftong ialah gabungan dua huruf vokal dalam satu sukukata iaitu [ai] , [au] dan [oi] , hendaklah dieja dengan (يو وا يا) – kekal huruf ‘a’ di tengah.

Teknik: Sukukata yang mengandungi [ai] [au] [oi] hendaklah dikekalkan huruf [a] ditengah.

Guru mengarahkan murid menyemak jika ada huruf ‘a’ di tengah atau ‘e’ pepet yang mesti dibuang.

Kemudian gariskan sukukata ai , ai , oi sebagai tanda tidak boleh dibuang.

Tukarkan huruf jawi dan sambungkan menjadi perkataan.


(20)

[ai] [au] [oi]

6.3 – UNIT 12 : PERKATAAN TRADISI

 Latihan untuk perkataan tradisi, murid hanya perlu menulis kembali perkataan yang diberi.

 Guru hendaklah memastikan murid menulis mengikut kaedah yang telah dipelajari termasuklah bentuk huruf, titi dan

sebagainya.

7 MANUAL SET 4 – Unit 10 hingga 12

7.1 – Penilaian dilaksanakan sebanyak 4 set soalan setiap kali tamat latihan setiap bahagian.

7.2 – Murid dinilai daripada pencapaiannya dalam 4 set soalan tersebut. 7.3 – Walaubagaimana pun, guru boleh juga menilai pencapaian murid

daripada latihan-latihan yang dibuat.

7.4 – Guru mesti mencetak dan mengisi boring kelompok kem tulisan jawi semasa kem berjalan.

contoh

7.5 – Guru hendaklah:


(21)

o Menanda (  ) dalam borang kelompok, latihan yang telah disiapkan oleh murid.

Bilangan latihan


(1)

 kemudian tukar huruf rumi yang tinggal kepada huruf jawi.

5 MANUAL SET 3 – Unit 9

5.1 – UNIT 9 : SUKUKATA TERTUTUP

Teknik : Untuk menulis perkataan sukukata tertutup, murid perlu membuang huruf ‘a’ di tengah sukukata seperti: ‘kan’ = ‘kn , sam = sm supaya perkataan tersebut yang ditulis dengan ejaan yang betul.

Contoh huruf ‘a’ ditengah sukukata

Sukukata tertutup yang tidak melibatkan huruf ‘a’ di tengah.

Teknik: Murid hanya perlu menukar huruf rumi kepada huruf jawi dan sambungkan hingga menjadi perkataan.


(2)

Tiada huruf ‘a’ di tengah

Ada huruf ‘a’ tetapi tidak berada di tengah

Sukukata tertutup yang tidak melibatkan huruf ‘e’ pepet Teknik: Murid perlu :

o membuang huruf ‘e’ pepet tersebut.

o Kemudia tukarkan huruf rumi yang tinggal kepada huruf jawi dan sambungkan hingga menjadi perkataan.

‘e’ pepet dan ‘a’ ‘e’ pepet di tengah

6 MANUAL SET 4 – Unit 10 hingga 12

6.1 – UNIT 9 : VOKAL AWAL KATA

Teknik: Perkataan yang bermula dengan huruf vokal ‘eiou’ hendaklah ditambah dengan huruf ‘ALIF’.

Guru mengarahkan murid menyemak jika ada huruf ‘a’ di tengah atau ‘e’ pepet yang mesti dibuang.

Kemudian tukarkan huruf jawi yang tinggal


(3)

6.1.1 – vokal ‘a’ – kekalkan huruf ‘a’ iaitu ‘ALIF’ Contoh:

6.1.2 – vokal ‘e’ – tambah huruf ‘a’ iaitu ‘ALIF’ Contoh:

6.1.3 – vokal ‘i’ – tambah huruf ‘a’ iaitu ‘ALIF’ Contoh:

6.1.4 – vokal ‘o’ – tambah huruf ‘a’ iaitu ‘ALIF’ Contoh:


(4)

6.1.5 – vokal ‘u’ – tambah huruf ‘a’ iaitu ‘ALIF’ Contoh:

6.2 – UNIT 9 : DIFTONG [ai] [au] [oi]

Diftong ialah gabungan dua huruf vokal dalam satu sukukata iaitu [ai] , [au] dan [oi] , hendaklah dieja dengan (يو وا يا) – kekal huruf ‘a’ di tengah.

Teknik: Sukukata yang mengandungi [ai] [au] [oi] hendaklah dikekalkan huruf [a] ditengah.

Guru mengarahkan murid menyemak jika ada huruf ‘a’ di tengah atau ‘e’ pepet yang mesti dibuang.

Kemudian gariskan sukukata ai , ai , oi sebagai tanda tidak boleh dibuang.

Tukarkan huruf jawi dan sambungkan menjadi perkataan.  Contoh


(5)

[ai] [au] [oi]

6.3 – UNIT 12 : PERKATAAN TRADISI

 Latihan untuk perkataan tradisi, murid hanya perlu menulis kembali perkataan yang diberi.

 Guru hendaklah memastikan murid menulis mengikut kaedah yang telah dipelajari termasuklah bentuk huruf, titi dan

sebagainya.

7 MANUAL SET 4 – Unit 10 hingga 12

7.1 – Penilaian dilaksanakan sebanyak 4 set soalan setiap kali tamat latihan setiap bahagian.

7.2 – Murid dinilai daripada pencapaiannya dalam 4 set soalan tersebut. 7.3 – Walaubagaimana pun, guru boleh juga menilai pencapaian murid

daripada latihan-latihan yang dibuat.

7.4 – Guru mesti mencetak dan mengisi boring kelompok kem tulisan jawi semasa kem berjalan.

contoh

7.5 – Guru hendaklah:

o Mengisi nama sekolah


(6)

o Menanda (  ) dalam borang kelompok, latihan yang telah disiapkan oleh murid.

Bilangan latihan