Penghayatan yang tinggi Tekanan Kehidupan Interaksi Dengan Tamadun Lain Berlaku Ketidakadilan

21

III. Penghayatan yang tinggi

terhadap moral dan nilai terpuji masyarakat pastinya menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. pemimpin pula sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. • Penghayatan nilai-nilai murni telah direalisasi oleh kesemua tokoh tamadun silam seperti: – Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani – Lao Tze dan Kung Fu-Tze dalam tamadun Cina – Kautilya dan Samkara dalam tamadun India – Al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam. 22

IV. Tekanan Kehidupan

• Kesengsaraan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat boleh mendorong masyarakat bekerjasama menggemblengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut serta menjadikan mereka itu lebih berdisiplin dan kreatif untuk membangunkan kehidupan mereka. • Pepatah Inggeris yang menyatakan ‘necessity is the mother of invention’. • Kemajuan negara Jepun sering kali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan merekadalam Perang Dunia Kedua.

V. Interaksi Dengan Tamadun Lain

• Toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain mewujudkan interaksi antara tamadun yang merupakan satu rangsangan dan dorongan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. • Toleransi menggambarkan sikap keterbukaan untuk menerima sumber- sumber yang baik daripada tamadun-tamadun lain, yang akhirnya dapat membantu kemunculan tamadun baru. • Cth: Tamadun Islam bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun Yunani, Tamadun Parsi, Tamadun India dan Tamadun Cina 23 KEGEMILANGAN TAMADUN • Memperolehi pencapaian yang luar biasa di dalam pelbagai bidang seperti: – Kesenian. – Kesusasteraan. – Pemikiran dan falsafah. – Penciptaan teknologi.

I. Berlaku Ketidakadilan

• Wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin. • Layanan yang berbeza oleh pemimpin kepada rakyat disebabkan perbezaan darjat dan pangkat. • Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada kurun ketiga dan keempat Masehi.

1.6 KEMEROSOTAN TAMADUN