APA ITU PENULISAN AKADEMIK

APA ITU PENULISAN AKADEMIK

Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah dan saintifik. Ia
merupakan satu bentuk penulisan formal yang bersifat objektif untuk mempersembahan
sesuatu kajian atau konsep yang melibatkan penulis untuk merujuk kepada sesuatu
sumber yang ada autoriti. Penulisan akademik bukanlah penulisan yang berasaskan
khayalan atau rekaan dan generalisasi daripada pengalaman. Ianya melibatkan kajian
secara teratur dan teliti pada setiap persoalan yang dibincangkan. Ciri-ciri di dalam
penulisan akademik adalah :
(a) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada
situasi yang spesifik.
(b) Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
(c) Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.
(d) Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat
prejudis.
(e) Penulisan menggunakan bahasa formal, tatabahasa yang betul, ilmiah dan jelas.
(f) Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.
(g) Penulisan akademik tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab
dan pengertian sesuatu masalah/persoalan.
(h) Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada
kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.

(i) Penulisan akademik tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam
penulisan akademik akan membiarkan fakta berbicara sendiri.
(j) Penulisan akademik tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya
mengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif,
argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang
berdiri/berbicara sendiri.
(k) Penulisan akademik tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan
merosakkan tujuan penulisan akademik. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan
sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri
sendiri.
Selain itu, penulis haruslah tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang
menyokong kebenaran hipotesis. Untuk menghasilkan sebuah penulisan akademik
perlu mempunyai langkah tersebut :

i. Pengumpulan data dan fakta
ii. Pengamatan data dan fakta
iii. Pemilihan data dan fakta
iv. Penggolongan data dan fakta
v. Penafsiran data dan fakta
vi. Kesimpulan umum

vii. Perumusan hipotesis
iix. Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris
ix. Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesis
x. Perumusan teori ilmu pengetahuan
xi. Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan
Jenis-jenis penulisan akademik merangkumi esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian,
tesis dan disertasi.
Esei Ilmiah
Merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan
data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan.
Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif. Terdiri daripada tiga bahagian
iaitu, pendahuluan, isi, dan penutup.
Kertas Kerja
Penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan
data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja
adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya
ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan
ilmiah seperti seminar, bengkel, konvensyen dan sebagainya.

Laporan Kajian

Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat
atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan
kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan
perpustakaan.

Tesis
Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Mengungkapkan
pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri.
Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis
biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda dan peringkat Sarjana serta perlu
dipertahankan di hadapan panel.
Disertasi
Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik,
iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D).

Disertasi melibatkan fakta

berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang
terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di
hadapan panel atau lembaga viva-vocĂȘ.


DISEDIAKAN OLEH:
ZULIMAH BT MUKID
PENTADBIRAN PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN
P90225
1 MAC 207