apa Apa itu hubungan antarabangsa

Apa itu hubungan antarabangsa?
Hubungan merupakan pertalian atau perkaitan diantara satu perkara dengan perkara
lain. Dalam kehidupan manusia, hubungan merupakan satu perkara yang tidak dapat
dihindarkan dan dielakkan dalam apa jua perkara. Manusia perlu mempunyai hubungan
diatara satu sama lain untuk saling melengkapi. Hal ini kerana bertujuan untuk memenuhi
kepentingan dan matlamat tertentu. Dalam konteks hubungan antarabangsa, perkara ini turut
terjadi. Oleh sebab itu wujud hubungan antarabangsa dimana negara-negara di dunia akan
mengadakan hubungan antarabangsa untuk memenuhi kepentingan dan matlamat negara agar
tercapai. Proses hubungan antarabangsa ini berkemungkinan besar akan mencetuskan
beberapa konflik atau kerjasama dalam penggunaaan kekerasan atau kerjasama diantara
negara-negara dalam menghadapi masalah dan keperluan negara. Dalam memberi definisi
hubungan antarabangsa pelbagai definisi akan diberikan oleh setiap orang berdasarkan
pemahaman yang mereka perolehi. Secara umum, ramai yang akan menyatakan hubungan
antarabangsa ialah pertalian, interaksi dan perkaitan di antara negara-negara dalam dunia.
Akan tetapi, makna yang sebenarnya ialah berkaitan kajian. Hubungan antarabangsa
merupakan satu kajian tentang hubungan antara negara-negara yang ada dalam sistem
antarabangsa. Hubungan antabangsa yang berlaku dalam dunia bukan sahaja melibatkan
hubungan antara negara dengan negara, tetapi ia juga merupakan hubungan yang turut
melibatkan entiti-entiti. Entiti tersebut adalah terdiri daripada organisasi dan institusi
antarabangsa, syarikat-syarikat multinasional dan individu-individu.
Dalam hubungan antarabangsa mempunyai sistemnya yang tersendiri. Sistem tersebut

mempunyai pelbagai unit seperti negara, organisasi, personaliti dan isu. Ia wujud perbezaan
dari segi peringkat, isu, hubungan antara unit, pengaruh dan keupayaan. Beberapa negara di
dunia pada masa kini juga turut mempunyai kedudukan sebagai kuasa besar dunia kerana
memiliki kuasa dan pengaruh ketenteraan dan ekonomi yang kuat. Hubungan antara kuasakuasa besar membentuk sistem hubungan tambahan dalam hubungan antarabangsa. Mereka
mempunyai peraturan dan bentuk hubungan yang tersendiri sesama mereka. Kuasa terbesar
dalam kumpulan kuasa-kuasa besar tersebut yang digelar super power lazimnya mempunyai
kuasa yang terkuat antara kuasa-kuasa yang lain merujuk kepada pemilikan senjata dan
keupayaan nuklear. Kita melihat kembali semasa Perang Dingin yang berlaku suatu ketika
dahulu. Kita dapat lihat bagaimana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang mempunyai
kuasa besar dan digelar sebagai superpower. Kedua-dua negara ini akan memastikan kuasa
mereka tidak dapat ditandingi dan sentiasa digeruni oleh negara lain. Secara tidak langsung
akan akan wujud dua jenis negara iaitu negara kuasa besar dan negara lemah. Negara lemah
mempunyai peranan dalam sistem antarabangsa namun pengaruh mereka tidaklah setanding
pengaruh yang diberikan oleh kuasa-kuasa besar dunia sebagai aktor hubungan antarabangsa
Aktor terbahagi kepada dua iaitu negara (state) dan bukan negara (non-state). Aktor negara
yang berdasarkan empat ciri penting kewujudan negara (sempadan, populasi, kerajaan dan
kedaulatan) mampu memberi kesan pada kedudukan dan pengaruh negara sebagai aktor
dalam hubungan antarabangsa. Sesebuah negara bebas daripada sebarang ancaman, ugutan
dan tekanan luar malah ia berkuasa secara mutlak (konsep kedaulatan) bagi menentukan
kepentingan dan kebajikannya sendiri. Antara lain, sesebuah negara berkuasa menggubal dan

melaksanakan undang-undang, mengutip cukai, membentuk kuasa tentera, menggunakan
sumber aslimalah boleh dikatakan sebenarnya sesebuah negara dapat melakukan apa sahaja
dalam lingkungan sempadannya demi kepentingan nasional. Aktor bukan negara merupakan
pertubuhan, individu, isu yang mempengaruhi sistem antarabangsa. Aktor bukan negara
memainkan peranan penting dalam hubungan antarabangsa dan dikawal, dikekang oleh
pelbagai aktor-aktor lain. Aktor-aktor ini terdiri daripada syarikat-syarikat multinasional
1

(MNCs) yang selalunya mampu mengatasi keputusan dan tindakan negara-negara bagi
menentukan kepentingan masing-masing. Sesetengah syarikat-syarikat tersebut memiliki
kuasa monopoli dalam sumber-sumber yang diperlukan oleh negara sama ada berbentuk
bahan mentah, industri berteknologi tinggi mahupun produk elektronik bagi kegunaan
pengguna. Aktor-aktor lain yang terlibat dalam proses hubungan, interaksi dan
tawar menawar ini termasuklah organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu, individu-individu seperti pemimpin dan warganegara negara-negara tertentu,
kumpulan-kumpulan bukan kerajaan dan kumpulan-kumpulan pendesak seperti kumpulan
pengganas.
Dalam hubungan antarabangsa terdapat beberapa teori yang digunapakai dan
berperanan penting dalam menerangkan dan meramal masa depan hubungan antarabangsa .
Hal ini kerana dunia mengalami perubahan dan melalui teori tertentu manusia dapat

memahami apa yang sedang berlaku dan memahami dengan lebih dalam lagi. Apabila kita
berfikir secara teori mengenai hubungan antarabangsa ia akan menjelaskan proses sesuatu
polisi antarabangsa melalui kajian atau membuat ramalan secara menyeluruh. Oleh sebab itu
wujud beberapa teori yang menerangkan hubungan antarabangsa supaya manusia memahami
hubungan antarabangsa dengan lebih mendalam. Antara teori yang wujud ialah Realisme,
Idealisme dan konstruktivisme. Realisme merupakan diantara teori yang digunapakai dalam
hubungan antarabangsa dan mempunyai kepentingan tersendiri. Perkara asas dalam teori
Realisme ialah manusia secara semlajadi mementingkan diri dan tidak boleh membebaskan
diri daripada fakta bahawa mereka dipacu untuk bersaing sesama sendiri demi kepentingan
diri. Oleh sebab itu manusia perlu melakukan apa sahaja untuk bersaing demi memenuhi
kepentingan diri sendiri. Dalam hunbungan antarabangsa, pemimpin dalam sesebuah negara
bersikap lebih agresif dan kepentingan negara harus diutamakan berbanding kepentingan
negara lain. Golongan Realisme menekankan kepada penguasaan kuasa yang ada pada diri
manusia itu sendiri. Melalui teori ini juga, sistem negara adalah berbentuk anarki. Tiada
kuasa selain negara yang mampu meregulasikan interaksi mereka, negara perlu berhubung
dengan negara lain, berbanding dikawal oleh entiti lain. Sifat anarki dalam sistem
antarabangsa menggambarkan bahawa negara memerlukan keupayaan militari yang sesuai
bagi menghadapi serangan musuh dan menggunakan pengaruh yang ada untuk
mempengaruhi negara lain. Oleh sebab itu, sesebuah negara memerlukan keupayaan militari
bagi memastikan negaranya mempunyai kuasa yang lebih kuat berbanding dengan negara

lain. Jika keupayaan militari lemah, sesebuah negara akan ditindas dan terpaksa mengikut
kehendak negara yang lebih berkuasa.
Konsep dalam hubungan antarabanga akan memberikan lagi pemahaman agar kita
lebih memahami apa yang dikatakan sebagai hubungan antarabangsa. Negara-negara perlu
berhubung di antara satu sama lain untuk memenuhi kepentingan serta matlamat negara. Hal
ini mewujudkan kebergantungan antara negara. Kesannya akan meningkatkan lagi kadar
interaksi dan akan mencetuskan konflik atau kerjasama serta penggunaan kekerasan atau
kerjasama di antara negara-negara dalam mengejar matlamat dan keperluan negara. Konsep
hubungan antarabangsa dapat dilihat melalui kuasa, polar, independence dan dependence.
konsep kuasa mempunyai pelbagai makna dalam hubungan antarabangsa. Makna yang
didefinisikan adalah bergantung kepada konteks dimana kuasa itu digunakan. Kuasa
merupakan kekuatan yang diperolehi daripada 3 elemen iaitu; pengetahuan, kekuatan militari
dan kegagahan. Kuasa juga merupakan matlamat akhir yang perlu diambil kira dalam
pembentukkan dan pemilihan dasar luar. Kuasa juga menyumbang kepada keupayaan.
kekayaan dan pengaruh dalam hubungan antarabangsa. Apbila negara mempunyai kuasa,
negara tersebut akan dapat bersaing dengan negara lain dan mengekalkan kedudukannya
2

daripada musuh. Kuasa juga mempunyai pembahagiaan iaitu 'soft power' dan 'hard power'.
Soft power merujuk kepada kekuatan berkaitan aspek ekonomi, budaya , muzik dan lain-lain.

Soft power diibaratkan kuasa yang lembut tetapi memberikan kesan kepada negara. Hard
power merujuk kepada kukuatan militari. Kekuatan militari merupakan kekuatan yang
menjadikan sesebuah negara berkuasa dan mampu mempertahankan kedudukannya melalui
ketenteraan dan penggunaan senjata canggih. Semakin kuat kekuatan militari yang dipunya
oleh negara semakin berpengaruh dan kuat kedudukan negara. Sebagai contoh amerika
Syarikat yang mempunyai kekuatan militari yang amat kuat. Negara tersebut akan cuba
mengekploitasi negara lain agar kepentingan negaranya dapat dipertahankan. Senjata yang
dimiliki oleh Amerika Syarikat adalah amat canggih dan berkuantiti banyak. Selain itu, .
konsep polar pula terbahagi kepada tiga iaitu dwipolar (dua kuasa yang besar dunia, Amerika
dan Solvit Union), unipolar (berasaskan kekuatan ketenteraan dan ekonomi) dan multipolar
(kuasa berpecah-pecah).
Selain itu, kepentingan nasional juga penting dalam hubungan antarabangsa.
Kepentingan nasional ialah sebuah tujuan umum, berjangka panjang dan berterusan di mana
sebarang negara, kerajaaan atau rejim melihat diri mereka sebagai dipertanggungjawabkan
untuk melaksanakannya pada sebarang masa. Hubungan rasmi di antara masyarakat nasional
dan persekitaran luar merumuskan dan menerangkan kepentingan nasional negara.
Kepentingan nasional akan menjadikan sesebuah negara melakukan sesuatu perkara yang
boleh memberikan keuntungan kepada kedudukannya sama ada daripada segi politik,
ekonomi dan sosiobudaya. Setiap perkara atau dasar yang dilaksanakan mesti memberikan
keuntungan kepada negara dan tidak medatangkan kesan buruk atau kerugian kepada negara.

Apabila konsep ini dilaksanakan dengan berterusan akan dapat mengekalkan kedudukan
negara dalam kedudukan yang selamat dan stabil. Hubungan dengan negara lain akan
digunakan dengan sebaiknya agar negara memperolehi keuntungan yang akan menjaga
kedudukan negara.
Hubungan antarabangsa mempunyai alat dalam mewujudkan hubungan diantara
negara-negara di dunia. Melalui alat ini akan mewujudkan interaksi dan kergantungan
diantara negara-negara. Antara alat tersebut ialah kerjasama, intervensi/sekatan ekonomi/
tentera dan konflik/perang. Kerjasama merupakan alat yang menyatukan negara dimana dua
buah negara atau lebih akan membentuk kerjasama dalam menjayakan sesuatu dasar atau
program. Kerjasama yang erat diperlukan dan kefahaman diantara negara yang terlibat perlu
ada agar kerjaama yang dijalinkan akan lenih berjaya dan tidak hanya berjalan separuh jalan.
Melalui kerjasama, sesuatu dasar atau program dapat dijalankan dengan lebih jaya. Selain itu,
kerjasama dalam bidang teknologi akan menjadikan pertukaran atau perpindahan teknoogi ke
dalam negara. Hal ini berlaku semasa Malaysia menjalankan dasar Pandang Ke Timur. Pada
masa itu, Malayia mengadakan kerjasama dengan negara Jepun dalam membangunkan
negara. Apa yang berlaku ialah teknologi canggih dari Jepun dibawa masuk ke dalam
Malaysia dan mendatangkan kesan yang baik kepada Malayia. Selain itu, Jepun juga
mendapat kebaikan dimana pelabur-pelabur akan melabur ke dalam syarikat milik negaranya
dan memberikan keuntungan kepada Jepun. Kerjasama memberikan situasi menang-menang
dalam negara yang terlibat. Konflik yang berlaku antara negara-negara wujud disebabkan

oleh salah paham, penaklukan dan lain-lain faktor. Konflik yangerlaku menjadikan negaranegara akan berhubung dan berinteraksi. Akan tetapi, konflik yang berlaku jika tidak dikawal
dengan bijak akan mencetuskan peperangan dan membawa kemusnahan yang amat teruk
kepada negar-negara yang terlibat. Terdapat juga negara lain akan mengambil kesempatan
terhadap konflik yang berlaku.

3

Dalam hubungan antarabangsa, terdapat struktur yang terbentuk dalamnya. Struktur
ini terbentuk dalam tiga peringkat kuasa yang dimiliki oleh beberapa buah negara. Peringkat
tersebut ialah kuasa besar, kuasa menengah dan kuasa kecil. Peringkat kuasa ini akan
memisahkan kelompok negara yang berkuasa besar seperti Amerika dan Rusia yang
mempunyai kekuatan militer yang kuat dan canggih. Kuasa menengah merupakan negara
yang kuasa tidak terlalu kuat dan tidak terlalu tengah. Antara negara yang mempunyai kuasa
menengah ialah Perancis, Jerman, England, India, China dan lain-lain. Negara berkuasa
menengah kurang tidak begitu menonjol seperti negara berkuasa besar yang sering kita lihat
dan dengar mengenai penglibatan dalam masalah yang berlaku di dunia terutama maslaah
berkaitan ketenteraan. Negara berkuasa kecil seperti Fiji, Vietnam dan lain-lain tidak begitu
menonjol kerana negara tersebut tidak mempunyai kekuatan militer yang kuat dan canggih.
Negara berkuasa kecil selalunya di pengaruhi oleh negara yang berkuasa diatasnya. Negara
berkuasa kecil tidak mampu melawan arahan dan perintah dari negara berkuasa besar kerana

takut akan dieksploitasi atau diserang oleh negara berkuasa besar. Struktur kuasa seperti ini
menunjukkan negara mana yang berkuasa dan tidak berkuasa sebenarnya, negara berkuasa
akan terus berkuasa dan negara tidak berkuasa akan terus ditindas oleh negara berkuasa besar
demi kepentingan mereka.
Penglibatan negara-negara dalam organisasi antarabangsa adalah bertujuan untuk
mengorientasikan kedudukan. Penglibatan dalam organisasi antarabangsa akan memberikan
faedah yang berguna kepada negara. Jika sesebuah negara tidak menyertai mana-mana
organisasi antarabangsa, negara tersebut akan terumbang-ambing dan mudah jatuh kemanamana kuasa. Terdapat banyak organisasi antarabangsa yang ditubuhkan dengan pelbagai
tujuan dan matlamat yang mahun dicapai. Antaranya NATO, PBB, ASEAN, OIC, EUdan
lain-lain. Organisasi yang ditubuhkan mendapat persetujuan daripada negara-negara terlibat
dan tidak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 daripada British. Kemerdekaan
membolehkan Malaysia menganggotai mana-mana pertubuhan serantau dan juga
antarabangsa. Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada tahun
1961, PBB dan Komanwel pada 17 Sep 1957. Malaysia berperanan penting dalam semua
aktiviti yang dilaksanakan dan memperoleh banyak manfaat melalui bantuan yg disalurkan
utk pembangunan Malaysia.Malaysia juga banyak terlibat dalam organisasi antarabangsa
dalam memastikan kedudukan terpelihara dan teguh. Malaysia menyertai Komenwel kerana
Malaysia merdeka dan pernah dijajah oleh British suatu ketika dahulu. Penyertaan Malaysia
dalam komenwel mendapat pelbagai faedah yang memberi faedah yang berguna kepada

negara. Antaranya Malaysia kan mendapat bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak
semasa konfrontasi melalui perjanjian pertahanan dengan British. Selain itu, Malaysia terlibat
dalam PBB. PBB bermaksud Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Penubuhan PBB
bermatlamat menjamin keamanan dan keselamatan dunia, menggalak hubungan berbaik-baik
antara negara anggota, bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi
hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Malaysia tidak ketinggalan
dalam memberikan peranan dalam PBB. Malaysia berperanan dalam membantu
menyelesaikan konflik antarabangsa seperti di Bosnia suatu ketika dahulu setelah mendapat
kepercayaan daripada PBB. Kepercayaan yang diberikan oleh PBB telah menjadikan
Malaysia sering terlibat dalam menyelesaikan konflik antarabangsa sehingga hari ini.

4

Selain itu, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam pertubuhan serantau. Malaysia
menyertai Persatuan Negara-negara Asian Tenggara ASEAN. ASEAN bermatlamat dalam
mengekalkan kestabilan politik dirantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain
dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui
kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberi kerjasama dan
membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan dan mengadakan perhubungan yang erat
dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa. Dalam ASEAN juga, Malaysia tidak

ketinggalan berperanan dan memberi sumbangan. Antaranya ialah menandatangai Deklarasi
Kuala Lumpur 1971, beri kata sepakat semasa pengisytiharaan ASEAN sebagai Zon Aman,
Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), menyertai kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di
Singapura 1992, mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur
(EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea
Selatan.
Kesimpulannya hubungan antarabangsa bukan sahaja terjalin atas dasar politik. Tetapi
hubungan antarabangsa juga boleh terjalin diatas dasar aspek lain seperti perniagaan,
sosiobudaya, misi keamanan dan sebagainya. Kaedah yang sistematik dan berkesan perlu
digunakan dalam usaha menjelaskan isu-isu antarabangsa iaitu melalui kaedah penjelasan
berdasarkan geografi atau tumpuan terhadap komponen-komponen tertentu dalam hubungan
antarabangsa. Selain itu, di dalam mengkaji hubungan antarabangsa perlulah mempunyai
teori bagi memahami fenomena dunia dengan lebih jelas. Teori amat penting dalam proses
membat polisi antarabangsa bagi sesuatu negara. Hubungan antarabangsa yang terjalin harus
dijaga kerana kadangkala ia menimbulkan kesan negatif dan begitu juga sebaliknya. Struktur
dan konsep yang terdapat dalam hubungan antarabangsa perlu diteliti dan dipahami agar tidak
lari daripada makna asalnya. Penglibatan Malaysia dalam hubungan antarabangsa
mempunyai peranan dan sumbangan yang tersendiri dan langkah tersebut perlu
dipertingktkan dari semasa ke semasa agar kedudukan negra dalam hubungan antarabanga

dapat diperteguhkan dan dipertahankan.

5

Rujukan
Kamarulnizam Abdullah. (2011). Malaysia dalam hubungan antarabangsa serantau. Perlis :
Universiti Utara Malaysia.
Syed Ibrahim. (2008). Malaysia Kita. Selangor : Terbitan International Law Book Services.
Zulhilmi Paidi dan Asrar Omar. (2003). Hubungan Luar Antarabangsa. Pahang : Publications
& Distributors Sdn Bhd.

6