Badan Eksekutif

Badan Eksekutif :
Kabinet


Bro Megat
Bro Jebat

Struktur Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan










Yang di-Pertuan Agong
Perdana Menteri

Jemaah Menteri
Kementerian
Agensi agensi Kerajaan
Perbadanan Awam
Suruhanjaya
Majlis

Sistem Pentadbiran Kerajaaan
persekutuan



o Kerajaaan malaysia mengamalkan sistem pentadbiran
dan doktrin pengasingan kuasa
o Doktrin pengasingan kuasa terbahagi kepada tiga
badan
o Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi
dalam ketiga tiga buah kuasa tersebut
o Pengasingan kuasa bertujuan untuk :i. Melindungi hak seseorang
ii. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

iii. Menjamin kecekapan pentadbiran

Badan Eksekutif
• Melaksanakan undang-undang dan pentadbiran
Badan Kehakiman



• Mentafsirkan undang-undang
• Dibahagikan kepada makhamah atasan
,makhamah rendah ,dan makhamah khas
Badan Perundangan
• Menggubal ,meminda dan meluluskan undangundang
• Merujuk kepada parlimen dan dewan undangan
negeri

KABINET






Apakah Itu
Kabinet ???
Dianggotai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri
lain

Anggota kabinet dilantik oleh YDPA
i.

YDPA melantik dahulu Perdana Menteri daripada
anggota dewan rakyat menurut budi bicara baginda .
ii. Melantik menteri menteri lain atas nasihat Perdana
Menteri

 Kabinet merupakan badan penggubal dasar kerajaan
persekutuan
 Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif kerajaan
Persekutuan atas nama YDPA .
 Bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen


Tugas-Tugas Kabinet
 Mentadbir kerajaan Persekutuan mengikut bidang
kuasa yg terdapat dalam senarai persekutuan .
 Menggubal dasar kerajaaan
 Memperincikan dasar-dasar umum yang dijanjikan
kepada rakyat .
 Membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk
membina kerajaan yang cekap dan efektif
 Menangani sebarang masalah kecemasan yang
melibatkan negara dan rakyat .



Saraan Anggota Kabinet


 Saraan anggota kabinet dan timbalan menteri
ditetapkan oleh parlimen
 Saraan anggota kabinet dan timbalan menteri

ditanggung oleh kumpulan Wang Persekutuan
Disatukan

Kumpulan Wang Persekutuan
Disatukan
 Menyimpan segala hasil dan wang yang diterima oleh
kerajaan persekutuan .
 Pembayaran untuk saraaan dan gaji pegawai kerajaan
serta perbelanjaan kerajaan .
 Menanggung segala pencen ,pampasan dan ganjaran
yang ditanggung oleh kerajaan Persekutuan serta
segala hutang yang dipertanggungjawab kepada
kerajaan Persekutuan .
 Kelulusan parlimen diperlukan sekiranya ingin
mengeluarkan perbelanjaan tambahan daripada
kumpulan wang ini .



Perdana Menteri

 Dilantik oleh YDPA mengikut budi bicara baginda serta
syarat-syarat tertentu .


Mestilah seorang anggota Dewan Rakyat .

i.
ii. Mestilah mendapat majoriti kepercayaan ahli Dewan
Rakyat
iii. Kewarganegaraan PM mesti diperoleh melalui kuat kuasa
undang undang .

 Ketua kerajaan dan mempengerusikan kabinet
 Ketua eksekutif negara dan melaksanakan kuasa
eksekutif sementara kuasa eksekutif dipegang oleh
YDPA sebagai ketua negara

Tugas-Tugas Perdana Menteri




 Menjadi penasihat kepada Yang di Pertuan Agong
 Menamakan senarai Menteri Kabinet untuk dilantik
oleh YDPA .
 Menyelaras dan membuat keputusan tentang semua
dasar kerajaan .
 Menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa
dan dalam negara .
 Bermohon kepada YDPA untuk membubarkan
Parlimen apabila sampai tempohnya .

Pemecatan Perdana Menteri



 Boleh dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap
Perdana Menteri oleh sebilangan besar ahli Dewan
Rakyat .
 Dewan Rakyat meluluskan usul tidak percaya itu
,Perdana Menteri mempunyai dua pilihan iaitu :a. Meletakkan jawatan

b. Bermohon kepada YDPA supaya membubarkan Parlimen
untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan .

 Jawatan Timbalan
perdana Menteri tidak
diperuntukkan dalam
perlembagaan
Persekutuan .
 Jawatan ini diwujudkan
sejak kemerdekaan .
 Memegang portfolio
(tugas/tanggungjawab)
menteri yang lain
 Menjalankan tugastugas perdana menteri
ketika perdana menteri
berada diluar negara
atau keuzuran .

Timbalan
Perdana

Menteri
Timbalan perdana
menteri tidak secara
automatik menjadi
perdana menteri jika
perdana menterii
meninggal dunia ,
Mesti mendapatkan
kepercayaan daripada
majoriti ahli Dewan
Rakyat sebelum boleh
dilantik sebagai
perdana menteri .

Menteri


 Boleh terdiri daripada ahli Dewan Rakyat atau ahli
Dewan Negara .
 Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat

Perdana Menteri .
 Memegang portfolio sesebuah kementerian dan dibantu
oleh timbalannya .
 Merupakan anggota Kabinet .
 Boleh dilucutkan dari jawatannya oleh YDPA atas
nasihat Perdana Menteri tanpa diberikan sebab .

Setiausaha Parlimen


 Setiausaha parlimen sesebuah kementerian dilantik
oleh PM .
 Setiausaha parlimen sesebuah kementerian boleh
terdiri daripada ahli dewan rakyat atau ahli dewan
negara .
 Boleh meletakkan jawatannya pada bila bila masa dan
pelantikannya boleh dibatalkan oleh PM pada bila bila
masa .
 Membantu menteri-menteri dan timbalan-timbalan
menteri menjalankan kewajipan dan tugas mereka

 Mengangkat sumpah rahsia di hadapan PM

Setiausaha Politik



 Dilantik oleh Perdana Menteri .
 Tidak semestinya ahli dewan rakyat atau ahli dewan
negara .
 Boleh meletakkan jawatannya pada bila bila masa dan
perlantikannya boleh dibatalkan oleh PM pada bila bila
masa .
 Hendaklah mengangkat sumpah dan menandatangani
sumpah rahsia dihadapan PM .
 Kewajiban dan tugas setiausaha politik ditetapkan oleh
kabinet
 Saraan setiausaha politik juga ditetapkan oleh kabinet .



Mesyuarat Kabinet

Diadakan sekali seminggu, biasanya pada hari Rabu,

bertempat di Jabatan Perdana Menteri.
 Isu-isu penting dibincangkan, kemudian keputusan
diambil.
 Minit mesyuarat adalah rahsia dan dilindungi di bawah
Akta Rahsia Rasmi 1972.
 Selepas mesyuarat, Perdana Menteri atau wakil beliau
akan mengadakan sidang akhbar untuk memaklumi
keputusan mesyuarat.

Ketua Setiausaha Negara

 Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan.
 Dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.
 Penasihat utama Perdana Menteri dalam hal-hal
tentang pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
 Mengeluarkan surat arahan keputusan Mesyuarat
Kabinet.
 Menasihati, berkaitan hal-hal perkhidmatan awam.
 Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancang
Pembangunan Negara .
 Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan
antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
 Untuk menyelaraskan pentadbiran awam pusat dan

Jawatankuasa Kabinet


 Membantu Kabinet dalam pelaksanaan tugas-tugas tertentu.
 Terdiri daripada Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa Khas
Kabinet yang berbentuk sementara.
 Antara jawatankuasa :
 Jawatankuasa Kabinet mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin
(PATI)
 Jawatankuasa Kabinet mengenai Kewarganegaraan
 Jawatankuasa Kabinet mengenai Perpaduan Negara
 Jawatankuasa Kabinet mengenai Penyelewengan dalam
Pentadbiran
 Jawatankuasa Kabinet mengenai Keselamatan Jalan Raya
 Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembanterasan Najis Dadah
 Jawatankuasa Kabinet mengenai Khidmat Negara

Jawatankuasa
Perancangan
Pembangunan
Negara








Majlis
Majlis
Majlis
Majlis
Majlis
Majlis

Perancangan Negara
Tindakan Negara
Keselamatan Negara
Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
Penasihat Ekonomi Negara (MPEN)
Khidmat Negara

Majlis Perancangan
Negara

 Merancang program-program pembangunan ekonomi
negara.
 Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dan dianggotai
beberapa orang menteri kanan.
 Dibantu oleh Jawatankuasa Perancangan Pembangunan
Negara dan Unit Perancang Ekonomi (EPU)
 Meneliti, mengkaji, dan merancang projek ekonomi
seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Majlis Tindakan
Negara

 Menyelaraskan pelaksanaan semua program dan projek
pembangunan.
 Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dan dianggotai
oleh beberapa orang menteri kanan.
 Dibantu oleh agensi kerajaan seperti Unit Penyelarasan
Pelaksanaan (ICU)

Majlis Keselamatan
Negara

 Ditubuhkan pada tahun 1971
 Menyelaraskan dasar-dasar berkaitan dengan
keselamatan negara.
 Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dan dianggotai
oleh beberapa orang menteri kanan.
 Dibantu oleh agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja
Malaysia, Jabatan Imigresen, dan Angkatan Tentera
Malaysia.
 Dijalankan oleh Bahagian Keselamatan Negara.

Majlis Tindakan
Ekonomi Negara
 Ditubuhkan pada awal tahun 1998 untuk membantu
kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi.
 Dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan beberapa
orang menteri kanan.
 Merangka dasar dan melaksanakan strategi untuk :
 Memulihkan keyakinan orang ramai dan pelabur.
 Memastikan negara tidak dilanda kegawatan ekonomi.
 Memulihkan ekonomi negara.
 Memperkukuhkan asas ekonomi negara.

Majlis Penasihat Ekonomi
Negara

 Ditubuhkan pada tahun 2009 untuk menasihati
kerajaan dalam pembentukan model baharu ekonomi
negara.
 Selaras dengan strategi untuk melonjakkan status
ekonomi negara.
 Dipengerusikan oleh pakar ekonomi bertaraf menteri
dan dianggotai oleh beberapa orang pakar ekonomi.
 MPEN akan memberikan laporannya terus kepada
Perdana Menteri.

Majlis Khidmat
Negara


 Ditubuhkan pada tahun 2003.
 Untuk mengurus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Objektif Program Latihan Khidmat Negara(PLKN):
 Menyemaikan semangat patriotik dan cinta akan negara.
 Mengeratkan perpaduan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum.
 Membentuk perwatakan positif dan sifat kepimpinan
dalam kalangan generasi muda.
 Menyemarakkan semangat kesukarelaan untuk berjasa
kepada negara.
 Mengutamakan semangat muhibah dalam semua aktiviti.

UJI MINDA ANDA

 Nyatakan tiga badan dalam sistem
pemerintahan Kerajaan Malaysia.
 Apakah dua kelayakan untuk menjadi Perdana
Menteri.
 Nyatakan dua tindakan yang boleh diambil
oleh Perdana Menteri sekiranya beliau hilang
sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

SKEMA JAWAPAN

 Badan eksekutif,badan kehakiman dan badan
perundangan.
 Seorang anggota Dewan Rakyat, mendapat
kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat,
memperoleh kewarganegaraan melalui kuat
kuasa undang-undang.
 Meletakkan jawatan, bermohon kepada Yang
di-Pertuan Agong supaya membubarkan
Parlimen untuk membolehkan pilihanraya
umum diadakan.