Atlet Pelapis Negeri Kedah Olahraga 14 Tinju 10 Memanah 11 Angkat berat7 Sepaktakraw4
Kebimbangan
Faktor-faktor kebimbangan
Tahap Kebimbangan SCAT Kaedah mengurangkan kebimbangan
3. Pernyataan Masalah
Semasa latihan, atlet akan melalui pelbagai jenis serta bentuk latihan fizikal untuk memantapkan lagi kemahiran dan secara tidak langsung ia turut menambahkan lagi keyakinan
serta semangat dalam diri pemain. Tetapi adakah tahap psikologi pemain akan kekal seperti mana mereka dalam sesi latihan setelah mereka berada di gelanggang perlawanan?. Atlet mula akan
bermain dengan perasaan, apatah lagi apabila penampilan fizikal pihak lawan kelihatan lebih gagah sedangkan perlawanan belum bermula. Atlet akan mula rasa cemas, gelisah dan berdebar-
debar ditambah lagi dengan sorakan penyokong-penyokong yang akan membuat atlet lebih rasa tertekan. Pengurus pasukan boling padang negara, Jamal Abdul Nasir Bakar mengakui kecewa
dengan kegagalan Siti Zalina, yang bukan sahaja gagal mempertahankan pingat emas, tetapi gagal dalam penentuan pingat gangsa. Begitu pun dia tak menyalahkan Siti Zalina, yang
mungkin tertekan kerana mengalas harapan tinggi, sebagai pemain terakhir untuk memenangi pingat emas Utusan Malaysia, 14 Oktober 2010.
Kesimpulannya, tahap kebimbangan akan menjadi semakin tinggi dan prestasi pemain tidak akan menjadi seperti yang diharapkan. Namun, ini juga turut bergantung pada atlet itu
sendiri, samada ia akan menjadikan semua pengaruh di persekitarannya positif pada persembahan prestasinya atau ia akan menjadi sebaliknya jika atlet itu tidak mampu menerima
gangguan persekitarannya dan menganggap ia adalah satu tekanan dan bebanan yang akan membuat ‘goal setting’ terkeluar dari sasaran sebenar.
Masalah kebimbangan semasa menghadapi pertandingan ataupun kejohanan sukan sering mengganggu perasaan pemain negeri. Kebanyakan jurulatih yang berperanan sebagai
pembimbing kepada atlet remaja mendapati atlet di peringkat sekolah menghadapi masalah tidak merasa yakin sewaktu pertandingan. Atlet remaja negeri tidak dapat menggunakan kemahiran
yang telah dilatih semasa berada di gelangang. Kenyataan ini disokong oleh Mahmood Nazar Mohamed 2005 yang menyatakan bahawa seseorang individu yang mengalami kebimbangan
hanya berasa bingung, runsing dan bimbang tanpa sebab yang jelas. Secara kesimpulannya, perasaan bimbang merupakan suatu situasi yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa takut
dan gementar seterusnya boleh menganggu prestasi atlet . Atlet biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah untuk mengelakkan kebimbangan.
Oleh yang demikian, seorang jurulatih sama ada di peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan, harus mengenali personaliti atlet mereka bagi memudahkan mereka menangani
sebarang masalah yang berhubung dengan prestasi. Seterusnya Teori Pembalikan Martens memperlihatkan bagaimana atlet dapat menghasilkan prestasi cemerlang apabila mereka
mempunyai kedua-dua bentuk tenaga iaitu tenaga positif dan negatif. Prestasi akan menurun jika kedua-dua bentuk tenaga ini menurun. Kekuatan yang terdapat dalam teori ini ialah dapat
meningkatkan potensi atlet dan memahami perkaitan antara prestasi dan kebimbangan. Selain daripada itu teori tersebut juga dapat membantu atlet membuat interpretasi sendiri tentang tahap
kebimbangan.
Manakala, atlet remaja negeri telah menunjukkan tahap kebimbangan yang boleh menjejaskan prestasi mereka setiap kali ke pertandingan peringkat daerah dan negeri serta kebangsaan. Kajian
saya ingin mengkaji tentang cara mengurangkan kebimbangan , mengkaji tahap kebimbangan dan mengkaji faktor-faktor kebimbangan dalam kalangan atlit pelapis negeri Kedah.
3. Kepentingan Kajian