Lafaz Bacaan Selawat

2. Lafaz Bacaan Selawat

" Ya Allah, berikanlah rahmat kepada M uhammad, keluarganya, isteri-isterinya, dan keturunannya sebagaimana Engkau (Allah) telah memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau M aha Terpuji lagi M ahaagung. Berikanlah kurnia kepada M uhammad, keluarganya, isteri-isterinya, dan keturunannya sebagaimana Engkau (Allah) telah memberikan kurnia kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau M aha Terpuji lagi M ahaagung."

Inilah lafaz selawat yang sering Nabi sallallahu ‘alaihi wa- sallam baca ketika solat. [ 300 ]

H/R Abu Awanah dalam Sahihnya dan Nasa'i.

Nasiruddin al-Albani menjelaskan: Para sahabat berkata: "W ahai Rasulullah, kami sudah tahu bagaimana mengucapkan salam kepadamu dalam tasyahud, tetapi bagaimana kami mengucapkan selawat kepadamu?" Sabdanya: "Ucapkanlah olehmu: 'Allaahumma shalli 'alaa M uhammad... dst.'" Bacaan selawat ini tidak hanya berlaku untuk tasyahud kedua. Akan tetapi, dibenarkan juga dibaca pada tasyahud pertama. Demikianlah, dikemukakan oleh Imam Syafie seperti yang beliau sebutkan dalam Kitab Al-Umm karyanya. Pendapat inilah yang sah di kalangan murid-murid beliau seperti dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Kitab M ajmu' (3/460) dan yang dengan jelas dinyatakan dalam Kitab Raudhah (1/263). [Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki). Hlm. 204. al- Albani]

H/R Ahmad dan Thahawi dengan sanad sahih dan Bukhari dan M uslim tanpa lafadz 'ahlu baitihi' (anggota keluarganya).

“ Ya Allah, berikanlah rahmat kepada M uhammad dan keluarga M uhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [Ibrahim dan kepada] [ 301 ] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau M aha Terpuji lagi M ahaagung. Ya Allah, berikanlah kurnia kepada M uhammad dan keluarga M uhammad sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [Ibrahim dan kepada] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau M aha Terpuji lagi M ahaagung.” [ 302 ]

" Ya Allah, berikanlah rahmat kepada M uhammad dan keluarga M uhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim [dan keluarga Ibrahim]. Sesungguhnya Engkau M aha Terpuji lagi M ahaagung. Berikanlah kurnia kepada M uhammad dan keluarga M uhammad sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [Ibrahim dan] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau M aha Terpuji lagi M ahaagung.” [ 303 ]

M enurut Nasiruddin Al-Albani rahimahullah: Kata tambahan ini dst. terdapat dalam riwayat Bukhari, Thahawi, Baihaqi, dan Ahmad, serta Nasa'i. Ada beberapa sanad lain yang memuat lafaz-lafaz lainnya. Oleh kerana itu, janganlah Anda tertipu oleh pendapat Ibnul Qayyim dalam Kitab Jala'ul Afham halaman 198 yang mengikuti pendapat gurunya, Ibnu Taimiyah dalam Kitab Al-Fatawa (1/16). Beliau menyatakan bahawa tidak ada Hadis sahih yang menyebutkan lafaz 'Ibrahim' dan 'ali Ibrahim' bersama- sama, padahal saya telah mengemukakan kepada anda hadis yang sahih di atas. Ini adalah bukti salah satu faedah dari Kitab Sifat Solat ini. Secara teliti dikemukakan riwayat dan lafaz-lafaz bacaan solat yang sebelumnya tidak pernah dikemukakan orang. Kelebihan ini semua adalah rahmat dari Allah. Oleh kerana itu, hanya kepada- Nyalah kita bersyukur. Hal lain yang menunjukkan kesalahan Ibnul Qayyim adalah mengenai bacaan tasyahud no. 7 yang beliau nyatakan dha'if, padahal sebelumnya beliau sendiri menyatakan sahih. [Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki). Hlm. 204. al-Albani.]

H/R Bukhari, M uslim, Nasa'i, Humaidi, Ibnu M andah, dan dia menyatakan hadis ini telah disepakati sahihnya.

H/R Ahmad, Nasa'i, dan Abu Ya'la dengan sanad sahih.

" Ya Allah, berikanlah rahmat kepada M uhammad, [Nabi yang ummi], dan kepada keluarga M uhammad sebagaimana Engkau telah memberi rahmat kepada [keluarga] Ibrahim dan berilah kurnia kepada M uhammad, [Nabi yang ummi], dan keluarga M uhammad sebagaimana Engkau telah memberi kurnia kepada [keluarga] Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau M aha Terpuji lagi

M ahaagung." 304 [ ]

" Ya Allah, berikanlah rahmat kepada M uhammad, hamba- M u dan rasul-M u, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [keluarga] Ibrahim dan berilah kurnia kepada M uhammad, hamba-M u dan rasul-M u], [dan keluarga M uhammad] sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada Ibrahim [dan keluarga Ibrahim]. [ 305 ]

" Ya Allah, berikanlah rahmat kepada M uhammad, [kepada] para isterinya dan anak keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [keluarga] Ibrahim; dan berikanlah kurnia kepada M uhammad, [kepada] para isterinya, dan anak keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia

H/R M uslim, Abu Awanah, Ibnu Abi Syaibah, Abu Daud, dan Nasa'i, disahkan oleh Hakim.

H/R Bukhari, Nasai, Thahawi, Ahmad, Isma'il Al-Qadhi dalam Kitab Fadhlush Shalah 'alan Nabiyyi halaman 28.

kepada [keluarga] Ibrahim. Sesungguhnya Engkau M aha Terpuji lagi M ahaagung." 306 [ ]

" Ya Allah, berikanlah rahmat kepada M uhammad dan keluarga M uhammad dan berikanlah kurnia kepada M uhammad dan keluarga M uhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat dan kurnia kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau M aha Terpuji lagi M ahaagung." [ 307 ]