Lafaz Doa Ketika Sujud

2. Lafaz Doa Ketika Sujud

Kemudian berzikir atau berdoa dengan beberapa zikir dan doa yang telah diamalkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, antaranya:

203 " M ahasuci Tuhan Yang M ahatinggi" . (3 kali) [ ]

M embaca zikir ini sehingga berulang-ulang kali adalah sunnah, kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengulang bacaan zikir ini sehingga lama sujudnya mendekati lama berdirinya, sedangkan beliau membaca tiga surah yang panjang (Al-Baqarah, An-Nisaa dan Ali Imran). Juga diselangi dengan doa dan istighfar sebagaimana disebut dalam bab

solat malam. 204 [ ]

" M ahasuci Tuhanku Yang M ahatinggi dan segala puji bagi- Nya" . (3 kali) [ 205 ]

H/R Ahmad, Siraj dan Baihaqi dengan sanad sahih.

H/R Ahmad, Abu Daud, Ibnu M ajah, Daruqutni, Tahawi dan al-Bazzar serta Tabrani dari tujuh orang sahabat.

Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 178. al-Albani.

H/R Abu Daud, Daruqutni, Ahmad, Tabrani dan Baihaqi. M enurut al-Albani: Hadis sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm 178.

" M ahasuci lagi M ahakudus [ 206 ] Tuhan semua malaikat dan roh" . [ 207 ]

" M ahasuci Engkau wahai Tuhanku, Tuhan Kami, dan dengan 208 memuji-M u wahai Tuhan, berilah aku keampunan!" . [ ] Doa ini

sering dibaca dalam rukuk dan sujud kerana memenuhi perintah 209 Allah dalam al-Q uran. [ ]

" W ahai Tuhan! Hanya kepada-M u aku bersujud, hanya kepada-M u aku beriman dan hanya kepadamu aku berserah diri. Engkaulah Tuhanku, wajahku berserah diri kepada Tuhan yang telah menciptakan dan membentuknya dengan bentuk yang sebaik- baiknya. Tuhan yang telah membuka pendengaran dan penglihatan. M ahamulia Allah Pencipta yang sebaik-baiknya" . [ 210 ]

" W ahai Tuhan, ampunilah seluruh dosaku, baik yang kecil maupun yang besar, baik yang dahulu atau yang akan datang, baik yang terang-terang atau yang tersembunyi" . [ 211 ]

Kata Subbuh Quddus adalah salah satu sifat Allah Ta'ala kerana Allah sentiasa disucikan dan ditaqdiskan.

H/R M uslim dan Abu Awanah.

Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 179. al-Albani.

H/R Bukhari dan M uslim.

H/R M uslim, Abu Awanah, Tahawi dan Daruqutni.

H/R M uslim dan Abu Awanah.

" Bersujud kepada-M u fikiranku dan angan-anganku, beriman kepada-M u hatiku. Aku mengharapkan nikmat-M u kepadaku. Inilah kedua tanganku dan aku datang menyerahkan diriku dengan semua

kesalahanku" . 212 [ ]

" M ahasuci Tuhan Yang M aha perkasa dan memiliki segala kekuasaan, kebesaran dan keagungan " . [ 213 ]

" M ahasuci Engkau, wahai Tuhan segala puji bagi-M u tiada tuhan kecuali Engkau" . 214 [ ]

" Ya Allah! Ampunilah aku atas segala dosa yang kulakukan secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan" . [ 215 ]

H/R Ibnu Nashir, Bazzar dan Hakim, disahkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi.

H/R Abu Daud dan Nasa’i dengan sanad sahih.

H/R M uslim, Abu Awanah. Nasa’i dan Ibnu Nashr.

H/R Ibnu Abi Syaibah dan Nasa’i disahkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi.

“ W ahai Tuhan! M asukkan cahaya dalam hatiku, masukkan cahaya pada lisanku, masukkan cahaya pada pendengaranku, masukkan cahaya pada penglihatanku, dan letakkanlah cahaya di bawahku, letakkan cahaya di atasku, di sebelah kananku, di sebelah kiriku dan letakkanlah cahaya di hadapanku, letakkan cahaya di belakangku, dan letakkanlah cahaya di dalam diriku dan

tajamkanlah cahaya untukku" . 216 [ ]

" W ahai Tuhan! Dengan keredaan-M u aku berlindung dari kemurkaan-M u dengan pengampunan-M u aku berlindung dari siksa-M u, dengan perlindungan-M u aku berlindung dari ancaman- M u. Aku tidak sanggup menghitung pujian terhadap-M u sebagaimana Engkau memuji diri-M u sendiri" . [ 217 ]

Inilah doa-doa atau zikir-zikir yang dibaca oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam semasa sujud. Boleh dibaca mana-mana doa atau zikir semasa solat sunnah atau fardu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.