MUZIK SEBAGAI MEDIUM DAKWAH BERKSAN OLEH

MUZIK SEBAGAI MEDIUM DAKWAH BERKSAN
OLEH: WAN AHMAD FUAD BIN WAN AHMAD KAMIL

PENGENALAN
Apabila selesai konsert Kuala Lumpur Berselawat dengan penampilan lagu ‘Ya Hanana’
oleh Habib Syech yang dianjurkan sempena meraikan maulid Rasulullah saw, dapat kita lihat di
kaca televisyen atau secara ‘live’ di Dataran Merdeka tersebut sangat ramai masyarakat Malaysia
khususnya penduduk di Lembah Klang menghadiri konsert tersebut. Walaupun kita melihat
bahawa rata-rata yang naik di atas pentas itu ialah habib jemputan dengan berserban dan
berjubah, tapi itu tidak menghalang ramai orang tanpa mengira usia dan pangkat, terdiri dari
pelbagai latar belakang karier dan kerjaya, serta memakai pakaian yang beraneka daripada
berjubah dan berbaju melayu sehingga yang memakai jeans dan juga skirt datang menyaksikan
konsert selawat tersebut.
Selain itu kita juga boleh mendengar di corong radio lagu-lagu yang diputarkan walaupun
berunsur pop, rap& hip hop ataupun rock tetapi banyak mengandungi lirik-lirik berunsur
ketuhanan dan nasihat kepada pendengarnya. Contoh mudah yang dapat dilihat ialah
lagu‘Assalamualaikum’ oleh Faizal Tahir. Lagu ini mengandungi nasihat ringkas mengenai mesej
kedamaian yang dibawa oleh Islam, selain mengajak umat Islam memelihara kesucian Islam
daripada dihina dan diperlekehkan oleh orang lain serta menjaga keharmonian hidup
bermasyarakat dengan semua orang walaupun berbilang bangsa dan latar belakang di dunia ini.
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, walaupun berbeza latar belakang dan juga personaliti

seseorang (ada yang bertudung, ada yang tidak bertudung, ada yang berambut merah atau
1

perang, ada yang memakai kopiah, ada yang berambut pacak ala ala ‘punk’, ada yang botak
‘skinhead’ dan sebagainya), namun mereka semua datang ke konsert tersebut sambil menghayati
lirik-lirik lagu yang disampaikan.
Jika dibandingkan dengan ceramah atau kuliah agama yang dijalankan samada masjid
atau dewan, kebarangkalian untuk mendapatkan penonton seramai yang hadir di konsert tersebut
sangatglah tipis, mungkin hanya 1/3 daripada jumlah tersebut sahaja. Kenapa ini berlaku? Ini
kerana muzik didapati mempunyai pengaruh yang sangat tinggi di dalam jiwa manusia
berbanding ceramah atau kuliah biasa. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kanak-kanak kecil lebih
cepat menghafal lirik lagu berbanding nasihat oleh ibu bapa mereka sendiri. Di sini dapat dilihat
muzik boleh memainkan pengaruh yang besar untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat
Islam di Malaysia.

JIWA MANUSIA TERTARIK KEPADA MUZIK
Manusia diciptakan dengan fitrah semulajadi yang sama, iaitu suka kepada muzik
dan bunyi bunyian. Muzik atau bunyi bunyian dikatakan wujud seiring dengan kewujudan
manusia, dan telah menjadi satu elemen penting dalam kehidupan manusia. Lihat contoh Islam
menggunakan konsep azan untuk mengingatkan manusia apabila tiba waktu untuk menunaikan

solat kepada Allah swt. Di Malaysia, industri muzik ialah satu industri yang sangat
menguntungkan. Artis-artis akan mempunyai pengikut ramai, lagu-lagu mereka akan dihafal dan
dihayati oleh peminat-peminat. Pengaruh yang hebat sebegini sepatutnya digunakan oleh
pendakwah di Malaysia untuk lebih giat berdakwah melalui lagu.

2

Kita dapat lihat dalam 10 tahun kebelakangan ini banyak artis-artis menyanyikan lagulagu berunsur Islamik dan mempunyai nasihat tertentu diterima oleh masyarakat Malaysia, lebih
lebih lagi oleh Muslim Malaysia.Penulis lirik moden sejak kemunculan M. Nasir banyak
memasukkan nasihat dan teguran kepada masyarakat. Contohnya lagu menasihatkan mengenai
pasangan kekasih oleh In Team bertajuk ‘Kasih-Kekasih’:
“Sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’
Pelajari ilmu rumah-tangga agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahagia”

Lirik lagu sebegini mengajar remaja-remaja kita untuk menjaga perhubungan antara
lelaki dan perempuan agar tidak melebihi batasan syariat selagi tidak disahkan melalui ikatan
perkahwinan. Lagu sebeginilah yang mudah diterima remaja-remaja, sedap didengar dan senang
dihafal. Renung kembali sewaktu Raihan mula-mula terkenal dengan album selawat mereka.
Kita dapat lihat lagu Rakan Selawat- Maulid menjadi siulan anak-anak muda, sekali gus

mengajak mereka untuk berselawat kepada Rasulullah saw.

LAGU DAN DAKWAH

Jika diperhatikan, pengaruh lagu sangat berkesan untuk masyarakat Muslim di Malaysia,
khususnya dalam mengembangkan syiar Islam. Lagu-lagu berunsurkan dakwah yang menjadi
kegemaran dan siulan pemuda pemudi di Malaysia datang dalam pelbagai kategori. Kategori
tersebut ialah seperti :

3

1. Nasihat dan motivasi dalam kehidupan (lagu Raihan-Demi Masa, Syukur, Maher ZainNumber One for Me, KRU-Ampuniku, Assalamualaikum- Faizal Tahir, Mirwana – Aku
tanpa cintaMu),
2. Menceritakan sirah kehidupan Rasulullah, sejarah umat terdahulu dan juga sejarah umat
Islam (Far East-Al Hambra, Raihan-Ashabul Kahfi, Tihamah, Hijjaz- Rasulullah, Dia
Kekasih Allah, Mestica- Siratunnabi, Luqman al-Hakim, Salahuddin al-Ayubbi, DaqmieTangis Sebatang Tamar, Habib Syech- Ya Hanana),
3. Mengajak umat Islam untuk berselawat ke atas junjungan Rasulullah saw (In Team- Nur
Selawat, Hijjaz- Tolaal badrul Alaina, UNIC -Muhammad Ya Nabiyyina, Nur
Muhammad, Raihan- Rakan Selawat),
4. Lagu yang menyemarakkan semagat perjuangan (Mestica- Kembali Gemilang, Shoutul

Amal- Amalulillah, Rabbani- Intifada, Hijjaz-Briged al-Qassam),
5. Unsur persahabatan, cinta remaja dan perkahwinan (UNIC-Hanya Tuhan yang tahu, Insan
bernama kekasih, satu pertemuan, In Team-Bisikan Nurani, Kasih Kekasih, HijjazPermaisuri Hatiku, Firdaus-Cinta dan Harapan) dan lain-lain lagi.

Lagu lagu sebegini banyak memberi kesan dan manfaat kepada pendengar kerana selain
ianya senang diulang sebut di bibir masyarakat Malaysia, lirik yang elok boleh memberi
kesedaran dan teguran kepada pendengarnya untuk insaf dan memperbaiki diri. Mungkin mereka
ini payah untuk pergi ke surah atau mendengar kuliah, akan tetapi lagu dengan lirik yang
bertepatan boleh mengguris jwa dan membantu mereka membaiki diri. Bukankah ada kata-kata
daripada Imam al-Ghazali yang menyebut: “Kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang”. Jadi

4

lagu-lagu ini boleh menjadi alternatif kepada kuliah dan ceramah untuk masyarakat Muslim
mencari inspirasi dan memperbaiki diri.

HUKUM BERMAIN ALATAN MUZIK DAN MENDENGAR NYANYIAN

Ulama telah berselisih pendapat megenai hukum muzik, samada bermain alatan muzik,
ataupun mendengar nyanyian. Dua pandangan utama ulama berkenaan muzik ini ialah samada

ianya harus ataupun haram. Di sini kita akan membincangkan kedua-dua pendapat mengikut
skop ilmiah masing-masing.

PANDANGAN 1: PANDANGAN ULAMA YANG MENGATAKAN HARAM MUZIK

Ulama yang mengatakan hukum muzik ialah haram bersandarkan kepada dalil al-Quran dan
hadith. Di dalam Quran, Allah swt telah berfirman maksudnya:
Dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada
cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat
menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan
sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai
ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.(Surah
Luqman: 6)
Daripada ayat ini, perkataan ‘lahwal hadith’ di sini dimaksudkan sebagai muzik dan
nyanyian. Tafsiran sebagai nyanyian ini disokong oleh beberapa ulama seperti Ibn Mas’ud, Ibnu
Umar dan Ibn ‘Abbas, sebahagian ulama dari Mazhab Syafie dan lain-lain lagi. Selain itu ulama
yang mengharamkan muzik ini juga berdalilkan daripada firman Allah swt yang lain:

5


Dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya
sambil berkata: “Bagi Kami amal Kami dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat
Tinggalah kamu; Kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang Yang jahil”. (Surah
al-Qasas: 55)
Lagha atau melalaikan di sini disandarkan kepada nyanyian dan muzik. Selain ayat
Quran ini, didatangkan juga dalil hadith sebagai penguat hujah

ini. Golongan ulama ini

bersandarkan kepada hadith daripada Sahih Bukhari yang bermaksud:

“Benar-benar akan ada di kalangan umatku kaum-kaum yang menghalalkan zina, sutera
(bagi lelaki), khamr (arak), dan muzik.” (Riwayat Al-Bukhari dengan lafaz yang tegas)
Daripada hadith ini ada satu kalimah al-Maazif. Ulama berselisih pendapat mengatakan
bahawa perkataan al-Maazif ini boleh membawa maksud nyanyian atau alat muzik. Selain itu,
dinukilkan juga bahawa Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ada menyebut bahawa sebab
pengharaman alat muzik ialah kerana pada zaman beliau itu alat muzik menjadi simbol kepada
golongan peminum arak pada masa itu

PANDANGAN 2: ULAMA YANG BERPEGANG KEPADA HARUSNYA MUZIK DAN

NYANYIAN.

Pandangan kedua ulama berkenaan muzik ini ialah mengatakan bahawa hukum muzik
ialah harus, namun dengan syarat ianya mestilah tidak melanggar syariat Islam yang asas, iaitu
tidak melalaikan dan tidak menjauhkan pendengar dan pemain alatan muzik daripada Allah swt
dan Islam.

6

Ulama yang mengharuskan muzik seperti Imam Ibn Hazm, Ibn al-Arabi, Dr. Yusuf alQardawi dan lain-lain lagi menyebut bahawa ayat-ayat al-Quran yang ditafsirkan mengharamkan
muzik daripada surah Luqman (ayat 6) dan al-Qasas (ayat 55) tidak tepat ditafsirkan terus kepada
muzik, akan tetapi umum dan merujuk kepada semua perkara. Dalam konteks dalil al-Quran dan
hadith, tiada satu dalil khusus yang boleh dikatakan merujuk kepada pengharaman muzik seperti
dalil pengharaman arak dan khinzir.

Selain itu, mereka juga berdalilkan hadith daripada Aisyah r.a:

“Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah
‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang
menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan

Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda:
“Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini
adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadith ini juga didatngkan dengan satu hadith lain riwayat Ummul Mukminin Aisyah ra yang
menyebut mengenai muzik:

Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku
tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau
ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada
belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani
Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata
kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau
begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).
Kedua dua hujah ini menjadi dalil bagi ulama-ulama yang mengatakan bahawa hukum
muzik ialah harus dan bukanlah haram, ini kerana tiada larangan atau tegahan secara langsung
daripada Rasulullah saw tentang muzik ini.
7

IMPAK MUZIK KEPADA DAKWAH ISLAM


Lihat sahaja bagaimana impak muzik kepada dunia kita sekarang. Apabila munculnya
Raihan, Rabbani, Brothers dan Hijjaz pada awal 90 an dahulu, maka masyarakat Malaysia kita
mempunyai alternatif kepada muzik rock dan punk yang dibawa oleh Barat. Himpunan selawat,
nasihat dan kisah-kisah Nabi menjadi siulan di bibir-bibir anak muda pada masa itu. 10 tahun
kemudian muncul pula kumpulan nasyid moden seperti In Team, Mirwana, UNIC dan
sebagainya pula membawa genre lagu cinta remaja berkonsepkan Islam. Tidak dinafikan bahawa
ramai yang mengkritik tetapi ramai yang tidak dapat melihat impak sebenar yang dibawa
mereka. Lagu-lagu berunsurkan cinta dan remaja islamik ini memberi pesanan dan teguran
kepada anak-anak muda di samping mengajak mereka kepada Ilahi, lebih baik daripada terus
lalai mendengar muzik rock seperti Innuendo, KRU, Wings dan sebagainya.
Sekarang dapat dilihat muncul pula pemuzik Muslim Barat yang membawa muzik
berunsur Islam dalam bahasa Inggeris seperti Irfan Makki, Maher Zain, Yusuf Islam (Cat
Stevens), DeenSquad dan lain-lain lagi. Muzik yang dibawa oleh mereka berunsur moden dan
dengan dibuat di dalam bahasa Inggeris, maka penerimaannya lebih global dan menjadi satu
usaha dakwah yang mudah di seluruh dunia, sekali gus mempromosikan Islam sebagai sebuah
agama menyeluruh dan fitrah. Bukan menafikan usaha pendakwah, akan tetapi jika dilihat dari
satu sudut, ceramah dan kuliah mungkin boleh menarik sebahagian orang sahaja untuk
mendengarnya. Muzik pula lebih senang untuk mendekati seluruh pelusuk masyarakat kerana
bunyi dan lirik yang betul boleh menarik pendengar untuk menghayati setiap tutur kata yang
disampaikan.


8

KESIMPULAN

Walaupun ada yang mengkritik dan mengatakan bahawa muzik bukanlah satu perkara
penting di dalam kehidupan manusia, akan tetapi kita sebagai muslim yang professional harus
lebih terbuka dan berlapang dada dalam setiap isu. Kita sebagai umat Islam tidak harus berlawan
dan berkhilaf dalam isu remeh temeh seperti bacaan qunut, tahlil arwah, muzik boleh atau tidak
dan sebagainya. Akan tetapi kita harus meletakkan satu target atau pencapaian tertinggi untuk
menaikkan dan memartabatkan Islam di mata dunia. Jika salah satu cara untuk mempromosikan
dakwah Islam ini ialah melalui muzik, maka kita aplikasikan penggunaan muzik ini kepada
bukan Muslim dengan sebaiknya agar mendapat pahala dan keredhaan Allah swt.

9