Bahan-sokongan-modul-pdp-sistem-rangkaian-dan-dunia-internet-bhg-3

TAHUN

5
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Kurikulum Standard SekolahRendah

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA
INTERNET
3.0MENGENALINTERNET

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

22

MODUL SRDI 3
Standard
kandungan:

3.0 Mengenal Internet


3.1 Menyatakan maksud Internet
Standard
pembelajaran:

3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet

Masa:

60 minit

NOTA RUJUKAN
1. Apa itu Internet?
Internet adalah rangkaian jaringan komputer yang terbesar
di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di
seluruh dunia. Banyak organisasi termasuk agensi kerajaan,
swasta, institusi pendidikan dan individu yang
telah
disambungkan ke Internet.
Masyarakat di seluruh dunia menggunakan internet setiap
hari untuk urusan seperti berikut:

• Berkomunikasi dalam talian
• Mengakses pelbagai sumber maklumat, berita, dan
penemuan penyelidikan
• Membeli-belah bagi barangan dan perkhidmatan
• Perbankan elektronik
• Mengikuti kelas pembelajaran maya
• Mengakses sumber seperti permainan dalam talian,
video, buku dan majalah
• Berkongsi maklumat

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

23

2. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet
2.1 Perkhidmatan Capaian Maklumat
• Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol : FTP)
FTP membolehkan pengguna memindah fail dengan
mudah diantara dua komputer yang berada dalam
jaringan komputer.

• Muat turun
Dirujukkan sebagai memindah-terima fail atau kadang
kala disebut sebagai memuat turun fail. Ini kerana
Internet menjadi sumber kepada pelbagai fail-fail lain
termasuk permainan, grafik, font, bunyian, muzik, video
dan lain-lain.
2.2 Perkhidmatan Carian Maklumat (enjin carian)
Disebut enjin carian atau search engine . Ia digunakan
untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan lebih
pantas. Terdapat beberapa enjin carian iaitu :
• Yahoo (www.yahoo.com)
• Google (www.google.com)
• Bing (www.bing.com)
2.3 Perkhidmatan Komunikasi
Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan yang
boleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi iaitu :
• E-mel
• Laman sosial
• Blog


KEPERLUAN PERISIAN
Microsoft Office

MS Word, MS PowerPoint

Internet Explorer
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

24

KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer
LCD

AKTIVITI 1
Langkah 1: Guru mewujudkan satu situasi.
Contoh:

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET


25

• Marina adalah seorang remaja yang ingin
mengikuti perkembangan fesyen terkini.
Bagaimanakah dia boleh mengetahui tentang
perkara tersebut?
Langkah 2 : Sesi Simulasi ( lakonan)
a. Guru memilih beberapa murid untuk memainkan
watak yang terdapat di dalam situasi.
• Marina watak utama
• Kavitha rakan Marina yang arif sedikit
mengenai internet.
• Jacyntha rakan Marina dan Kavitha yang
selalu melayari internet dan
menambah lagi pernyataan
Kavitha.
b. setiap watak diberikan penerangan mengenai
watak yang dilakonkan oleh 3 watak tersebut.
c. Setelah selesai, murid ditanya apakah masalah
Marina sudah dapat diselesaikan? Bagaimana ia

dapat diselesaikan?
d. Guru membuat rumusan bahawa Internet adalah
satu sumber maklumat yang tiada sempadan
untuk diterokai.
Langkah 3 : Guru menerangkan perkhidmatan-perkhidmatan
Internet yang biasa digunakan menggunakan slaid
persembahan.

AKTIVITI 2
Arahan : Guru hendaklah memastikan komputer murid di dalam
keadaan bersedia.
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

26

1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Satu kumpulan mempunyai maksima 5 orang ahli.
2. Setiap kumpulan diberi beberapa situasi yang berbeza.
i.
Anita telah diberi tugas mencari maklumat

mengenai kelebihan dan kekurangan penggunaan
komputer selain mengepilkan imej di dalam kerja
kursus di sekolah.
ii.
Rajiv seorang penggemar muzik. Dia ingin memuat
turun lagu dan klip video terbaru terkini.
iii.
En. Lim merupakan seorang guru di salah sebuah
sekolah di Saritok, Sabah. Beliau merasakan
tertinggal di dalam maklumat terkini mengenai
pendidikan zaman sekarang.
iv.
Cassandra berasa begitu sunyi berada di rumah
pada hujung minggu kerana ibu bapanya selalu ke
luar negara di atas urusan kerja. Dia ingin
berinteraksi dengan rakannya tetapi tidak suka
melepak di luar rumah.
3. Guru memberi beberapa laman web untuk setiap kumpulan
dan menyesuaikan laman-laman tersebut selain memberi
justifikasi kepada pilihan mereka.

www.yahoo.com
i.
ii.
www.4shared.com
iii.
www.moe.gov.my

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

27

PENILAIAN
1. Apakah maksud Internet?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Tanda (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan
yang salah.
a. Internet boleh dilayari di atas talian dan juga luar talian. (


)

b. Internet boleh dilayari oleh semua individu termasuklah organisasi
kerajaan dan swasta. (
)
c. Perkhidmatan membeli dan menjual barang tidak boleh dilakukan
di dalam talian Internet. (
)
d. Kita boleh menghantar e-mel kepada rakan walaupun kita tidak
ada akaun e-mel. (
)
e. Kita boleh memuat turun dan memindah fail melalui Protokol
Pindahan Fail. (
)
f. Pencarian di perkhidmatan carian maklumat boleh dimulakan http://
dan www. (
)
g. Kita boleh berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan rakanrakan luar negara melalui e-mel dan juga blog. (
)
h. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet termasuklah seperti mengikuti

kelas, membeli-belah dan berkomunikasi bersama rakan-rakan.( )

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

28

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Modul:
Standard
Kandungan:

DI 3

Standard
Pembelajaran:


3.1 Menyatakan maksud Internet.
3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet.

Bil

3.0 Mengenal Internet.

Perkara yang dinilai

Pencapaian
Ya
Tidak

Menyatakan maksud Internet
Menyenaraikan perkhidmatan
Internet
KEPUTUSAN
TARIKH

Catatan

1
2

Nama Guru:
Disahkanoleh:

(CAPAI / TIDAK CAPAI)

Tandatangan&Tarikh
Tandatangan&Tarikh

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

29