Bidang Kajian Ekonomi

Bidang Kajian Ekonomi
PENGENALAN
definisi ilmu ekonomi:
"Ilmu ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat
atau tinkah laku manusia (individu dan masyarakat) dalam mengurus sumber
ekonomi yang terhad (tanah, buruh, modal dan usahawan) bagi
memenuhi kehendak yang tidak terhad".
Perkara utama yang dibincangkan dalam ilmu ekonomi ialah berkaitan:
1. masalah kekurangan sumber, berbanding
2. kehendak manusia yang tidak terhad.

Manusia sentiasa merasakan pulangan daripada sumber yang dimilikinya tidak
cukup untuk memenuhi kehendak atau keinginan semasanya.
Buruh: memiliki sumber dalam bentuk Tenaga fizikal atau mental yang
disumbangkan dalam aktiviti ekonomi dan akan mendapat ganjaran dalam bentuk
upah. Contoh buruh ialah doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain.
Ganjaran yang diperolehi hanya cukup untuk memenuhi keperluan hidup seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Usahawan : memiliki kepakaran untuk menggabungkan faktor pengeluaran iaitu
buruh, tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Pengusaha
akan menerima ganjaran dalam bentuk keuntungan dan menanggung risiko

kerugian.
Contohnya, pengusaha kilang, peniaga, peruncit dan pemborong.
Tanah : Anugerah Alam semula jadi yang dimiliki oleh individu dan merupakan
bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran. pemilik sumber alam
akan menerima Ganjaran dalam bentuk sewa. Contohnya, bahan galian, hasil laut
dan khazanah hutan.
Modal : Merupakan Wang atau lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan. Ia boleh dikelaskan kepada dua kategori:
1. modal fizikal : iaitu peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan barang
lain. contohnya seperti jentera dan peralatan
2. modal kerja : iaitu sumber dalam bentuk wang tunai (untuk membeli input),
stok dan bahan mentah yang diproses untuk menghasilkan barang-barang
dan perkhidatan.
Ganjaran kepada pemilikan modal adalah faedah.
BIDANG KAJIAN EKONOMI
Ilmu ekonomi dibahagikan kepada dua iaitu Mikroekonomi dan Makroekonomi

Mikroekonomi
Juga dikenali sebagai teori harga (harga input dan harga output).Mengkaji unit atau
bahagian kecil dalam pengajian ekonomi iaitu gelagat pengguna, pengeluar dan

industri. Kajian tertumpu kepada interaksi pembeli dan pengeluar untuk menentukan
tingkat harga dan kuantiti barang dalam pelbagai pasaran. Pengguna akan cuba
mencapai tingkat kepuasan yang maksima, pengeluar akan cuba mencapai
keuntungan yang maksima.
Makroekonomi
Kajian terhadap ekonomi secara menyeluruh dan agregat. Mengkaji aspek penentu
kegiatan ekonomi sesebuah negara iaitu berkaitan pendapatan negara,
pertumbuhan ekonomi, inflasi, guna tenaga dan pengangguran, imbangan
pembayaran. Petunjuk-petunjuk ekonomi ini penting bagi menentukan dasar dan
perancangan ekonomi sesebuah negara untuk meningkatkan taraf hidup dan
kebajikan penduduk.

Perbandingan kajian Mikroekonomi dan Makroekonomi
aspek

Mikroekonomi

Skop

Matlamat


Kecil

Besar

Mengkaji kegiatan dan masalah
Mengkaji interaksi pengguna,
ekonomi yang lebih luas dan
pengeluar dan industri dalam
menyeluruh. Menilai dan
pelbagai pasaran untuk
pelaksanaan dasar aktiviti ekonomi
mencapai matlamat masingsesebuah negara untuk mencapai
masing. Menyelesaikan masalah peningkatan dalam pendapatan
asas ekonomi iaitu apa, berapa, negara, pertumbuhan ekonomi,
bagaimana dan untuk siapa
guna tenaga, imbangan
dikeluarkan.
pembayaran dan mengatasi
masalah inflasi dan pengangguran.

Output firma / industri


Kuantiti baju yang
dihasilkan oleh firma A



Kuantiti pakaian yang
dikeluarkan oleh industri
tektil.

Pengeluaran

Harga

Makroekonomi

Harga satu barang dan
perkhidmatan.


Nilai Keluaran Negara


Nilai keluaran sektor kedua



Pertumbuhan keluaran
negara

Tingkat harga umum




Harga baju

Indeks harga pengguna




Harga makanan

Agihan pendapatan

Pendapatan



Kadar inflasi



Nilai wang

Pendapatan Negara




Upah,



Pendapatan Perkapita



sewa,



Pendapatan benar



bunga dan




Imbangan pembayaran



untung

Penggunaan faktor pengeluaran Guna tenaga dan pengangguran
dalam sebuah firma/industri
 Jumlah Guna tenaga
 bilangan input berubah
 Kadar Pengangguran
Guna Tenaga
(buruh)


kecekapan input pada
setiap tingkat keluaran