24 dan  mendorong  murid  untuk  belajar.    Didik
hibur  dilaksanakan  mengikut  konteks  isi kandungan
mata pelajaran
serta menggunakan  kepelbagaian  strategi  dan
bahan  pengajaran  dan  pembelajaran  yang dapat menimbulkan cabaran, rasa ingin tahu,
kawalan,  fantasi,  kerjasama,  persaingan sihat  dan  pengiktirafan.    Pendekatan  ini
dilaksanakan  merentas  kemahiran  bahasa iaitu
kemahiran mendengar,
bertutur, membaca,  menulis,  aspek  seni  bahasa  dan
aspek tatabahasa.
6.4.3  Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah
ialah aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran yang
melibatkan  masalah  berbentuk  perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau
penggunaaan  kemahiran  matematik  dalam situasi  sebenar.  Murid  perlu  menggunakan
kemahiran,  prinsip  dan  teori  yang  telah mereka
pelajari untuk
menyelesaikan masalah
yang diberikan.
Kaedah ini
menggalakkan  murid  berfikir  kritis  dan kreatif.
6.4.4  Pembelajaran Berasaskan Projek
Murid  menggunakan  maklumat  lama  dan baharu  untuk  menghasilkan  sesuatu  yang
nyata.  Kaedah  ini  melibatkan  murid-murid mengkaji  sesuatu  isu,  menyiasat  dan
mempersembahkan  dapatannya.  Ini  juga dapat
membantu guru
menilai perkembangan  atau  kualiti  pembelajaran
murid.  Murid  lebih  bermotivasi  kerana  dapat menghasilkan sesuatu produk.
6.4.5  Pembelajaran Koperatif
Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan  yang  membolehkan  murid  belajar
bersama-sama, saling
belajar dan
membantu  antara  satu  sama  lain  untuk menyelesaikan
sesuatu tugasan.
Ahli kumpulan  bekerja,  berkongsi  idea,  bahan
dan  peralatan  untuk  mencapai  matlamat sendiri
dan kumpulan.
Pembelajaran koperatif  ini  dapat  menghasilkan  satu
tugasan  kumpulan,  di  samping  mewujudkan interaksi  antara  murid,  kerjasama  dan
semangat berpasukan yang kuat.
6.4.6  Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai
dapat mengembangkan  potensi  kecerdasan,  minat
dan  kecenderungan  murid  kerana  setiap individu
mempunyai kecerdasan
dan kebolehan
yang berbeza.
Kecerdasan pelbagai  merangkumi  kecerdasan  verbal
linguistik,  logik  matematik,  muzik,  kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan
naturalis.
6.4.7  Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran  kontekstual  ialah  kaedah pembelajaran  yang  mengaitkan  isi  pelajaran
25 dengan
pengalaman harian
individu, masyarakat
dan alam
pekerjaan. Pembelajaran
berlaku apabila
murid berupaya  menghubungkaitkan  pengetahuan
baharu  secara  bermakna  dan  menghayati kerelevanan  pembelajaran  dalam  kehidupan
mereka.
6.4.8  Pembelajaran Konstruktivisme