Kem Pelajaran Close 31 Dis 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(Ministry of Education Malaysia)

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(Human Resource Management Division)

ARAS 1-5 Dan 14, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Telefon
: +603-8884 6000 (Talian Umum)
Faks
: +603-8888 6292
Laman Web : http://www.moe.gov.my

Ruj. Kami : KP (PP) 0022/4/9 (18)
Tarikh

:


24 Zulhijjah 1431 H
30 November 2010

SEMUA WARGA KPM
Y. Bhg. Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 DI BAHAGIANBAHAGIAN DAN JABATAN-JABATAN PELAJARAN NEGERI DI SEMENANJUNG
MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y. Bhg.
Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini akan mengadakan urusan pengambilan
Pembantu Am Pejabat Gred N1 bagi mengisi kekosongan di semua agensi di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.
Untuk makluman Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, semua permohonan perlu
dibuat secara atas talian (on line). Iklan dan borang permohonan boleh didapati melalui laman
web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL http://www.moe.gov.my yang akan dibuka
mulai 03 Disember 2010 sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2010. Sehubungan
dengan itu, Bahagian ini memohon kerjasama pihak Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan
agar dapat membuat hebahan iklan kekosongan jawatan tersebut di Bahagian/Jabatan masingmasing.

4.
Untuk makluman Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, bersama-sama surat ini
dilampirkan sesalinan iklan kekosongan Jawatan Pembantu Am Pejabat Gred N1 sebagai
rujukan.
Di atas segala kerjasama Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berikan di dalam hal
5.
ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(FARIDATUL AKMAR BINTI MAT TAIB)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
**This is a computer generated letter, no signature is required**

1 MALAY“IA , RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa terdiri daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk
mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:1.

a)

Jawatan

:

Pembantu Am Pejabat Gred N1

b)

Agensi

:

Kementerian Pelajaran Malaysia


c)

Kumpulan

:

Sokongan

d)

Klasifikasi

:

Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

e)

Kekosongan


:

Di Bahagian/Jabatan, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di
seluruh Malaysia

Jadual Gaji

:

Gred N1:

2.

P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82

3.


4.

a)

b)

Elaun

Kemudahan

:

:

i)

Imbuhan Tetap Khidmat Awam – RM 95.00;

ii)


Imbuhan Tetap Perumahan – RM180.00;

iii)

Bayaran Tetap Insentif Wilayah (jika berkenaan);

iv)

Elaun Bertugas Rasmi; dan

v)

Bantuan Sara Hidup (COLA)

i)

Cuti Rehat (20 hari setahun);

ii)


Faedah Rawatan Perubatan ;
(diri, isteri/suami, anak-anak dan ibubapa);

5.

Syarat Lantikan

:

iii)

Pinjaman Perumahan;

iv)

Pinjaman Komputer; dan

v)

Faedah Persaraan (Berpencen)/ Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-

Lantikan Terus :
i)

Terdiri daripada warganegara Malaysia.

ii)

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan

iii)

a) Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah
b) Berpelajaran di peringkat Sekolah Rendah
Bantuan Penuh Kerajaan ATAU kelayakan

yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
dan,
c) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam
Bahasa Malaysia dengan baik
( Gaji permulaan ialah pada Gred : P1T2 )

6.

Penetapan
Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N1
boleh ditetapkan oleh pihak Berkuasa Melantik
berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja
berkaitan.

:

7.


Taraf Jawatan

:

Tetap

Tempoh Percubaan

:

Pembantu Am Pejabat Gred N1 yang dilantik adalah
dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama
1 hingga 3 tahun.

8.

Kursus
Induksi/
Peperiksaan

9.

Penaklukan Di Bawah
Syarat-Syarat Skim
Perkhidmatan

Pembantu Am Pejabat Gred N1 dalam tempoh percubaan
adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi
yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang
berkenaan.
:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu
Am Pejabat adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim
Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta
pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke
semasa.

10. CARA MEMOHON
10.1

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan atas talian yang
boleh di layari di http://www.moe.gov.my

11. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
11.1

Tarikh tutup permohonan adalah 31 Disember 2010 .

12. MAKLUMAT TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga;
b) Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
perbelanjaan yang terlibat bagi calon-calon yang akan menghadiri temuduga ini;
c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh
tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya;