PERKEMBANGAN REMAJA

LAMPIRAN 40 PERKEMBANGAN REMAJA

Contoh soalan perbincangan:

1. Apakah punca masalah keretakan hubungan kekeluargaan?

2. Apakah kesan keretakan hubungan kekeluargaan kepada anak-anak?

3. Apakah langkah-langkah untuk mewujudkan keluarga yang bahagia?

4. Apakah peranan rakan sebaya untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah kekeluargaan?

5. Apakah faktor-faktor yang membawa kebahagiaan di dalam institusi kekeluargaan.

6. Apakah tanggungjawab anda sebagai anak?

164 Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee| BPSH KPM

Bidang :

Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

Tajuk :

Salasilah Keluarga.

Objektif :

Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. mengenali salasilah keturunan kedua ibu bapa.

2. menghargai tanggungjawab ibu bapa dan ahli keluarga.

3. menyedari tanggungjawab diri terhadap keluarga.

Lembaran kerja. (Lampiran 41)

Langkah :

1. Mentor menceritakan mengenai hal ehwal keluarga sendiri.

2. Mentor bertanya mentee mengenai keluarga mereka.

3. Mentor menegaskan ada orang yang mempunyai keluarga dan ada orang yang tidak mempunyai keluarga.

4. Mentor menekankan konsep syukur dan kasih sayang.

5. Mentor meminta mentee menulis nama ahli keluarga mereka mengikut salasilah keluarga berpandukan kertas edaran.

6. Mentee membina pokok salasilah keluarga mengikut sebelah bapa dan sebelah ibu.

7. Mentor memilih beberapa contoh dan paparkan di papan putih.

8. Mentor bersoal jawab mengenai hubungan kekeluargaan di dalam keluarga.

9. Mentee menulis sepucuk surat kepada ibu mereka sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan kasih sayang yang telah mereka berikan.

Falsafah :

1. Keluarga bahagia asas pembentukan masyarakat hormoni .

2. Keluarga cemerlang, masyarakat gemilang, negara terbilang.

BPSH KPM |Modul Program Mentor Mentee 165

LAMPIRAN 41 Nama datuk sebelah bapa

:_______________________________ Nama nenek sebelah bapa

:_______________________________ Nama bapa sebelah ibu

:_______________________________ Nama nenek sebelah ibu

:_______________________________ Nama Bapa

:_______________________________ Nama Ibu

:_______________________________ Nama bapa saudara sebelah bapa :______________________________ Nama ibu saudara sebelah bapa

:_______________________________ Nama bapa saudara sebelah ibu

:_______________________________ Nama ibu saudara sebelah ibu

Contoh Pokok Keluarga:

Datuk Nenek Datuk Nenek

Bapa Ibu

Adik beradik

anak saudara Anak saudara

166 Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee| BPSH KPM

Bidang :

Perkembangan Sahsiah Diri Murid.

Tajuk :

Tegas Diri.

Objektif :

Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. menyenarai hak peribadi masing-masing.

2. meneliti hak asertif mereka.

3. menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

kertas latihan diskriminasi asertif . (Lampiran 42)

Langkah :

1. Mentor menerangkan kepada mentee definisi:

a. submesif / permesif.

b. agresif.

c. asertif.

2. Mentor mengedarkan lembaran kerja kepada mentee. (Lampiran 42).

3. Mentor membimbing mentee mengisi maklum balas asertif, submesif atau agresif dalam lampiran 42.

4. Mentor dan mentee membuat rumusan aktiviti yang telah dijalankan.

Falsafah : Mempertahankan hak peribadi yang berkaitan dengan agama, moral, maruah, harta dan tanah air adalah menjadi kewajipan setiap insan.

BPSH KPM |Modul Program Mentor Mentee 167

LAMPIRAN 42 Definisi Submisif/

: Menghormati hak orang lain, Permisif (S) Mengabaikan hak sendiri.

Agresif (AG) : Menghormati hak sendiri,

Mengabaikan hak orang lain.

Asertif (AS) : Menghormati hak sendiri,

Menghormati hak orang lain. LATIHAN DISKRIMINASI ASERTIF

Di bawah ini terdapat senarai situasi dan respon. Di tepi maklum balas tandakan AS jika anda fikir responnya ASERTIF, S jika anda fikir ianya SUBMISIF dan AG jika anda fikir ianya AGRESIF

SITUASI

RESPON (AS / S / AG)

1. Seorang murid lain minta pinjam kertas tulis Awak selalu suka menipu ( ) dari anda

2. Kawan anda menyampuk anda bercakap. Minta maaf, saya hendak bercakap lagi ( )

3. Seorang ahli keluarga anda suruh anda buat Ya, Ok, saya sedang membuat kerja sekolah

kerja rumah semasa anda membuat kerja

sekarang ( )

sekolah.

4. Anda sedang menunggu layanan di kaunter Anda terdiam, Cuma menarik nafas panjang bila seorang melintas dan pergi depan anda

dan menerima layanan.

5. Seorang ahli pasukan bola sepak / bola jaring anda menuduh anda tidak bermain

Saya fikir ini bukanlah teguran yng sihat, saya bersungguh-sungguh dalam pertandingan

fikir saya telah bermain dengan baik ( ) yang lepas.

6. Seorang kawan meminta nasihat atas masalah Bagaimana saya tahu apa yang awak buat / peribadinya.

itu adalah masalah anda ( )

7. Anda terlibat dalam lumba haram. Seorang Saya marah kerana dia mengambil tahu hal rakan telah menasihati anda

saya ( )

8. Saya mendapat berita kematian orang Saya menangis hingga teresak-esak ( ) tersayang

Bapa saya telah memarahi saya kerana Saya fikir bapa saya keterlaluan kerana bercinta dengan rakan di sekolah

menghalang cinta saya ( )

Seorang kawan telah bertanya sesuatu semasa Saya berhenti mendengar guru mengajar anda sedang mendengar guru mengajar

untuk melayan pertanyaan rakan ( )

168 Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee| BPSH KPM

Bidang :

Peningkatan Disiplin Diri Murid.

Tajuk :

Jati Diri Remaja.

Objektif :

Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. membina ketahanan diri.

2. mempunyai asertif kendiri yang tinggi.

1. Mentor mendapatkan pandangan mentee tentang imej jati diri remaja yang unggul.