PKMM MENGHARGAI DAN DIHARGAI PETUNJUK : PDDM - PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID PSDM - PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID PKMM

6 PKMM MENGHARGAI DAN DIHARGAI PETUNJUK : PDDM - PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID PSDM - PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID PKMM

- PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID PKM

PENDIDIKAN KERJA MURID

Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee| BPSH KPM

Bidang :

Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

Tajuk :

Membina Hubungan.

Objektif :

Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. mengenali dan memahami dengan lebih baik di antara satu sama lain.

2. menerima individu dengan terbuka dan mewujudkan hubungan yang mesra dan jelekit dalam kelompok.

1. Mentee diminta untuk melukis gambar ahli keluarganya dan bercerita tentang gambar secara ringkas kepada ahli kelompok dalam sesi perkenalan.

2. Mentor memperkenalkan diri diikuti oleh mentee dalam kelompok berdasarkan latarbelakang keluarga, tarikh lahir, minat, akademik dan nama panggilan mesra.

3. Mentor dan mentee menggunakan nama panggilan mesra yang sesuai dalam kelompok.

Falsafah :

Tak kenal maka tak cinta.

BPSH KPM |Modul Program Mentor Mentee 203

Bidang :

Pembangunan Sahsiah Diri Murid.

Tajuk :

Sekolah Yang Ku Cintai.

Objektif :

Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. menanam rasa cintakan sekolah.

2. meningkatkan kesedaran untuk mengamalkan budaya penyayang.

Kertas A4, senikata lagu sekolah.

Langkah :

1. Mentor meminta mentee untuk menyanyikan lagu sekolah.

2. Mentor menerangkan kepada mentee tentang keperluan dan kepentingan untuk mencintai sekolah.

3. Mentor dan mentee membincangkan cara-cara mudah untuk memberi sumbangan kepada sekolah; contohnya, menjaga kebersihan sekitar kawasan sekolah dan menjaga harta awam sekolah.

4. Mentor membuat rumusan berkaitan amalan budaya penyayang untuk mencintai sekolah.

Falsafah :

Di mana bumi pijak di situ langit dijunjung.

204 Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee| BPSH KPM

Bidang :

Pembangunan Sahsiah Diri Murid.

Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. membezakan pergaulan yang positif dan negatif.

2. meningkatkan kesedaran untuk menjaga diri melalui adab pergaulan yang positif.

1. Perbincangan berkaitan pergaulan yang positif dan negatif yang berlaku dalam masyarakat dan di persekitaran sekolah.

2. Mentee diminta berkongsi pandangan berkaitan kepentingan untuk menjaga adab pergaulan.

3. Perbincangan mentor dan mentee mengenai usaha dan peranan yang boleh dilakukan untuk pemantapan sahsiah diri dan warga sekolah.

4. Mentor membuat rumusan keseluruhan perbincangan.

Falsafah :

Dirimu amat berharga.

BPSH KPM |Modul Program Mentor Mentee 205

Bidang :

Peningkatan Disiplin Diri Murid.

Tajuk :

Konsep Kendiri.

Objektif :

Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. memahami diri dan membina keyakinan.

2. meningkatkan kesedaran untuk membentuk imej diri yang positif.

3. menghargai diri dan individu lain.

1. Mentor meminta mentee menulis nama rakan, ciri-ciri positif dan kata-kata motivasi tentang ahli kelompok yang terdekat.

2. Mentee meletakkan kertas tersebut ke dalam bekas yang disediakan.

3. Mentor membuat cabutan mesej secara rawak untuk dikongsi dalam kelompok.

4. Mentor memberikan penghargaan dengan ucapan tahniah dan tepukan terima kasih kepada mentee kerana terlibat dalam aktiviti ini.

Falsafah :

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

206 Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee| BPSH KPM

Bidang :

Pendidikan Kerjaya Murid.

Tajuk :

Kepentingan Kerjaya.

Objektif :

Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. memperolehi maklumat yang tepat tentang kerjaya.

2. pendedahan peluang kerjaya yang lebih luas.

3. meningkatkan motivasi dan memahami bidang kerjaya yang akan dipilih.

1. Mentor membuka perbincangan tentang kepentingan kerjaya dalam kehidupan.

2. Mentor menerangkan kepentingan untuk membuat pilihan yang tepat berkaitan kerjaya yang diminati.

3. Mentee mencatat dan mengambil maklumat yang diberikan oleh mentor.

4. Mentee berkongsi dengan ahli kelompok tentang beberapa jenis pekerjaan yang diketahui.

Falsafah :

Merancang untuk masa depan yang lebih baik.

BPSH KPM |Modul Program Mentor Mentee 207

Bidang :

Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

Tajuk :

Menghargai dan Dihargai.

Objektif :

Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. menghargai dan meraikan individu lain.

2. mengeratkan hubungan silaturrahim antara mentor dan mentee.

Kertas A4

Langkah :

1. Mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Mentor menunjukkan hasil satu kad ucapan hari lahir yang dibuat sendiri dan ditujukan kepada ahli kelompok.

3. Mentee diminta untuk menghasilkan kad ucapan hari lahir yang kreatif kepada ahli dalam kelompok dan juga mentor.