BAHAS ALA PARLIMEN

BAHAS ALA PARLIMEN: TEKS PENGACARA PERTANDINGAN
AKHIR (MC FOR PARLIAMENTARY DEBATE)
Dari Dewan SMK St. Michael, Ipoh dengan bangganya kami bawakan pertandingan
akhir bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara. Majlis mengalu-alukan kehadiran pasukan
yang bertanding, para penyokong, tuan puan, saudara saudari hadirin yang dimuliakan.
Sebelum majlis diserahkan kepada Tuan Yang Dipertua Dewan Parlimen, terlebih dahulu
marilah sama-sama kita mengikuti ucapan perasmian pembukaan pertandingan bahas ala
parlimen Zon 2 Kinta Utara.
Dengan segala hormatnya, Encik Phoon Chong Chee, Pengetua SMK ST. Michael, Ipoh,
merangkap pengerusi pertandingan bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara menyampaikan
sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan majlis.
(Cue: pengetua akan menyampaikan ucapan ringkas yang lebih kurang bunyinya:
Selamat sejahtera, selamat pagi
Terima kasih pengacara majlis.
Tuan Haji Mohd Sidik bin Zakaria, Guru Kanan Bahasa SMK St. Michael, Ipoh, dan
pasukan beliau
selaku urus setia pertandingan, guru-guru, peserta- peserta pertandingan yang
memainkan peranan
sebagai ahli-ahli Yang Berhormat, para penyokong, hadirin dan hadirat yang
dimuliakan.
Bagai pihak sekolah selaku tuan rumah, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan tuan

puan dan
pelajar sekalian dalam majlis pertandingan pusingan akhir bahasa ala parlimen zon 2
Kinta Utara pada
pagi ini. Pertandingan koakademik seperti ini dapat mencapai objektif supaya bakat
para pelajar dapat
diasah dan digilap sebagai sebahagian proses pengalaman pembelajaran yang
ditawarkan dalam
sistem pendidikan negara. Kebolehan menampilkan diri di hadapan khalayak bagi
menyampaikan
hujah-hujah bernas secara beradab dan tertib ialah suatu usaha memupuk daya
kepimpinan generasi
muda dalam kalangan pelajar sekolah. Fasa persiapan yang dilalui oleh pasukan
sekolah yang
mengambil bahagian merupakan prngalaman pembelajaran yang sangat berguna, serta
tidak sama
dengan proses-proses lain seperti membaca buku, atau sekadar mendengar pengalaman
orang lain.

Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat dalam pertandingan ini, sama ada secara langsung
mahu pun tidak
langsung. Kepada pasukan yang bertanding pada pusingan akhir pagi ini, saya
mengucapkan selamat
bertanding dengan penuh semangat kebahasaan.
”Bahasa jiwa bangsa, bahasa menunjukkan bangsa.
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang molek itu budi, yang indah itu
bahasa.”
Saya dengan sukacitanya merasmikan majlis. Terima kasih)
(Cue: Tunggu sehingga pengetua mengambil semula tempat)
Terima kasih tuan pengetua. Bagi memulakan pertandingan, majlis diserahkan kepada
Tuan Yang Dipertua persidangan bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara,
Saudara/i ...........................................................................
(Cue: Usai keputusan diumumkan oleh speaker, majlis diserahkan semula kepada
pengacara)

Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan Sidang Bahas Ala Parlimen Zon 2, Kinta Utara.
Terukir indah lakaran meniti
Pakaian bertatah bercekak mutiara
Berakhir sudah debaran hati

Penyampaian hadiah kemuncak acara
Sebelum itu, mari kita ikuti terlebih dahulu ulasan oleh ketua hakim.
Yang Arif Tuan / Puan ______________________________ dipersilakan.
(Cue: Usai ucapan dan ketua hakim kermbali ke tempat duduk)
Terima kasih tuan ketua hakim.
Kini, acara penyampaian cenderamata dan hadiah.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tuan Haji Mohd Sidik bin Zakaria mengiringi
Encik Phoon Chong Chee ke atas pentas. Dipersilakan.
(Cue: setelah Haji Sidik dan Encik Phoon bersedia, mulakan pengumuman)
Sebagai menghargai jasa baik dan pertolongan yang dihulurkan oleh para hakim yang arif
lagi bijaksana, majlis menyampaikan cenderamata kenang-kenangan. Diersilakan:
Ketua Hakim, Tuan / Puan _____________________________________________
Hakim, Tuan / Puan __________________________________________________
Hakim, Tuan / Puan __________________________________________________
(Cue:

selesai

penyampaian


cenderamata

hakim)

Pembahas terbaik pusingan akhir bahasa ala parlimen zon 2 Kinta Utara (cue: berhenti
sejenak):
Saudara
/
saudari
___________________________________
_________________________

dari

SMK

Naib Johan pertandingan puisi pertandingan bahasa ala parlimen Zon 2 Kinta Utara jatuh
kepada SMK
__________________________________________. Dipersilakan guru pengiring dan

anggota pasukan menerima hadiah dan sijil penyertaan.
(Cue: usai naib johan mengambil hadiah)
Johan pertandingan bahas ala parlimen Zon
_____________________________________________

2,

Kinta

Utara:

SMK

Dipersilakan Guru pengiring dan anggota pasukan.
(Cue: Usai penyampaian hadiah)
Terima kasih Tuan Haji Sidik dan Encik Phoon. Tahniah kepada pasukan yang
bertanding. Sebelum mengundur diri, saya bagi pihak majlis menyusun sepuluh jari
memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekian. (Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh).
Terima kasih dan jumpa lagi...


Internet membawa banyak keburukan dari kebaikan

Hadirin dan hadirat sekalian,
Tajuk kita pada hari ini ialah ‘Penggunaan Internet Membawa
Banyak Keburukan daripada Kebaikan’. Sebelum mengemukakan
hujah saya sebagai pencadang pertama, ingin saya jelaskan maksud
‘internet’ dan ‘keburukan’ terlebih dahulu.Menurut kamus dewan
internet ialah rangkaian maklumat antarabangsa yang menghubungkan
komputer.Manakala keburukan bermaksud kekurangan, kelemahan atau
kepincangan sesuatu itu.
Jadi, ‘Penggunaan Internet Membawa Banyak Keburukan dari
Kebaikan’

bermaksud

perihal

penggunaan


rangkaian

maklumat

antarabangsa yang menghubungkan komputer banyak membawakekurangan,
kelemahan dan kepincangan dari kebaikan. Dengan ini saya bersama rakan
seperdebatan sangat-sangat bersetuju dengan tajuk pada hari ini bahawa
‘Penggunaan Internet Membawa Banyak Keburukan dari Kebaikan’.
Perkara ini akan saya huraikan satu persatu. Sebagaimana yang kita ketahui,
era gelombang internet pada masa kini semakin pesat. Hanya dengan
ketukan jari-jemari sahaja, segala maklumat atau info boleh diterima dalam
keadaan yang lebih pantas dan singkat.Kita dapat melayari internet dari
telefon bimbit, I-pad, Smart Phone, komputer dan sebagainya. Internet
membuka ruang yang luas tanpa batasan kepada pengguna sama ada
golongan kanak, remaja, belia dan orang tua.Namun apa yang menjadi
persoalannya sekarang ialah, bagaimana penggunaannya? Internet ini
‘umpama pisau tajam yang ada ditangan kita’. Jika ia digunakan untuk
kebaikan,sebagai contoh dimana para isteri dapat mengupas bawang,

memotong ikan atau ayam dan sebagainya, maka terciptalah masakanmasakan yang enak oleh para isteri. Tetapi jika digunakan di jalan yang

salah, maka ia boleh membunuh orang lain. Begitulah juga halnya dengan
internet ini.
Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata, hadirin hadirat yang
dihormati sekalian, mungkin pernah dan selalu menonton, mendengar dan
membaca iklan-iklan, amaran-amaran, ceramah dansebagainya di corongcorong radio, di muka-muka akhbar dalam dan luar negeri dan di kaca kaca
televisyen tentang bahayanya dan keburukan pengaruh internet kepada
penggunanya. Tahukah kamu, bahawa amaran dan peringat itu sudah
setentunya membawa maksud supaya pengguna internet sentiasa berhati-hati
kerana ianya banyak membawa kepada keburukan. Di sini saya akan
mengutarakan di antara keburukan-keburukan penggunaan internet. Hujah
saya yang pertama berkisar pada kata kunci ‘jenayah siber’. Jenayah
siber didefinisikan sebagai perbuatan kriminal atau jenayah yang dilakukan
melalui komputer dalam internet untuk mendapat keuntungan dengan
menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap. Jenis-jenis
jenayah siber yang biasa kita dengar antaranya ialah jenayah siber
penggodam atau ‘Hacker’. Jenayah siber jenis ini pernah berlaku kepada
perbankan Maybank, di negara Malaysia pada tahun 2007 dimana pengguna
Maybank, Malaysia telah menggunakan laman web tidak rasmi dalam proses
transaksi pemindahan wang dalam akaun. Malang sekali, pengguna tersebut
kehilangan sejumlah wang apabila maklumat transaksi perbankan diakses

mudah oleh penggodam. Kes ini telah pun membuka banyak mata pihak
organisasi dan pengguna dalam berhati-hati mengunakan aplikasi perbankan,
pemindahan atau pembayaran wang secara online. Lelongan Online,
menyatakan bahawa pada 27hb September 2009, seorang pembeli telah

ditipu oleh seorang penjual di eBay Malaysia. Pembeli tersebut telah
membayar untuk membeli sebuah telefon bimbit yang sedang dijual. Penjual
tersebut mengatakan bahawa barang tersebut sudah dihantar kepada pembeli
tetapi sehingga hari ini ianya tidak sampai seperti yang sepatutnya. Penjual
tersebut sudah tidak dapat dihubungi lagi selepas itu. Setelah itu, pembeli
tadi mendapati bahawa penjual yang sama telah menipu ramai ahli eBay
Malaysia yang lain sehingga berjumlah beribu-ribu Ringgit.
Bukan itu sahaja. Malah banyak lagi jenis-jenis jenayah siber yang
berlaku melalui internet, antaranya kerosakan atau pengubahsuaian keatas
program atau data komputer, kecurian maklumat, menyalin perisian secara
tidah sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penyebaran
virus dan lain-lain lagi.Bukankah semua ini berpuncaan dari penggunaan
internet? Saya ingin bertanya kepada semua, Apakah perasaan anda, jika
anda salah seorang mangsa yang terlibat dengan jenayah siber ini? Sudah
tentu anda akan berasa kecewa, sedih dan berasa tertekan. Saya ingin

kongsikan satu petikan dari Buletin Utama mengenai Kes berkaitan jenayah
siber di Negara Malaysia yang dilaporkan kepada pusat bantuan
Cybersecurity, ternyata meningkat lebih 100 peratus. Pada tahun 2011
sebanyak 13,173 kes berbanding 6,204 pada 2010.Menurut Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, peningkatan
sebanyak 112.3 peratus itu membuktikan bahawa jenayah dan ancaman siber
semakin membimbangkan dan perlu dibendung.“Kajian oleh Cybersecurity
juga menunjukkan dari tahun 2005 hingga 2010, kerugian akibat jenayah
siber telah mencecah RM2.75 bilion, ia satu angka yang besar dan
merugikan,”. Saya rasa dapatan kajian ini dapat membuktikan bahawa
penggunaan internet lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.
Diteruskan lagi dengan hujah saya yang kedua berputar Kata kunci

‘Ketagihan’.Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling
mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa
yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya
terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti
makan,membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada
individu yang ketagih bekerja. Begitulah juga apabila ketagihan internet
Apabila ketagihan internet kadang kala tidur pun pasti tidak

cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lemah ketika bangun
pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa berat. Namun, apabila bangun,
berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguhlenguh hilang secara tiba-tiba.Sedar atau tidak, itu adalah sebenarnya
gejala ketagihan internet.
Menurut Dr Jerald, pada tahun 2006, Korea Selatan menganggarkan
kira-kira 210,000 kanak-kanak di Negara tersebut yang berumur di antara
enam dan 19 tahun menghadapi masalah ketagihan internet dengan 80
peratus daripadanya memerlukan rawatan psikotropik dan 20 hingga 24
peratus lagi perlu dimasukkan ke hospital. Bagi menangani masalah
ketagihan Internet ini, kerajaan korea selatan pada Jun 2007 telah melatih
1043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kirakira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.
Negara China juga mengalami masalah yang sama. Sebahagian ibu
bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan internet
sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak
mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan. Di
Kuala Lumpur, kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di
negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari
melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).Ketagihan terhadap

internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu,
mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya
keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.Berdasarkan dari dapatan-dapatan
kajian dan bukti yang saya utarakan dalam hujah saya, sudahlah jelas lagi
bersuluh bahawa penggunaan internet banyak membawa keburukan dari
kebaikan.

Hadirin yang saya hormati, Hujah saya yang ketiga berpaksi kepada kata
kunci ‘pembaziran’. Pada zaman ini, kebanyakan anak-anak muda
menjadikan Internet sebahagian kehidupan harian mereka dan sering
berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak melayari internet. Ini
menyebabkan berlakunya pembaziran dari segi masa dan kewangan. Dari
segi pembaziran masa, mereka akan berbual-bual kosong dalam jangka masa
terlalu lama di ruang chat contohnya di laman sosial Facebook, menonton
klip-klip hiburan di laman youtube,

bermain network game secara

berlebihan, menonton filem-filem atau drama bersiri contohnya seperti
drama korea yang memakan masa yang lama untuk dihabiskan dan
sebagainya. Semuanya itu boleh menyebabkan kelalaian dan pembaziran
semata-mata. Sedarkah kah kamu bahawa penggunaan internet tanpa
batasan waktu akan menyebabkan kelalaian, lupa membuat tugasan sekolah
dan akhirnya lewat tidur. Kalau sudah lewat tidur sudah tentulah mereka

akan lewat bangun dan akhirnya akan terlewat datang ke sekolah.
Perkhidmatan internet ini bukannya satu perkhidmatan yang percuma.
Pengguna terpaksa membayar bil yang tinggi untuk penggunaan internet.
Bagi yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah, mereka akan
membelanjakan wang yang banyak untuk menggunakan perkhidmatan
internet di kafe siber. Bayangkan satu jam penggunaan internet akan dicaj
sebanyak $2. Cuba hadirin kira berapakah jumlah wang yang dibelanjakan
untuk tiga jam dan kekerapan penggunaannya sebanyak 3 kali seminggu.
Hal ini akan menelan belanja yang tinggi. Ini menyebabkan pembaziran
wang. Tidakkah kita sedar terlalu banyak keburukan yang dibawa oleh arus
internet ini.
Hujah saya keempat berkisar dengan kata kunci ‘perselisihan keluarga’.
Sebuah keluarga yang bahagia sememangnya diimpikan oleh setiap individu
di dunia ini. Hidup tanpa keluarga, jiwa seseorang itu akan menjadi sunyi
dan kosong. Oleh itu, apakah hubungannya dengan penggunaan internet?.
Pernahkan anda pernah terfikir internet boleh menimbulkan perselisihan
keluarga? Ya. Internet boleh merobohkan rumah tangga pasangan suami
isteri yang telah dibina atas rasa kasih dan sayang dan perasaan cinta
mencintai. Perasaan sayang dan cinta mencintai itu semakin pudar dan
akhirnya berlakunya perceraian antara pasangan suami isteri kerana salah
seorang daripada pasangan atau kedua-duanya menjalin hubungan sulit
dengan orang lain melalui internet dan akibatnya keluarga menjadi porakperanda. Sangat menyedihkan sekali, nauzubilahi minzalik dan minta
dijauhkan perkara ini berlaku kepada ibu bapa kita.
Hadirin dan hadiran yang budiman,
Hujah saya yang kelima berputar dari kata kunci ‘ kesilapan bahasa’.
Kesilapan bahasa sering terjadi sama ada dalam pertututuran mahupun

dalam penulisan. Bagaimanakah kesilapan bahasa ini boleh terjadi? Hadirin
yang dihormati. Tidakkah semua yang hadir di sini sedar bahawa internet
juga meninggalkan pengaruh yang buruk dalam penulisan, ejaan dan
penggunaan perkataan-perkataan para pelajar, aduhai!!! Ramai guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu mengeluh tentang penggunaan
ejaan para pelajarnya yang terikut-ikut dengan apa yang mereka baca SMS,
contohnya perkataan ‘orang’ ditulis ‘ORG’, ‘sayang’ ditulis ‘SYG’, dalam
perjalanan ditulis ‘OTW’dan sebagainya telah digunakan oleh pelajar
semasa membuat dan menjawab latihan mereka.
Selain itu penggunaan perkataan yang bercampur aduk atau biasa panggil
kita ‘bahasa rojak’, sebentar bahasa melayu dan sebentar bahasa inggeris
atau kadang-kadang mencampur kedua-kedua bahasa tersebut dalam satu
perkataan, lebih-lebih lagi apabila berbual di dalam laman sosial
facebook,contohnya ‘salam and good morning’, ‘ jangan giveup ya’, ‘aku
sedang berinterneting sama my gals’dan banyak lagi. Disebabkan kebiasaan
ini, para pelajar merasakan perkataan ini juga betul digunakan dalam
penulisan seperti karangan, fahaman dan lain-lain lagi. Perkara ini sangatsangat membimbangkan para guru kerana masalah ini boleh menjejaskan
markah yang diperolehi oleh pelajar. Dan yang paling malang lagi ialah
masalah ini telah menghilangkan kemurniaan bahasa melayu itu sendiri
sebagai bahasa ramsi negara ini yang sepatutnya dijaga keasliannya. Hujah
saya yang terakhir berkisar kata kunci ‘pengaruh internet’. Dalam internet
semua benda boleh dilayari tanpa tapisan. Disebabkan inilah remaja
sekarang berpendapat tiada orang yang tahu apa yang mereka buat atau apa
yang mereka tengok dalam intenet walaupun ibu bapa mereka sekalipun dan
mereka bebas mengunakannya. Bagi remaja yang mempunyai keluarga yang

berada, internet dipasang di rumah dan 24 jam boleh menggunakannya tanpa
had, tapi bagi remaja dari golongan sederhana mereka lebih banyak
mengunjungi kafe-kafe internet bersama kawan-kawan. Disebabkan internet
yang tiada tapisan inilah yang menyebabkan berlakunya keruntuhan moral
terutama di kalangan pelajar, golongan remaja dan belia kita. Mereka
terikut-ikut fesyen dari rambut, cara berpakaian yang menjolok mata,
pergaulan bebas dan sebagainya yang sangat tidak sesuai dengan budaya kita
yang bersopan santun dan berawar galat. Para remaja, pelajar dan belia kita
akan terpengaruh dan terikut-ikut dengan apa yang mereka tonton dalam
filem-filem, atau movie di internet sehingga mereka berani dan tidak malu
melakukan sumbang mahram, pergaulan bebas tanpa batasan dan
sebagainya.
Selain daripada itu, internet juga dijadikan ruang kepada peniaga
untuk menjual dan melariskan barangan atau produk mereka. Produkproduk yang dijual adalah seperti pakaian, aksesori, produk pelangsingan
badan, produk kecantikan, produk kesihatan dan lain-lain lagi. Pelanggan
yang mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang ditawarkan di internet
setentunya akan membelinya tanpa memikirkan buruk baiknya produk yang
dibeli itu. Misalnya produk kesihatan, ia perlu mendapat kelulusan
Kementerian Kesihatan kerana ditakuti produk yang dijual itu adalah produk
tiruan dan tiada dalam senarai produk kesihatan yang diluluskan. Jadi dari
contoh-contoh yang diberikan dalam hujah saya ini menguatkan lagi
kepercayaan serta keyakinan saya bahawa penggunaan internet banyak
membawa keburukan dari kebaikan.
Laman facebook menjadi kegilaan,
Tua muda tidak ketinggalan,
Jika internet disalahgunakan,
Membawa banyak keburukan dari kebaikan.

Contoh Perbahasan (Karangan Lengkap) Yang Baik Tentang Kebaikan
Internet
Mendongak ke langit bukan bermakna lupa akan daratan, mendongak
dengan harapan agar setiap butir impian menjadi kalungan kejayaan.
Yang Dihormati guru Bahasa Malaysia (Cikgu Adeline), barisan
panel pencadang dan pembangkang dan seterusnya rakan-rakan yang
saya kasihi sekalian. Dari Sabah saya ke mari, untuk belajar bersama
Cikgu Adeline; jika rakan-rakanku masih tertunggu-tunggu lagi,
kebaikan Internet tajuk pidato saya pada hari ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Seperti mana yang kita ketahui, Internet merupakan satu
penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan
manusia ini. Malahan, penggunaan Internet sudah dianggap sebagai
satu perkara lumrah dalam kehidupan kita, sehingga mereka yang
tidak tahu menggunakan Internet dianggap sudah kuno ataupun
ketinggalan zaman.
Namun begitu, persoalannya, adakah Internet ini
menyumbangkan lebih banyak manfaat dalam kehidupan kita? Oleh
sebab itulah berdirinya saya pada hari ini adalah untuk mengupas dan
mengulas antara kebaikan Internet ini kepada masyarakat sejagat.
Seperti mana yang kita ketahui, kehadiran Internet adalah satu
anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas pendidikan
menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi Internet
ini. Berbekalkan sebuah komputer riba, serta tanpa perlu ke kelas
ataupun berhadapan dengan guru, sesesorang itu boleh mendalami
ilmu pengetahuan yang pelbagai melalui penggunaan Internet. Selain
itu, pelajar juga tidak perlu bersusah payah untuk ke perpustakaan
serta meminjam buku yang tebal-tebal untuk dibuat rujukan. Hal ini
disebabkan, dengan hanya satu klik, pelbagai jenis nota boleh dimuat
turun dengan mudahnya melalui penggunaan Internet ini. Selain itu,
melalui jaringan sosial yang disediakan di Internet seperti Facebook,
Twitter dan sebagainya, pelajar-pelajar boleh bertukar-tukar pendapat
mengenai pelajaran mereka dengan pelajar-pelajar yang bukan
sekadar di dalam negara, malah di luar negara. Sangat bagus bukan
penggunaan Internet ini dalam bidang pendidikan?

Hadirin yang budiman,
Di samping itu, kemajuan internet juga meningkatkan
produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan internet secara
langsung atau tidak langsung telah membantu meningkatkan
produktiviti manusia. Mana tidaknya, melalui Internet, segala kerja
dapat dijalankan dengan cepat, tepat dan berkesan. Tanpa Internet,
sudah tentunya kita akan mengalami kesukaran untuk bersaing di
pasaran antarabangsa. Produk kita akan dilabel sebagai produk yang
tidak berkualiti serta ketinggalan zaman. Namun begitu, mujurlah
awal-awal lagi kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk
memberi tumpuan kepada pembangunan Internet ini. Malah ketika
melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di
dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam
membangunkan pusat multimedianya. Beliau menambah, di luar
Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia)
sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multimedia
membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama
kompetitif” dengan negara-negara maju yang lain.
Hadirin yang dihormati,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan
dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan internet ini.
Peniaga tidak perlu lagi pergi dari rumah ke rumah untuk menjual
produk-produk mereka. Hanya satu klik, sesuatu produk itu dapat
diiklankan bukan sekadar di dalam negara, malah di seluruh dunia.
Hal ini telah membuktikan bahawa Internet ini membawa kesan
positif dari aspek perniagaan.
Guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian,
Jelaslah bahawa Internet membawa pelbagai kebaikan, namun
pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang
mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil
yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.
"Kalau tuan pergi ke barat,
Jangan diikut hasutan syaitan;
Internet manfaat atau mudarat,
Tepuk dada tanyalah iman."