Bahas dtb

Terbaru ABIM terlibat dalam perbincangan meja bulat yang dianjurkan Global Movement of
Moderates (GMM) dan beberapa Ngo lain bertemakan Building a People Centred ASEAN on The
Foundation of Human Rights, Inclusive and Sustainable Development. ABIM turut terlibat secara
aktif dalam menjayakan Pre Convention ASEAN Youth Leaders Summit 2015 anjuran Majlis Belia
Malaysia (MBM). Di kedua dua platfom penting ABIM telah mendapat dan memberikan pelbagai
input dalam menghakupayakan masyarakat madani ASEAN untuk memaju ke arah fokus penting ini.
ABIM juga turut terlibat aktif dalam ASEAN Civil Society Conference/ASEAN People’s Forum
(ACSC/APF) yang kali terakhir diadakan di Yangon, Myanmar dan tahun hadapan ABIM akan turut
menjayakan persidangan berbasis rakyat untui rakyat ini di Kuala Lumpur setalah kali terakhir
sebagai tuan rumah pada 2005. Terdahulu sebelum itu ABIM turut aktif dalam memberikan
pandangan dan idea dalam perbincangan dan pelan bertindak isu ASEAN yang dianjurkan secara
bersiri oleh Foreign Policy Studies Group (FPSG) di bawah pimpinan Tan Sri Razali Ismail dan
rundingan Civil Society Organisation (CSO) berkenaan ASEAN Human Rights Charter di Kuala
Lumpur dan Manila.
Memandangkan agenda Komuniti ASEAN 2015 merupakan sebuah agenda penting umat dan
Negara, maka ABIM sukacita menyeru agar;
1.) Rakyat di Malaysia sama menyebarkan seluas mungkin maklumat dan kesedaran tentang
agenda di peringkat akar umbi bagi membantu Malaysia memimpin ASEAN menjadi rantau yang
aman dan stabil di samping memastikan keseluruhan rakyat Malaysia dan ASEAN merasai faedah
daripada Komuniti ASEAN 2015.
2.) Belia, pertubuhan dan pemimpin belia memainkan peranan yang aktif dengan meningkatkan

kerjasama sesama rakan-rakan dalam ASEAN dalam bidang pembangunan belia dan pelbagai
bidang seperti pertukaran belia, kerjasama penyelidikan isu belia, peace building dan
kesukarelawanan kerana generasi muda merupakan paksi kepada kejayaan ASEAN pada masa kini
dan masa hadapan.
3.) Kerajaan Malaysia menumpukan lebih kepada usaha mewujudkan sebuah rantau ASEAN yang
lebih stabil, aman dan makmur dengan memastikan ASEAN bebas daripada sebarang peperangan,
konflik agama dan kaum, perebutan wilayah dan warisan budaya, dan pembunuhan dengan
menggalakan dialog dan penyelesaian aman di meja rundingan. Dengan berbaki lima bulan, pihak
ABIM yakin Malaysia mampu dan sudah bersedia untuk menerajui ASEAN dengan gandingan dan
dokongan padu daripada masyarakat madani.
Disediakan Oleh: JUFITRI JOHA, Naib Presiden ABIM